Driver(II)
Esok,aku akan terbang ke Kelantan. Tidak berseorangan. Bermusafir sekali dengan Iman Dashuki.
Maka,aku akan meninggalkan tuan besar dan tuan kecik di rumah. Harapnya mereka mampu berdikari la sikit walaupun semua pakaian sekolah siap digosok dan digantung dalam almari masing-masing. Stokin,kopiah semua telah tersedia di tempat biasa. Kalau tak jumpa jugak,hurmm tak tahu la nak kata apa lagi dah.
Tuan besar dah umur 14 thn manakala tuan kecik dah 10 thn. Sorang dh besar,tinggi macam abang Nuar,sorang lagi tak tinggi sangat dan comel macam angah.Waktu aku sebaya mereka dahulu,aku dah terer gosok baju sendiri,lipat baju sendiri dan mencari baju di almari sendiri tanpa buat sepah!
Namun,aku perlu menerima hakikat bahawa aku adalah anak perempuan dan mereka berdua adalah anak lelaki.(Aiseh)
Sepanjang ketiadaan driver a.k.a kak uda,maka tugas-tugas sebagai driver serta bibik seterusnya akan diambil alih buat sementara oleh kak long dan abang long sehinggalah emak pulang dari outstation pada hari Jumaat ini.
Pesan buat tuan kecik yang selalu bermain Word Search bersama driver ini setiap malam sebelum tidur,sila jaga bilik kak uda ini baik-baik. Jangan buat sepah dan jangan sentuh harta-harta yang bukan kamu punya(Garang ni)
oh ya tuan kecik,driver ini akan merindui kamu sepanjang ketiadaannya di Gombak nanti. Take care,kalau tuan besar buli kamu,sila roger2 sama beta.
(Tuan kecik tiba-tiba bangun dari tidur waktu Fathiyyah tulis entry ni. Bangun mintak air. Mamai ke ape adikku sorang ni)
p.s: Fti berehat selama tiga hari
Yang Benar
Driver Berwibawa dan berdedikasi
Fathiyyah
Driver (I)
Hari ni aku ke al-amin lagi. Jadi driver macam biasa. Tapi hari ni,budak dua orang tu demand sikit. Sorang tuan besar,sorang lagi tuan kecik sikit. Tuan besar nak balik awal. Tuan kecik nak balik lambat. (Nasib baik kalian aja adik-adik kak uda yang tinggal)
Tuan besar call rumah,suh datang amik sekarang. Tapi bila dah sampai tercegat di pintu pagar sekolah,langsung tak nampak bayang.
haaa,demand lagi tuan besar ni ya,nak kena panggil pulak di gelanggang. Tuan Besar memang aktif bersukan.Bola tampar,bola sepak,bola keranjang,semua dia balun. Bola jaring je tak join sebab dia lelaki.
Aku nampak dia berlari-berlari melantun bola besar warna oren berbelang hitam ke tiang gol untuk mula menjaring. Dengan baju sekolah berlengan panjangnya tu.(konpem busuk baju tu)
Mula-mula aku niat mahu bercekak pinggang,tanda aku penat menunggu dia di dalam kereta. Tiba-tiba aku ternampak pengetua sekolah tersebut,lalu terketar-ketar lutut sebab segan barangkali.
Maka aku jadi baik seketika,jadi kakak dan driver yang baik. Aku panggil nama tuan besar kuat-kuat sampai dia mengangkat muka melihat kakaknya yang wajah kelihatan agak kasihan sekali.
Dalam kereta,aku banyak diam. Bercerita pun sikit-sikit saja dengan tuan besar. Aku diam,tapi Myvi hitam yang aku aku pandu meluncur laju di jalan.(mujur tiada pegawai JPJ :) ) Aku tengah berfikir agaknya masa tu. Aku fikir dan sambil ucap syukur.
Adik aku sihat. boleh lari-lari ke sana sini. Aku syukur kerana orang-orang sekeliling aku yang menjadi teman aku di bumi ni semuanya sihat sejahtera. Dan aku yakin aku akan sentiasa jadi kuat kerana adanya mereka.
Aku punya umur yang muda serta masa yang agak lapang sekarang. Aku punya tubuh badan yang sihat. Alhamdulillah
Mungkin Allah berikan aku semua ini supaya aku lebih kuat untuk buat 'kerja' yang telah diamanahkan sejak aku berada di alam rahim lagi.
Aku yang memiliki semua ni,mungkin dikira bertuah dan beruntung bagi pandangan manusia yang mungkin tak bisa memiliki semua benda yang aku ada.
tapi pada aku,bila aku diberi segala macam nikmat , aku rasa tanggungjawab aku jauh lebih berat. Soalan-soalan yang bakal ditanyakan pada aku di Padang Mahsyar nanti jauh lebih banyak dan mungkin juga aku akan dilambatkan untuk ke syurga Allah atau aku mungkin dihumbankan ke neraka jahannam milikNya dengan mudah tanpa perlu soal bicara.
Iya,tubuh badan aku adalah untuk milik Allah,Tuhan yang Maha Pencipta. Jua Dia yang Maha Penyayang
to be continued(bercerita tentang tuan kecik pula)....
===================================
message to Encik Wawi(Wan Anwar Wan Ibrahim)
Selamat Hari Lahir yang ke 26 la bro
Bro sudah 26.. manyak tua daaa..
Nanti thia dh besar sikit,jgn segan-segan nak jadi loyar thia yaa.Jimat bajet,jimat segalanya
p.s: Bila mahu balik Gombak?(padahal br jumpa bro kat rumah emak semalam..haha)
Selamat Malam Zaim
Hari ni,Malaysia sudah masuk hari Isnin. Permulaan minggu tanpa emak dan adik. Emak berkursus di Penang,dan adik akan memulakan musim belajarnya di universiti.
Mujur ada Kak Long sebagai tukang masak utama ayah pengganti emak buat sementara dan Fathiyyah sebagai pengurus peribadi Hafiz dan Zaim. Semua amanah ini telah diserahkan secara rasminya oleh emak pagi tadi.Manakala Abang Long pula hanya akan pulang ke rumah dari Bandungpada hari selasa ini.
Tadi main puzzle ngn Zaim. Lepas main,kami berdua letih lalu tertidur. Minta Zaim jadi peneman lagi.(tengah tengok Zaim dengan seronoknya conquer katil Queen size itu). Dan Ryo berbunyi memberitahu emak sedang 'panggil'
Emak mahu bercakap dengan Zaim tapi Zaim sudah tido. Rindu baby mak agaknya
Fathiyyah hanya akan berjumpa semula dengan emak dan adik bila Julai sudah menggantikan Ogos. Sebab lepas ini,Fathiyyah akan terbang ke Kelantan. Maka, jangan hairan lah kalau dia sudah mula merindui emak dan berbalas2 komen di Facebook :)
Bila Ogos sudah datang,maka kerja di dalam rumah mahupun di luar rumah bakal menjadi bertimbun. Nampak gaya,attachment dengan HKL seperti yang telah dijanjikan dengan Iman akan dibatalkan. Macam-macam benda akan berlaku lepas ni. Mula dengan gathering keluarga dan kemuncaknya bila hari raya menjelang tiba bila hampir semua ahli keluarga Wan Ibrahim akan berkumpul di Gombak
Dan bila sampai saat tu,maka tarikh untuk pulang ke Cairo pun dah tak lama dah.
Aiseh maaan
Apa pun,selamat Hari Isnin. Moga hari-hari yang mendatang diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah kepada umat dan diri sendiri dan diredhaiNya.
Zaim,Selamat Malam.(tido sana la sikit,akak pun nak tido jugak kat sini)
Salam..
Tiga Hero(II)
Hafiz
Sebelum Zaim ada,kami memang memanjakan dia lebih kurang selama 4 tahun. A'haa,dulu masa dia kecik,dia memang comel. Dia merupakan buah hati kami yang jadi abang-abang dan kakak-kakak dia. Masa tu,adik beradik genap 6 orang. Setiap abang ada kakaknya. Kak Long dengan Angah,Abg Nuar dengan Kak Uda dan adik dengan Hafiz.
Kalian tahu sajalah,Fathiyyah hanya balik ke rumah sebulan sekali semasa duduk asrama dan sekali setahun bila duduk belajar di Mesir Jadi bila sudah balik jarang-jarang,maka kita akan melihat yang orang-orang rumah membesar tanpa kita sedar.
Macam Hafiz.Sekejap saja dia sudah tinggi. Bila balik Gombak kali ini,aku memang terkejut habis. Dia sudah lebih tinggi dari sebelum ni. Badan sudah jadi 'bidang' Suara sudah garau
"Dah mimpi ke fiz?" soalan nakal
" Entah" haaa,ini lah jawapan fevret nya
Aku tahu dia sunyi. Kak Long dan abang-abang dia sudah berkeluarga. Kak Uda dan Kak Chik nya pula belajar jauh dari Gombak. Balik rumah pun sekali sekala. Dengan siapa dia mahu berkongsi semua?
Lalu,dia memilih untuk berkawan dengan budak-budak entah mana-mana entah. Pernah sekali dia keluar ke Bandaraya Kuala Lumpur bersama geng shuffle nya sehingga lewat malam. Usah ditanya betapa bimbangnya ayah dan emak masa itu. Teruk juga Hafiz kena leter
Sudah tentu yang paling kami risaukan adalah dia. Sebab dia kurang bercakap dengan kami,kurang berkongsi cerita tentang apa yang telah dilaluinya di sekolah,suka buat hal sendiri dengan dunianya di bilik yang satu itu.
Dia tak macam Zaim yang suka berceloteh dan mengusik kami. Lagi,dia kurang menunjukkan yang dia sayang pada Zaim. Pernah satu kali,berlaku adegan tendang menendang antara Hafiz dan Zaim dalam kereta(sampai bergerak ke kiri dan ke kanan kereta masa tu). Bila Zaim menangis,kesabaran aku mula hilang. Pantang sungguh bila dengar adik bongsu kami tu menangis.
Lalu aku tegur dia
"Tak sayang dekat adik dah ke?"
Dia diam
"Hafiz dah tak sayang Zaim dah?" aku tanya lagi
dan dia diam seribu bahasa.
Aku pun diam, bagi aku tak perlu berleter panjang atau mengomel tak bersudah dengan Hafiz. Untuk melembutkan dia,bukan dengan kekerasan lagi. Bukan dengan marah mahupun menggunakan rotan tetapi dengan mengajak dia untuk meluahkan perasaan dari hati ke hati.
Bila ditanya kepada emak,apakah emak tidak risau dengan perkembangan Hafiz. dan emak hanya menjawab
"Biarlah dia meneroka di luar sana,bergaul dengan bermacam-macam orang agar kelak dia mampu bezakan mana yang baik mana yang tidak. Asalkan kita pandu dia. "
Inilah Hafiz. Hero ketiga selepas angah dan Abang Nuar. Kami takkan berputus asa dengan dia. malah,kami akan berusaha dan berdoa sebanyak mungkin supaya dia dapat menjadi penjaga/pembela agama(Hafizuddin) kelak.
"Bila emak dah tak ada esok-esok,kamu orang la yang kena jaga dia " pesan emak
Hafiz,kalaulah Hafiz tahu betapa kami sangat sangat sayang kamu..
================================
Suatu hari
"Kak Uda nak tahu, tadi ada audition latihan nasyid kat sekolah" Hafiz mula bercerita dengan aku di dalam kereta,dalam perjalanan kami pulang ke rumah
"Then?" tanya aku
" Cikgu pilih Hafiz jadi solo" sengih dia
"Mak aih,sedap sangat ke suara Hafiz? Cuba nyanyi sikit, akak selalu dengar hafiz nyanyi dalam bilik air je" usik aku
" Sedap la. Cikgu kata suara Hafiz jauh lebih sedap dari Angah dan Abang Nuar tau"
" Waaaah. Sedapnyaa suara dia sampai angah dan Abang Nuar pun kalah" aku tergelak terkekek-kekek
p.s : Bukan senang nak dengar Hafiz bercerita. Lagi-lagi bila dia yang mula dulu.
Penat
Penat
Tapi dunia ini memang diciptakan untuk kita berpenat
Jauh sekali untuk dijadikan sebagai rehat
Kalau mahu rehat
Rehatlah sepuas-puasnya di alam 'sana' nanti
dan
Jangan berangan untuk berehat di akhirat
Kalau diri liat mahu berpenat di dunia
Maka,
berpenatlah sekarang
Menuailah pahala bermula saat ini
Agar kita peroleh hasilnya di depan Tuhan
Bangga dengan kerja yang telah diamanahkan
di hadapan mahkamah agung nanti
Aku penat
Aku lemah
Tapi bila mengenang kembali
Aku memang diciptakan untuk berpenat
Aku telah berjanji dengan Tuhan yang aku akan berpenat
Maka
Biarlah aku penat melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah
Sebab
Nanti aku mahu rehat
Rehat selama-lamanya
*Geng-geng Mari Jadi Baik,saya rindukan kalian*
Kembar(II)
Mereka kata(emak dan adik) budak ini punya wajah fotostat dengan mukaku. Beriya-iya emak dan adik suruh aku baring di sebelah budak ini dan buat-buat muka tidur.. Sejibik kata mereka lalu telah memukul beberapa keping gambar.
'Ni belum tengok Afgan duduk sebelah diorg lagi ni mak'
Haha
Dulu aku selalu kata pada emak,adakah aku ni anak angkat emak dan ayah.Sebab muka aku langsung tiada mirip dengan sesiapa dalam kalangan adik-beradikku.
Sehinggalah Zaim lahir, maka terbukti yang aku adalah yang keempat dalam keluarga.
Zaim kembar Kak Uda
Inilah Zaim. Peneman tidur malam-malam bila adik tak ada. Dia memang suka rapat dengan kakak-kakaknya
p.s: Entry tiga hero bahagian dua bakal menyusul
Warning tidak keras: emak, tak mo komen panas-panas aaaa
:D
Tempurung a.k.a Reunion(Gambar IX)--updated--
Semalam, seawal jam 6.30 pagi dah keluar dari rumah. Bergerak ke UIA untuk ambil kawan2 di sana dan terus hantar mereka ke stesen Putra(Terminal Putra). Kami ke Gua Tempurung dari KL Sentral
Sejak dua menjak ini, Fathiyyah kurang idea untuk menulis.
Jadi,letak gambar lagi.
Jutaan terima kasih terutama kepada Shamel,Din Paiman,Megat,Syila dan Aimi di atas penat lelah usaha mereka. Hanya Allah mampu membalas jasa baik kalian
Nah,Amik ni Gambar :D
Pagi untuk panjat dan redah Gua Tempurung





===============================================================
Petang untuk Berkelah di Lata Kijang

Kami
Will miss you guys >> Muslimat : Nawal,Raihan,Dijah,Fathy,Aimi,Syila,Fiqi,Dayah Ismail,Ecah,Mira Yaakob,Sarah Syafiqah,Fatin Nadiah,Sabrina,Farah Nadiya,Zetty,Najah,Nurin
Yang tak dapat turut serta semalam,tak apa.Tahun depan depan kita buat trip ke Gunung Kinabalu pula
(Haha)
Makan! (Gambar VIII)
Sekarang,saya sudah merindui Cairo serta makanan yang pernah dimakan di Cairo. Lagi rindu dengan mereka yang jadi tukang masak dan juga mereka yang menjadi teman makan bersama-sama
Spaghetti buatan Aimi sempena open house rumah kami. Sedap tak terkata. Promote Aimi :)
Promote Aisyah
Membuat Cheesecake adalah satu kemestian bagi Huda Princess,Radin dan Syila bila mereka punya banyak waktu lapang
Zoom pada kek-kek yang lawa itu.
Sambutan hari lahir mereka yang lahir pada bulan 10,11 dan 12
Sambutan Hari Lahir Kak Ainun.
Nasi Al-Yamani
Hensem
Suatu hari
(Dialog antara kakak dan adik bongsunya)
"Tak hensem! "
"Hensem laa"
"Mana ada hensem"
"Ewah,orang cakap hensem,hensem la"
"Zaim lagi hensem"
"eceh,perasan punya budak"
Kejar dia . Sebelum sampai ke kereta myvi yang kami naiki(sudah tentu aku yang jadi driver dia), aku tarik bahu dia,supaya dia tidak terus berlari ke jalan depan. takut-takut dia tak perasan yang banyak kereta lalu-lalang di depan tu.
Aih budak kecik,lambatnya nak tunggu kamu besar sikit. Boleh share cerita macam-macam lagi
iklan: Tahniah buat semua rakan-rakan Gen 7 Medic cairo. Jom naik tahun 3 jom!
Kerja Kahwin(Gambar VII)
Sabtu lepas, awal pagi lagi emak sudah keluar rumah. Dalam perjalanan balik rumah,emak call,suruh bersiap.Ajak pergi Jalan Conlay,Kuala Lumpur. Tengok pameran kata emak.
'Pameran Kerja Kahwin. Suruh adik n Zaim bersiap sekali'
Errkk, thia menurut perintah!
Handbag wajib bawa,siap sedia dengan kamera sekali. Ngeh.
Sampai sana, terpegun dan terkesima sebentar bila melihat bangunan kraftangan Malaysia tu.
Singgah dari satu gerai ke satu gerai yang lain, amik semua risalah yang ditawarkan.
Paperbag emak penuh,semua risalah emak ambil
'Senang nanti nak plan kawen kamu orang esok-esok'
Erkk,thia menurut perintah lagi :D
Nah, Fathiyyah sudah habis bercerita. Mari layan gambar sahaja.
Jika ada yang peroleh ilham hasil dari tangkapan jurugambar tidak profesional ni,maka tahniah saya ucapkan :D
=================================================
Dalam kereta, berbincang dengan emak tentang adat Melayu.
'Ala mak, takyah la pening-pening nak buat hantaran macam-macam,hiasan sana,hiasan sini. Simple sudeh'
'Tapi thia, kita ni orang Melayu. Bangsa Melayu kaya dengan adat dan budaya'
'Tapi mak yang penting walimah tu mak. Tak penting sangat adat-adat ni'
'Tapi adat itu melambangkan sesuatu bangsa'
'Bangsa tu tak penting mak. Apa yang penting dah ikut syariat agama'
Diam
Thia dan adik sengih-sengih.. hi hi
yes! Jimat kos nanti! (Macam ler ada plan apa-apa)
Selamat Malam Gombak!









