Monday, September 28, 2009

Manama,Bahrain

Salam w.b.t

Aku di Manama,Bahrain. Sedang menunggu kapal terbangku untuk ke Cairo. Kami sudah transit di sini hampir 20 jam. Siap beristirehat lagi di Delmon International Hotel di tengah bandar Manama.

Kami sempat berjalan-jalan di sekitar bandar semalam. Sambil-sambil,aku menghantar mesej kepada ahli-ahli keluargaku.Abang Nuar jeles lantas memesan untuk membelikan beliau sehelai tshirt Bahrain.Namun,beliau hanya mengirimkan air liur. Dengan itu,aku hanya boleh mengirimkan beberapa foto untuk tatapan beliau serta keluargaku.

Sorry la bro! :D


p.s: Orang-orang Malaysia,Fathiyyah sudah mula sangat sangat dan sangat merindui kalian :)
Sunday, September 27, 2009

Aku dan Cairo : Episod Tiga


Salam w.b.t

Sudah dua tahun pengajian,maka aku akan berangkat ke bumi sana untuk meneruskan dalam pengajian tahun tiga.
Aku telah meninggalkan seribu kenangan terindah dalam 'episod kedua' di Cairo.

Aku tidak tahu apa yang bakal aku tempuh dalam tahun ketiga. Yang aku pasti sekarang,perjalanan hidupku selepas ini akan lebih mencabar,lebih banyak ujian dan cubaan. Aku berdoa dan mengharapkan Dia telah merancang dan menentukan hanya terbaik buat diriku sama ada aku suka atau tidak.


Mari ke episod ketiga di Cairo :)


p.s: Syila,Aimi,Ayu,Huda dan Chep akan selamat sampai di Cairo


p.s lagi : Aku bersama teman-teman yang balik Malaysia hari tu akan berangkat ke Cairo pada hari Ahad,27 September 2009. Perjalanan yang panjang kerana kami akan transit di Bahrain selama 20 jam! orait,mari pusing-pusing di Airport dan tido-tido di hotel yang disediakan :)

Selamat tinggal incik Gombak, Selamat Menyambutku wahai incik Cairo


-fathiyyah-
Friday, September 25, 2009

Familia









p.s: 'Semangat' mahu pulang ke Cairo
Thursday, September 24, 2009

Terbang

Salam w.b.t

Tiqah akan terbang pulang ke Jordan sekejap lagi,jam 11

Dan aku masih disini(tgh menaip),tidak pula menghantar beliau di KLIA. Tak lama lagi giliran aku pula untuk berangkat ke Cairo

Ni yg tak best sangat ni,bila bercakap tentang kembali ke alam persekolahan dalam bidang perubatan.Namun,hidup perlu diteruskan :)



4 Syawal 1430 H/23 September 2009
Kenangan Akhir kami di Malaysia
p.s: Tiqah mahu datang Cairo winter break nanti
Yeay!
Wednesday, September 23, 2009

Majoriti Doktor Menolak Vaksin H1N1


dipetik dari www.ibnuyaacob.com

Di United Kingdom, sebelum vaksin H1N1 diberikan kepada orang awam, setiap doktor dimestikan menerima suntikan vaksin itu terlebih dahulu. Kemungkinan amalan ini juga dilakukan di beberapa negara Asia termasuk Malaysia.


Agak mengejutkan pihak kerajaan apabila 50 peratus doktor-doktor seluruh UK enggan disuntik kerana bimbang akan kesan sampingan daripada vaksin tersebut yang sudah pun diketahui seluruh dunia.


Menurut editor majalah PULSE, Richard Hoey, keengganan doktor-doktor dan para pekerja kesihatan menerima suntikan adalah berpunca dari tanggapan kerajaan telah bertindak di luar batas hak individu seseorang dengan cara memaksa menerima suntikan.


Kenyataan dari Health Protection Agency yang mengatakan vaksin H1N1 boleh menyebabkan barah dan Sindrom GBS masih lagi diterima dengan yakin oleh kebanyakan doktor serta pekerja kesihatan. Ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh majalah PULSE dan majalah GP di UK.


Keengganan kebanyakan doktor-doktor di UK menerima suntikan telah menimbulkan kemarahan Prof. Dr. David Salisburry iaitu Pengarah Jabatan Imunisasi di Kementerian Kesihatan UK. Beliau menegaskan setiap pekerja kesihatan sama ada doktor atau kakitangan hendaklah melaksanakan dasar yang telah ditetapkan kerajaan.


Penentangan pemberian vaksin di Australia


Di Australia, presiden Australasian Society for Infectious Diseases (ASID) iaitu Prof. Tom Gottlieb telah menghantar surat bantahan program pemvaksinan kepada kementerian kesihatan Australia. Di dalam surat tersebut Prof. Tom Gottlieb menyatakan mereka bimbang akan berlakunya jangkitan penyakit akibat pencemaran darah melalui suntikan.


Penentangan pemberian vaksin di Kanada


Di Kanada, Canwest News Service melaporkan majoriti doktor-doktor dan pekerja-pekerja kesihatan tidak mahu disuntik vaksin H1N1. Keengganan doktor-doktor ini amat merungsingkan pihak kerajaan Kanada sehingga mendesak Persatuan Perubatan Kanada mengeluarkan arahan memaksa ribuan doktor dan pekerja kesihatan mengambil vaksin H1N1.


Secara logiknya, kita sendiri sudah mendapat jawapannya mengapa ribuan doktor dan pekerja kesihatan di Kanada enggan mengambil vaksin tersebut. Jika mereka yakin vaksin H1N1 tidak merbahaya mengapa pula mereka sendiri enggan mengambilnya.


Vaksin H1N1 juga penyebab kanser


Pakar paru-paru dari Jerman, Dr. Wolfgang Wordarg mendakwa vaksin H1N1 yang bakal disuntik kepada masyarakat juga dikhuatiri boleh meningkatkan kadar penyakit barah paru-paru. Dakwaan itu berasaskan penyelidikan yang dibuat ke atas vaksin keluaran farmasi Novartis.


Menurutnya lagi, peningkatan kadar penyakit barah dalam badan kemungkinan berpunca dari sel-sel binatang yang dimasukkan di dalam vaksin oleh pihak pengilang. Dr. Wolfgang Wordrag menyimpulkan bahawa;


“People’s fear of the pandemic as an “orchestration”: “It is great business for the pharmaceutical industry”


Kenyataan Dr. Wolfgang di dalam akhbar Jerman, Neuen Presse juga disokong oleh presiden Paul Ehrlich Institute iaitu Dr. Johannes Lower. Beliau mengatakan kesan sampingan yang bakal dihasilkan oleh vaksin H1N1 dijangka lebih berbahaya daripada virus H1N1 itu sendiri.


Usaha Kapitalis Memujuk Doktor-Doktor di UK


Propaganda kapitalis Yahudi semakin jelas dalam isu Selsema Babi sejak kebelakangan ini. Pada 30 Julai 2009, Daily Mail mendedahkan kerajaan Britain akan membayar £7.51 (RM51) bagi setiap suntikan yang dibuat ke atas orang ramai. Bagi mendapat bonus tersebut, para doktor hendaklah terlebih dahulu menandatangani suatu perjanjian dengan kementerian kesihatan UK.


Berdasarkan peruntukan kerajaan, kemungkinan seorang doktor akan diperuntukkan 1800 orang pesakit bagi sesuatu kawasan. Agihan ini menunjukkan setiap doktor yang terlibat dalam perjanjian ini akan memperoleh sekurang-kurangnya £27,000 pound (RM183,600) dalam sesuatu masa.


Nilai yang diperoleh oleh doktor menunjukkan keuntungan dari program vaksin H1N1 melebihi jumlah gaji tahunan doktor-doktor di UK iaitu £107,000 setahun. Daily Mail juga mendedahkan kerajaan UK telah pun menyediakan belanjawan khusus sebanyak £600 juta hanya untuk imbuhan memujuk doktor-doktor di UK menyokong program pemvaksinan ini.


Boleh dikatakan sekarang doktor-doktor di UK tersepit sama ada untuk memilih hak-hak kemanusian atau bonus sekali seumur hidup. Bonus daripada Vaksin H1N1 yang dijanjikan pada Julai 2009 ini memperlihatkan kerajaan UK sudah menghidu akan bantahan yang bakal dibuat oleh Health Protection Agency dan Persatuan Ahli Neurologi di Britain pada 26 Ogos 2009.



Laporan akhbar di Malaysia tidak profesional



Tidak pasti apa yang ada di dalam kepala para editor bagi akhbar-akhbar tempatan di Malaysia. Tiada langsung isu-isu H1N1 dibincangkan secara kritis dalam usaha mewujudkan momentum kesedaran di kalangan masyarakat. Isu artis dan selebriti sampah masih lagi mendominasi berita di dada-dada akhbar.


Selsema Babi yang ditakuti babi sendiri ini pun masih dianggap enteng dan setaraf dengan berita-berita tabloid. Seperti yang kami artikelkan dahulu, kerajaan Malaysia masih lagi seronok membilang angka-angka kematian dikalangan masyarakat. Program-program yang melibatkan orang ramai masih lagi dianjur oleh pihak kerajaan.


Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia pula masih diam dan tiada satu laporan analisis berkaitan vaksin yang dikeluarkan. Apa yang diperoleh dari persatuan ini hanyalah laporan-laporan tentang majlis-majlis makan malam yang dianjurkan di hotel. Semuanya kelihatan taksub dengan berita-berita propaganda dari WHO a.k.a World Health Order.


Persatuan Pengguna pula tidak mengeluarkan isu-isu yang dibangkitkan oleh persatuan-persatuan pengguna di US dan UK. Sebelum ini Persatuan Pengguna Malaysia amat gagah menyelongkar kandungan-kandungan geletin haram di dalam produk-produk makanan. Banyak laporan-laporan penyelidik dari makmal di US dicanang di Malaysia tetapi apabila pengguna-pengguna di US membantah penggunaan vaksin tidak pula maklumat itu dihebahkan.


Program Pemvaksinan adalah salah satu perang akhir zaman

Tanggapan terbaik yang boleh dibuat untuk isu H1N1 ialah ia merupakan satu bentuk perang moden yang sudah keluar dari definasi perang konservatif. Umumnya kita dididik dengan takrifan bahawa perang mestilah berpakaian seragam hijau, bersenjata dan berkawad tetapi situasi H1N1 ini sedikit sebanyak membuktikan takrifan perang terlalu luas dan tidak hanya bergantung kepada sejumlah perkataan yang terhimpun di dalam kamus Oxford sahaja.


Ternyatalah bahawa kamus yang diiktiraf oleh badan-badan akademik antarabangsa itu sebenarnya telah berjaya menyekat ruang pemikiran manusia berdekad-dekad daripada berfikir secara ‘out of box’. Maka untuk memecahkan halangan yang dibina oleh kamus itu pula memerlukan situasi besar berskala global misalnya isu H1N1 ini.


Berperang di luar takrifan perang lebih menyukarkan ramai pihak khususnya pihak Islam sendiri kerana perang cara ini lebih mengutamakan ketajaman pemikiran dan strategi yang tinggi. Maka di sini haruslah kita berhati-hati dengan cuba mengikuti perkembangan semasa satu per satu tanpa hanya bermalas-malasan dengan doa tetapi langsung tiada usaha membaca.


Mangsa sebenar perang vaksin ini adalah masyarakat yang tidak mahu mengikut arus pembangunan isu dunia serta tidak mahu mengambil berat terhadap sesuatu masalah yang timbul.


Program pemvaksinan yang telah berlaku berbelas-belas kali di seluruh dunia ini kami teorikan ia sebagai satu perang dunia ketiga yang mana semua manusia menjadi mangsa peluru virus. Undang-undang yang terpahat di WHO adalah umpama tempat membuat keputusan ketenteraan Illuminati manakala pengilang-pengilang farmasi dunia umpama kilang-kilang peluru halimunan yang sedikit demi sedikit mencengkam nyawa manusia.


Agen-agen Illuminati sedar, berperang secara nyata dengan umat Islam hanya akan membangkitkan semangat jihad dan perpaduan seluruh dunia. Perpaduan yang jitu ini sudah pasti akan mendesak campur tangan dari para wali yang tidak diketahui lokasinya dalam menghadiahkan doa-doa kehancuran untuk kelompok Yahudi Zionis.


Kami lebih mengesyaki program pemvaksinan yang dilihat mulia dari luar ini kepada salah satu program peperangan kerana mengikut sejarah perubatan, Bapa Pemvaksinan dunia iaitu Dr. Edward Jenner adalah seorang ahli Freemason. Pada 1812, Jenner telah dianugerahkan Worshipful Master di Lodge of Faith and Friendship Berkeley, Gloucestershire, Britain.


================

wallahua'lam

Monday, September 21, 2009

You Will Be In My Heart

Come stop your crying
It will be all right
Just take my hand
Hold it tight

I will protect you from all around you
I will be here
Don't you cry

For one so small,
you seem so strong
My arms will hold you,
keep you safe and warm

This bond between us

Can't b
e broken
I will be here
Don't you cry

'Cause you'll be in my heart
Yes, you'll be in my heart

From this day on

Now and forever more

You'll be in my heart
No matter what they say

You'll be here in my heart, always

Why can't they understand
the way we feel
They just don't trust
what they can't explain
I know we're different but, deep inside us
We're not that different at all

And you'll be in my heart
Yes, you'll be in my heart
From this day on
Now and forever more

Don't listen to them
'Cause what do they know
We need each other,
to have, to hold
They'll see in time
I know

When destiny calls you

You must be strong
I may not be with you
But you've got to hold
on
They'll see in time I know
We'll show them together

'Cause you'll be in my heart
Yes, you'll be in my heart
From this day on,
Now and forever more

Oh, you'll be in my heart
No matter what they say
You'll be in my heart,
always
Always




===========================================================

Khas untuk 'mereka'

dia di London,dia(Irbid) beraya di Shah Alam,dia di Illinois,dia(Tronoh) yang beraya di Rembau dan mereka(Mesir) yang masih berada di Gombak,Penang,Muar,Kuantan,Klang,Sabak Bernam,Putrajaya,Seri Kembangan,dan Rawang Malaysia :D

Syawal 1430 H





p.s: Kamil bad mood masa tu

Sunday, September 20, 2009

Raya

Salam w.b.t

Tahun ini beraya di Gombak saja

Serta merta aku terkenangkan peristiwa raya pada tahun 2006. Tahun itu,aku bakal menghadapi SPM beberapa minggu lepas hari raya. dan lagi,masa itu pun kami beraya di Gombak

Aku suka beraya di Gombak,yakni tidak melaram sangat untuk beraya sakan ke sana kemari. Lepas solat raya,aku dan keluarga akan berziarah saudara2 sini yang tidak pulang ke kampung dan jiran tetangga. Dah habis semua,aku akan dipersilakan untuk pulang ke rumah :)

Masa tahun 2006 tu lagi dahsyat,beraya hanya pada 1 syawal. Pada hari raya kedua,aku hanya beraya di dalam bilik,dengan buku-buku SPM,kertas-kertas soalan latih tubi serta pen berbagai2 warna.Hari raya ketiga pun sama,tak keluar-keluar dari bilik gara-gara SPM itu.

Tahun ini pula,aku ingat nk tiru gaya orang Arab mesir. Lepas solat raya,ziarah saudara dan jiran,aku seterusnya akan pulang ke rumah>>Tidur! . Tapi macam tidak kena pun ada. Masyarakat kita kan memang sudah sedia terkenal dengan amalan berziarah di antara satu sama lain? :)

Oh ya,orang Arab memang tidak meraikan hari raya sangat. Aku tidak tahu sangat apa puncanya. Mungkin mereka masih sedih bila Ramadhan pergi? Jikalau benar,alangkah indah!


Apa pun, tidak bermakna kita berpuasa sebulan,kita juga perlu beraya selama sebulan. Sebaik-baiknya,mari kita mulakan Puasa Sunat 6 hari dalam bulan Syawal ini. Ia punya terlalu banyak hikmah dan fadhilat


Eidul Mubarak

-Fathiyyah-
Saturday, September 19, 2009

Hikayat Driver Terulung Berakhir

Salam w.b.t

Khamis,17 September 2009

Macam biasa,kerja aku adalah menjadi pemandu kereta yang tak berapa besar,Myvi Hitam yang macho.

Sejurus aku sampai di depan pintu besar Al Amin,aku terus mencari tuan kecik kerana bayang beliau langsung tidak kelihatan di pondok-pondok berehat berdekatan. Aku buka saja cermin tingkap bersebelahan pemandu lantas memanggil

'ZAIM!!!' dengan nada yang garang.Nun dari jauh lalu dia terus memandang driver nya yang setia menunggu dan tersengih(innocent la konon)

Zaim masuk saja kereta,terus aku beritahu beliau

'Hari ni hari terakhir akak jadi driver hantar and ambil Abg Chik(tuan besar) n Zaim . Next week akak nk balik Cairo dah'

Zaim mula-mula kata 'alaaa' dan dia terus diam seribu bahasa sehinggalah kereta yang kupandu sampai di depan pintu besar rumah
Nak buat macam mana tuan kecik sayang. Sudah 3 bulan kan :)


Maka semalam,hari Khamis merupakan hari terakhir aku menggalaskan tugas dari emak dan ayah sebagai driver rasmi kepada tuan besar dan tuan kecik.

Sayu ada,sedih pun ada.(perasaan lega tu tak ada sangat)

Tahun depan belum tentu aku akan jadi driver lagi. Mana la tahu,kot-kot kena 'pecat' dengan emak ke apa kan. Atau aku sendiri terpaksa meletakkan jawatan ke. Mana la tahu kaaan :)

Maka,Hikayat Driver Terulung tahun 2009 berakhir pada 27 Ramadhan 1430 Hijrah.
Kalau ada jodoh,kita bertemu lagi dalam hikayat seterusnya

p.s: Gong Chan junior baru lahir hari ini. Semoga kamu akan lebih memberi sumbangan kepada Fathiyyah

p.s lagi : esok,aku akan menjadi tukang masak utama. Aku telah diberi arahan supaya masak nasi ayam versi Cairo untuk hidangan seisi keluarga .

Yang Benar,
Fathiyyah a.k.a Driver biasa-biasa je
Friday, September 18, 2009

Hidup





Aku masih hidup

Harapnya masih bernyawa sehingga hari terakhir Ramadhan

dan aku takkan lupa 27 Ramadhan tahun ini





Wednesday, September 16, 2009

Kakak!




Salam w.b.t

"Kakak!"

Aku pandang ke atas,mencari-cari dari manakah datangnya suara itu. Lalu pandanganku tertangkap pada sebuah kelas. Ianya bernama 3 Muaz. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan,berwajah comel(budak mana la yang tak comel),berkulit putih gebu,pipi berisi melambai-lambai tangan kecilnya kepadaku.

"Ya dik!" aku membalasnya dengan dengan lambaian kembali berserta senyuman

Dia kelihatan tersipu-sipu malu.Dia mungkin kerana aku terus menyapanya kembali.

Aku di bawah memandang ke atas. Dia pula di atas,memandang ke bawah dan mengintai aku dari tingkap
Kami saling menjerit(senanya bimbang jugak aku kalau tiba-tiba muncul pula muallimah(guru) di belakang adik tu)

"Akak datang sini buat apa?"

"Akak datang nak amik adik akak"

"ooooooooo"

Zaim berlari kepadaku,dengan beg sekolah besar gabaknya itu. Dia menarik aku,untuk mengajak ke kereta tanda tidak sabar untuk pulang. Aku beri isyarat kepada Zaim agar tunggu sekejap.

"Akak pergi dulu ya dik. Jumpa lagi nanti "

"Ok kak! " Jeritnya lagi.

Aku terus berlalu pergi tanpa menghiraukan beberapa pasang mata yang agaknya tertumpu kepada kami. Aku meninggalkan perkarangan Sekolah Al-Amin tanpa berkenalan lebih lanjut dengan dirinya

Dalam kereta

"Sape tu?"tanya Zaim

"Peminat Kak Uda!" jawab aku. haha

Diam

Perasan,kata Zaim.Agaknya lah :)
Tuesday, September 15, 2009

Hutang

Salam w.b.t

Aku telah berhutang tag dengan seorang kakak dan seorang teman lama aku


>> Tagged by Kak Fizz




2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini:
-Kak Fizz!
-Seorang kakak yang kenal di alam blogger
-Seorang Lecturer di UMP
-Bakal melanjutkan pelajaran pHD di UK
-Seorang yang sangat cekal dalam apa jua bidang yang diceburinya
-Kenal Kak Fizz melalui Kak Sarah Shukor


3) Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri:
-Suka laptop
-Suka henfon
-suka hardisk
-suka sejarah
-suka Biologi
-suka Medic
-Akan naik third Year pada oktober ini


4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan terangkan tentang mereka:
-Syila >> Housemate
-Huda>> Classmate
-Radin>>Housemate
-Aimi J>>Housemate
-Chep>>Housemate
-Ai>> beliau tidak punya blog


Tagged by Hafsah

THREE NAMES I GO BY
-Wan
-Fath
-Fathy

THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE
-Abid
-Caliph
-Daei

THREE PLACES I HAVE LIVED
-Gombak
-Kota Bharu
-Klang

THREE PLACES I WANT TO GO (right now)
-Mekah
-Bora-bora
-Andalusia

THREE OF MY FAVOURITE FOODS
-Rice
-Gardenia
-Fruits

THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
........

THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED
none

THREE FRIENDS WHO WILL REPLY
none

THREE FAVOURITE BANDS/SINGERS (for now)
none

THREE FAVOURITE SPORTS TO WATCH
-Football
-Badminton
-F1

THREE FAVOURITE DRINKS
-Lime Juice

THREE FAVOURITE SONGS ( right now )
none

THREE PERSON YOU WANT TO TAG
none
Monday, September 14, 2009

Khabar dari Alexandria

Salam w.b.t

Khabar dari Alexandria(Iskandariah),Mesir


اللهم زد هذا الجمع وبارك فيه
هذه مصر ... صور أفزعت العالم !!
المــكان : مدينـة الإســكندرية
المسجد : القائد إبراهيم - بمحطة الرمل حي الشاطبي وشاطىء الكورنيش
الشيخ : حاتم .. وهو من قـرّاء مدينة دمنهور إحدى المدن الصغيرة بجوار الإسكندرية
الزمان : صلاة التراويح شهر رمضان
هذه مصــر - أروع صور ممــكن تشوفها عن مصر
مليون مصلي
(الصور التي أفزعت المراكز البحرية الأمريكية)

terjemahahan bebas:
gambar yang mengejutkan dunia
tempat: iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim

Masjid: masjid al-Qaid Ibrahim hayyu Syatibi mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat Gambar ini mengejutkan Marine Amerika





sumber: email dari orang jauh

p.s: Tadi pergi surau. Lengang

titik


Qadr


Pagi ini memandu seperti biasa. Ke Al-Amin dan UIA. Siaran radio dalam kereta diputarkan. Emak di sebelah manakala Zaim di belakang. Masing-masing bersiap sedia untuk tiba di destinasi masing-masing. Telinga aku langsung tidak tertumpu kepada radio,tapi mata aku merenung jauh ke hadapan. Aku pandang ke atas,dan melihat ia.

Melalui pengamatan dan pemerhatian aku,sinar cahayanya pada pagi ini berbeza berbanding biasa.Warna oren, langsung tidak menyilaukan mata aku semasa memandu malah aku mampu memandang terus ke arahnya tanpa mengelipkan mata buat beberapa saat. Dan haba darinya pun macam tidak terasa panas.

Dan lagi,pagi ini terasa damai. Pokok-pokok seolah-olah seperti 'hidup',mereka seperti 'bangun' dari tidur. Seperti menerima nafas baru.
Langit pula redup macam akan turun hujan. Tapi pelik,tiada awan-awan.


Mungkinkah semalam merupakan malam yang dijanjikan,Lailatul Qadr? Malam yang sentiasa dirindui oleh para hamba yang begitu mencintai Ramadhan. Malam yang ditunggu oleh suara yang sering merintih pada Maha Penyayang di kala yang lain masih lena?

Entah,aku pun tidak tahu apa yang aku cuba tafsirkan, Aku hanya mampu meluahkan.

Semuanya rahsia Dia. Aku tidak tahu.Kamu,dia dan mereka pun tidak tahu bilakah sebenarnya malam itu akan tiba. Mungkin malam esok-esok.Mungkin juga sudah terlepas


Saturday, September 12, 2009

Mereka

Salam w.b.t

Aku mahu menjadi aku. Tapi mereka kata itu dan ini.
Dan mereka harap aku akan lebih bersedia(lebih matang),sebab yang bakal aku hadapi nanti jauh lebih berat,lebih mencabar dari yang aku fikir.

Daripada mereka bersangka atau meramalkan macam-macam tentang apa yang bakal berlaku ke atas aku nanti,apa kata jika mereka mendoakan aku?




p.s: Gambar dr Pak Cik Google memang terbaik!
Friday, September 11, 2009

Hikayat Gong Chan

Salam w.b.t

Gong Chan telah pergi meninggalkan aku pada pagi semalam 10 September 2009

Sama ada balik ni aku balik Cairo tanpa ditemani sesiapa atau mungkin ada rezeki,akan ada kelahiran Gong Chan Junior? Wallahua'lam(tok sah mengharap)

HIkayat Gong Chan berakhir di sini. Terima kasih kerana sudi mengenali Gong Chan :)

p.s: Semalam nampak Gong Chan(Lee Dong Wook) dalam saluran KBSW 303 "Partner"

mode:Sangat redha
Wednesday, September 9, 2009

Entry Ketinggalan



Salam w.b.t

Pertamanya,aku ingin menyatakan bahawa entry ini agak ketinggalan kerana sudah sebulan lebih aku simpan cerita ini. Cerita yang bakal aku tulis lepas ini adalah berkaitan dengan penglibatan aku sebagai fasi dalam salah satu program(tamrin) untuk pelajar tingkatan dua di Al Amin Gombak.

Guru-guru Al-Amin mengadu kepada kami yang mereka(adik2 f2) punya masalah sikit tentang Ukhuwwah,maka idea tiba-tiba datang kepada adik dan Fathy Nabila(mereka berdua pernah main benda alah ni,masa tamrin zaman-zaman muda dulu),maka idea tersebut dikongsi bersama adik-adik kita ni.

Tugasan pertama

Nah,berdiri dan berhimpitlah kalian,Pastikan semua selamat berdiri teguh di atas bangku tersebut,jangan ada yang terjatuh atau terkeluar atau apa-apa sahajalah. Kalau tak,fasi-fasi akan tarik mereka yang tidak dijaga dengan baik oleh kawan2 mereka dan denda akan dikenakan untuk kumpulan tersebut.

Maka,mereka pun sangat sayang sesama mereka. Berpeluk erat. Peluh,panas semua ditolak ketepi dahulu. Yang penting,sahabat kita! :)





Kumpulan ini berjaya dengan tugasan pertama mereka :)

Tugasan kedua lebih mencabar. Lebih ramai ahli,padahal bangku yang kami sediakan untuk mereka yang seramai 40 orang lebih itu(kalau tak silap) hanyalah 5 buah bangku!
Lebih mencabar,mereka harus menyusun diri masing-masing mengikut tarikh lahir. Adik yang lahir bulan Januari akan diletakkan di hujung sebelah sini dan adik yang bulan Disember akan berpindah ke hujung sebelah sana. Begitulah seterusnya

Syaratnya tetap sama. Semua dilarang memijakkan kaki ke lantai!(tapi kalau nak bergerak dengan berpijak pada besi pada bahagian bawah itu boleh la.Kasi can) Pandai-pandailah kalian iya

Apa yang penting? SAYANG KAWAN! :D
















Ok,mission accomplished!
Congrats!

Fasi:(from left) Fathy Nabila,Kak Fatimah n Adik

Alhamdulillah,walaupun hanya beberapa jam kami 'bermain'(di tengah2 panas),sekurang-kurangnya mereka belajar sesuatu dari situ. Belajar untuk lebih mengenali teman-teman yang duduk di bawah satu bumbung yang sama untuk menerima didikan bagi mengenal lebih tentang Allah serta teman-teman yang turut menerima tarbiyyah dari para Murobbi

Harapnya,hubungan mereka yang agak tidak berapa kamcing sebelum ini akan bertambah erat dan rapat. Mudah-mudahan :)

p.s: Aku sempat 6 tahun saja bersekolah di situ. Itupun di sekolah rendah. Tapi,aku yang sebagai pemerhati ni, cukup suka dengan suasana sekolah menengah Al Amin. Bukan takdir aku nampaknya untuk melalui semua itu di Al Amin. Aku hanya mampu menumpang 'jeles' dengan abang-abang dan adik aku yang 11 tahun bermukim disana. huhu

p.s lagi : Aku nak hapdet belog lagi. Nanti kot. Aku macam nak tulis panjang sikit



Tuesday, September 8, 2009

Sweet 31!


[Abang Nuar-Kak Long-Angah]



Happy 31st birthday Long!!!



p.s: to kamil,itqan,ijlal and imtiyaz, ni la rupa dan wajah mama dan abi-abi sekalian sewaktu mereka masih 'berhingusan'

Credits utk Mak Uda


Sunday, September 6, 2009

Permataku



Salam w.b.t



Pak Su Zaim ajar Itqan melukis?


Kamil dengan dunia kereta api nya



Sayang sama sepupu2 ok :)

[Ijlal,Kamil,Imtiyaz,Itqan]



Come on guys... Freestyle! Candid!!



Aishhh,,geramm geramm



Pak Teh Hafiz sangat penyayang dengan anak-anak saudara beliau



Anak papa masuk dapur,cuci pinggan :D



p.s: I Love you!!

[Gambor ketika berbuka puasa di rumah Kak Long tadi]



 

Template by Web Hosting Reviews