Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

January 27, 2010

Lembik


"Tidakkah engkau tahu bahawa
siapa yang yang ada di langit
dan siapa yang ada di bumi
bersujud kepada Allah
juga matahari, bulan dan bintang
gunung-gunung dan pohon-pohon
haiwan-haiwan yang melata
dan banyak daripada manusia?

Tetapi banyak (manusia)
yang pantas mendapatkan azab
Barangsiapa yang dihinakan Allah,
tidak ada seorang pun yang akan memuliakannya
Sungguh Allah berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki"

Al Hajj : 18




Aku tengah lemah
aku sedang tidak kuat
aku tengah lembik
aku macam asyik-asyik penat

Lalu aku pandang bulan
Aku palingkan muka aku pada bintang-bintang
Aku hadapkan wajahku pada langit
aku berinteraksi dengan pawana yang membelai aku
aku berkomunikasi dengan malam yang sejuk

Aku berkata mereka
'cantiknya kalian'
'kuatnya kalian'
'tabahnya kalian di atas sana'


Padahal bintang, bulan, malam, pawana, dan langit itu
memang diciptakan khas buatmu, wahai manusia
sebagai penemanmu mentadabbur ciptaan Tuhan
sebagai sahabatmu bila kamu mahukan sesuatu untuk mengingatiNya
sebagai peminjam kekuatan saat kamu berasa futur

wahai hamba, kamu tidak diciptakan untuk menjadi lembik dan lemah
wahai hamba, kamu tidak dijadikan semata-mata untuk senang berputus asa dan mudah berasa lelah

wahai khalifah di muka bumi! sungguh, kamu tidak diciptakan melainkan untuk berpenat
wahai khalifah Allah! sungguh, kamu tidak dihidupkan melainkan untuk menjadi kuat


wahai hamba dan khalifah, lemah sungguh kah kamu?

=============


buat mereka yang sedang lemah, jangan begini lama-lama.
Kalau boleh, selesaikan semuanya sebelum menjelang hari esok.

Kalau perlu menangis, menangis lah.
Bukankah kita semua telah bersetuju bahawa menangis itu tidak semestinya kita sedang lemah
tapi kita menangis itu adalah untuk mengumpul kekuatan untuk menghadapi hari esok yang punya seribu hikmah yang kita takkan pernah tahu

Nah, aku pinjamkan sedikit kekuatan milik Tuhanku buat kalian.

Semoga dirahmati dan dilindungi semuanya



5 comments:

melatiblossoms said...

thanks thia, tengah dok penat memerah otak sendiri di ofis, ada santapan buat minda yang 'lembik' ini. Thanks dear. :):)

Anonymous said...

HE always be there!(^.^) right! No worries...

iqbalsyarie said...

salam~
sgt2 best post kali ni...mendalam sungguh..thanks ya!

fathiyyah said...

ummi, bz ya lately? all the best dlm semuanya jugak utk ummi! :)

anony, yep2! Tak perlu risau apa2

Iqbal, oh2 ayat itu sgt menyentuh hati bukan?

mi j said...

jzkk ukhti..
rasa bersyukur kepada allah, disedarkan dgn cara yang terbaik..

kita tidak diciptakan utk jadi lembik..kalau anggota badan dah start lembik2, check lah semula seketul daging itu..

hati..
hati kan raja segala anggota?

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena