Tetapi hari ini agendanya berlainan sedikit. Melintasi setiap hari jambatan merentasi sungai terpanjang di dunia. Memandangnya dengan sayu, mengenangkan bumi yang aku berpijak ini adalah bumi yang turut dipijak oleh Musa dan saudaranya Harun yang hidup mereka dilimpahkan dengan seribu kerahmatan .
Aku memandang ke hadapan, sampai satu simpang dipaksa menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan keadaan sudah benar-benar selamat untuk melintas.
Kadang-kadang melintas terus setelah otak mentafsirkan bahawa kereta di sebelah kirimu tidak lah begitu laju, maka selamat untuk engkau melintas ke seberang sana tanpa rasa bimbang. Cumanya langkahan engkau itu perlu laju sedikit, sekadar menyedapkan hati sendiri bahawa engkau tidak lah melenggang kangkung.
Langkahanku petang itu ke bangunan merah itu. Bingit telinga dengan bunyi ambulans sudah menjadi seperti 'alah bisa tegal biasa'. Kadang-kadang jika study tengah-tengah malam buta (biasanya di rumah kak ellya ) pun masih bertemankan bunyi ambulans, yang seperti tidak tentu arah meluru masuk ke dalam bangunan merah itu. Betapa bangunan itu tidak pernah lekang daripada menerima tetamu-tetamu yang mengalami macam-macam sakit.
Kakiku melangkah masuk ke dalam bangunan merah. Suasana yang di luar ceria, bertukar menjadi suram. Serta merta mood aku petang itu yang mula-mula agak penat berubah menjadi lebih penat dan 'tension'
Masa itu keadaan tenang, tidak sibuk sangat macam yang aku selalu tonton di televisyen atau yang aku selalu bayangkan seperti dalam novel-novel medik. Mungkin kerana waktu itu adalah siang, bukan waktu kritikal, mungkin juga kerana bangunan itu adalah bukan hospital kerajaan sepenuhnya (separuh swasta) seperti yang aku lihat di HKL. Macam-macam kemungkinan.
aku ambil lif untuk ke atas. Mula-mula pintu lif hampir-hampir mahu tutup, dan tiba-tiba ada tangan seorang lelaki menahan pintu lif tersebut menandakan bahawa dia juga mahu menaiki lif yang sama. Lihat pada name tag nya bertulis 'Dr ..... ' . Gaya macam baru keluar dari OT, dengan pakaiannya, dengan kasutnya.
Aku menilik wajahnya yang agak kepenatan tetapi dia kelihatan sibuk meneliti data pesakit di tangannya (Dasat juga ya aku menilik manusia :D )
Sudah sampai ke aras yang aku mahu tuju, aku keluar dan mencari-cari bilik pesakit. dan akhirnya jumpa. Menyapa kawan-kawan dan bertanyakan khabar masing-masing. Si pesakit sedang tidur lagi, mungkin kesan ubat bius yang diberikan. Manakala rakan-rakan lain aku suruh pulang, dan biarkan aku menjaga dia. Lalu aku tinggal dengan pesakit kecil ini :)
Oh, aku tidak bersendirian sebenarnya, malah di sebelah kami punya keluarga prihatin yang menemani seorang ibu tua. Mereka sangat baik hati, menanyakan tentang latar belakang diriku dan tidak henti-henti mengucapkan 'Enti min Malizia? Ahsan Nas!'
Dan bila mereka memerhatikan aku seperti malu-malu untuk meneruskan perbualan dengan mereka (malu-malu kucing :D), mereka menyuruhku berehat-rehat sementara mereka meneruskan perbualan sesama mereka.
Dapat juga aku menangkap beberapa ayat dari seorang pak cik dari keluarga tersebut yang tidak putus-putus memuji Allah dengan mengucapkan 'Subhanallah' beberapa kali. Aku mengagak bahawa pak cik itu seperti memberi tazkirah kepada ahli keluarganya (ada dua orang mak cik yang lain)
Pandai sungguh fathiyyah. Lusa ada exam praktikal parasit, tetapi boleh lupa bawa sekali buku parasit untuk dibaca sambil-sambil menantikan dia bangun dari jaga. fathiyyah sudah mula kebosanan nampaknya. Aku intai jendela di sebelah sana, memerhati matahari sedang terbenam di ufuk barat. Sudah nak masuk waktu maghrib. Dan aku akhirnya lelap tanpa sedar, meletakkan kepala di sisi katil tempat pembaringan dia.
==============
ini kisah aku dan bangunan merah

dan cerita ini telah diubah suai 0.1% :D
bm untuk bangunan merah bukan (dot dot dot ) :D

12 comments:
kak fathy..
ini bukan ke hospital dkt ngan anfaal tu?
chantekk..
budak medic.
bangunan menawan.
bunga mawar.
bisu mulut.
buta mata.
bila mati.
bahasa melayu.
etc......
nti nk cerita ape ye?
;)
masyi, haah. ni hospital universiti kamu :)
milah, sudah edit. sudah updet!
sila bc
nasib baik kamu tak teka 'baitul muslim' :D
huhuhuhu
akak g tgok n jaga sape yg sakit??
aiseh..
sis, pjg sgt..
mata berpinar..
nnti2 ek..wanna help em with her project~
;)
ceh laju je klik td igt bm lain. hehehehe. ada rkn yg sakit ya?
aiyo milah, enti pakai account ana ya
husna, ada la org tu. ada la ada la :D
tiqah, haah. ari tu dia buat operation mengejut :)
aiseh,terkena ngan muslihat BM fathiyyah :P
-aliah-
aliah nakal! :D
BM??
bahasa mesir..hehe..
operation yang sangaaaaaaatt mengejut..sye pon terkejut2 sampai arini..hehe
k fathy,senanye aritu ternampak de sorang pakai tudung ungu nga tido tepi katil..da agak k fathy,tapi x larat bukak mate,,
huhu..maaf ye..
hehe, kesian miza waktu tu. dh la penat, siap ada org tido lagi tepi katil. org tu mmg suka tido :)
take care my dear
Post a Comment