Abd Al-Malik berkata: “Apabila ‘Awf ibn Muhallim al
Shaybani, salah seorang pemimpin Arab yang terhormat pada zaman Jahiliyyah
mengahwinkan anak perempuannya, Umm Iyas kepada Al Harith ibn ‘Amr al Kindi ,dia
telah disiapkan untuk dibawa menemui bakal suaminya. Kemudian ibunya, Umamah
telah datang kepadanya, untuk menasihatinya dan berkata:
Wahai puteriku!
Sesungguhnya jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab,
tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.
Tetapi ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai
dan pertolongan bagi orang yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya
dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya ,
maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami.
Tetapi wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.
Wahai puteriku!
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu
dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu,
menuju ke tempat yang belum engkau kenali
dan pendamping yang yang belum pernah dekat denganmu.
Dengan kekuasaannya dia akan menjadi pengawas dirimu
dan orang yang menguasaimu.
Maka jadilah diri sebagai abdinya
nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu.
Jagalah sepuluh perkara nescaya akan menjadi simpanan bagimu iaitu :
Pertama dan kedua ~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.
Ketiga dan keempat~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.
Kelima dan keenam ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.
Ketujuh dan kelapan ~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh ~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya.
Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.
Tunjukkan kepada dia sepenuh ketaatan , menyetujui dia
dengan sepenuh jiwa dan ragamu, supaya dia akan merasa tenang dalam kehadiran
dan keberadaanmu.
Ketahuilah, wahai puteriku, bahawa engkau nanti tidak akan
mendapat apa yang engkau mahu sebelum engkau mengutamakan kebahagian dirinya
melebihi dari kebahagiaan dirimu, dan melaksanakan permintaan darinya sebelum
kehendak dirimu sendiri, dalam apa yang kamu suka mahupun tidak suka.
Dan moga Allah (Subhanahu wa Ta’ala) memilih dan menentukan
yang terbaik buatmu dan akan memelihara dirimu “

July 30, Friday-Gombak :)
Moga aku tergolong dalam golongan wanita yang diberkati dan dirahmati.
Ameen



16 comments:
tahniah thia..moga menjadi isteri solehah yang diredhai oleh Allah dan suami..=)
seronoknya..doakan gak ae..hehe
barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khair...
selamat berbahagia sampai ke syurga...
suka sgt post ni ;) jzkk
aihh puan thia ni,
sempat updet 4 hours ago?
seronok tgk faty bahagia.
ni gambar dr siapa?
nak tgk gambar dr camera bro acai.
haha.
ok, jap lg jumpa lg.
=)
tahniah fathy..didoakan semoga berbahagia hingga ke syurga..:)
tahniah fathy..didoakan semoga berbahagia hingga ke syurga..:)
fathy..
tahniah!!
mendoakan kebahagiaan kamu dari jauh..
love,
ein
best pesanan2 ni :)
salam k fathy..
congrats!
da tuka title kt depan da..
puan fathiyyah..ehehe
maaf sgt3 kak sbb x dpt mai majlis akk..
xde org nk hantaq..
sye doakan dr jauh je la..
hehe
btw,bz2 pon smpt lagi update ye..
Puan Suhana : '' fathiyyah pakai set serba putih, ibu ada amik gambar dgn dia..majlis simple, bagus gtu ''
Me : ''tgk lah besfren sape kan..hehe''
P.s : jeles + sedih
salam fathy..
moga perkahwinan kalian menemui barakah-Nya~
barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma~
salam...akak..mabruk..moga mnjadi isteri yg solehah..aminn..
haniah laki ya ukhti..semoga menjadi isteri yg solehah dan doc mukminah..amin..
~dr adik2 ex kisas batch 54~
=)
copy paste di atas...
jika kemachoan kamu m'dpt izin suami, kekalknlah ek...
;)
Salam,
U may don't recognized me but I know you from afar.
Ask tiqah nazeri, she knows me(^_^)
Btw, congrats on being married recently. May Allah bless u and hubby always
dah PUAN dah.
hehehe
tahniah..
sory xdapat datang,,
Salam.
Alhamdulillah. Tahniah Fathiyyah..
Semoga cemerlang dalam urusan harian di dunia dan persiapan ke akhirat.
Semoga berjaya melepasi segala onak duri kehidupan.
Semoga menjadi anak solehah, isteri bertakwa, ibu mithali..
InsyaAllah..
-CriticalThinker-
Post a Comment