Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

March 18, 2010

Kita sudah berjanji, bukan?



Dahulu, sebelum kita dipertemukan buat pertama kali,

kalian sudah berjanji dengan Tuhan
berjanji akan menjaga, membelai, menjadi tempat bermanja untuk aku
Kalian berjanji, bahawa kalian akan membesarkan dan mendidik aku
dengan seluruh jiwa dan raga kalian
kalian akan menyayanyi aku
Dengan kasih sayang yang tiada tandingannya

Dan bila aku sudah mampu berfikir, membezakan antara buruk dan baik
aku mula berjanji
selagi jantung ini masih mampu berdegup dengan kencang
selagi nyawa masih dikandung badan
aku berjanji untuk menyayangi, berbakti kepada kalian sepenuh jiwaku juga


Kita sudah berjanji bukan?
Setiap kali berpisah untuk setahun lagi,
baik aku mahupun kalian,
kita berjanji untuk menjaga diri masing-masing
kita berjanji, akan sentiasa menerima apa jua yang akan menimpa

Kita telah berjanji di dalam hati
Andai aku mati di bumi ini dan tidak sempat untuk menatap wajah kalian buat kali terakhir,
kalian akan redha dengan pemergianku
kalian tidak akan teragak-agak untuk mengucapkan
'innalillahiwainnailaihirajiuun'
Kerana awal-awal lagi kalian sudah merelakan aku pergi
kerana kalian sangat percaya denganku
kalian sangat yakin bahawa Dia akan menjaga aku

dan aku juga sudah lama berjanji di dalam hati
bahawa aku juga akan redha atas apa jua suratan yang bakal tertulis di Luh Mahfuz
bahawa aku akan merelakan pemergian kalian selama-lamanya juga nanti ,
aku berjanji untuk tidak bersedih berpanjangan
kerana aku telah berjanji di dalam hati,
bahawa aku akan menyerahkan segalanya kepada Tuhanku,
Andai Tuhanku lebih menyayangi kalian, maka aku sangat redha!

Kerana hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Pemilik seluruh alam
Kerana kalian dan aku adalah milik Dia sepenuhnya
Dia berkuasa atas apa sahaja terhadap kita
bahawa kalian hanya pinjaman untuk menemani aku
dan aku juga hanya seorang anak pinjaman dari Tuhan buat kalian

Tenanglah wahai jiwa-jiwa yang sentiasa mencari jalan untuk menyucikannya
tenanglah wahai ruh-ruh yang sedang dalam menuju Tuhannya



Al Fatihah, buat arwah ayah kepada sahabatku di Cairo, Faten Farhana.

Sungguh, Allah telah pilih bukan calang-calang orang untuk diberi dugaan sehebat ini.
Dugaan besar, jiwanya tenang, kesabarannya baik, redhanya setinggi langit. Maha Suci Allah.

Kita takkan tahu apa rahsia, rahmat dan hikmah di sebalik semuanya yang telah ditentukan

Ya Allah, tempatkanlah arwah di tempat yang syurgaMu yang tertinggi
di samping para kekasihMu, bahagia di sampingMu
Ameen


======================

p.s: Bila kita dengar berita kematian sana sini, maka kita jadi sangat yakin yang mati itu bila-bila masa, tak ada tangguh-tangguh. Malaikat maut bila nak renggut nyawa kita, tak adanya nak minta izin kita dahulu, nak tanya boleh ambil nyawa ke tidak.

Kita makin sedar dan yakin, bahawa kehidupan di atas dunia ini hanya sementara,
dan semuanya hanya pinjaman untuk kita.

Dan sungguh, yang membezakan darjat kita pada pandangan Tuhan kita, bukanlah dari segi rupa, kaya atau miskin.

Tapi yang bezanya adalah, TAKWA kita. Bila kita nak betul-betul takut dengan Allah?

3 comments:

iqbalsyarie said...

Innalillah...saya juga baru kehilangan teman lama ahad lepas..terkejut..huhu

ibnushams...............................muhammad akram shamsuri said...

benar// yang beza hanyalah taqwa

farhanasalleh said...

salam fathiyyah..
terima kasih bnyk2 atas sokongan kalian semua..
sungguh,tidak terhingga ucapan terima kasih daku ucapkan..
hanya ALLAH saja mampu membalas jasa kalian..
ayuh kita yg masih berada di sini meneruskn perjuangan..
mendoakan mereka yang di sana tenang hendaknya..

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena