Thursday, December 31, 2009

Berita Umat Islam


petik dari email lagi..

=================


salam,

dipetik dari halaqah online.com.. harap bermanfaat..

Perkembangan dunia Islam terus menjadi berita-berita utama antarabangsa, memberi kesan kepada politik serantau dan global, bermula dengan serangan Israel ke atas Gaza pada Disember 2008 sehingga Januari 2009, kepada konflik di Yaman yang semakin merebak ke seluruh wilayah negara itu dan jiran. Berikut 10 berita dan pemain utama dalam dunia Islam, yang memberi kesan besar kepada negara terbabit, dunia Islam secara keseluruhan dan politik dunia.

1. Serangan terhadap Gaza, Palestin

Dunia Islam memulakan tahun 2009 dengan menyaksikan konflik di Gaza, perang mempertemukan kekuatan tidak seimbang tentera Israel dengan Hamas dan kumpulan-kumpulan lain di wilayah Palestin dikuasai Hamas ini. Perang bermula pada Disember 2008. Awal 2009, Israel memulakan serangan darat selepas seminggu serangan udara.

Perang berakhir pada 18 Januari, dua hari sebelum presiden baharu Amerika Syarikat, Barack Obama mengangkat sumpah. Hampir 1,500 warga Palestin dilaporkan terbunuh, dengan kemusnahan hampir AS$2 bilion. Israel turut menyerang masjid, sekolah dan tempat-tempat awam, membunuh semua termasuk kanak-kanak. Tidak lama selepas perang, Israel memilih sebuah kerajaan dikuasai parti berhaluan kanan.

Demonstrasi diadakan di seluruh dunia membantah tindakan Israel. Reaksi di dunia Islam termasuk boikot terhadap jenama AS dan Barat seperti McDonald's, Tesco, Starbucks, KFC dan pelbagai produk konsumer lain.


2. Dasar luar baharu Turki

Negara yang sedang menggerakkan dasar luar baharu, Turki, bertindak pragmatik dalam menangani isu Gaza melalui satu tindakan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dalam forum di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, menaikkan imej Turki ketika dunia Arab dilihat gagal bertindak.

Di bawah arkitek dasar luar baharu Ahmet Davutoglu, akademik hubungan antarabangsa berpengalaman luas, Turki mengaktifkan usaha baharu membina hubungan baik dengan negara-negara jiran termasuk Armenia dan Syria dan cuba membina ruang pengaruh, berdasarkan fahaman pan-Turkisme atau apa yang disifatkan pemerhati sebagai perspektif "neo-Uthmaniyah" Ahmet. Ahmet, yang pengalamannya termasuk mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Beykent Istanbul, disebut sebagai "Henry Kissinger Turki" yang kini menjadi tokoh penting parti pemerintah, AKP.


3. Konflik Yaman

Menjelang Ramadan tahun lalu, Yaman menyaksikan bermulanya konflik melibatkan kerajaan pimpinan Presiden Ali Abdullah Saleh dengan pemberontak Houthi di utara. Kini, setelah tiba bulan Muharram 1431, konflik di Yaman semakin meluas dan meningkat dari segi intensitinya, apabila AS mula terlibat dalam serangan terhadap kumpulan al-Qaeda di negara ini, kumpulan dikenali sebagai al-Qaeda di Semenanjung Arab (al-Qaeda in the Arabian Peninsula, AQAP) menggabungkan al-Qaeda Yaman dengan Arab Saudi.

Negara dilanda masalah sumber air dan hidrokarbon ini juga berdepan kebangkitan kumpulan pemisah Marxist di selatan. Penglibatan Saudi menyerang Houthi juga menambahkan kerumitan konflik ini, yang kini telah menyebabkan lebih 170,000 menjadi pelarian di dalam negara. Peranan Iran dan Saudi memperlihatkan dimensi persaingan kuasa serantau dalam konflik ini.


4. Pilihan raya presiden dan isu nuklear Iran

Iran mengadakan pilihan raya presiden pada 12 Jun lalu, dengan keputusan penyandang Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatan. Walau bagaimanapun, keputusan ini ditentang hebat Mir Hossein Mousavi dan ribuan penyokongnya, menggegarkan republik Islam yang berpandukan kepada ide Wilayatul Faqih yang menetapkan kuasa kepada para ulama. Kebangkitan digelar "revolusi hijau" oleh kem Mir Hossein mendapat kredibiliti dan imej yang positif bagi sesetengah pihak kerana warna hijau yang digunakan - yang dikaitkan dengan Islam dan Nabi Muhammad saw - sebagai simbol gerakan menentang pemerintah Iran.

Pemerintah Iran masih berdepan cabaran getir penentangan ini, yang mendapatkan simpati apabila Ayatullah Hossein Ali Montazeri meninggal dunia pada 20 Disember lalu. Pada masa yang sama, Iran terus berdepan cabaran berhubung isu nuklearnya apabila sikap kerajaan baharu AS tidak berubah walaupun sedia berunding.


5. Afghanistan- Pakistan dan Taliban

Afghanistan dan Pakistan ditangani sebagai satu oleh sebahagian besar komuniti dasar luar AS, ekoran hubungan rapat kumpulan Taliban di kedua-dua negara dan kaitan rapat geografi kedua-dua negara dalam konflik di Afghanistan. Afghanistan kini menjadi satu agenda dasar luar penting bagi Obama, yang meluluskan 30,000 anggota tentera untuk dihantar ke negara ini. AS kini mempunyai kehadiran yang besar di Asia Tengah.

Pada masa sama, Presiden hamid Karzai baharu melengkapkan anggota kabinetnya, yang dikritik ramai sebagai tidak memenuhi janji memerangi korupsi dan pada masa sama memberikan kuasa kepada pihak-pihak tidak sepatutnya. Kedatangan lebih ramai tentera AS dan pemerintahan Hamid yang tidak bersih dan bebas bakal meneruskan ketidaktentuan di Afghanistan. Kedatangan lebih ramai anggota tentera mampu meningkatkan lagi konflik dengan kumpulan militan.


6. Lanun dan kehadiran kuasa asing di Somalia

Penculikan dan rampasan kapal oleh lanun Somalia yang mula berleluasa pada 2008 terus berlaku pada 2009, dan menarik kedatangan tentera-tentera laut asing termasuk Jepun dan Rusia, menjadikan kawasan perairan Somalia yang strategik itu semakin tegang. Kawasan Teluk Aden bersempadan Laut Merah - dihubungkan laluan sempit Bab al-Mandeeb di tengah-tengah antara Djibouti dan Eritrea dengan Yaman - ialah satu laluan penting dalam perdagangan antarabangsa. AS juga menjalankan operasi pesawat tanpa juruterbang di kawasan perairan ini.

Kawasan ini terletak tidak jauh daripada Yaman, satu lagi kawasan panas yang menjadi salah satu sumber senjata bagi lanun Somalia. Selain itu, tentera AS dan Iran juga meningkatkan kehadiran di kawasan perairan ini, mengaitkannya dengan isu lanun dan juga ketidakstabilan di Tanduk Afrika dan Yaman.



7. Pilihan raya Lubnan


Lubnan menjadi medan persaingan kuasa-kuasa asing sejak sekian lama, dan pilihan raya pada 7 Jun 2009 menunjukkan realiti ini kekal dalam permainan politik Lubnan. Kumpulan 14 Mac yang pro-Barat memenangi 71 daripada 128 kerusi, yang dibahagikan kepada 64 untuk Muslim dan 64 Kristian, susunan diwarisi daripada penjajahan Barat yang memberi kelebihan kepada Kristian. Saad Hariri dan kumpulan 14 Mac mendapat sokongan kuat AS, Arab Saudi dan Mesir, manakala Hizbullah dan Amal disokong Iran dan Syria.

Kumpulan diketuai Hizbullah yang disebut-sebut akan menang tidak berjaya merealisasikan jangkaan itu, tetapi Lubnan meneruskan penubuhan kerajaan perpaduan seperti yang dilaksanakan penggal lepas, proses yang hanya selesai beberapa minggu lalu, dengan Saad mengetuai kerajaan baharu.


8. Uyghur di Xinjiang

Wilayah Xinjiang menyaksikan kebangkitan rakyat berketurunan Uyghur memprotes layanan buruk kerajaan China dan dominasi kaum Cina han di wilayah tersebut. Di sini dapat diperhatikan perana Turki menggerakan kaum Uyghur daripada rumpun bangsa Turki sebagai sebahagian agendanya meluaskan ruang pengaruh.

Ankara dan Beijing bertikam lidah dalam hal ini, dengan Turki berperanan sebagai pembela nasib Uyghur ketika China dilihat di seluruh dunia sebagai penindas. Dengan sokongan Turki dan AS, Rebiya Kader, tokoh Uyghur berpangkalan di Washington muncul sebagai ikon kaum tertindas ini, hampir menyamai peranan dimainkan Dalai Lama bagi Tibet.

Perkembangan ini, yang berlanjutan selama beberapa bulan, menyumbang dalam menjadikan perjuangan Uyghur menuntut kebebasan dalam hal berkaitan agama dan budaya menjadi perhatian dunia Islam untuk satu tempoh.


9. Libya dan pembebasan Abdel Baset al-Megrahi

Abdel Baset al-Megrahi, disabit bersalah dalam pembunuhan 270 orang akibat pengeboman pesawat AS, Pan Am 103 di ruang udara Lockerbia, Scotland pada 21 Disember, 1988. Beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Negaranya, Libya, menjadi tumpuan negara-negara Barat terbabit dan diletakkan sebagai satu musuh utama untuk satu tempoh yang panjang.

Pada 20 Ogos lalu, beliau dibebaskan atas dasar kemanusiaan kerana dinilai doktor menghidap kanser prostat dan hanya akan hidup kurang tiga bulan lagi. Satu debat politik antarabangsa berlangsung ekoran tindakan kerajaan Scotland ini. Abdel Baset masih berusaha membersihkan namanya daripada tuduhan terlibat dalam pengeboman itu. Keadaan sekitar pembebasan Abdel Baset mengundang pelbagai spekulasi berhubung rundingan pembebasan beliau melibatkan kerajaan terbabit.


10. Islamofobia di Eropah

Di Dresden, timur Jerman, pada 11 November lalu, Alexander Wiens, pembunuh Marwa al-Sherbini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Wiens disabit membunuh Marwa akibat prejudisnya terhadap wanita Muslim berasal Mesir itu. Beberapa minggu lalu, di Switzerland, usaha mengharamkan menara masjid di negara itu mendapat sokongan 57 peratus pengundi negara Eropah itu.

Sentimen itu sampai ke Belanda dan Jerman, apabila ahli-ahli politik berhaluan kanan di sana melahirkan sentimen yang sama. Sebelum itu, di Cologne, Jerman dan di utara London, Inggeris, protes terhadap masjid telah berlaku, memperlihatkan sentimen yang semakin disuarakan di Eropah, walaupun tidak kelihatan mendapat sokongan popular.

Perkembangan ini menimbulkan persoalan tentang potensi ancaman kepada kepelbagaian budaya dan kebebasan beragama di Eropah.


-n-

Aku hanyalah perantara





Andai aku telah mengubati jiwa engkau

Jangan berterima kasih pada aku
Tetapi ucaplah syukur engkau kepada Tuhan
yang tidak pernah putus-putus memandu engkau
ke jalan yang sebenar-benarnya
Dia yang tidak pernah kedekut
untuk melimpahkan hidayahNya kepada engkau


Andai aku telah menyentuh hati engkau
usah berterima kasih pada aku
tetapi sujudlah dan ucaplah syukur kepada Dia,
Dia yang tidak pernah tinggalkan engkau
baik di waktu susah mahupun senang
baik di waktu sempit mahupun waktu lapang

Andai aku telah berjasa kepada engkau,
usahlah memuji-muji aku.
aku hanyalah perantara
aku hanyalah penyampai
antara Dia dan engkau.
aku ini tiadalah apa-apa di sisiNya
melainkan bila Dia mengurniakan rahmatNya kepada aku


==============================



"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"

As Saff : 10-11


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh,(sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an.

Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"

At Taubah : 111

(Jual beli mana yang lebih 'best' berbanding jual beli dengan Allah?)

Mahu syurga?

p.s: malam ini bulan mengambang :D


Wednesday, December 30, 2009

A Letter to the West That Raised Me


Salam.

Got 'a letter' from a friend of mine via email.

================================


July 3, 2005

By Yasmin Mogahed


Growing up, you read me the Ugly Duckling. And for years I believed that was
me. I am a woman-that ugly duckling among men. For so long you taught me I
was nothing more than a bad copy of the standard.

I couldn't run as fast or lift as much. I didn't make the same money and I
cried too often. I grew up in a man's world where I didn't belong.

And when I couldn't be him, I wanted only to please him. I put on your
makeup and wore your short skirts. I gave my life, my body, my dignity, for
the cause of being pretty. I knew that no matter what I did, I was worthy
only to the degree that I could please and be beautiful for my master.
And so I spent my life on the cover of Cosmo and gave my body for you to sell.

I was a slave, but you taught me I was free. I was your object, but you
swore it was success. You taught me that my purpose in life was to be on
display, to attract and be beautiful for men. You had me believe that my
body was created to market your cars. And you raised me to think I was an
ugly duckling.

But you lied.

Islam tells me I'm a swan. I'm different-it's meant to be that way. And my
body, my soul, were created for something more.

God says in the Qur'an:


[O mankind, We created you from a single (pair) of a
male and a female and made you into nations and tribes, that you may know
one another (not that you may despise each other).
Verily, the most honored of you in the sight of God is the one who is most righteous]


(Al-Hujurat 49:13).

So I am honored. But it is not by my relationship to men. My value as a
woman is not measured by the size of my waist or the number of men who like
me. My worth as a human being is measured on a higher scale: a scale of righteousness
and piety. And my purpose in life-despite what the fashion magazines say-is something more sublime than just looking good for men.

And so God tells me to cover myself, to hide my beauty, and to tell the
world that I'm not here to please men with my body; I'm here to please God.
God elevates the dignity of a woman's body by commanding that it be
respected and covered, shown only to the deserving-only to the man I marry.

So to those who wish to "liberate" me, I have only one thing to say:

Thanks, but no thanks.

I'm not here to be on display. And my body is not for public consumption. I
will not be reduced to an object or a pair of legs to sell shoes. I'm a
soul, a mind, a servant of God. My worth is defined by the beauty of my
soul, my heart, my moral character. So I won't worship your beauty
standards, and I don't submit to your fashion sense.
My submission is to something higher.

With my veil I put my faith on display-rather than my beauty. My value as a
human is defined by my relationship with God, not by my looks. So I cover
the irrelevant. And when you look at me, you don't see a body. You view me
only for what I am: a servant of my Creator.

So you see, as a Muslim woman, I've been liberated from a silent kind of
bondage. I don't answer to the slaves of God on earth.I answer to their King.



Tuesday, December 29, 2009

Salah Siapa?


Mari tengok betul-betul gambar ni


Betul,
kita takkan kisah tentang apa yang orang lain fikir tentang kita
lagi-lagi bila kita mula mengucapkan sesuatu.

tapi, kita harap sangat kata-kata kita tu mampu memberi manfaat kepada orang lain ,
bukan lagi dengan perkara yang sia-sia.

dan kita harap kata-kata kita tu mampu juga
memberatkan timbangan(mizan) pahala kita di akhirat kelak.


Sebabnya, kalau boleh kita tak nak mensia-siakan apa-apa sahaja di dunia yang sementara ni
baik dari segi lisan, perbuatan dan perkataan yang tertulis disini.

Kita langsung tak nak jadi orang-orang yang rugi seperti yang disebutkan dalam Al'Asr itu

Sebab bila kita punya peluang untuk hidup di bumi Tuhan kita,
kita mahu hidup sungguh-sungguh,
beriman pun mahu yang betul-betul
bukan palsu,
bukan tipu

Betul, kita memang tidak mahu ambil pusing
atau pening-pening kepala dah tentang apa orang lain fikir tentang kita

Tapi, bukan ke kata-kata kita ni melambangkan peribadi kita juga.


hurmmm,

Islam tu cantik kan?
tapi kenapa kita selalu menampakkan Islam tu tak cantik sangat?

Salah siapa?

hurmmm, yes,
salah kita. Definitely



Sunday, December 27, 2009

Kuning





"Apakah engkau tidak memerhatikan, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhNya tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan kemudian dijadikanNya hancur berderai-derai.
Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal yang sihat"

Az Zumar: 21



*detail nya Allah cerita. Daun jadi kering, bertukar menjadi warna kuning dan hancur berderai-derai tu pun Allah nak cerita dalam Al-Qur'an*

Maha Suci Allah

*Kalau kita perasan, tiga kali Allah sebut ' bagi orang-orang yang mempunyai akal yang sihat' dalam Az Zumar antara ayat 9-21, iaitu dalam ayat 9, 18, 21.
Konpem, Allah nak cerita sumthing pada kita*


oh ya, terima kasih kepada mereka yang ku kasihi kerana sudi mentadabbur alam denganku :)




dan selamat pengantin baru buat 'kakak' Aliyyah (kakak Atiqah,senior Al Amin)


Sangat cantik




Saturday, December 26, 2009

Fillah Atau Lillah

Salam w.b.t

Beberapa minggu lepas, aku telah ditanya oleh seseorang satu soalan yang tidak pernah langsung langsung terlintas dalam benak fikiranku

soalannya begini

"Kak, kenapa kita cakap kat orang 'Uhibbuki Fillah eh? Bukan uhibbuki Lillah?' "

Soalan beliau telah membuatkan aku tidak selera makan, mandi pun tak basah sangat dan tidur tak berapa lena(tipu la tu :D)

Aku pernah abaikan soalannya ni selama beberapa hari, sampai tak teringat langsung dah. Tapi bila satu hari aku mendapati Ym aku diisi dengan offline message dari dia(kak dah tanya ustaz kak ke belum?), maka aku tidak boleh berbolak balik lagi. Aku perlu berbuat sesuatu, bertanyakan kepada orang Arab. Mesti!

Mahu tanya pada ustaz Arab, tapi waktu tu tengah break untuk exam. Maka berminggu jugalah tidak ketemuan dengan ustaz kami. Berminggu jugalah tidak pergi ke kelas arab.

maka pada suatu hari, sewaktu menanti lecturer sampai untuk Tuisyen Patho( budak medik mesir dahsyat, siap ada tuisyen private untuk subjek-subjek tertentu), aku, Ein dan Milah berbual-bual dengan pak cik-pak cik Arab yang menjadi kerani( kerani ke? ) di pusat tuisyen tersebut.

Aku ambil peluang untuk bertanyakan soalan tersebut, namun sedih. Sebab bahasa Ammi aku tak cukup cool untuk memahamkan mereka mengenai soalan aku( pelat ammi aku buruk benar. Balik-balik tercakap fushah. Memang ler tak paham).

Melihatkan wajah aku seperti bersungguh bertanyakan sesuatu, lalu salah seorang pak cik tersebut memanggil salah seorang pemuda arab yang juga pelajar di situ. Jangan risau, muda lagi budak tu aku tengok, dan betullah. Aku nampak dia pegang buku medic first year.

Dan dia mula speaking2 dengan aku, bertanya tentang soalan aku.
Lalu aku bercerita bla bla bla dengan beliau. Mula-mula beliau tergelak dan tersengih. kelakar agaknya. Dan dengan wajah yang tenang, beliau menerangkan satu persatu.

'If he tells you 'Uhibbuki Fillah', he means that you remain in his heart forever'

'but if he says to you 'Uhibbuki Lillah', he means that he wants to get married with you'

Ok, lepas tu dia tergelak lagi. dan aku baru faham apa yang dia faham. Aku baru faham kenapa dia tergelak besar!! Aiyoyo. elo pemuda, budak perempuan la yang tanya aku soalan tu. sepatutnya she, bukan he la

Aku senyum je seraya mengucapkan 'Thank you' kepada adik tersebut. Sekarang aku sudah faham apa beza keduanya.

Bila pulang ke rumah, aku emelkan jawapan tersebut kepada adik perempuan aku yang bertanyakan soalan tersebut. Namun dalam hati aku sendiri, aku masih ragu-ragu sama ada mahu mempercayai jawapan pemuda tu atau tidak. Sebab kadang-kadang diorang sukaaa sangat bergurau(menipu) budak-budak malaysia.

Aku pun satu,belum lagi berkesempatan nak tanya pada ustaz!

Kawan-kawan, ada idea? Apa beza uhibbuki fillah dengan uhibbuki lillah? :)


Terima kasih daun keladi buat dia yang bertanyakan soalan mencabar itu




p.s: to my hero, baby Zaim. Happy 10th birthday, budak kecik



Friday, December 25, 2009

Bukan Dari Kita

batu itu sedang bersujud.



Bila kita pandai dalam pelajaran,
dapat semua A setiap subjek,
full marks setiap kali exam
,mumtaz setiap tahun
atau jadi top student banyak kali,

kita selalu ingat yang semua tu adalah atas usaha penat lelah kita 100%
tapi kita selalu lupa sebenarnya ia takkan boleh berlaku
tanpa keizinan dan rahmat dari Yang Maha Bijaksana


Bila kita kaya, kita mampu untuk memberi sedekah
dan menderma kepada mereka yang kekurangan

kita selalu ingat yang kita kaya sebab kita telah berusaha untuk jadi kaya,
sebab kita pandai dalam menguruskan wang kita
tapi kita selalu lupa yang kekayaan itu datang dari Yang Maha Kaya


Bila kita diberi kekuatan berjalan atau berlari, ke sana ke mari,
Berjumpa dan bermesra dengan orang-orang dari masyarakat,
kita selalu ingat yang kita kuat tu sebab kita amalkan gaya hidup yang sihat
serta mengambil pemakanan yang seimbang,
kita ingat kita kuat sebab kita dah cukup tidur.

tapi kita selalu lupa yang kekuatan itu sebenarnya datang dari Yang Maha Kuat


Bila kita diberi kebolehan untuk bercakap di depan orang ramai,

bercakap untuk mengingatkan atau menegur orang ,
kita selalu ingat yang kebolehan tu datang sebab kita selalu berlatih di depan cermin,
tapi kita selalu lupa yang beri kebolehan tu adalah dari Yang Maha Kuasa

Bila kita diberikan bakat untuk menulis,
menarik perhatian sesiapa sahaja yang membacanya,

kita selalu rasa teruja dan syok sendiri

sampai kita terlupa yang memberi bakat itu adalah dari Maha Sempurna.

Bila kita diberikan kebolehan memimpin orang lain,
kita selalu fikir yang kita dipilih untuk memimpin itu adalah sebab kita sudah cukup layak
tapi kita selalu terlupa yang kelebihan memimpin orang itu
datangnya dari Raja seluruh alam

Bila kita mampu untuk menyentuh,menyedarkan dan menyentak hati orang lain,
sehinggakan orang lain boleh berubah menjadi lebih baik,

kita selalu ingat yang orang lain jadi baik itu adalah sebab usaha kita
Tapi kita selalu lupa, yang memegang dan yang menyentuh hati mereka
sebenarnya adalah Dia,

Dia yang Maha Hebat dalam membolak-balikkan hati hamba-hamba Dia

Dia yang memiliki serta memegang hati-hati kerdil ni.


Kalau Allah tak izin, memang segalanya mustahil

Sungguh ni, semuanya dari Allah


Jangan pandang dan puji aku ini baik, tapi pujilah Dia.


sebab tanpa Dia, siapalah aku.



"katakanlah: 'sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah Allah dengan sepenuh ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan)agama
Dan aku diperintatahkan agar menjadi orang yang pertama-tama berserah diri' "

Az Zumar: 11-12



p.s: bersangka buruk dengan diri sendiri tak apa. supaya perasaan riya' dan perasan bagus itu mampu dibuang jauh-jauh.

bersangka buruk dengan orang lain memang tidak boleh.

bersangka buruk dengan Allah langsung tidak boleh. sangat jelas bukan mengapa tidak boleh?


Thursday, December 24, 2009

Aku tanya IMAN




" Inilah iman dalam Islam. Ia tidak tinggal begitu beku tanpa bergerak, tidak tinggal

tersembunyi tanpa menjelma dalam satu bentuk harakat yang hidup di luar

tubuh seseorang Mu'min. Andainya iman itu tidak bergerak seperti ini, maka

ia adalah suatu iman yang palsu atau suatu iman yang mati. Ia sama dengan bunga yang tidak berbau."

Surah Al Asr,

Tafsir Fi Zilal Al Qur'an

Karangan Al-Maqhfurulahu al-‘Arif billah as-Syahid Sayyid ibn Qutb Ibrahim

==============================


Aku tanya iman, apa ia sedang buat dalam hatiku.

Aku tanya padanya, apa yang sudah ia lakukan hari ini

Apakah ia sedang bersembunyi?
Apakah ia sedang tidur lama, dibuai enak.
Apakah ia sedang tidur sampaikan tidak mahu berjaga?

Aku tanya iman, apakah ia mahu kekal sebegitu?
apakah ia mahu statik, tidak bergerak macam selalu?

Aku tanya iman, apakah diriku sudah menunaikan hak kepadanya
apakah aku sudah memberinya makanan dan minuman selama ia tinggal di dalam jiwaku

Aku tanya iman
apakah aku sudah menjalankan amanah dari Tuhanku untuk menjaganya
apakah aku sudah layak untuk diberikan balasa syurga kerana memeliharanya
atau apakah aku bakal diberi azab neraka kenana mengabaikannya?

Aku merayu kepada imanku
agar segera bangkit menggerakkan tuan badannya
agar mengetuk, menghantuk , atau berbuat apa-apa sahaja supaya tuannya ini sedar diri
sedar diri bahawa tuannya ini hanyalah hamba kepada Tuhannya

Aku merayu kepada imanku,
agar bergerak, tidak membeku dalam hatiku
aku merayu, agar ia meronta-ronta
Agar ia memberontak bila tuannya tidak berbuat apa-apa

Wahai imanku,
aku tidak mahu engkau mati,
kerana aku menyedari bahawa iman yang mati
adalah yang tidak bergerak, iman yang statik,
iman yang bersembunyi dalam jiwa tuannya,
iman yang membeku, tidak cair-cair


Wahai imanku, silakan mendidik diriku
agar aku sentiasa kembali kepada Tuhanku
agar Tuhanku meredhai segalanya

Wahai imanku,
sila pandu aku ke syurgaNya
Syurga yang seluas langit dan bumi itu
Syurga yang di bawahnya ada sungai-sungai yang mengalir
Syurga yang menjadi tempat berkumpulnya para anbiya' dan para kekasihNya

Wahai imanku,
Sila bawakanku, ke tempat yang paling ku impikan
Silakan membimbing aku,

untuk bertemu dengan Tuhanku

p.s: indahnya nama iman :)



 

Template by Web Hosting Reviews