Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

January 27, 2010

As Sakinah dan Al Mutmainnah

Dari semalam aku berfikir, dari aku mula mencapai pakaian untuk digosok dan dipakai pada hari semalam
dan aku berfikir lagi dari saat aku melangkah keluar dari ruma, turun tangga menuju ke universiti untuk menduduki peperiksaan.
dan aku berfikir, berfikir dan berfikir lagi sewaktu aku berjalan melintas jalan dengan Aimi

Masa tu tak tahu apa ada dalam kepala, otak sudah tepu dengan nota cacing,
badan menggeletar menahan kesejukan dari dalam,
jantung berdegup lebih kencang berbanding biasa
perasaan? oh, sukar digambarkan, hanya Allah lebih tahu


Menyelak mukasurat terakhir nota cacing sebelum naik ke dewan,
lalu aku bertawakkal.

selepas sejam bertarung dengan soalan cacing, aku berjalan keluar bersama teman-teman
dan sampai sahaja di rumah, aku kembali mengimbas tentang apa yang aku fikirkan sejak pagi itu

aku menenangkan hati dengan berfikir dan berkata kepada diri sendiri
bahawa pertolongan Allah itu tidak semestinya berbentuk
kita diberi kemudahan untuk menjawab peperiksaan
atau kebolehan untuk menjawab semua soalan dengan tepat.

tidak semestinya pertolongan Allah itu berbentuk petunjuk atau hint yang boleh menunjukkan kita kepada jalan jawapan yang betul

tetapi pada aku, pertolongan dari Allah yang selalu aku inginkan sewaktu menghadapi exam
adalah menghadapi semuanya dengan hati yang tenang
menghadapi medan tempur dengan
hati yang selalu bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepadaNya

hati yang selalu mengingatiNya
tak kira bila atau di mana sahaja.

pada aku , pertolongan Allah itu adalah jiwa dan hati yang dianugerahkan
As Sakinah dan Al Mutmainnah
dan pemilik hati-hati yang tenang ini hanya dimiliki oleh bakal-bakal penghuni syurga



"Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
dan masuklah ke dalam SyurgaKu"

Al Fajr : 27-30

'Jelas terbayang rasa kasih mesra Ilahi yang mengusap jiwa para penghuni syurga
iaitu jiwa yang tenang, tenteram terhadap Allah dan jalan hidupnya
terhadap qadha' dan qadar Allah yang ditetapkan ke atas dirinya
juga jiwa yang tenang dan tenteram
sama ada dalam kesenangan dan kesusahan
sama ada keluasan atau kesempitan
sama ada ia dikurnia ataupun ditahankan kurnia
ia selama-lamanya tenang dan tenteram
tidak ragu-ragu, tidak menyeleweng dan tidak teragak-agak di tengah jalan
dan tidak gentar pada hari Kiamat yang ngeri.

Kemudian ayat-ayat itu berlalu berturut-turut menyelubungi
seluruh suasana dengan keamanan, kepuasan,ketenteraman
dan irama kata-kata yang lemah lembut
di sekeliling pemandangan yang membayangkan rasa kemesraan
hubungan yang dekat dan rasa ketenangan

Itulah syurga, dengan hembusan-hembusan bayunya yang nyaman
dan menyegar menjenguk di celah-celah ayat ini
dan di atasnya muncul tajalli
wajah Ar Rahman Yang Mulia dan Maha Gemilang '

ayat 27-30
Surah Al Fajr
Fi Zilal Al Qur'an
oleh As Syahid Sayyid ibn Qutb Ibrahim



p.s: aku hutang 2 entri dengan housemates kesayangan :)
p.s lagi : ada orang Jordan, lepas balik exam je nak datang Cairo. yeay!


4 comments:

Anonymous said...

Salam..sorry if i'm again annoying you by being anonymous...but what you feel..think..wrote....so true! Also, bila hati tenang...BEST time to recall...then dapat jawab exam dengan BAIK..keep going ukt(^.^)

fathiyyah said...

kalau lah sy boleh tahu awak siapa :)

apa pun, mmg benar bukan, hati yang tu hanya kita dapat bila betul2 rasa dekat dengan Allah, Pemilik segala ketenangan :)

teardrop said...

thia dear..

tak sabar nak *hugs*
bittawfeeq for the last 2 papers.allah yusahhil insyaallah!

org ottawa said...

sgt3 suke post fath psl tadabbur mcm ni :) sbb kite tadabbur tak dpt same cm org kn.. ayat hujung alfajr mmg fav.

psl main masak2 tu, sy disini lg nak exam lg tak makan nasi. makan saje roti ke mi ke yg mudah n cepat.

masak utk org bljr besar pahala?huuuuu baikkk. sllu slh niat. sbb kdg2 masak, housemate tak makan(die makan luar), so awl2 lg cm dah niat aku dah masak ko nak makan xnak sukehatilah. huhuhu.

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena