February 26, 2010
Di Hari Yang Berbahagia,
di hari berbahagia, ku memohon ampun dari Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Serta aku mengucapkan selawat buat Muhammad pesuruh Allah serta ahli keluarga Baginda (s.a.w).
aku, sangat-sangat redha Allah itu adalah Tuhanku, Islam itu sebagai agamaku, dan Muhammad(s.a.w) adalah rasul Allah
Di hari yang berbahagia, ku memohon dengan bersungguh-sungguh agar ditakdirkan Islam sebagai agamaku sehingga ke hujung nyawa, ditetapkan Iman dalam jiwa serta dianugerahkan hidup yang dijalani dengan penuh Ihsan.
dan aku memohon dariMu, ya Allah. agar ditetapkan atas jalan ini, menjadi salah seorang penyambung risalah yang diperjuangkan oleh kekasihMu, Muhammad (s.a.w), menjadi penyumbang buat umat, bukan lebihan atau sampah dunia kerana tidak berbuat apa-apa.
aku memohon agar aku tergolong dalam orang-orang yang beriman , menjadi yang terpilih dalam kalangan umatnya yang diberi minuman oleh Baginda dari telaga Kausar , serta mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.
aku meminta dengan penuh pengharapan, agar ditentukan kehidupanku di akhirat sebagai salah seorang penghuni syurga yang penuh kenikmatan, berpeluang untuk bersama dengan para solehin, para nabi serta bertemu dengan kekasih Allah, Muhammad (s.a.w)
dan tidak ada apa yang lebih membahagiakan dan menenangkan, melainkan bila ku diberi ganjaran untuk menemui Pencipta aku, Pencipta kamu, Pencipta mereka serta makhluk sekalian alam. aku meminta dengan sepenuh hatiku agar aku dikembalikan kepada fitrahku, untuk bertemu dengan Tuhanku
Ya Rasulullah (s.a.w), layakkah aku sebagai salah seorang dari umatmu?
layakkah aku untuk menerima syafaatmu di hari pembalasan kelak?
============================
Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari.
Banyakkan selawat pada hari ini ya. Rasulullah tak pernah berhenti dari berdoa untuk kita, umatnya yang langsung tak pernah bersua dengan Baginda.
Hebat sungguh cinta Rasulullah(s.a.w) akan kita.
Tapi kita masih lagi kedekut untuk mengucapkan selawat buat Baginda(s.a.w) dan ahli keluarga Baginda.
Tapi tak cukup sebenarnya kalau kita sekadar mengucapkan selawat atau berarak menyambut Maulidurrasul kalau ia sebagai tanda kecintaan kita pada Nabi Muhammad(s.a.w).
sebab kita ada tanggungjawab yang lebih besar, tetapi kita selalu menidakkan ia.
Kita buat-buat tak tahu.
Atau kita sibuk dengan urusan-urusan lain?
Ya Allah, ampunkanlah kami. Umat yang sentiasa lalai dan leka.
p.s: kan best kalau sambut kelahiran Nabi Muhammad(s.a.w) setiap hari. Sebab dengan cara ni, aku lebih cinta, lebih mengenali Baginda Muhammad (s.a.w), kekasih Allah.
Allahummasollia'lasaiyidina Muhammad wa a'la aalihi wasohbihi wasallim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment