Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

February 27, 2010

Hujan




Salam warahmatullah


Suatu malam, sewaktu mengemas-ngemas bilik, guruh berdentum dengan sangat hebatnyadi luar rumah.
Pelik melanda, sebab dekat Mesir ada hujan? lagi pelik, ada guruh? Subhanallah Dan aku boleh membayangkan keadaan di luar. Udara yang debu dicampurkan dengan air hujan. Wah, macam air milo yang langsung tak ada hati nak minum.

Aku, Aimi dan Huda berhajat untuk keluar. Pegi Kausar. Ada ceramah Maulidurrasul di sana. Tapi di luar hujan. Lebat. Dan semua menanti hujan untuk berhenti dengan penuh kesabaran di bilik masing-masing.

Bila sudah berhenti, kami keluar bertiga. Lecak di merata tempat. Aku berjalan paling hadapan. Aimi di tengah dan Huda paling belakang. Kami terpisah. Aku dan Aimi di sebelah jalan bahagian sini dan Huda di sebelah sana. Di tengah-tengah, ada 'sungai' . En tidaak. Ada takungan air. Macam banjir. Entah, aku pun tidak tahu nak cerita macam mana.

Lalu kami menjerit kepada Huda.

'Huda, inilah masanya untuk kau tunjukkan kehebatan berenang!"

"Go Huda go!"

dan kami gelak-gelak kecil kerana air kawasan situ tingginya hanya pada paras buku lali saja. Tapi semua tak nak amik risiko. Nama pun perempuan yang menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Malas ambil kisah pulak bila kasut basah dan dipenuhi air bila sampai di Kausar.

Orang-orang lain, ramai ke sana sini. Pergi kelas Al-Qur'an, dan adik-adik itu pergi makan makanan best2 di Sabik. Dan bila masing-masing mahu pulang ke rumah, semua tersekat di tengah-tengah jalan. Traffic jam akibat banjir. Dari gaya macam suka. sebab dah lama tak main hujan? Dan mereka kata, Cairo ada hujan batu!

Buat mereka yang pergi bercuti di UK tetapi tak berkesempatan bermain salji di sana, maka hujan batu di negara (menumpang) sendiri pun ok lah kan? :)

Pelik juga, semua ingat winter dah nak dekat habis. Sebab kebiasaannya berpagian pergi kelas dalam keadaan kepanasan. Pagi-pagi sudah berpeluh. aku pun ingat dah summer.

Tapi bila hujan turun secara tiba-tiba , maka ia membuktikan yang Allah tu Maha Kuasa. KehebatanNya takkan pernah kita jangka. takkan pernah kita duga.

Kita, hamba. Tapi masih boleh bongkak dan sombong. Padahal kita ni kecik. Kerdil sangat. Kalau nk bandingkan kita dengan sang matahari, memang jauh bezanya. Kalau bukan kerana Allah mengangkat darjat kita sebagai sebaik-baik ciptaaNya, memang sungguh. Kita ni tak ada apa sangat pun.


Kalau kita sentiasa merendah diri, memang sungguh kita akan sentiasa dipandang tinggi oleh setiap makhluk.
dan kalau kita berlaku sombong sama ada kita sedar atau tidak(nauzubillah), kita akan sentiasa dipandang rendah.

Ya Robb, Engkau jauhkanlah aku dari sifat Riya' dan takabbur.


3 comments:

Dr. E-iN said...

"adik2 itu pergi mkn di sabik"
huh??
ade sorang adik t'sebut yg call kakak rumahnya gara2 terkandas dek metro yang tak b'fungsi..adekah adik itu t'masuk dlm "adik2 itu" ??
sy tak tahu status adik itu..
saya takut nk tanya ;)
fathy,thanks buku note tu..
sy suka sgt..serius..sbb kulit dia keras,senang nk menulis =)

melatiblossoms said...

Salam thia,

entry yang ada 'feel'. :) Salji di UK nie pun menurut perintah Allah. Siapa kata di musim bunga tiada salji, tahun lepas bulan 4 masih turun salji. Allah kata Kun fayakun... tahun ini, lepas dah syok2 tengok snow drop, Allah bagi rezeki main sledge dalam salji lagi. :) kena sentiasa bersyukur kan...

n i a said...

salam..,
hehe same la kat alex k.fathy
pun tbe2 hujan ais hari tu..
ingat dah summer
betul la kan, Kun fayakun...
:)

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena