Suatu malam, di Bahariya sana. aku bangun dari tempat pembaringan . Tidur dalam khemah yang ditetapkan . sebelah kanan dan kiriku ada teman-teman. masing-masing menanggung perut yang pedih kerana keracunan makanan.
Yang seorang sudah muntah lima kali berturut-turut, cirit birit, demam dan sakit kepala. Tidak lalu makan. Asal makan, muntah. Bila makan, muntah. Dehydration. Badan lembik. Tak ada tenaga.
Ah, di tengah-tengah padang pasir, masakan punya ubat segala. Apa lagi mengharapkan doktor untuk merawat. Intai first aid, segala ubat sudah habis.
Alamat memujuk diri sendiri agar bersabar menunggu hari esok. hari esok ertinya pulang ke hotel.
keluar dari khemah, mengalihkan muka pada jam tangan hitam di tangan. Pukul dua pagi, dan kedengaran suara-suara yang aku kenali. Mereka masih belum tidur di khemah sebelah.
Sejuk tidak terkata. Memeluk tubuh kerana sejuk amat. Aku buka khemah mereka dan katakan mahu masuk.
Di dalam punya empat orang, yang duduk seperti di dalam bulatan. Seorang bercerita, seorang menambah, seorang diam mendengar cerita dan seorang lagi, senyap seperti mahu tidur. Yang pasti semuanya berusaha untuk tidak sangat melayan rasa sejuk. Masing-masing menggigil. Cara untuk melupakan kesejukan yang dialami, adalah bercerita dan bercerita.
Ceritanya macam-macam. dan kebanyakannya tentang sirah. Baiknya Rasulullah kepada perempuan tua Yahudi, berhikmahnya Khalifah Umar Abd Aziz semasa pemerintahannya.
Dan yang paling best, adalah bila mereka bercerita tentang Allah yang Maha Penjaga, Maha Pemberi Hidayah. Tentang bestnya kalau dapat jadi hamba Ar Rahman itu, tentang hebatnya hamba Al Khaliq itu.
Sejak tadi aku terdiam, di saat kesejukan tahap melampau begitu, masih dihiburkan oleh teman-teman baikku, yang aku kenal semasa aku di dalam perjalanan mencari redha Dia .
Masih diingatkan agar sentiasa ingat Tuhan, sepanjang masa dan di mana jua aku berada, baik bersama kawan-kawan mahupun bersendirian
Lalu aku meletakkan kepalaku di bahunya. Tak larat.
' tidur sini thia, awak tu berapa kali dah muntah hari ni' kata dia sambil menghalakan kepalaku di atas ribanya.
Dan aku tidak sedar bila aku mula menutup mata dan terlelap di dalam ribanya . yang pasti hatiku begitu tenang dan bahagia bila bersama mereka




2 comments:
sweet. n sgt best. ana rasa slh satu nikmat tbesar Allah kasi kat manusia is ukhuwwah. hu
santekkkk tulisan kat pasir tu=)
Post a Comment