Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

February 28, 2010

Mimpi

Dahulu, aku takut nak bermimpi. Tapi sekarang sudah tidak.

Aku pernah bermimpi atau menyimpan impian untuk menjadi doktor. Dan dalam masa yang sama, aku bekerja keras untuk menjadikan ia sebagai realiti. ia masih dalam proses, beberapa tahun sahaja lagi(insya Allah) tapi tak bermakna aku mengabaikan yang perkara-perkara lain.

Aku juga punya impian yang lebih besar. Jujurnya, matlamat hidupku yang tak tahu bila akan berakhir ini bukanlah setakat menjadi muslimah doktor, menjadi pakar sakit puan, punya rumah dan kereta yang besar dan mewah atau memiliki aset yang dahsyat-dahsyat.

Aku juga punya impian yang lebih besar. Ahli keluargaku, serta teman-teman baikku turut menyimpan impian yang sama. Dan seharusnya, mereka yang mengaku bahawa Allah itu adalah Tuhan sekalian alam wajib mempunyai impian sepertiku. Dan untuk menggapai impian yang besar itu takkan mustahil. Takkan mustahil selagi seseorang itu tahu mengapa ia perlu mempunyai impian macam tu.

tapi tak bermakna aku mengabaikan benda-benda kecil. Sudah tentu, hidup kita wajib sentiasa berdisiplin. Dalam apa jua. Nak capai benda yang besar, kena betul-betul fokus. Langsung tak boleh abaikan benda-benda kecil dan simple. (susah la, kalau benda kecil pun tak cukup berdisiplin)

Nak jadi muslim yang betul-betul memang kena strict. mana boleh longgar-longgar. Mana boleh separuh muslim, separuh lagi tidak. Mana boleh tulis dalam ic agamanya Islam, tapi tak praktis sangat islam. Atau islam tu sikit-sikit je. nak tutup aurat, kena betul-betul tutup. Kalau kata nak jaga hubungan lelaki perempuan, memang kena betul jaga lah.

sudah tentu kena strict dan ketat. nak hidup di bumi Allah wajblah patuh akan peraturan yang Allah dah tetapkan. wajib tinggalkan apa yang Allah larang. wajib menjaga hubungan sesama manusia dan makhluk. ingat nak dapatkan Syurga yang best di akhirat tu boleh bersenang lenang di dunia ni?

31. " Sedangkan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka)"

32. "(kepada mereka dikatakan ) 'inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu,(yaitu) kepada hamba yang sentiasa bertaubat(kepada Allah) dan memelihara (semua peraturan-peraturanNya)

Qaaf:31-32


Berbalik kepada mimpi,

"Kalau kita tak bermimpi, sesuatu tu takkan jadi realiti"

tapi hati aku macam sedih, sebab ada orang takut nak bermimpi. Dan lagi sedih, bila ada orang tak pernah rasa nak bermimpi atau pasang impian yang besar-besar! takut nak merancang tentang masa depan yang nanti kita juga yang bakal memegang tanggungjawab sebagai pemimpin nanti.

Kalau betul lah kita buat apa-apa di atas dunia ni hanya kerana Allah, sudah tentu Allah tidak akan biarkan kita . Allah takkan biarkan kita terkapai-kapai tanpa pertolongan dariNya. Dan Allah takkan biar kita terus bersedih bila dicemuh atau dicela.
Malah, Allah dan siapkan awal-awal, Al-Qur'an itu sebagai petunjuk dan juga pemujuk :)

Sebab Allah memang dah janjikan kemenangan itu adalah untuk orang yang betul-betul bekerja keras dan tekun untuk menegakkan kalimahNya.
Dan Allah juga bersama dengan orang-orang yang bersabar.

"Maka bersabarlah engkau(Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan terbenam"

Qaaf: 45

~Tumuhaatuna~

3 comments:

melatiblossoms said...

ummi pun nak mimpi2 tu juga...:)

CikguZue said...

Moga bermimpikan yg indah2...

nadhirah said...

kak fathy, nadh juga ingin bermimpi. mahu bertemu lagi dengan akak di syurgaNya kelak. ameenn ya rabb!

moga penat lelah kita di dunia ini, menjadi pemberat mizan kita di 'sana'. seronok sebab ramai yang bermimpi sperti ini.. :)

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena