Saturday, August 29, 2009

Jangan Marah


Salam Alayk


Aku baru lepas menjadi pesakit di salah sebuah klinik berdekatan

Badan sudah sakit, nak senyum pun sudah tidak larat apatah lagi mahu bertindak seperti seorang pesakit yang cool dan steady

Maka, aku berazam dalam hati untuk tidak berkelakuan sedemikian rupa dengan mereka yang bakal menjadi pesakit aku nanti(ameen)
Sebab kita sendiri telah merasa betapa tidak best bila dilayan begitu.

Kalau lah pahala bila kita menolong atau bermanis muka dengan orang lain itu kita boleh nampak sejibik sejibik di depan mata,maka aku rasa semua yang bergelar makhluk Allah akan berlumba-lumba mahu menolong sesama manusia, dan tidak mungkin wujud istilah bermasam muka dengan kita-kita

Tapi kalau Allah senang-senang nak tunjukkan kita 'wajah' dan 'rupa' pahala ,maka nanti tidak mahal sangat lah syurga Allah itu

p.s: Aku belajar dari ramai orang,agar tidak melepaskan marah aku di sini. Tapi kalau emak tahu bagaimana rupa aku bila memandu balik dari klinik tadi,pasti emak akan risau-risau. Aku sedar tadi aku memandu kereta agak merbahaya pada waktu malam macam ni. Jantung adik pasti berdegup kencang bila dia duduk di sebelah bahagian pemandu,menemani aku ke klinik

Fathiyyah,sila jangan buat lagi.

=======================================

"La Taghdhob!"
Ayat di a atas dipetik dari matan hadis ke 16 dalam himpunan Hadis 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi

"We should forgive and forget
bukan
forgive but not forgotten"

Hadis ini telah memberi aku 1000 pengajaran baru.
Jangan Marah...

Thursday, August 27, 2009

Tiga Hero (III)





Salam w.b.t

Aku duduk (berehat) di dalam bilik
Mataku dipejam seketika,tapi jemariku laju menaip
Telingaku tertangkap dengan bunyi riuh rendah dari luar bilik

Bunyi PS2, Si Abang mengusik adik dan si adik bongsu memarahi si abang dengan nada manja.

"Lawan gusti lagi budak dua orang tu"

Budak dua orang itu sudah nampak macam rapat kembali
Minggu lepas,bukan main lagi perang besar. Alhamdulillah. Aku rasa besar kemungkinannya mereka berdamai adalah kerana Ramadhan :)

Tadi lepas berbuka puasa,aku naik atas masuk bilik,terkejut besar melihat mereka main 'wrestling' atas katil aku.(dah ler Tuan kecik cukup seronok lompat atas katil aku semalam)



===============================================


Zaim tanya aku soalan maut.Walaupun aku student medic,tapi aku susah betol nak jawab soalan innocent nya yang satu ni

'Kak Uda,macam mana nak dapat anak?'

Jeng

'Kena kahwin dulu la'

Nah,amik!

'Tapi dalam citer Juno tu,dia budak lagi,tak berkahwin. Tapi boleh je dapat anak'

Amik tu.Adeh

'Hurmmmm..Entah'

Otal ligat berfikir mencari jalan nak bagi budak tu diam,jangan tanya banyak2 dah

'Alaaa,Zaim tahu senanya Kak Uda tahu. tapi Kak Uda tak nak cerita kat Zaim kan?

Aiseh budak ni. Dah pandai menilik fikiran orang pulak ke

'Then,cerita kat akak apa yang Zaim tahu tentang macam mana nk dapat anak'

'Tak nak la cerita.Tapi Zaim tahu la'

Aku diam
Zaim pun diam.
Aku bangun dari situ(nak larikan diri) Kang dia nak menduga aku lagi.

=============================================


ok,tetiba aku rasa mahu kunci pemain astro kat bilik bawah,toksah dah duk tengok cerita ceriti entah apa-apa.

Tapi main PS2?

erkkkkkk


=============================================

Esok Ramadhan 7,jatuh pada hari Jumaat,Sayyidul Ayyam



Patah

Salam w.b.t

1:14 pm,before Zuhr

(Aku baru pulang dr masjid di Taman Melawati,KL. Ada progran Iktikaf dan 'Remaja Raikan Ramadhan di sana)

Berikut merupakan catatan aku untuk tuan kecik


==========================================


Masa: Selepas waktu berbuka puasa.Masa yang sesuai untuk menurunkan semua makanan dalam perut sebelum mandi dan solat

Tuan kecik sedang 'bergusti' dengan Pak Cik Angin. Dia turut dibantu oleh bantal peluk
(edited: tuan kecik bergusti dgn bantal peluk senanya..beliau dibantu oleh pak cik angin)















(Patah katil aku kalau tiap2 hari dia aktif pelik mcm ni ...)




p/s: tuan kecik,i'll miss you :)
Tuesday, August 25, 2009

lagi,


Rindu tempat itu

dan

kamu

lagi,cepatlah pulang :(

Ammi

Housemates aku,Maya(anak tuan rumah aku di Cairo) dan parents Aimi


Salam w.b.t

Malam 2 Ramadhan

Malam ini bersolat Tarawih di Masjid UIA lagi! Bagi aku,disana lah tempat terbaik untuk aku bagi melepas rindu dengan suasana Cairo. Maksud aku,jumpa dengan mak cik-mak cik,kakak2 dan adik-adik Arab dari pelbagai negara di seluruh dunia.Dan bacaan imam Masjid Uia dalam solat seakan-akan imam di masjid Cairo sana.

Kami tiba di masjid agak lewat. Sebab bersolat Isyak dahulu di rumah(Tok Imam Wawi lambat bersiap!). Sampai saja di sana, kami duduk-duduk dahulu sementara menantikan imam dan makmum waktu itu menyudahkan solat mereka.Mereka habis saja nanti,kami boleh terus ikut dalam rakaat-rakaat seterusnya.

Aku lupa bawa Al-Qur'an untuk bertadarus. Lalu berkeputusan untuk memerhati keadaan sekitar(dengan mata yang rabun). Anak-anak kecil berlari2 di belakang masjid ruang perempuan merupakan salah satu pemandangan yang biasa. Tapi pandangan aku tertangkap pada sekumpulan anak kecil. Hidung mancung,kulit putih gebu,lirikan mata yang cantik serta suara yang sangat comel. Lalu aku mengecam mereka sebagai kanak-kanak berbangsa Arab.

Aku bergerak mendekati mereka
(Mari test Power Ammi)

===========================================

Ada seorang kakak dan dua adik kecil.Sibuk bermain apa entah.

'Enti Minnin?(Kamu dari mana?)' tanya aku. Aku main hentam berbahasa Arab Ammi Mesir walhal aku tahu budak2 itu tidak semestinya berasal dari Mesir.

Dia kelihatan tersipu-sipu malu

' Iraq ' jawab si kakak dengan suara yang halus dan perlahan.

Aku terkejut sekejap. Faham pulak budak ni aku tanya apa. Padahal aku tidak berbahasa Arab Fushah pun. Aku terduduk dan diam sekejap. Tapi tangan aku aktif mencubit pipi-pipi gebu :) Tangan aktif,kepala juga ligat berfikir.

Kemudian,emak panggil aku bila jemaah solat tarawih itu bersiap untuk menyambung dua rakaat seterusnya. Aku meninggalkan mereka bertiga dengan satu kesimpulan.
Nanti datang solat situ lain kali,aku akan bertanya lagi. Sudah tentu dalam Ammi!

:)

==============================================

Malam 4 Ramadhan

Kami ke UIA lagi.Selepas bersolat Tarawih, emak menarik aku dan tunjuk kepada sekumpulan kanak-kanak.

'tu dia. Budak Iraq hari tu' kata emak,senyum-senyum

tanpa buang masa,aku bergerak laju dan duduk-duduk dengan mereka
Kami berbual-bual(Sudah tentu aku tanya sepatah,mereka akan jawab sepatah juga) beberapa minit. Aku berbahasa Ammi dan mereka menjawab dalam Fushah.

Dan waktu aku nak balik meninggalkan mereka,aku semakin yakin dengan kesimpulan aku itu

=========================================

Rancangan orang Barat

Bahasa Arab Ammi hanya terdapat di Mesir. Ia merupakan bahasa pasar dan juga bahasa rojak. Manakala bahasa Arab yang betul,tepat, paling Indahdan berbunga-bunga adalah bahasa Arab Fushah(macam yang kita belajar masa kat sekolah dahulu-dahulu,Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi) manakala seburuk-buruk bahasa Arab adalah Arab Ammi Mesir.

Ada orang pernah menceritakan kepada aku,bahawa pengenalan dan pengamalan bahasa Arab Ammi Mesir adalah salah satu rancangan orang-orang Barat untuk sedikit-sedikit merosakkan bahasa Arab supaya orang-orang Islam tidak lagi kenal dan tahu berbahasa Arab

Bila tidak tahu berbahasa Arab,maka orang Islam akan tidak dapat faham Al-Qur'an. Bila tak faham Al-Qur'an,maka sedikit-sedikit akan kurang faham juga lah dengan Islam.
Kurang faham Islam,maka kuranglah rasa nak mengamalkan Islam .

hurmmm

Mari aku tunjuk beberapa ayat yang menunjukkan betapa jauh berbezanya bahasa Arab Fushah yang betul dengan Bahasa Arab Ammi Mesir

Ma Ismuki?(fushah) ->>>>> Ismu Eh?(Ammi)
Limaza?(Fushah)->>>>>> Leh?(Ammi)
Maza taf'aliina?(Fushah)->>>> Ammalti Eh?(Ammi)

Sudah nampak perbezaannya? Sangat ketara bukan?
Maka,aku rasa orang-orang barat sudah boleh duduk bersenang lenang atau bertepuk tangan bila mana rancangan mereka untuk merosakkan Bahasa Arab seperti telah berjaya

Universal

a
da juga yang beritahu aku bahawa bahasa arab ammi merupakan bahasa arab universal. Maksud aku,kalau aku berbahasa arab ammi dengan mana-mana orang arab dari negara mana-mana pun,mereka mesti boleh faham apa yg aku cakap. Macam aku berborak dengan budak2 Iraq tu. Sungguh,tak ada sepatah habuk pun perkataan Fushah yang keluar dari mulut aku bila duduk dengan mereka.

Maka,kesimpulan aku >> kenyataan bahawa bahasa Arab Ammi adalah bersifat universal dan boleh diperaktikkan di mana-mana negara Arab mungkin ada benarnya. Dan mungkin ianya ada kelebihan sendiri,lebih-lebih lagi jika seseorang itu yang tahu berbahasa Arab Ammi mahu melancong di mana-mana negara Arab selain Mesir.

Aku tak berbangga sangat lah dengan Ammi ni(sbb ia bahasa pasar). Lain la macam Tiqah di Jordan sana. Arab Fushah Tiqah 'berhabuk'! Boleh je Tiqah nak faham ayat-ayat Al-Qur'an sebijik sebijik.

Tapi kan,di Mesir,banyak sangat madrasah(sekolah) yang ajar Bahasa Arab Fushah. Siap ajar Nahu,Balaghoh dan lain-lain. Pelajar-pelajar dari luar Mesir(Indonesia,Korea,Jepung) pun berduyun-duyun mendaftarkan nama untuk ke kelas-kelas tersebut.

(Aku pernah ada pengalaman pergi ke satu kedai runcit ni. Ada orang seorang kakak Korea turut membeli belah macam aku. Yang buat aku tercengang adalah,bahasa Arab Fushah dia sangat mantap bila dalam urusan berjual beli dengan Pak Arab. Maka,aku rasa sangat segan dengan beliau)

Sekarang aku rasa mahu pergi balik masa zaman sekolah dahulu. Belajar Arab sungguh-sungguh bukan semata-mata nak dapat A1 dalam periksa.



================================================

Malam ni mungkin ke UIA lagi. Macam ada temu janji dengan Mahenn(budak Iraq semalam)

:)


p.s: oh ya Cik Tiqah,saya sedang menghitung hari untuk kamu pulang ke tanah Air. Cepatlah pulang!


Sunday, August 23, 2009

Ramadhan di Cairo (I)

Salam w.b.t

Sebelum aku meneruskan menaip, aku mahu tujukan entry ini buat mereka

Teman-teman serumahku

dan

dia yang mahu menyiapkan 'kerja penyelidikan apa entah' yang macam nak sangat tahu suasana di Cairo bagaimana.




=======================================================


Pengajaran untuk Aku dan Aimi pada bulan Ramadhan hari itu

=========================================

Aku dan Aimi duduk sebelah menyebelah dalam bas. Memakan masa lebih kurang 20 minit ke sekolah perubatan,maka kami berkeputusan untuk memerhati apa yang berlaku di luar sana menerusi tingkap bas.

Ada pemandangan yang best,lalu aku menepuk Aimi di sebelah yang sedang khusyuk meneliti Al Qur'an terjemahannya.

'Apa?' tanya Aimi
'Tuuuu' tunjuk aku

Aimi tersenyum..

Aku tunjuk pada dia ke arah 'bus stand' di sebelah jalan bertentangan dengan jalan kami. Ada lima orang watak di situ. Seorang anggota polis lengkap beruniform hitam, seorang kakak bergaya seperti mahu ke tempat kerja, seorang pak cik tua berpakaian lusuh,seorang pelajar lelaki seperti i kami dan seorang lelaki yang kelihatan seperti seorang yang berpendidikan.

yang membuatkan aku mengucapkan subhanallah dalam hati ialah

Mereka semua sedang khusyuk membaca Al-Qur'an!

Itu belum masuk lagi orang-orang di sekitar bus stand tersebut. Aku perasan ada seorang pemuda,berdiri dan bersandar pada dinding sebuah kedai. Jumpa saja port yang sesuai,aku nampak dia buka beg dan capai sebuah kitab suci yang bersaiz kecil.

Tak jauh dari tempat pemuda itu berdiri,kelihatan berderet-deret anggota polis yang duduk berehat di pondok kawalan setelah menjalankan tugas masing-masing sebagai pengaman negara,tanpa membuang masa terus aja membaca Al-Qur'an.

Dan sudah tentu mereka tak ambil peduli langsung akan mata-mata yang memerhatikan mereka.

Eh,lagi pun mereka sedang menunjukkan contoh yang baik bukan? bukan sahaja baik untuk dijadikan pengajaran buat kami yang memerhati,malah mendatangkan untung buat diri mereka juga. Maksud aku,sudah tentu amal kebaikan yang dikerjakan oleh mereka pada bulan Ramadhan itu berlipat kali ganda pahalanya bukan?

'Hebatkan suasana Ramadhan kat sini Fathy? Kat tempat kita,susah sangat nk jumpa pemandangan macam ni kan?' kata Aimi

Aku mengangguk dan membalas senyuman Aimi



Friday, August 21, 2009

Dia Datang Lagi !


Salam w.b.t

Ramadhan datang lagi.

Dan tahun ini,aku bakal(Insya Allah) berpuasa di Malaysia. Nampak gaya,selepas ini aku akan berpuasa dan beraya setiap tahun di tanah air.Maka aku sudah mula merindui untuk berpuasa di Bumi Anbiya'.

Perbandingan antara pengalaman aku berpuasa di Malaysia dan Bumi Anbiya' adalah ibarat langit dan bumi.
Begitu juga dengan sambutan raya. Pun ibarat langit dan bumi.
(Betul je kan peribahasa yang aku gunakan ni)

Aku rindukan suara-suara yang berkumandang di corong azan masjid-masji di bumi Kaherah(Cairo). Suara yang tidak putus-putus mengajak aku serta yang lain agar berlumba-lumba untuk berbuat amal kebaikan pada setiap masa terutamanya dalam bulan Ramadhan.





Marhaban ya Ramadhan, sungguh kedatanganmu sangat kami nanti-nantikan




Wednesday, August 19, 2009

KLCC jadi saksi ( Gambar XI)

Salam w.b.t

Entri ke 466
KLCC jadi saksi perkelahan kami pada hari ini






Iman punya roti



Maryam punya mee






Kinah punya sandwich





Bukan duduk saja-saja


Kakak suap adik



Milah :" Bebudak Al -Amin ni "



Lagak Iman dengan DSLR Pak Cik Dashuki :D


Eh eh,Athirah pun ada laaa



Hati ke Hati(ecece)

Terima Kasih kakak Photographer




Tahun depan Piknik lagi ok :D
p.s: Off

Aku Nak Tergelak

Salam w.b.t

entri ke 465


(Aku nak tergelak 1)
Sudah lewat malam. Eh tidak. Sudah awal pagi. Mata aku masih bulat,tak mahu lelap,lalu aku berkeputusan untuk 'mengerjakan' baju-baju sekolah tuan besar dan tuan kecik. Esok(harini) hari Rabu,maka mereka akan mengenakan pakaian KRS ke sekolah.

Aku mencapai plug seterika lalu terus menyambungkannya ke dinding(Bismillahirrahmanirrahim)
Dan aku cuba sedaya upaya untuk 'melicinkan' semuanya,menajamkan bucu yang sepatutnya,. Aku capai baju milik tuan besar dahulu. Sampai satu bahagian,aku meraba jahitan sebelah kanan dengan jari jemariku. Rasa lain. Lalu aku cuba menjenguk .Lantas aku menggelengkan kepala dan rasa nak tergelak. Besar!

Sejak detik itu,otak aku mula ligat berfikir. Sama ada adik aku(tuan besar) lasak sangat main di sekolah sampai jadi mcm itu atau dia sudah membesar,meninggi dan badan sudah nampak sasa tanpa aku sedari.
Tapi tuan besar tak pernah pula mengeluh mahupun merungut minta dijahit. Zuhud juga ya budak ni.

(Aku nak tergelak 2)
Macam biasa,tuan kecik akan mula menunjukkan dirinya sebenar ketika tidur. Dia takut untuk tidur dengan tuan besar di kamar mereka.Malah,dia lebih rela memilih untuk tidur bersama bibik a.k.a driver di kamar hadapan. (Last chance aa,lepas ni dah tak ada daah. Sudah besar ok!)

Saat aku merebahkan diri di tempat pembaringan,rasa sakit mula terasa di badan. Kena tendang! Mahu tendang balik tapi tak jadi malah rasa nak tergelak bila terpandang kan wajahnya yang kononnya innocent itu. Wajah budak umur 10 tahun memang sedap dipandang. Iyalah,mereka punya wajah yang bersih dari dosa bukan? Lalu aku terlelap jua. Biarpun rasa sengal akibat tendangan sulung tuan kecik masih bersisa sehingga kini.


(Aku nak tergelak 3)
Tuan besar minta aku putarkan lagu di radio. Maka,berkumandang macam-macam lagu yang sampai membawa aku kepada zaman silam. Aku nak tergelak bila mengingatkan yang dahulu aku pernah minat tahap tak ingat akan lagu-lagu nyanyian Linkin Park,Hoobastank,Blink 182,Black Eyed Peas,Simple Plan dan Avril Lavigne.

Aku nak tergelak,tapi ia langsung tak kelakar.Tergelak sebab dahulu aku tidak tahu bagaimana dan mengapa aku boleh minat semua tu.

Dan sekarang aku lebih selesa bila aku kembali kepada fitrah diri aku. (Hidup aku adalah untuk menyebut dan berzikir nama Dia saja)
Tuesday, August 18, 2009

Tulisan Aimi



Salam w.b.t

entry ini selepas seminggu

Radin menegur di YM,memaksa aku untuk membelek beg laptop(yang dh nak dekat sebulan disimpan di celah katil)

Aku mencari-cari sehelai kertas yang tak berapa besar, dan mula menatap isinya.
Ia berupa beberapa peringatan yang ditulis oleh roommate ku 'Aimi'

Tulisan di kertas itu bunyinya begini

==========================================

FATHY

Kicap 1 botol besar
Sos Cili 2 botol plastik Kimbal(jimat kg dalam flight)
Kordial 2 botol ribena (mengidam)

Serbuk dadih 2 bungkus perisa jagung ( Aimi mengidam)
Kiub Ikan bilis 3 kotak

Rempah kari daging 3 bungkus besar
Serbuk santan 10 paket
Serbuk cili(kegemaranku) ----'ko sorg je ditugaskan bawak benda alah ni..hehe'
Ikan bilis 1 kg (make sure dah kopek)
Mihun 3 paket

Pulut hitam setengah kilo
Sagu
Gula melaka
(Radin kata,apa kejadah bawak benda ni? kang tak makan)
(Fathy kata,tak tahuuuuuuuu..)

===============================================

p.s: tulis menda ni kat sini,takut kertas tu hilang pulak.


Tuesday, August 11, 2009

Cincang



Salam w.b.t

Aku masih ingat waktu tengah malam itu, lima tahun lepas. Kami bertiga duduk bersiap-siap untuk masuk tidur di bilik Kak Long. Tidur bukan di katil. Tapi di atas lantai beralaskan carpet bilik dan toto.
Aku dan adik tidur sebelah menyebelah di celah katil sebelah sini manakala Kak Long di celah katil sebelah sana yang hanya muat-muat dia seorang sahaja.Emak kata malam itu malam terakhir untuk kami bertiga.

'pergilah bermanja puas-puas ngn Kak Long tu.Lepas ni dah tak ada dah'

Di atas katil penuh dengan dulang hantaran perkahwinan Kak Long yang siap sedia berhias untuk dipersembahkan pada keesokan hari. Dan jari-jemari Kak Long,merah dengan inai. Iya, Kak Long bakal 'pergi' menjadi milik orang :)

Secara tidak sedar,mata aku bergenang dengan air . Aku cuba buat-buat macho namun tidak berjaya. Dan bila aku toleh ke sebelah ,budak sorang tu dah teresak-esak menangis.

Aish,adikku itu baru aja form 2. Cuba bayangkan budak f2 menangis dengan comel :D

Dia sedih sebab Kak Long dah tak boleh selalu ada kat rumah untuk berleter panjang dari pagi sampai ke malam. (Haha)
Aku pun sedih, sudah tiada teman untuk main 'laser mulut' lagi

Kak Long bingkas bangun dan mengintai kami berdua bila telinga dia menangkap ada bunyi lain macam dari arah kami. Dengan nada suaranya yang agak sayu dan buat-buat matang, dia kata

' Dah la tu nangisnya. Tidur la. Esok nak kena layan tetamu'

Terus masing-masing mengesat air mata serta hingus dan bersedia menutup mata

'Kak Long sayang sangat Thia n adik. nanti kak long kahwin,jaga mak k'
dengar suara Kak Long macam tersekat-sekat.


Aku dan adik diam tanda mengiyakan serta berjanji. Masing-masing merenung dalam-dalam akan ayat-ayat Kak Long

Kami bertiga memandang siling rumah,mengandaikan apa yang akan berlaku pada esok. Kami tidak tahu apa yang bakal terjadi pada esok hari. Yang pasti, ia adalah sinar bahagia sehingga ke detik hari ini.

=======================================

Mama Long, semoga cepat sembuh
Adik, (mak cik!) minggu ni balik rumah tak?

======================================


Air yang dicincang tidak akan putus.

Kita sayang adik-beradik kita kerana pertalian darah.

Namun,alangkah indahnya jika kita sayang adik-beradik kita dan teman-teman lain bukan sahaja kerana mereka darah daging atau kesanggupan mereka untuk bersama kita di kala susah dan senang tapi kerana Aqidah suci yang telah ditakdirkan.
Saturday, August 8, 2009

Skate

Salam w.b.t
Entri ke 461( termasuk yang save as draft)



Sumber tenaga pada pagi Sabtu--- Nasi Lemak!



=====================================================================


Next >> Taman Tasik Titiwangsa
Let's skate!



Here goes,the Sifoo(Adik)



Tadaaaaaa~






Dah reti daaaa~(Laju)








emak :)
Tuesday, August 4, 2009

Bunga(Gambar X)

Salam w.b.t

Driver bercuti hari ini. Lalu dia ke Putrajaya. Kak Yah datang amik di Gombak,dan terus memacu kereta Wira hijaunya itu laju ke sana.

Singgah rumah abang Saif,untuk ambil Ulfah yang sudah besar! dan lepas zohor,terus ke Presint 2 bagi menjayakan Floria yang berlangsung dari 1 hingga 9 Ogos.

Mari ajak keluarga dan rakan sahabat handai beramai-ramai ke sana. Dan jangan lupa memuji Dia.

Subhanallah

(Sesi melayan gambar :D )





















Bungaaa~





Ulfah dah penat senyum ni. Tak habis-habis mak Teh dan kak Thia suh dia senyuuum pandang kamera :)




Gelagat ibu saudara melayan anak saudaranya






Macam kat overseas~




Red roses for nannychomel :)
Gambar ini chantek!
Kredit utk Ulfah


Bila Fathiyyah nampak bunga cantik-cantik


p.s: Hari ni 'pengsan' lagi
 

Template by Web Hosting Reviews