Ucapan 'Ramadhan Kareem' pada bulan Ramadhan , sangat sukar untuk didapati di kebanyakan tempat. Lagi-lagi bila ia disaksikan di kedai buah, kedai daging, kedai sayur, mahupun kedai runcit.
dan ini salah satu keistimewaan Ramadhan di Mesir, bila mana ramai orang akan menjadi ringan mulut,murah dengan senyuman dan peramah walaupun dengan orang yang tidak pernah dikenali .
Dan kalau ada sesiapa yang mengucapkan pada anda 'Ramadhan Kareem', jawapannya adalah
'Allahu Akram!'
:)
=======================
Hari ini telah menyaksikan satu pemandangan yang best dan menarik. Hari semalam telah dipilih oleh aku dan zauj untuk berbuka puasa di luar. Sasarannya adalah pusat membeli belah terkemuka di bandar.
Hajatnya untuk bersiar-siar dulu sementara menanti waktu berbuka puasa. Beli makanan dahulu dan mulalah aktiviti 'window shopping'
tapi bila sampai je tempat tu, kami terkesima sekejap. Jam baru pukul 5 petang tapi semua kedai sudah tutup! Kedai baju, kedai handbag, kedai buku, kedai kasut, kedai vogue, kedai cikai dan macam-macam lagi kedai. Hanya ruang food-court sahaja yang dibanjiri dengan ramai orang, dan semuanya sabar menunggu untuk berbuka.
Terus batal niat nak berjalan-jalan. Pergi beli makanan dan tapau balik rumah je memandangkan tempat untuk makan pun tak ada.
dalam perjalanan untuk pulang,kami lihat ramai 'Mat Saleh' yang hanya makan di tangga-tangga , dan di koridor kedai sebab tempat makan memang dah zero.
dan akhirnya, kami berbuka puasa di dalam teksi. Teksi yang meluncur sangat laju di atas jalan raya yang langsung-langsung tidak sesak.
Kan best kalau setiap hari begini di sini.
Kan best kalau keadaan berterusan begini walaupun bukan dalam Ramadhan
=======================
Syukur.
Lagi senang hidup kita, lagi kita kena syukur banyak-banyak
makin mudah urusan kita,
makin banyak nikmat,
lagi wajib kita banyak-banyak ingat Allah
bukannya menyombong diri
dan patutnya tak ada masa untuk mudah rasa leka dan lalai
bila dapat rasa hidup senang, patutnya time tu patut mula kumpul kekuatan
kekuatan untuk menghadapi ujian
ujian baik dari segi kesusahan atau kesenangan
Sebab Allah dah cerita dalam Al Qur'an,
untuk membuktikan seseorang hamba itu telah beriman,
adalah bilamana dia sedang diuji (Al Ankabut : 2)
dan Allah dah design kan ujian yang cantik-cantik untuk kita
khas dan spesifik ujian, untuk kita
setiap orang ujiannya lain-lain
kita sahaja yang kadang-kadang tak perasan yang semua tu untuk kita
kita kadang-kadang lupa yang bila Allah bagi sesuatu ujian tu untuk kita,
Allah dah tahu tak ada hamba lain yang mampu untuk menanggung ujian tu
dengan sabar, dengan tabah,
melainkan kita
Sebab Allah yang cipta kita kan
Sebab Allah Maha Tahu apa yang kita tidak tahu
sebab Allah Maha Tahu segala rahsia yang kita takkan pernah boleh tahu
Design ujian yang sudah cantik, yang men 'design' nya adalah Yang Maha Cantik,
sudah tentu ia menuntut kesabaran yang cantik (Sobrun Jameel)
dan pahala ganjaran dan hikmah di sebaliknya mesti lah laaaaaagi cantik
kalau lah kita sering diingatkan begini,
mesti kita takkan mudah mengeluh dan bersedih bila berdepan dengan ujian,
kan?
======================
perkara menarik untuk bakal dilakukan nanti -> mengecat bilik bersama orang sebelah!
:)
p.s: sudah 16 Ramadhan :(



3 comments:
like dis post!
:D
org sebelah??
hee
o radin, jasamu kepada kami sepanjang summer ini takkan kami lupa, sampai BILA2!
miza, orang sebelah= orang sebelah :D
Post a Comment