Aku ni, tak cukup 'caring' lagi rupanya
Bila naik tren ke KL, nampak seorang pak cik yang buta tercari-cari ke mana jalan untuk turun tangga dan cari pintu keluar. Apa aku buat? Aku tengok je. Takde pun nak cepat-cepatkan langkah ke arah pak cik tu, tolong apa yang patut. Sengaja berjalan perlahan-lahan dari belakang, dan sempat melihat seorang pemuda berbangsa India (aku rasa dia pun seorang pelajar, macam aku) menarik tangan pak cik tu, ambil barang dari tangannya dan memimpin turun tangga.
Aku pula? tolong ucapkan terima kasih kepada pemuda tersebut, dalam hati
Aku ni tak cukup caring lagi rupanya,
Biasanya dalam tren, aku takkan mencari-cari tempat untuk duduk. Biasanya akan cari tiang, bersandar dan melihat ke luar tingkap. Sebab aku fikir, ada orang yang lebih berhak untuk dapat tempat duduk, berbanding aku.
Lepas tu, aku nampak pasangan suami isteri bersama anak kecil. Tak ada pun aku nak usaha dan minta pada mana-mana kakak atau abang yang sedang duduk situ, supaya beri lah mak cik tu duduk, dia ada anak kecil nak dukung. Kalau lama-lama nanti lenguh. Yang aku buat, aku tengok je.
Aku ni tak cukup caring lagi rupanya
Ada barang jatuh, agak berdekatan dengan tempat aku berdiri waktu itu.Kalau tidak dialihkan, boleh menghalang orang lain nak lalu lalang. Sudah tentu barang tu bukan kepunyaanku.
Maka, tiada langsung rasa nak tolong angkatkan dan tempatkan di tempat yang lebih sesuai.
Dan ada orang lain yang tolong alihkan. Amal kebajikan free untuk beliau.
Dan satu kerugian free untuk aku.
Aku ni tak cukup caring lagi rupanya
Ada orang datang, masuk bilik. Menangis.
aku terkesima kejap, tak tahu nak buat apa, nak respon macam mana.
Maka, aku duduk dekat dengan dia. dengar dia .
Yang aku mampu buat, gosok-gosok belakang dia
atau paling banyak pun aku akan cakap, ' you will be fine, Insya Allah'
Maka, terlampau banyak ruang yang perlu dibaiki sebenarnya. Mengislahkan diri, berkhidmat dan berbakti. Tak patut kalau membiarkan peluang untuk buat kerja-kerja baik begitu sahaja.
Di tempatkan di bumi Musa, agar menjadi insan berbudi bahasa dan berpekerti tinggi untuk masyarakat. Di letakkan di bumi yang mana para Nabi berpijak dan berkelana, agar kita takkan berputus asa dalam menjejak hidayahNya.
Belajar untuk jadi doc bukan setakat kena banyak buku, gain knowledge.
Tapi kena banyak praktis.
Praktis untuk menjadi pemerhati dan pendengar yang baik,
penyabar dalam apa jua keadaan,
rasional dalam membuat keputusan,
beremosi kena pada tempatnya
serta penjaga rahsia yang amanah.
dan semua benda ni bukan datang tang-tang macam tu je.
Semua kena develop. Kena bina
so, target -> DR
DR = Daei & Doktor Rabbani
~off to hospital
p.s:tiqah nazeri, how's the seminar? :)



7 comments:
Nice..Bila baca terasa memang x de caring saya ni..tq atas ingatan..:)
g spital watpe?
dunia kita skrg mendidik kita jadi ignorant. atas alasan konon2 malas ck cmpur hal org.
tq atas ingatan thia :)
terima kasih kak fathi.
satu jawapan utk persoalan hati.
terasa semangat nak berubah b'kobar2.
saya kira ni 1 dorongan dr seorang kakak dan senior :))
Semoga ALLAH permudahkan urusan kak mencapai target itu :). Yup semua kena develop. Jangan tak usaha.
Dahlia, mari jadi caring sama2 :)
yu, sebelum kita lahir lagi kita memang dah duduk dalam masyarakat yang ignorant, kan.
ke kita semua selalu ikut flow? main ikut je
Anis, kak pun banyak belajar dari tulisan adik2 jugak :)
isyraf, :)
Astaghfiruallah, aku belum cukup caring lagi rupanya.
post menarik :)
Post a Comment