Monday, November 30, 2009

Bersama



Kita pernah bersama
menempuh onak & duka,
Tidak pernah putus asa walau dugaan datang melanda,
Dikau pernah bertanya bila cahaya akan tiba,
Ku berkata bersabarlah, serahkan saja pada Yang Esa,

Bila masanya menjelma,
Kebahagiaan akan tiba,
Namun tidak mungkin ku lupa kenangan indah kita bersama,
Menempuh onak cabaran & liku hidup yang panjang,
Tidak mungkin hidup ini sepi selagi ku masih di sini,

Kita pernah bersama menempuh onak & duka,
Tidak pernah putus asa walau dugaan datang melanda,

Bila masanya menjelma,
Kebahagiaan akan tiba,
Namun tidak mungkin ku lupa kenangan indah kita bersama,
Menempuh onak cabaran & liku hidup yang panjang,
Tidak mungkin hidup ini sepi selagi ku masih di sini,

Kini terungkai sudah kisah hidup kita,
Berbekal taat & sabar pasti kan berjaya.

By Devotees


=============================

To my beloved sisters,

walau di mana kita berada,
walau berasingan negara
walau berlainan benua
walau di hujung mana
walau di ceruk sekalipun,

Kita tetap bersama
sebab kita telah faham benda yang sama
Dan sedang menuju ke arah tujuan yang sama bukan

Ke mana?
Kepada Pencipta kita la :D


Saturday, November 28, 2009

Untukmu



Aku letak 17 ayat dari surah ke 16(An Nahl) dari Al-Qur'an. Ia merupakan beberapa bukti bahawa Allah telah memberi manusia macam-macam, sesuai dengan tanggungjawab manusia untuk memikul tanggungjawab terbesar iaitu menjadi wakil Dia serta mentadbir alam menurut aturan yang sepatutnya.

Cumanya itu la, kadang-kadang benda yang terbentang jelas di depan mata, belum tentu dapat ditafsirkan betul-betul oleh manusia itu sendiri. Ada kemungkinan mereka tidak berfikir pun kenapa alam ini dijadikan sedemikian rupa.




==================================


2. Dia menurunkan para malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya(dengan berfirman) iaitu

'Peringatkanlah hamba-hambaKu,
bahawa tiada Tuhan selain aku,
maka, hendaklah kamu bertakwa kepadaKu'


=================================




3. Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Maha tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.


================================



4.Dia telah menciptakan manusia dari mani, ternyata dia menjadi pembantah yang nyata


============================




5. Dan haiwan ternak telah diciptakanNya untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan



6. Dan kamu memperoleh keindahan padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya(ke tempat pengembalaan)

7. Dan ia mengangkut beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup mencapainya, kecuali dengan susah payah. Sungguh, Tuhanmu Maha Pengasih,Maha Penyayang



============================




8. Dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal, dan keldai untuk kamu tunggangi dan (menjadi) perhiasan. Allah menciptakan apa yang tidak kamu ketahui.

9. Dan hak Allah menerangkan jalan yang lurus, dan di antaranya ada (kalan) yang menyimpang. Dan jika Dia mengkehendaki, tentu Dia memberi petunjuk kamu semua(ke jalan yang benar)


=====================================



10. Dialah yang telah menurunkan air(hujan) dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya(menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mengembalakan ternakmu.

11. Dengan (air hujan) itu, Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun,kurma,anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.





=========================================================


12. Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.



=================================



13. dan (Dia juga mengendalikan) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini
dengan berbagai jenis dan macam warnanya.

Sungguh, terdapat pada yang sedemikian itu terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah)
bagi kaum yang mengambil pelajaran.




=================================


14. Dan Dialah yang menundukkan lautan(untukmu)
agar engkau dapat memakan daging yang segar(ikan) darinya
dan (dari lautan itu),
kamu mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai.
Kamu(juga) melihat perahu yang berlayar padanya,
dan agar kamu mencari sebahagian kurniaNya dan agar kamu bersyukur.


================================

15. Dan Dia telah memacakkan gunung di bumi
agar bumi itu tidak goncang bersama kamu,
(dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan
agar kamu mendapat petunjuk





=====================================

16. dan (Dia menciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk





=================================


17. Maka apakah (Allah) menciptakan sama dengan yang tidak dapat menciptakan(sesuatu)?
Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

18 Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang

19. Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan, dan apa yang kamu lahirkan

==================================

Untukmu manusia. untuk kita
Kenapa kita tidak pernah menyelami mengapa semua ini diciptakan ?

Andai sudah diberi peringatan dan pengajaran, kenapa kita sering mengabaikan?
Kenapa kita suka buat-buat tidak nampak, buat-buat tidak dengar serta buat-buat lupa?

Kenapa kita tak nak berkhidmat sepenuh hati dengan Tuhan yang Menciptakan?
Kenapa kita tidak sanggup berpenat untuk Tuhan yang sangat mengasihi kita?

Untukmu, manusia
Untukmu hamba
Untukmu khalifah



Friday, November 27, 2009

Kerana Iman

Salam w.b.t

Aku menulis pada malam 10 Zulhijjah. Hamdallah. Dengan izinNya, aku masih dihidupkan untuk menyelami makna Eiduladha pada tahun ini. Allah masih sayangkan aku, maka Dia mahu aku menghayati kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s

Alhamdulillah

Kisah lanjut, sila ke blog Ar Rumaisa' :)


================================



Iman. Aku sudah ketandusan perkataan mahupun ayat untuk menggambarkan betapa syukurnya aku kerana punya Islam, rasa berterima kasih setinggi langit kerana punya iman dalam hatiku.

Kadang-kadang aku bertanya kepada hati aku, mengapa sejak dua menjak ini aku seringkali kelihatan seperti mahu mencari sesuatu.Berlari serta mencari lagi. Benda yang dicari macam sudah jumpa, tapi tidak puas. Tak pernah rasa mahu berhenti mencari

Lalu hati itu berkata, ia adalah kerana iman. Aku sayangkan iman aku, kerana ia yang menjaga aku. Bila diriku terjaga, maka hatiku menjadi sangat tenang. Siapalah yang tidak mahu hati yang senantiasa tenang dan bahagia bukan. Siapalah yang tidak mahukan hati yang aman damai tanpa sebarang gangguan baik dari luaran mahupun dari dalaman.

Hati yang sentiasa basah dengan iman, tidak akan pernah rasa sunyi. Kerana dia sentiasa ingat pada Penciptanya. Kerana ia punya Tuhan yang sentiasa menemani


Emak pernah bertanya pada aku, untuk apa aku sibuk-sibukkan ke sana ke mari, mahu cari apa lagi kata emak

mahu saja aku membalas kepada emak

'Kerana iman. Hati mintak thia jaga iman ni '

Untuk menjaga iman aku, aku tidak boleh duduk diam . Ia macam tidak cukup kalau aku duduk setempat tidak berbuat sesuatu, macam tak cukup kalau setakat menerima, tunggu disuap sahaja tanpa mencari apa yang betul-betul aku mahukan. Sungguh, akan rasa sesak kalau aku statik, rasa lemas andai masih berada di takuk yang lama

Kerana iman menggerakkan aku, maka aku tidak mahu mengeluh, merungut kepenatan. Kerana ia begitu bermakna dalam hidupku.

Iya, kerana iman. Hanya iman yang aku sedang dibina oleh aku sekarang yang mampu mendekatkan aku dengan Tuhanku.


"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman adalah mereka yang pabila disebut nama Allah, gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal"

Al Anfaal : 2



p.s: Aku sayang iman aku. Aku juga sayangkan Iman D :)


Eid Mubarak !
Tuesday, November 24, 2009

Alif Laam Mim





Manusia itu sentiasa diuji. Dan selepas berjaya melepasi tahap diuji dengan ujian yang sebenar-benarnya, darjat seseorang hamba itu akan diangkat di sisi Tuhannya.

Kalau lah muslim itu sedar dan faham tentang ujian itu adalah untuk menduga keimanan mereka dan diberi ganjaran pula sesudah menghadapi ujian, sudah tentu mereka akan berlumba-lumba berbuat kebaikan malah mungkin bersedih dan bersusah hati kerana tidak diuji. Mungkin juga mereka akan menjadi sukarelawan untuk diuji, kerana mahu menjadi golongan yang tertinggi disisiNya.

Tetapi tidak, Kita tidak pandang sangat akan perihal neraca akhirat itu. Kita sering pedulikan neraca dunia serta kepuasan diri.


Alif laaam mim
Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan
'Kami telah beriman'
dan mereka tidak diuji?

Al-Ankabut:1-2


Kadang-kadang kita sering mengikut arus perdana,mengikut orang .Macam lalang ditiup angin. Sampai kadang-kadang kita sendiri tidak tahu tujuan apa kita berbuat sesuatu itu. Kita tidak begitu merasa nikmatnya menjadi hamba Dia.

Alangkah ruginya.

Come one Fathiyyah, betulkan niat.


Sunday, November 22, 2009

Demi waktu Dhuha




Demi waktu Dhuha

Dan demi malam apabila telah sunyi

Tuhanmu tidak meninggalkan engkau(Muhammad) dan tidak pula membencimu

Dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu dari permulaan

Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu,
sehingga kamu menjadi puas

Bukankah Dia mendapatimu seorang yatim, lalu Dia melindungimu

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang serba kekurangan, lalu Dia memberi kecukupan

Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya

Dan terhadap orang yang meminta-minta janganlah engkau mengherdiknya

Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan(dengan bersyukur)

Ad-Dhuha: 1-11

Ad Dhuha, bukti Allah sangat sayang pada Rasulullah

=============================

Demi waktu Dhuha,
Tuhan telah menghiburkan hati kekasihnya
Demi waktu waktu Dhuha,
Tuhan tidak meninggalkan dia kesepian, kesedihan bila yang lain menyisihkan
Demi waktu Dhuha,
Tuhan tidak pernah membenci dirinya

Cuba kita letakkan kita di tempat Rasulullah s.a.w
Sungguh, Tuhan tidak pernah membiarkan kita, bukan?


============================

Thank You Syahidah :)



Friday, November 20, 2009

Jumaat(Gambar)






Salam w.b.t

Sayyidul Ayyam- Yaumul Jum'ah

Rentetan peristiwa pada hari ni

Pagi - Qiyam sempena menyambut bulan mulia, Dzulhijjah. We had 'sahur' together as well.
thanks to seniors and housemates

:)

next,

Arabic class at 730 am





Berapa juta kali entah ustaz itu panggil 'Fatheyya' di dalam kelas ( aku la tu) sebab tidak fokus. Apa mahu jadi entah budak ini.

Next,

On the way balik rumah dari ARMA(pilihanraya PERUBATAN)





Pemandangan paling menarik pada hari Jumaat. Tikar sembahyang dibentangkan di sekitar masjid. Sesungguhnya pemandangan sebegini amat jarang didapati di tempat aku (Gombak).

Hal ini kerana masjid-masjid di Gombak banyak dan semuanya besar-besar dan cantik-cantik belaka. Ianya penuh masa solat Jumaat,Solat Tarawih awal-awal Ramadhan dan solat hari raya. Waktu lain, kosong. Tak berpenghuni. Cantik tapi terbiar.


Cairo lain. Masjid banyak, merata. tapi tak besar sangat. Tak cantik sangat. Tapi bila azan, yang menjual di kedai, tutup kedai sekejap. Yang tengah jual sayur, buah, tinggal dulu. Lepas solat baru sambung urusan jual beli. Para pemuda yang kebetulan dalam perjalanan ke mana-mana, bila azan akan terus ke masjid.

Dan hari jumaat, pemandangannya seperti atas. Penuh tepi jalan sebab orang sedang bersolat. Sudah tentu la kan. Menyambut seruan Allah. Tiada yang lebih utama melainkan yang itu


Menginsafkan







Pemandangan ni bagi aku menarik. Aku rasa semua orang Malaysia sekitar Mounira perasan je dengan kewujudan mak cik ni. Boleh kata setiap hari aku memerhati mak cik dan anjing yang sangat setia dengannya. Kadang-kadang nampak juga kucing-kucing bermain dengan anjingnya . Sebab ia jinak. Tak garang macam anjing-anjing kat tepi bukit kawasan rumah aku!

Seringkali jugak lah aku bertanya pada diri sendiri,

'Mak cik hidup bagaimana setiap hari?'

tapi aku macam lega. Sebab dia ada peneman :)






Last but not least, kita lihat pula gambar encik kambing dan kambing biri-biri yang sedang bersiap sedia untuk dikorbankan dan menuju ke syurga :)

Raya haji nak dekat :D
Thursday, November 19, 2009

The Chosen One


Hira'



"Wahai orang yang berselimut, bangun serta berilah inzar(peringatan)!"

Seolah-olah seruan berkata

Sesungguhnya seruan berkata


"Sesungguhnya orang yang hidup untuk dirinya sahaja akan hidup penuh kerehatan,
engkau ini adalah orang yang memikul tanggungjawab yang besar.
Kedatanganmu bukan untuk tidur!
dan bukan untuk berehat.
bukan untuk berenak-enak dengan selimut yang mendakap!
bukan untuk hidup yang tenang
dan bukan untuk berhibur dengan barang yang m
enyeronokkan.

Ayuh,bangunlah segera untuk tugas yang besar,
yang sedang menunggu untuk engkau,
kewajipan yang berat sudahpun disediakan untuk kau laksanakan,

Ayuh,
bangunlah untuk berkecimpung dan menggarapnya,
kau harus hadapi kesusahan dan ke
penatan.

Ayuh bangunlah segera,
kini masa berehat dan tidur sudah tidak ada lagi bagimu
yang ada hanyalah berjaga malam yang berterusan
dan perjuanganmu yang panjang lagi membebankan

Ayuh, persiapkanlah dirimu untuk kesemuanya itu "


===================================

Ianya adalah kata-kata yang besar maknanya, malah menggerunk
an. Ianya merentap Rasulullah dari keselesaan selimut yang melalaikan, dan menolak Baginda ke hadapan menuju pertarungan yang berterusan dan mencabar, berhadapan dengan realiti dan kehidupan manusia.

Itu lah dia Rasulullah S.A.W. yang telah bangun di tengah-tengah masyarakat bangsanya dan TERUS bangun untuk selama 23 tahun, tanpa berehat atau berhenti kerana kepenatan.

Rasulullah s.a.w sekali-kali tidak hidup untuk diri sendiri atau keluarganya,
Baginda bangun untuk terus bangun demi dakwah Allah, mem
ikul beban berat dan sekali-kali tidak pernah lesu atau lemah semangat.

Ianya beban terbesar di bumi ini,
ianya beban manusia sejagat,
beban seantero,
beban perjuangan dan jihad di segenap
arenanya

Baginda hidup bersama dan dalam perjuangan
yang berterusam selama dua puluh tahun lebih
tidak ada sesuatu pun yang boleh melalaikan Baginda dari tugasnya ini
Walau seketika pun,
iaitu sejak Baginda diseru dan dilaung dari petala langit.



Ar Raheeq Al Makhtum
oleh
Al Mubarakfuri


============================
===



Rasulullah s.a.w,
The Chosen One

Rasulullah s.a.w sudah lama pergi.
Tapi kenapa Al-Qur'an masih terus kekal sehingga sekarang?
Malah tidak pernah lenyap dan luput sehingga hari akhirat.

Kalau betul tanggungjawab untuk menyebarkan risalah yang didapati dalam Al Qur'an hanyalah untuk Rasulullah, para sahabat, para tabi' tabi'in sahaja yang telah lama pergi meninggalkan kita ,
kenapa ia tidak turut 'mati' bersama mereka?

Sebab 'baton' telah sampai kepada kita.
untuk kita terus 'berlari'

sebab kita Muslim.
Muslim yang dipilih oleh Allah untuk menyambung tugas para Anbiya'

Sebab kita sudah bersaksi bahawa
'Tiada Tuhan melainkan Allah,
dan Muhammad itu pesuruh Allah'

Kalau bukan kita, siapa lagi.

because we are The Chosen One


===========================================


" Wahai orang-orang yang beriman!
Barangsiapa di antara kamu yang murtad(keluar dari agamanya,
maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum,
Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya,
dan bersikap lemah lembut terhadap orang yang beriman,
tetapi bersikap keras terhadap orang kafir,
yang berjihad di jalan Allah
dan tidak takut dengan celaan orang yang suka mencela.
itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki
Dan Allah Maha Luas(pemberianNya), Maha Mengetahui "

(Al Maidah:54)


Moga Dirahmati



Dia beruntung, sebab dua orang insan paling istimewa dalam hati kami sedang mendoakan dia di depan Kaabah

Sebab tu dia lebih kuat dari aku (huhu)

Selamat Hari Lahir yang ke 19

Moga dirahmati

:)


Tuesday, November 17, 2009

Sayang Bulat



Kalau mereka sering bercerita tentang kucing, basikal, rumah atau henpon mereka, maka berikan aku ruang untuk aku bercerita tentang 'bulat' milik aku dan milik mereka. Kerana bulat ini takkan tercipta tanpa mereka jua :)


==============================


Mereka panggil aku agar segera datang. Aku berjalan laju, perlu sampai ke sana sebelum yang lain tiba. Maka aku berlari anak juga lah, nanti terlambat. Kalau aku sering berjalan laju atau kadang-kadang berlari agar tidak terlewat ke kelas perubatan, maka amalan ini juga aku buat agar tidak terlambat ke bulatan kesayangan aku ini.

Aku tiba akhirnya di samping mereka. Mujur, belum mula lagi. Kalau tidak akan didenda. Mungkin didenda untuk beristighfar 300 kali atau denda menjadi MC untuk sesi itu. Atau didenda menyampaikan tazkirah.

Aku tercegat di situ. Maka, Cik M menarik aku agar segera duduk. Mari duduk bersila atau bersimpuh. Sebolehnya bersila lah. Agar boleh lutut bertemu lutut. Macam zaman Rasulullah dahulu la. Para sahabat semuanya duduk rapat. Jangan bagi ada ruang. Biar padat. Biar kita semua di bawah naungan sayap para malaikat.

dan walaupun ramai, namun bulatan yang asalnya besar menjadi kecik. Supaya masing-masing dapat menatap wajah satu sama lain. supaya dapat fokus dan memberikan sepenuh perhatian. Duduk rapat supaya, jika ada yang ter'pejam' mata atau apa-apa, akan ada tangan yang akan segera menyelamatkan :)

Oh ya, Al Furqan tak pernah dilupakan. Sedia dan setia di tangan. Bersiap untuk membedah ayat-ayat tang menyentuh jiwa lagi hari itu. Menyentuh dan menyentap seketul daging yang bernama hati



Bila sudah bersedia, masing-masing diam sejenak. Muhasabah diri balik tentang apa yang telah dilakukan sepanjang tempoh kami tidak duduk dalam bulatan seperti itu. Lantas, cik H
mengucapkan

" 'Ijlis Bina Wa Nu'min Sa'ah' (Duduklah sejenak, dan mari beriman sejenak).
Jangan lupa betulkan, memperbanyakkan dan memperbaharui niat. Niat kena sentiasa diperbetulkan agar tidak terpesong dari tujuan sebenar dan diterima olehNya. Niat kena sentiasa diperbanyakkan. Takut nanti, kalau kita pasang satu niat saja, mana lah tahu Allah tak terima niat yang satu tu sebagai salah satu ibadah dan akhirnya kita juga yang rugi . Dan kena always renew our niat. "

Semua tunduk, dan diam semula. Pasang,betulkan dan renew balik semua niat dalam masa 2 minit. Setelah bulatan di'gegar'kan sejenak oleh cik H, maka bulatan segera diserahkan kepada kakak kami :)

Kami diberi penawar setelah sekian lama, diberi bekalan makanan dan minuman untuk makhluk yang bernama 'Ruh'. Kami kukuhkan aqidah, binakan iman, eratkan ukhuwah menerusi bulatan ini.
Dan setelah beberapa ketika, bila sudah hampir ke penamatnya, langsung tidak sedar yang sudah nak habis.

Plzz. mahu lagi la kakak. Mahu lagi boleh?


si kakak hanya tersenyum.

' Kita berhenti dan berpisah di sini. Biar Allah cambahkan rasa kasih dan sayang dalam hati-hati kita agar nanti kita akan merindui peluang untuk duduk-duduk begini lagi '
:)

Aku sayang bulatan aku. Aku sayang mereka yang duduk sama-sama dengan bulatan aku. Kalau mereka kata bulatan adalah tempat untuk mendapatkan ilmu tambahan semata, maka aku pasti akan menidakkan ia.

Aku akan berkata kepada mereka bahawa bulatan adalah tempat di mana anda boleh mendapati segalanya. Ia ada kemanisan iman yang hanya dapat dirasai mereka yang benar-benar mencari. Ia punya keluhuran ukhuwah yang hanya boleh didapati menerusi mereka yang mengasihi saudara-saudaranya kerana Dia.

dan yang paling utama, di dalam bulatan ini lah tempat yang paling ideal untuk aku mendekati dan merindui Tuhanku. Di sanalah aku bertemu mereka yang turut mahu menjejaki benda yang sama.
Bersatu dan bersama adalah kerana mahu mendapatkan redhaNya.

Bukankah orang-orang kafir itu sangat takutkan jiwa-jiwa Islam begini?

Jiwa yang menjadikan akhirat itu sebagai matlamat utama di samping tidak mengenepikan keperluan dunia. Dunia yang sementara, dunia sebagai ladang. Dan kita semua akan kutip hasilnya di Akhirat sana.

Dan orang kafir juga begitu gentar dengan pemuda-pemudi Islam di mana jiwa mereka telah ditanam dengan jiwa yang sentiasa mengimpikan syahid dan merindui jannahNya.


Untuk mendapatkan jiwa-jiwa sebegini, bukan mudah. Bukan dalam masa sehari, bukan seminggu, bahkan dalam masa setahun pun belum tentu.
Namun, sudah tentu ianya tidak mustahil. Cuma kadang-kadang, hati ini sering menolak...


====================================


Kalau lah emak tanya


'kenapa thia sayang sangat dengan 'bulat' thia tu?'

aku akan jawab


'sebab ia sangat best lah mak :) '

Saya Sayang Bulat Saya



satu ALAM




Allah tak pernah tinggalkan aku.
Malah, Dia kurniakan satu ALAM dan seisinya untuk menghiburkan aku

:)

========================

Allahu Akbar
Allahu Akbar

If you ask me about love
and wanna know
about it

my answer will be
It's everything about Allah
The pure LOVE
to our soul

The Creator you and me
the heaven and whole universe
The ONE that made us all
And He's the guardian
of His true believers

So when the time is hard
There's no way to turn

As He promise
He'll always be there
To bless us with His love
and His mercy

'cause as He promise
He will always be there

He's always watching us
guiding us
And He knows what's in all
in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As He promise
He will always be there

He bring ourselves from darkness
into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should'nt feel afraid
of anything

As long as we follow His guidance
all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all will be over
And we will be
in His heaven
and we all will be fine





















Sunday, November 15, 2009

Makan!


Salam w.b.t

Aktiviti melaporkan kepada orang-orang yang masih berada di Gombak tentang makanan yang terdapat di Cairo adalah menjadi satu kemestian buat penulis.

Penulis mungkin terpaksa menahan sabar apabila adik-beradik beliau seringkali 'berlagak' dengan menceritakan bahawa mereka baru sudah makan di Johnny, nasi lemak Kg Baru atau Mr Teppanyaki, Kelfood, Secret Recipe dan sebagainya

Namun, ini tidak bermakna di Cairo tiada makanan yang enak lagi lazat.


Mari saksikan gambar di bawah




Sebelum

Penulis dan teman-teman akrab beliau telah singgah salah sebuah kedai makan di Mounira. Siapa tidak kenal dengan El Baghl. Hampir semua budak medik di Cairo pernah singgah EL Baghl untuk membeli makanan sebagai alas perut sebelum ke kelas atau sebagai hidangan makanan tengahari sesudah habis kelas.

Nah, ini diaa makanan arab.

Singgah makan di sini beramai-ramai boleh diibaratkan seperti singgah makan untuk makan roti canai di warung mamak di Malaysia. Teh Tarik pun ada dijual di sini, cuma mungkin tidak 'kaw' seperti Malaysia.







Selepas


Alhamdulillah, Cik A, Cik A2, Cik H, Cik H2, Cik S serta penulis hampir kekenyangan bila menjamu selera di sini. Lain kali, boleh datang lagi. Kita angkut satu rumah pun ok :)

p.s: Tengok gambar mungkin tak nampak sangat mengancam, namun rasanya sangat lazat. Buat mereka yang pernah merasainya sahaja mampu menggambarkan kesedapan ia bagaimana

p.s lagi : sini sudah sangat sejuk. masuk winter ertinya banyak makan

:D

============================

Ada hadis nabi mengatakan tentang amalan pemakanan yang sihat.
Ia berbunyi lebih kurang begini

"Isi lah perut mu
1/3 dengan makanan
1/3 dengan minuman
manakala 1/3 lagi dengan udara"

Always Be There



He always be there for me

And He never leaves me

'Sungguh, hati orang-orang yang tenang adalah hati-hati yang sentiasa mengingati Tuhannya'


===========================================================

Here the song

Always Be There by Maher Zain

Hope you are listening the song right now :D

p.s: Happy Birthday Kamil sayang :)





Saturday, November 14, 2009

Bahagia



Suatu petang, aku duduk-duduk depan laptop, menyiapkan kerja mediaPerubatan.

Ryo berbunyi, tanda ada orang yang memanggil. Menurut pengamatan aku, nombor yang tertera di skrin Ryo bukan lah nombor Mesir, Malaysia mahupun Jordan. Tapi dari tempat lain.

Lantas, aku membeliakkan mata. Orang kesayangan sedang memanggil. Alhamdulillah, sudah selamat sampai :)

Aku membuka lipatan Ryo dan menjawab panggilan. (ok, air mata bergenang :D)

"maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!!!!" jerit aku

"thia..." suara emak bergetar di telinga aku. Aku dapat membayangkan yang emak sedang tersenyum-senyum.

" How's there mak? How's ur feeling? "

" Thia, best nya duduk sini. Menatap Kaabah depan mata. Rasa bahagia sangat. " jawab emak dengan suara yang perlahan nada yang sayu.

" rasa bahagia sampai tak nak balik Malaysia eh mak ?" usik aku

dan emak hanya tergelak kecil. hehe

Sungguh, bila dapat menatap Rumah Allah itu di depan mata, konpem akan menangis bila mahu berpisah dengan ia . Sudah tentu la kan, ia merupakan rumah Pencipta kita, Rumah Allah dan sumber ketenangan datangnya dari sana.

Lambang kesatuan umat juga dari sana. Sebab seluruh Muslim tak kira di mana jua mereka bersolat, Muslim akan menuju ke arah kiblat yang sama, yang satu itu, ke arah Kaabah.

Bertuah sungguh bumi Arab Saudi, kerana dipilih oleh Allah untuk menempatkan binaan paling pertama serta paling agung di dunia. Menjadi tempat di mana semua Muslim menghadap untuk menunaikan ibadah solat. Dan ia juga mencatatkan ribuan coretan sejarah yang banyak memberi pengajaran kepada seluruh Muslim.

Dan bertuah juga buat kita yang menjadi muslim, kerana dipilih oleh Allah untuk menjadi Muslim.


=======================================

Di dalam riwayat Imam Al-Bukhari, dari Urwah bin Al Zubair katanya:

Daku telah bertanya kepada Ibnu Amru bin Al-As ,

Cuba kau ceritakan tindakan yang paling berat yang pernah dilakukan oleh Quraisy terhadap Rasulullah S.A.W.

Jawab beliau :

Iaitu pada suatu masa, Rasulullah S.A.W sedang bersembahyang di Kaabah, tiba-tiba Uqbah Bin Abu Mu'it meluru ke arah Rasulullah dan menjerut leher Rasulullah S.A.W dengan bajunya, dan mencekik Rasulullah S.A.W sekuat-kuatnya.
Kemudian Abu Bakar tampil ke hadapan, memegang bahunya lalu menolak dari Rasulullah S.A.W sambil berkata:

"Apakah kamu hendak membunuh seorang yang mengaku bahawa 'Tuhanku adalah Allah?' "
Thursday, November 12, 2009

Lebihan






Masa itu, waktu kelas mikrob, menantikan pensyarah yang entah bila akan tiba. Lalu, ambil masa untuk membelek muka surat mana yang patut. Mulut terkumat-kamit, tanda menghapal. Dan tiba-tiba aku perasan, dia yang duduk di sebelah aku, macam tak senang duduk.


Macam ada yang tak kena. Sambil-sambil dia memerhatikan aku sejak dari tadi lagi. Sejuta persoalan bermain di fikiran aku. Tak rasa rimas apatah lagi lemas.

Tapi pelik, elo cik adik nak tanya apa-apa kah ?


Bila rasa ingin tahu ku meluap-luap, lantas aku meletakkan pen biru di tangan, menutup buku hijau mikrob dan memalingkan terus wajah kepadanya

" Yes yu, want to share anything?"

riak mukanya macam terkejut badak, sebab dia tak terfikir kot yang aku memang sudah meneliti dan memerhati segala gelagatnya sejak dari tadi. Dan dia tersenyum

" Fathy, Ayu tak nak jadi lebihan. "

" Then tak payah la. tak ada siapa suruh ayu jadi lebihan. Jadi la 'orang' yu" jawab aku pendek.

titik

Dia diam. Aku pun diam Tak tahu mahu menyambung perbualan atau tidak.

Tapi aku lega. Akhirnya Ayu bercerita juga tentang konflik dalamannya. Aku meneruskan perjalanan mengulangkaji. Baru baca beberapa baris dalam perenggan muqaddimah mikrob, fikiran aku bagai disentap, macam kena panah kilat(fuiyoo). ZZzuupp!

"Yu, tanak jadi lebihan? meaning what? "

" meaning kalau hidup, dunia tak berubah. Kalau mati pun, tak beri kesan apa-apa jugak. Macam lebihan la kan? me tak nak jadi macam tu. "

"Ohh.."

Dia senyum bila lihat aku kelihatan termangu-mangu. Lalu dia mengoyakkan sehelai kertas dari buku nota mikrob nya dan mula mencoretkan sesuatu di situ dengan menggunakan pen merah. Kemudian, dia menunjukkan apa yang ditulisnya itu kepada aku.

Ia berbunyi begini

'Waste products = Stools = Urine = Faeces = Carbon Dioxide'
'
waste products = lebihan'

Tulisan merah itu kelihatan seperti menyala-nyala.

" Maksud Ayu, kalau kita jadi orang yang tidak berbuat apa-apa, tak sumbang apa-apa, jadi orang biasa-biasa je, meaning kita ni sama lah diibaratkan macam waste products tu, kena excrete cepat-cepat dari badan , macam tu? "

" So true! , yang bezanya kita dengan waste products yang lain adalah, kita ni dinamakan 'lebihan dunia'. Islam dan dunia tak perlukan pun 'benda-benda lebihan' macam kita.

Kemudian, Ayu tulis lagi

'Orang yang tak buat apa-apa dekat dunia = lebihan dunia'
'Kita yang tak ubah apa-apa untuk dunia = lebihan dunia = waste products' ???

"ooooooo" kali ni, aku pula termenung. Betul, tepat, menusuk dan mencucuk.

(padan muka)

Aku pula tulis sesuatu atas kertas tu, lalu ditunjukkan terus kepada Ayu

"Fathiyyah dan Ayu X Nak jadi macam lebihan. "

Kami gelak, tapi penuh makna

Aku dan Ayu berhenti berbual bila pintu dewan kuliah dikuak. Pensyarah yang cantik dan jelita itu masuk , sambil membimbit beg laptop. Masing-masing bersiap sedia untuk menjelajah alam mikrob selama tiga jam(stret)

=========================


Ayu, tq :)






Wednesday, November 11, 2009

Pahlawan-pahlawan Uhud




Berkata Abu Bakar:

"Semasa di hari Uhud itu, semua orang tidak ada di sisi Rasulullah. Dakulah orang pertama
sampai ke hadapan Rasulullah. Dan aku dapati seorang sahabat sedang bergelut mempertahankan Rasulullah, "

ku berkata, "orang itu mesti Talhah. Demi bapa dan ibuku untuk kau wahai Talhah"

Bila beliau terkena anak panah, Abu Ubaidah bin al-Jarrah pun mendapati daku, semasa itu beliau sudah terlalu parah, beliau pun memegang daku dan kami pun me
letakkannya ke sisi Rasulullah di mana Talhah jatuh rebah,

seru Rasulullah:

"Ke mari, saudaramu ini sudah tidak sedarkan diri",

manakala Rasulullah telah pun dipanah di dahinya hingga terbenam dua utas rantaian baju besinya ke dalam dahi Baginda, dan ku cuba menarik keluar rantaian itu.

Abu Ubaidah berkata:

"Aku pintalah wahai Abu Bakr, hal ini tinggalkan untuk ku seorang menguruskannya".

Cerita Abu Bakar selanjutnya:

Abu Ubaidah cuba mencungkilnya sedikit demi sedikit untuk tidak menyakiti Rasulullah, akhir sekali beliau menggigit hujung besi yang tertikam itu, hingga terserpih gigi Abu Ubaidah.

Kemudian seru Rasulullah sekali lagi:

"Tengoklah saudaramu itu beliau terlalu tenat".


Kata Abu Bakr:

"Kami semua menghadapi Talhah untuk merawat beliau, terdapat sepuluh tetakan di badan Talhah"

Namun kesemuanya ini menampakkan kemampuan Talhah menghadapi perjuangan di peperangan Uhud yang bersejarah itu.

Pada detik-detik yang segenting ini sudah berhimpun di sekeliling Rasulullah sebilangan pahlawan-pahlawan Islam, di antara mereka

Abu Dujanah , Mus'ab bin Umair, Ali bin Abi Talib, Sahl bin Hanif, Malik bin Sinan bapa Abu Said al- Khudri, Nusaibah binti Kaab al-Mazaniyah yang bergelar Ummu 'Ammarah, Qutadah bin al-Nu'man, Umar bin al-Khattab, Hatib bin Abi Baltaah dan Abu Talhah.



==============================





Abu Talhah memagari Rasulullah s.a.w , mendedahkan dadanya di tanah asalkan Rasulullah s.a.w terselamat,

di sini Anas menceritakan :


Semasa pertempuran Uhud memuncak, tentera Islam bersurai dari Rasulullah.
Hanya Abu Talhah yang berada di hadapan Rasulullah, menghadang baginda dengan perisai kulit yang dipegangnya. Beliau adalah pemanah paling kencang, di hari itu sahaja, dua atau tiga musuhnya terpanah.
Ada orang melintasi hadapan Rasulullah s.a.w dengan membawa uncang panah lalu Rasulullah s.a.w menyeru dengan sabdanya

"Cuba kamu hulurkan anak panah itu kepada Abu Talhah"


sambung Anas ceritanya:


Rasulullah terus memerhati pergerakan kaum musyrikin maka berkata Abu Talhah:

"Bapaku dan ibuku korban untuk Rasulullah, janganlah tuan hamba memerhati sedemikian nanti Rasulullah akan terkena panah Quraisy, nah biarlah leherku ini menjadi benteng kepada leher tuan hamba".

Kata Anas lagi:

Di dalam peperangan Uhud, Abu Talhah mempertahankan diri bersama
Rasulullah dengan satu perisai sahaja, Abu Talhah adalah pemanah handalan. Bila beliau memanah, Rasulullah memerhati dan menengok pula sasaran yang terkena dengan panahnya tadi.



=====================


Abu Dujanah pula bertindak membentengi Rasulullah dengan belakangnya, gedang anak-anak panah musyrikin berpusu-pusu menikam belakangnya tanpa beliau menghiraukannya.


Hatib bin Abi Baltaah yang telah terpatah gigi depan memburu Utbah bin Abi Waqqas, sempat beliau memancung Utbah hingga tercerai kepala dari badannya terus beliau menawan dan merampas kuda dan pedangnya.

Sebenarnya Saad bin Abi Waqqas begitu perihatin untuk membunuh saud
aranya Utbah, tetapi tidak diizinkan Allah namun Hatib telah melaksanakan
hasratnya itu.

Sahl bin Hanif salah seorang pemanah handalan, telah berbaiah dengan Rasulullah untuk berjuang hingga syahid, beliau ini telah memainkan peranan yang amat cemerlang dalam rangka mengundurkan tentera musyrikin.

==============================


Rasulullah menggunakan panah di hari Uhud itu, sebagaimana yang diceritakan oleh Qutadah bin al-Nukman, Rasulullah memanah dengan busurnya hingga terpatah hujungnya. Qutabah pun mengambil yang itu, di dalam kegawatan itu Qutabah terkena panah di matanya, hingga terpelanting keluar biji matanya,

Rasulullah mengambilnya memasukkan semula, hinggalah matanya menjadi lebih baik dari yang sebelah lagi.

==============================





Cerita Abdul al-Rahman bin Auf pula lain, di dalam kegawatan pertempuran telah beliau terkena pukulan seteru di mulutnya menyebabkan gigi hadapan tercabut. Di seluruh tubuhnya ke hadapan lebih dari dua puluh tetakan di antaranya terkena pada kakinya menyebabkan beliau hilang sebelah kaki.


==============================


Adapun Malik bin Sinan, bapa kepada Abu Said al-Khudari bertindak menyedut buang darah beku dari dahi Rasulullah yang terkena pukulan Ibni Qami'ah, hingga dengan usahanya itu dapat dicucikan luka baginda itu,

kata Rasulullah "Luahkan darah itu",

jawab Malik "Tidak",

sebaliknya beliau menelan darah luka Rasulullah yang mulia itu. Setelah itu, beliau beredar dari situ untuk meneruskan perjuangannya, Rasulullah bersabda: "Sesiapa ingin melihat seorang lelaki ahli syurga, lihatlah Malik bin Sinan, akhirnya beliau gugur sebagai syahid.

===================================

Kisah Ummu 'Ammarah(Nusaibah binti Kaab) pula, beliau berperang dan sempat beliau menentang Ibnu Qami'ah bersama beberapa orang kaum muslimin,

Ibnu Qami'ah telah menetak tengkok Ummu 'Ammarah menyebabkan beliau luka parah namun sempat juga beliau memukul Ibnu Qami'ah tetapi oleh kerana beliau memakai baju besi jadi tetakannya tidak berkesan dan beliau terlepas lari, namun demikian Ummu 'Ammarah terus berjuang, di hari itu beliau mengalami luka lebih dari dua belas tetakan.


================================

Manakala Mus'ab bin Umair pula memperlihatkan kecekalannya yang luar biasa
mempertahankan diri Rasulullah dari serangan Ibni Qami'ah dan kuncu-kuncunya.

Di hari itu panji Islam di tangan Mus'ab, beliau telah dicantas sebelah tangan kanannya, lantas tangan kirinya mengambil panji berkenaan, penuh ketabahan hati beliau menghadapi serangan musyrikin hingga terputus tangan kirinya,

Sekali lagi beliau mempertahankan bendera Islam itu dari terjatuh dengan mengepitkannya ke dada dengan lehernya, akhir sekali beliau dibunuh oleh kaum musyrikin, pembunuhnya ialah Ibnu Qami'ah yang menyangkanya Mus'ab itu Rasulullah, kerana wajah beliau hampir menyerupai Baginda. Dengan itu Ibnu Qami'ah terus berlari menemui musyrikin yang lain berteriak:

"Muhammad telah terbunuh!! ".


================================



sumber RM

Kita Dekat Tapi Jauh






kita dekat, tapi jauh
Dan aku sering melihat dirimu dari jauh
Bertanyakan khabar dan keadaan darimu jua dari jauh
Hantar sms pendek juga dari jauh.
Padahal kita dekat,
Padahal aku sering bertemu dari mata ke mata setiap hari denganmu
Cumanya, reaksi darimu semacam, tidak seceria seperti biasa.
Senyummu bagai dipaksa, tapi senyum juga sebab mahu menyedapkan rasa.

Kita dekat, tapi jauh
Bukan tidak mahu,
tetapi aku merasakan bagai ada jurang, bagai ada batas antara kita
Kadang-kadang merasakan dirimu jua yang seperti ingin dijauhi

Sahabat,
mengapa dengan dirimu?

secara Informal nya

'yang,kenapa ni?'
Tuesday, November 10, 2009

Tiga


Bunga memang sinonim dengan perempuan bukan?
:)



Salam w.b.t


Untuk meluahkan rasa sayang pada mereka, maka aku titipkan sedikit rasa di sini :)

================================

Kami berjalan bersama tetapi macam berbaris, sebab jalan yang kami lalu tu sesak! Nama pun pasar Ramadhan.Ramai orang, macam semut berkumpul pada sekelompok makhluk yang bernama gula.

Aku di belakang, mengekori kak long dan adik. Bila rasa hampir hilang punca, cepat-cepat berpaut pada tangan adik dan adik juga segera menarik lengan kak long. Jangan hilang ok, nanti adik menangis. Beliau memang tak suka 'melakonkan a
ksi-aksi mencemaskan' ni. (sebab dia mudah panik)

Kak long kelihatan seperti mencari sesuatu, tapi tak jumpa-jumpa. Aku pula mencari tudung-tudung jenis kegemaranku untuk dipakai di Cairo. Adik tidak mencari apa-apa, memang niat dia untuk meneman saja.

Akhirnya kak long masuk salah satu gerai menjual kotak tisu perhiasan yang cantik-cantik , sedangkan aku terus menarik adik masuk ke kedai tu
dung dekat-dekat situ. Aku membelek-belek tudung, mencari mana yang berkenan, warna mana yang padan dengan baju itu, baju ini. Kasihan adik jadi mangsa, menjadi penasihat soal pemakaian seketika. Tapi beliau sudah biasa, lega :)

Puas membelek, namun tidak jumpa. Samp
ai kan kak long sudah selesai membeli barang yang dia mahu. Lantas berjalan ke kedai tudung, tempat kami berdiri. Aku bertanya pula pada kak long, tudung mana yang sesuai. Bila tak jumpa mana yang aku mahu, merungut sendirian pula. Puasa, panas, dan tak ada pulak tudung. Semua style Ariayani macam Indon tu yg banyak jual. Maka Kak Long dan adik mula mengetawakan aku yang kelihatan seperti budak kecik yang nak menangis sebab tak dapat barang yang dia nak.

Mak cik si penjual tudung di situ pun yang dari tadi melihat gelagat kami turut ketawa sama, lantas berkata

" Ni adik-beradik ke?"

Kami bertiga berpandangan, mengharapkan ada seseorang akan menjawab pertanyaan dari mak cik tersebut.


" Haah mak cik. Cuba teka, yang mana kakak, yang mana tengah, yang mana adik? Tapi mesti mak cik nak kata saya yang adik kan? " kata kak long dengan nada berseloroh(perasan)

Mak cik senyum-senyum saja melayan kami. Untuk mengelakkan kak long berseloroh benda lain pulak, terus aku keluarkan wang, capai saja mana-mana tudung dan memulakan urusan jual dan beli. Kemudian, aku dan adik terus menarik kak long keluar dari situ.

" tolong lah long, of course la kitorg ni lagi nampak macam adik " kata aku

" Perasan kot mak cik ni. " kata adik pula, selamba

Dan kak long, buat muka biasa saja. gelak-gelak kecil tapi tetap nak mengaku dia lah yang paling sweet ( mmg hakikat, dia tak nampak macam mama kamil)


=================================

Siapa masih ingat tentang cerita malam sebelum kak long akan bernikah? Yang kami bertiga menangis sama-sama tu

Kalau boleh, tak mahu dah merasai pengalaman macam tu lagi. Berpisah macam la tak akan berjumpa bertahun-tahun :) Tiga saudara perempuan yang dahulu pernah bersatu, sebumbung, main lawan-lawan laser mulut di dapur, kini sudah tiada lagi, sebab masing-masing sudah terpisah

Buat mak dan ayah, terima kasih! Terima kasih kerana menghadirkan saudara-saudara perempuan ini dalam hidup Fathiyyah






tu kamil, anak mama. Sorang lagi Itqan, anak abi :)
Kalian, sila berhenti membesar!


=======================




Buat mereka juga, selamat mempersiapkan segalanya. Fathiyyah berdoa dr Cairo.

Semoga semuanya selamat, ibadat menjadi berkat serta dihujani sejuta rahmat
 

Template by Web Hosting Reviews