
Salam warahmatullah
Perkataan memasak sangat sinonim dengan perempuan walaupun sebenarnya kita dah banyak jumpa contoh bahawa lelaki memang lagi terer masak berbanding perempuan. Kenapa ya? mungkin sebab lelaki mmg terer main campak-campak atau campur je apa-apa yang yang rasa logik dalam masakan mereka.
Contoh lelaki macam ni aku banyak tengok melalui Abang Long dan Abang Nuar sewaktu mereka menolong isteri masing-masing juadah berbuka puasa di rumah waktu aku balik cuti hari tu. hehe
Cerita masak di mesir :)
Waktu ketika musim exam adalah waktu yang paling memerlukan jihad untuk masak sesedap macam hari-hari biasa. Kalau orang lain mungkin masak simple-simple je masa tengah tension macam ni, tapi tak pula dalam kalangan teman-teman aku.
Jangan ada yang tidak percaya bahawa budak-budak ini makin dahsyat masakannya bila makin dekat nak exam. Contoh adalah seperti spaghetti bolognese untuk sarapan pagi, kek oren dan cupcakes untuk minum petang dan pajeri panas untuk makan malam (kredit utk Nur, Princess dan miss I) :D
Bila ditanya mereka, ada yang kata mereka mahu lepas tension belajar. Alasan ini sangat best sebab bukan semua orang boleh memasak bila tengah tension study. hehe
Apapun bagi aku, tidak penting sangat sama ada masakan itu fantastic , marvellous atau tidak.
Ini soal ikhlas atau tidak sewaktu memasak. Ini soal betul ke engkau memasak kerana Allah?
Bila aku muhasabah diri balik, ada satu masa tu adalah giliran aku memasak untuk ahli-ahli rumah. Padahal esok nak exam, dan banyaaaak lagi kena mengulangkaji, menghapal dan menghapal. Masa itu aku perasaanku bercampur baur, rasa mahu kata tidak adil kenapa aku kena masak hari tu,
Lalu aku beristighfar banyak-banyak, mengingatkan diri sendiri bahawa kalau aku tidak masak, siapa lagi mahu bagi mereka makan? sanggup tengok rakan-rakan baik berlapar sambil study?
Dan mari menyedapkan hati diri sendiri, betulkan niat, perbaharui niat, perbanyakkan niat dan mula masak memasak dengan sepenuh keikhlasan.
Kadang-kadang kita masak simple dan cikai je. Takde lah sampai masak rendang atau laksa Johor . Tapi entah, ada satu masa tu masakan yang aku masak tu jadi lebih sedap berbanding biasa. Lauk dalam pinggan jadi licin berbanding hari sebelumnya(tak tahu lah kalau housemates aku kebuluran sepanjang hari masa study. hehe)
Bila tengok housemates semua kekenyangan dan terpancar sinar kegembiraan di wajah masing-masing, maka perasaan diri sendiri tu memang susah nak digambarkan dan dituliskan di sini :)
Memasak untuk orang study tu sangat besar pahalanya bukan? Lagi-lagi kita masak untuk orang yang sedang menuntut ilmu. Boleh bayangkan berapa besar ganjarannya?
sudah tentu kita takkan pernah boleh bayangkan ia macam mana.
Kita hanya boleh berdoa moga ia mampu memberatkan timbangan pahala kita di akhirat kelak
Aku suka yang ini
Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah Ithar (melebihkan orang lain daripada empunya badan )
maka, mari jadi golongan yang ithar dalam memasak, dalam apa jua keadaan :)
======================
Lusa exam Pharma. 96 soalan MCQ menanti di hari peperiksaan. 400+ lebih soalan latihan MCQ untuk dijawab.
Selamat berjihad, jihad dalam semua benda. Jihad tido, jihad makan, jihad internet, jihad tulis blog.
iya, makin dekat nak exam, makin dahsyat aku tulis blog. hehe
p.s satu : kalau aku tengah masak, aku akan tulis di status ym aku 'main masak-masak'. Sebab aku tak pernah sertai aktiviti main masak-masak waktu kecil dulu. Main panjat-panjat bukit, main basikal sampai jatuh longkang, luka-luka dua tiga kali pernah lah
p.s dua : Ahlan wasahlan buat teman-teman Jordan. Kalau kalian tahan duduk sini selama 2 minggu dengan wajah tersenyum setiap hari , maka aku sangat 'saspek' sama kalian. hehe (kejamnya ayat, tak tak. Mesir memang best pun :D )
maka, mari jadi golongan yang ithar dalam memasak, dalam apa jua keadaan :)
======================
Lusa exam Pharma. 96 soalan MCQ menanti di hari peperiksaan. 400+ lebih soalan latihan MCQ untuk dijawab.
Selamat berjihad, jihad dalam semua benda. Jihad tido, jihad makan, jihad internet, jihad tulis blog.
iya, makin dekat nak exam, makin dahsyat aku tulis blog. hehe
p.s satu : kalau aku tengah masak, aku akan tulis di status ym aku 'main masak-masak'. Sebab aku tak pernah sertai aktiviti main masak-masak waktu kecil dulu. Main panjat-panjat bukit, main basikal sampai jatuh longkang, luka-luka dua tiga kali pernah lah
p.s dua : Ahlan wasahlan buat teman-teman Jordan. Kalau kalian tahan duduk sini selama 2 minggu dengan wajah tersenyum setiap hari , maka aku sangat 'saspek' sama kalian. hehe (kejamnya ayat, tak tak. Mesir memang best pun :D )



9 comments:
wah! terernya kakakku ini buat spaghetti bolognese! favorite tuh! kak uda ni reti buat x? sbb bile u balek nn, sblm jd isteri org, u kn buatkan satu utk i. WAJIB!!!
uish~
sape Nur tu? haha :P
fathy,masak2 jom~
nak request~
hoho...
ade updet baru!
saya hilang pula idea untuk updet.
memasak itu menghilangkan tekanan.
dan akan rasa bahagia bila tengok orang lain makan dengan gembira.
yang memasak hilang tekanan,
yang memakan juga tersenyum ceria.
huhu.
=). tgh mlm td berperang dgn diri buat kek coklat. kempunan~
Alhamdulillah, bila nanti dah ada keluarga sendiri, bila masak lagi kena ikhlas dan ditambah dengan kasih sayang dalam masakan tu. InsyaAllah lebih berkat dan bertambah mawaddah ar rahmah..... :):):).
wah. bole request nih. :D
uih mcm seram je ps nombor dua tu. huhu.
adik, jgn request lebih2 aaaa.dlm rumah ni yg terer masa spaghetti tu kak aimi. ngeh
Syila, Nur Kasih laa.. tkkan nur fathiyyah kot. hoho
Chep, mak aih. kek coklat! nk dtg serang rumah! mahu kek!!
Ummi, :D
Arina, haa, mmg nk takutkan korg pon. hehe
You have hit the mark. It is excellent thought. I support you.
Unequivocally, ideal answer
Bravo, this rather good idea is necessary just by the way
Post a Comment