Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

April 23, 2010

Penat


Hari tu aku ada tulis tentang kita banyak
deal dengan benda yang kita tak nampak dengan mata kasar. tapi kita boleh nilai dengan mata hati.

Itu yang best, makhluk Allah yang bergelar mukmin sangat hebat menggunakan hati pada tempatnya. Langsung tidak berlaku zalim pada makhluk yang bernama hati.

Senanya aku nak cakap tentang penat. Penat adalah salah satu benda yang kita tak nampak, tapi kita dapat rasa penat tu. Macam angin, macam haba dari matahari.

Hari-hari kita penat. Penat belajar di U, penat berjalan kaki ke rumah, penat nak sambung belajar lepas masak, penat nak tunggu orang untuk solat berjemaah dan lain-lain.


Hurm,

Penat oh penat
kita berpenat-penat pun, ia tetap akan hilang lepas berehat atau tidur. Rasa penat tu sementara, tak kekal pun.

Tapi pahala setelah kita berpenat tu akan sentiasa 'berjalan' . KEKAL .

Bila kita penat itu bersebab dan disertai pulak dengan niat untuk redha Dia itu sangat best . Perasaannya takkan tergambar, dan susah nak diceritakan.

Biarlah kita berpenat lelah sampai tahap kita telah rasa berehat sedangkan kita dalam kepenatan

Semoga rasa penat aku ini akan menjadi saksi aku di akhirat kelak, di hadapan Hakim Yang Maha Bijaksana, Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Moga ia menjadi saksi aku, bahawa aku berpenat bukan saja-saja

Aku Fathiyyah, budak biasa-biasa saja. Tapi aku sedang dalam perjalanan untuk menjadi hamba Dia yang bukan biasa-biasa.

p.s: Fathiyyah penat. Badan lembik (nak demam lagi ke? )



selamat malam cairo

8 comments:

atiqah khuzaini said...

hu tp kekdg, penat emotionally. bukan penat physically. tapi quoting a sister,

manusia akan start rasa susah/penat bila dia rasa dia in control of things. sebab memang hakikatnya dia takde control. sebab tu nak kena banyak banyak banyak bergantung dan berserah pada Allah.

what counts is usaha, bukan hasil, pesanan kpd diri sendiri. slmt berpenat2an fath. :)

fathiyyah said...

huhu, cakap tentang kontrol, teringat kata-kata dr murobbi. ayat2 beliau lebih kurang mcm ayat2 sister tu. hehe

selamat berpenat juga tiqah, ana rs enti lagi berpenat dr ana kot T_T

*f@ryh@* said...

best la entry..buat kite rase nk berpenat2 dalam kerehatan plak..penat untuk kerja ALLAH insyaallah x rugi kan..

izyan said...

like this entry . :)

Izzahsakinah said...

pesan Imam Syafie: jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan sebab demikian hidup itu diciptakan.

inshaAllah. jalan kehidupan memang sukar, tapi masih terlalu awal untuk katakan payah. Thia, muge terus thabat! ♥

p/s I like this entry ;)

.n.a.k. said...

kak fathy, kita pernah baca..
penat rohani menyebabkak kita tak mampu 'bergerak' ketika kita penat fizikal...
'bergerak' tak smestinya berjalan atau menggerakkan muscle kan...
huhu
masih belaja utk lebih faham ayat ni melalui tarbiyah
"Nahnu Qaumun Amaliyyun"

rindu kak fathy..
balik mesia nnti nak jumpa

thaiyibah said...

suka sangat. pahala lepas berpenat itu kekal, berjalan terus.

:)

sedang berpenat.
selamat berpenat kak fathiyyah :)

nia nadiyya said...

kalau penat,take five la...kumpul tnage balek,makan cokelat,huuu..~~
-yayania chubby

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena