Tengahari itu, lapar teramat. Balik dari kelas, sampai rumah mesti meluru ke dapur.
Craving for the food. Terus capai pisang Anfaal dan berlari ke kelas tusen arab takut kelewatan.
Sampai di sana, masih awal lagi rupanya. Semua belum sampai lagi. Lega. Apa lagi, mari makan pisang!
Mereka sampai
'awal ko datang'
'datang awal sebab takut tak sempat nak makan pisang. Nak?'
dia menolak. Offer pada yang lain. Ada yang amik secubit dari pisang aku. Ada yang kata dah kenyanng
'ko tahu tak Pisang menyihatkan' dia tanya
'aku tahu' sambil mengunyah pisang.
'tapi banyak karbohidrat'
erk..
'banyak karbohidrat, tapi pisang sedaap. Cepat kenyang. Nah amik makan'
'no thank you'
Lupaaaa lupaaaa. Kawan-kawan aku ramai tengah berdiet. Lagi-lagi waktu winter yang mencengkam pada malam hari. Makanan di dapur seperti menggoda-goda.
Budak-budak anfaal pun sedang berdiet. Budak kecik, kakak matang dan lain-lain.
Ada yang sanggup pergi pasar sayyeda semata-mata mau beli ikan dan sotong. (Ahli anfaal sangat jarang nak pegi pasar sayyeda) Nasi pun dah tak laku dah sekarang bila dinner.
Semua pakat makan lauk. Yang lagi pelik, mereka berdiet ni semuanya dah kurus-kurus pun. BMI pun ideal. Hurm. husnu dzon. Mungkin masing-masing sedang target untuk mempunyai Qawiyyul Jism.
Apa pun untuk aku, makan saja. Kalau lapar, makan. Kalau mengantuk waktu study, makan. kalau nak sedih pun akan terus cari makanan. Sebelum menangis kena sumbat mulut dengan apa-apa supaya tidak boleh sedih sangat :)
'Nak coklat? Eh kejap, aku cek dulu berapa karbohidrat yang ada dalam benda ni'
terus kena gelak.
'ko kenakan aku eh fathy'
hehe. gurau gurau sesama akhawat :)
Diet diet pun, sila jaga kesihatan. jangan sampai hypoglycemic macam semalam ya cik !

Khamis. Cuti. Jumaat Sabtu Cuti. Ahad Kelas. Isnin Presentation . Selasa cuti. Rabu cuti dan seterusnya. Cuti blog?(bila bilaaa?)
Cuti untuk exam. 12 hari. Should be more than enough .
Tetiba rasa sedih nak tinggalkan ophthal walaupun ia tidaklah se sistematik macam sistem Commed yang agak 'membunuh'. Tetap tak boleh lupakan doktor-doktor ophthal yang rata-ratanya cukup merendah diri dan sedia mengajar kami, student yang masih berhingusan dan innocent.
Ophthal juga lah yang banyak mengajar aku tentang 'bagaimana mahu menjadi seorang pelajar clinical year yang sebenar' setelah di 'bakar' oleh tiqah sejurus pulang beraya haji di jordan.
Tiqah tidak sudah-sudah menekankan 'Attitude, attitude and atti tude'
(tahniah tiqah, dah selesai pun awak punya OSCE paeds. Selamat ber 'internal medicine' pula)
erk, Exam ophthal belum mula pun. Dah mula dah nak cerita tentang 'goodbye ophthal?'

(Happy birthday Ulyaa!)
apapun, cuti-cuti pun tidak bermakna bercuti dari ber 'mutabaah amal'. Tarbiyyah Dzatiyyah Tetap kena jalan. Disiplin disiplin dan disiplin. dan juga Serius.
Ni gambar waktu exam arab semalam. Ustaz pun ada datang tegur bila sedang exam.
'adakah hari ini akan berakhir sampai kamu kena ambil gambar banyak-banyak? Jangan risau, kamu akan ada banyaaaaak lagi exam lepas ni. Tak perlu amik gamba banyak sangat'
Allah Yang Maha Pemilik segala isi langit dan bumi,
Raja segala raja,
Yang Maha Mengasihani,
Yang Maha Bijaksana, Maha Penghukum,
Raja segala raja,
Yang Maha Mengasihani,
Yang Maha Bijaksana, Maha Penghukum,
Kurniakanlah kami kemudahan, kerahmatan dalam keberkatan dalam kami menuntut ilmuMu



2 comments:
thia..cg nk diet tp makan..camne tuh..hehehe
cegu, makan je. asalkan bmi ideal.
dan diet menyihatkan!
me pun lately main balun je makanan yang ada. lapar tk dapat dibendung
take care cegu! :)
Post a Comment