Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

June 27, 2010

Kawan Baik







Kawan baik tidak semestinya kena dekat
berada di sisi sepanjang masa
berkepit ke sana sini ke mana-mana

kawan baik, tidak semestinya perlu bertanya khabar
setiap hari, setiap minggu
kadang masing-masing berdiam,
diam bukan bererti tidak mengambil berat
bukan tanda tidak lagi kasih
tapi masing-masing sedang berjuang dalam hidup masing-masing
dalam hati, tidak putus-putus menghidupkan kekuatan
untuk diri temannya dan dirinya sendiri

kawan baik tidak semestinya
perlu berada di samping kawannya setiap ketika
menempuh halangan dan dugaan bersama
kadang-kadang tawamu dikongsi,
kadang-kadang tangisanmu ditanggung sendiri

Kawan baik juga
memerhatikan kawannya dari jauh
menasihati dari jauh
dan mendoakan dari jauh juga

kawan baik itu sentiasa ada
andai kamu menyeru nama dia dalam hati
dia akan segera menemanimu,
biarpun bukan dari segi fizikal
tetapi ingatan untukmu sentiasa ada

kamu, kawan baik aku
untuk semalam, hari ini dan selamanya

wahai kawan baik,
terima kasih atas segalanya
kasih dan sayangmu aku akan hargai,
sampai kita bertemu lagi,
mungkin di syurga
kerana kita berkasih sayang, kerana Dia

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).."

(Az-Zukhruf Ayat 67)




9 comments:

Isyraf Imrani said...

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).." (Az-Zukhruf Ayat 67)

fathiyyah said...

thank you, isyraf :)

princess said...

almk!!!!!!!!!!!!!

fathiyyah..ko esk pekse ape??

pliz pliz laaa microb..pliiiiiiiiiiizzzzzzzzzz.......

nur ain said...

k.fathy : teimakasihkawanbaik
farah: sama2 ^^

sweeeet

iqbalsyarie said...

weee...saya saja nak promote artikel saya: http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/06/teman-sejati-yang-paling-setia.html

maesarah bt arwani said...

jazakillah fathiyah atas entry yang best..

uhibbuki fillah

(^_^)

khadijah at-thahirah said...

salam kak c****k..nice 1..mashaAllah ;)..
thnk u..
'perkataan faham adlh mudh dutur,ttp amat payah dilaksanakn. ukhwah yg sbnr,bkn pd masa kt brmsme, ttp pd mase kt brdoa utk si sahabt baik'..

miss anonymous said...

~ukhwah itu di hati, walaupun jauh ia tetap menemani~

Tobibah Ainy said...

suka la baca entry ni. best .sangat2 setuju dgn kamu.

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena