**FroM the inSide**

[[Lontarkan..Kalau tidak ia meracun]] [[Kongsikan..Walau hanya pada awanan]] -HLOVATE-


Salam w.b.t

Entri ini merupakan coretan kepulangan 9 orang anak ke Malaysia





WanIbrahim/WanF

Cairo to Bahrain

Bahrain to Kuala Lumpur



Bagasi yang punya berat 40 kg berjaya dibawa naik ke kapal terbang. Jangan terkejut jika saya kata ada beg kami berat 45 kg pun lepas. terima kasih Gulf Air!

Credits untuk Miss J




Demi Swine Flu atau H1N1,kami sanggup bertopeng sejak dari Cairo Airport sampai ke KLIA. tido dan tengok TV pun bertopeng!




Kasut Sekolah dan Kasut Balik Kampung

Credits untuk miss X





Credits untuk miss Q

Ketua Rombongan berseloroh :

First Year---- Bawa beg tarik dan beg laptop as hand luggage

Second Year--- Beg laptop je

Fourth Year --- Handbag pulak

Final Year-- Melenggang! sebab semua barang dah sumbat dalam kapal kargo laut

:D




Butterfly on the purple Scarf

credits to Miss Y





Sunrise

Subhanallah





Fathiyyah bersama Gong Chan,Lewis,Lampard dan Ryo dari KLIA ke KL Sentral. Thanks to Wani kerana menghantar beta ke pintu tren ERL Express.


-N-


Jejak saja ke Gombak,terus pujuk Abang Nuar dan Kak Aisyah utk teman pi Giant.

Buat mende alah ni

kembali ke zaman Kisas..

Fathiyyah si budak nerd dan mcm sombong

:)

old school kedua

salam w.b.t
Jawab tag dari Sara
1. Ape perasaan anda sekarang?
Biasa
2. Saya nak makan?
Angin
3. Saya tak suka?
Laptop 'Heng'
4. Impian saya?
\ada tertulis dalam buku catatan peribadi
5. Haiwan yang saya tak suka?
tikus
6. Saya harapkan?
tidak mengantuk bila memandu esok pagi (sekarang pukul 3 pagi. Mula jadi supir sebelum jam 7 pagi)
7. Jika boleh putarkan masa?
saya tahu itu semestinya mustahil
8. Saya pada 10 tahun akan datang?
berumur 30 thn
9~Handphone saya adalah..
Ryo
10. Saya pernah bercinta sebanyak?
banyak kali dengan buku
11. Saya suka pada?
Biru
12. Kawan-kawan saya?
pandai masak semuanya
13. Pernah dikhianati?
(none)
14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
(none)
15. Senaraikan orang untuk di'tag' :
'eM' (buat tag ini ASAP!)
p.s: sara, maaf sbb tak dapat penuhi jawapan untuk semua soalan :)

Salam

update untuk orang Cairo

Sampai KLIA pukul 10 pagi
Sampai KL sentral 1130 pagi
Sampai Gombak 2.30 petang




Sekarang pukul 9 malam
mahu tido!
jetlag la kononya
esok bangun awal,jadi supir dan bibik

Selamat semuanya ya orang2 Cairo sana
khasnya untuk Syila,Aimi,Radin,Aisyah,Princess
budak2 Badar
Budak2 Kausar


Salam w.b.t

Salam w.b.t

Hari ini,merupakan tarikh kami pulang ke pangkuan keluarga. Semua duk pakat nak tunggu kat balai ketibaan KLIA.(kecuali fathy dan wani)

-Fathiyyah-Mushamma-Amanina-Husna-Zawani-Iman-Anisah Shamilah-Zaidatulhusna-Izzati-


Mahu letak gambar saja,setelah Gong Chan diselongkar selama beberapa jam


:D




Kasr El Ainy Street.Gambar ini tercicir dari entri lepas. ini adalah hasil tangkapan merayau di bandar kecil ini







A picture of Eire,not Cairo of course.



some friends of mine in Cairo

will miss them so much



troli menanti di KLIA

(ini gambar di Heathrow airport.By Kausar)


Fathiyyah pulang Gombak dulu
From Cairo to Gombak
Kita ber'blog' di malaysia


p.s: Buat tetamu istimewa dari jauh,terima kasih dan terima kasih. Terima kasih kerana hadir demi mengisi lompang-lompang dalam hati ini.
dan sudah tentu,mahu ketemu dengannya lagi.
Andai ada rezeki,moga tertulis lagi pertemuan kita dalam suratan takdir di masa hadapan
Insya Allah


-fathy-
3.03 am
(errkk,esok tido dlm flight aja)
roger and out
salam


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah

Tiada ucapan yang terindah melainkan setinggi-tinggi kesyukuran buat Yang Maha Pencipta.

Segala penat lelah jerih perih sepanjang menghadapi peperiksaan Medik selama dua bulan,akhirnya hari ini tiba jua. Ia berlalu pantas seolah-seolah seperti semalam baru bermula
Alhamdulillah,peperiksaan dan ujian dunia ini sudah dihadapi. Segala usaha telah dicurahkan dengan bersungguhnya.

Sekarang yang tinggal,tawakkal setinggi gunung kepada Dia.
Yang layak untuk menilai niat dan usaha kita sepanjang melalui tahun ini bukan kita,bukan jua manusia lain tetapi Dia. Hanya Dia yang mengetahui segala isi hati,segala derita.

Hanya Dia yang benar-benar Maha Mendengar segala rintihan dan tangisan kita selama ini.

Dan kini,ku serahkan segalaNya kepadaMu Ya Rahman.
Ku hanya dambakan keredhaanMu Ya Rahim


Peperiksaan Medik sudah berakhir atau 'berehat' buat sementara. Kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita sedang menjalani 'peperiksaan sebenar' yang tak sudah-sudah akhirnya melainkan dengan menjelangnya Hari Pembalasan

Peperiksaan sebagai seorang hambaNya dan khalifahNya.
Apa pun,hidup mesti diteruskan dengan sebaiknya. Amanah tetap harus dijalankan dengan sejujurnya.Istiqamah juga perlu untuk memastikan 'tiket' kita ke syurga nanti.

Semua bercita-cita mahu masuk syurga,namun belum semua berjihad dengan segala jiwa dan raganya untuk jannahNya itu.

Ya Allah,Engkau tetapkanlah aku di jalanMu,bersama ahli keluargaku,bersama teman-temanku yang turut berjuang demi agamaMu.

======================================

Alhamdulillah,25 Jun merupakan hari penutup peperiksaan akhir tahun dua! Mula sejak April sehingga Jun. Agak dahsyat juga study untuk tahun dua ni. Dan hati ni seperti membenarkan kata-kata Kak Ell yang mengatakan 'tahun dua paling tough!'(tapi bila tanya akak2 senior thn 3,lain pulak ceghitanya).

Tak kisah la,semua sudah ditempuhi dengan jayanya Insya Allah. Ada yang susah,ada yang ok la,boleh tahan. macam-macam ragam soalan exam tahun ni.
Redha :)

Lepas selesai oral dengan dua orang profesor dari jabatan Physiology, Fathiyyah berjalan-jalan di sekitar universiti dengan kamera di tangan. Mengimbau memori tahun kedua la kononnya.iya la,kita nak naik tahun tiga kan(ameen). Kang rindu nak balik tahun 1 dan dua :D
Oh, Fathiyyah merayau seorang-seorang. Tiada siapa teman. Kalau penat,penat seorang saja :))




Selamat Tinggal Physiology,GoodBye Biochemistry. Jumpa lagi Dr Ibrahim dan Dr Samia

Nak masuk dalam hospital-hospital ini kena tunggu naik clinical year. Sekarang boleh berangan saja dulu :D

Big Ben di kampus kami. Kenangan bersamanya ialah ketika mengantuk dalam kuliah Anatomy(terutamanya). Fathiyyah bersama teman-teman di sebelah akan turut mengira berapa banyak kali jam besar itu 'berdenting' bagi memaklumkan kepada kami pukul berapa waktu itu.

Bunga

'Bunga Sakura' di Cairo.lol

Nile River

Mari lintas jalan bersama saya

p.s: depan tu,Amal :D

Musim panas bersama jus buah yang original(tiada bahan tambahan,tiada pengawet) dan menyegarkan

dan akhir sekali .......



Kami

Buat sahabat-sahabat GEN 7,terima kasih di atas jagaan kalian. Kita jumpa lagi di tahun tiga dengan subjek baru,bangunan baru,pensyarah-pensyarah baru dan pelbagai cabaran baru.
Insya Allah.

p.s: Kemas kini beg bagasi. Hampir siap! :D
Selamat malam Cairo (yang panas)

Subhanallah

Salam W.b.t

Dua tiga hari ni,bertambah rajin untuk updet sini. Rasa macam tak apa lah kot,sebab ianya merupakan entri-entri terakhir di Cairo.

Kali ni punya banyak gambar. Setelah dikira,ada empat belas gambar kesemuanya.

Apa yang menarik? Tiada apa sangat melainkan hari ini merupakan hari terakhir kami berlima keluar 'berjalan' dan ber jogging bersama sebelum masing-masing berangkat pulang ke tanah air.

Atau ayat lainnya, memori terakhir la ni. Iya lah,bila di Malaysia masing-masing bukan duduk di satu daerah mahu pun dalam satu bandar. Ada yang di Johor,Sabak Bernam,Klang,Gombak dan Penang. Alamat lepas tiga bulan nanti baru bersua dan kembali duduk sebumbung bersama

Terima kasih buat kakak A kerana atas usahanya memujuk kami berempat untuk merajinkan diri,lepas subuh tak boleh tidur dan terus bersiap untuk turun bawah.

Sila baca beberapa catatan di bawah sebelum menyaksikan empat belas gambar ini. Terima Kasih :)

=================================

Catatan satu

Kami bawa bersama bola basketball. Tanya Radin nak main dekat mana? Dia kata,mana-mana je. Walhal tahu aje, yang sini memang tak ada taman apatah lagi padang bola(melainkan di kampus kami). Apa lagi,kami pun bantai je la main bola di tepi-tepi jalan sibuk. Memang tak ada kerja :D








Rakan-rakan serumah ku. Yang di belakang sibuk menggayakan peace. Lagi dua orang kat depan tengah 'syok' main bola sambil berjalan. Memang bahaya kalau bola tu terlepas 'lari' ke jalan sibuk di sebelah.


Catatan Dua

Macam biasa, bawa kamera. Sebab tahu Fathiyyah akan kurang bersemangat nak lari-lari di tengah bandar Cairo ni. Kita ni jurugambar mereka berempat sahaja.Jadi,kita pukul gamba banyak-banyak.





Inilah Sungai Nil yang masyhur disebut-sebut dalam Al-Qur'an. Jernih memang jernih.
Eh, tak tipu la.







Kasr El Ainy Hospital, salah satu teaching hospital untuk pelajar perubatan Cairo University. Saya panggil ia 'Hospital Merah'


Deretan hospital di tepi Sungai Nil atau erti kata lain,kampus Perubatan yang mana merupakan tempat kami meneruskan pengajian.
p.s: senior,sila betulkan info ini andai tersalah. Tapi rasa macam betul dah





Salah sebuah hotel ternama di Cairo. Bersebelahan aja dengan deretan hospital itu


:)

Jambatan yang menghubungkan Hospital Merah dengan Kampus Perubatan merentasi Sungai Nil. Setiap hari,pergi kuliah wajib lalu jambatan ni. Ala-ala macam jambatan Pulau Pinang tu. Kiranya kampus kami tu ibaratnya macam pulau la

Catatan Tiga

Dalam perjalanan,ada la terserempak dengan beberapa orang junior dan senior. oh, Kak Biha,Kak Insyirah,Kak Yana dan Kak Atim pun ada yang menemani ibu abang Eckm.

Menghidup udara segar di tepi Sungai Nil agaknya :)


======================================

Nah,ini gambar kami berlima yang terakhir tahun ini. Hadiah untuk kalian berlima. Tahun depan,kita duduk sebumbung bersama lagi ya.


p.s: Fathiyyah amik gambar guna kamera biasa-biasa je. Bukan DSLR,bukan Sony


Ada edit sikit pakai picnik.com :))


P.s lagi : Cairo memang fotogenik!


Nak P.s jugak : Mood entri ini >> Sebiru Hari Ini by edcoustic

Salam w.b.t

Apa Cerita Satu

Minggu lepas,kami berlima sign perjanjian dengan tuan rumah. Duduk rumah ni untuk setahun lagi. gara-gara semua bermalasan untuk mencari rumah baru,maka kami setuju dengan syarat yang satu itu. Harga Rumah naik Ten Percent. Aiyaa,lepas saja isi borang semua, tandatangan lawa-lawa, dan keluar dari tuan rumah dengan geleng kepala.

"Tahun Depan,konpem kita pindah" Ketua rumah mengatakan demikian kepada kami dan semua bersepakat. Tak larat dah nak bayar sewa rumah mahal-mahal.

*Hari tu,ibubapa Aimi singgah ziarah Cairo sebelum pergi mengerjakan umrah. Gembira hati emak Aimi bila melihat gelagat anak-anak ni yang bahagia memanjang. Macam budak kecik,tapi betul,pandai berdikari.

Apa Cerita Dua

Semalam baru sudah exam oral Histo. maknanya hanya berbaki satu saja lagi >> oral exam Physio. Mahu pulun sungguh-sungguh 3 hari ni,dan doa banyak-banyak semoga dapat doktor-doktor yang cantik,menawan atau murah hati dalam memberi markah secaa percuma kepada pelajar-pelajar Malaysia. Tapi kalau dapat Dr Ibrahim macam menarik juga. Erk, beliau merupakan Head Of Physiology Department tuu. :D

Apa Cerita Tiga

Ada orang tu, sudah siap kemas , zip dan kunci beg bagasi.

Si B,dah siap koling2 Ammu Saed untuk perkhidmatan tremco(van) ke lapangan terbang. Semangat bercakap arab dengan Ammu Saed,terkumat-kamit mulut,mencari vocabulary ammi yang mantap-mantap gitu

Si C pula dah siap gantung baju kat penyangkut baju di pintu bilik.Jangan main-main. itu merupakan baju yang dia berhajat nak pakai bila 'balik kampung' nanti.

Si D ni pelik sikit, beg bagasi masih kosong,belum sentuh lagi baju-baju atau barang yang akan dibawa pulang. Sibuk belajar untuk oral exam agaknya.

Apa pun,kami berSEMBILAN sedang menghitung hari untuk pulang. Secara jujurnya,saat itu sudah tidak lama. BEBERAPA hari saja lagi. Serius ni,tak lama dah :)

Tak kisah la mereka mahu kata kami semangat ke apa ke,
Apa yang penting,

'Kami balik dulu! ' :D


Apa Cerita Empat

Budak-budak Jordan sudah mula cuti. Ada yang pulang ke Malaysia(Arina,Shuk),ada yang pergi menunaikan umrah,Ada yang melancong ke Turki(Tiqah),Europe(Ainul) dan lain-lain. Padahal cuti mereka tak ada lah lama mana pun. Dalam 2-3 minggu aja rasanya

Tanya mereka,nanti balik Malaysia untuk beraya atau tidak?
Mereka kata balik.

Errkkk,bukti budak-budak Jordan memang 'orang kaya-kaya'.
maklumlah matawang Dinar itu tinggii.. maknanya duit Scholar mereka pun
'Mak Aih,banyaknyaa' :))

bukan-bukan. Mereka kata,mereka 'kaki jimat duit'

waaaaah!





Apa Cerita Lima

Ada orang tanya

"kenapa sudah jarang-jarang updet Fti?"

ada juga soalan lain

"Adakah anda terfikir untuk menjadikan blog ini sebagai tempat luahan yang lebih serius berbanding sebelum ini?"

Dan saya jawab

"Hmmm,mungkin..."


p.s: Oral Physio,hari Khamis 25 haribulan Enam Dua Ribu Sembilan. Satu aja lagi

Salam w.b.t

Akhirnya sudah sampai titik ini. Mahu berkongsi sesuatu.


Alhamdulillah,sedikit idea telah diluahkan dan akan sentiasa dicurahkan di sini bersama beberapa teman yang lain

Mari Jadi Baik



Link blog ini ada di bahagian sebelah kanan fti.

jika kita jarang bersua di sini,kita bertemu di sana sahajalah

p.s: tapi rasanya takkan tinggalkan fti :)

-Fathiyyah-



Muhasabah Cinta



wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu

Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan...
Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...


Tuhan...
Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



===============================

Manusia tu
akan cepat ingat Pencipta
bila perut lapar sangat
Bila Sakit
bila jatuh miskin
bila hidup susah
dan bila nak mati

Tapi
manusia tu
cepat lupa Pencipta
bila perut kenyang
bila sihat
bila kaya raya
bila hidup senang
dan bila rasa lambat lagi nak mati

A'haa,
mati tu
tak pernah kenal usia
tak kenal tempat
tak kira masa

Cepat-cepat betulkan niat
dan bermuhasabah lah diri


-Muhasabah Cinta,Edcoustic-

Assalamualaikum w.b.t

==========================


Dahulu,
hatiku suci,
lebih suci berbanding sekarang
Masa tu masih punya jiwa kebudak-budakkan

Dosa kurang,lagho kurang,amalan sia-sia pun kurang


Sebab aku hidup dalam persekitaran yang penuh dengan tarbiyah

Keliling aku semuanya orang baik-baik

Percakapan di antara kami ber'ana enti'

Berbahasa dengan guru ber'muallim/muallimah antum'

Aku hidup dalam zon yang selesa
masa itu
kurang terjerumus dengan dunia luar
Aku jadi begitu

Satu sebab ,aku punya murobbi-murobbi yang bukan calang-calang orang

Satu sebab, aku punya abang-abang aku yang selalu menjaga aku dan adik aku
Satu lagi sebab sahabat-sahabat aku semua satu fikrah

Dulu,
aku suka belajar

Terus terang,aku lebih suka subjek UPSRI berbanding UPSR

bukan sebab mudah dapat A
tapi sebab aku rasa subjek-subjek tu lebih dekat dengan diri aku


Ada Aqidah,ada Akhlak,ada Seerah,ada Fiqh

Bahasa Arab, Tilawah,Hafazan mahupun Tajwid
banyak memang banyak
berbelit memang berbelit
Macam-macam dalil,hadith mahupun kisah yang kami perlu hafal

tapi,tak pernah rasa beban
masa tu,
diriku yang berjiwa 'budak' itu menerima dengan hati yang terbuka

dan semua itu ilmu

ilmu itu bukan setakat buka buku,hafal dan simpan dalam dada
tapi Ilmu itu untuk diamal
jika bukan untuk diamal masa itu pun,

aku pasti di hari kemudian ia amat berguna

dan jika aku menyampaikan ilmu aku itu kepada orang lain,

aku akan diberi ganjaran pahala yang tidak akan putus

Ilmu yang diajarkan kepadaku itu sangat berharga
Iya lah,
kita kan belajar tentang Pencipta kita
Kita selami kisah para kekasihNya

Kita hafal semua bait-bait dan kata-kata ikutan kita Muhammad S.A.W

kita contohi akhlak para sahabat pendamping kekasih Allah
kita ambil berat setiap ayat-ayatNya melalui kitab suci Al-Qur'an
dan
kita hayati Qudwah barisan pelaksana syariatNya

Bila belajar untuk dekat dengan Pencipta kita

maka ia sangat lah berpadanan dengan fitrah kita sebagai manusia
Manusia yang punya tanggungjawab sebagai hamba dan 'role' sebagai seorang Khalifah

Dan bila sampai saat untuk kita mengamalkan apa yang telah diajarkan

Maksud aku
menegakkan semula kalimah 'Lailahaillallah' di muka bumi ini
maka memang sepatutnya urusan kita akan lebih dipermudah la kan?


Sebab
Pencipta kita dah berjanji
Bahawa,Dia tidak akan mempersia-siakan hidup hamba-hambaNya

hambaNya yang tidak pernah berputus asa
untuk menjadi pemegang panji-panjiNya di muka bumi


eh,itu janji Allah

dan Janji Allah itu pasti
bukan janji manusia yang senang-senang saja memungkiri sesuka hati

Eh,Allah tu Pencipta kita la.
Yang jadikan kita ni
.
Kita yang memang hebat ni

Kita yang sebaik-baik kejadian
ni
Allah yang ciptakan segala isi langit dan bumi
dan
Alam semesta ni Dia yang punya

Jadi,kita berbicara dengan siapa sebenarnya?

Kita berjanji sejak di alam Rahim itu dengan siapa sebenarnya?


yaa, dengan Allah

Kenapa aku suka ulang ayat
'tanggungjawab sebagai hamba dan peranan sebagai khalifah' ni banyak kali?

Sebab memang itu pun tujuan kita diwujudkan di muka bumi ni

dan aku masih tak sedar diri,

suka buat macam-macam untuk kepuasan hati
nafsu bagai
tak sedar-sedar lagi yang Dia sedang memerhatikan aku

Aku takut

Sebab nanti aku akan dipersoalkan
setiap kata-kataku,
setiap tingkah laku , setiap huruf dan perkataan yang aku titipkan di sini

Semuanya akan disoal
dihitung
dan diberi balasan dan ganjaran

Aku takut
takut dengan azab neraka milikNya
Aku risau

Risau kalau-kalau aku tidak terpilih menjadi salah seorang penghuni syurgaNya


hurmm
apa guna hidup di dunia ni

Kalau tak jadi hamba Dia sungguh-sungguh?


================================


Allah Allah Allah









Tuhan betapa aku malu

atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa

entah mungkin karena ku terlena

sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanMu

aku ingin mencintaiMu setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa

dalam ucapan

dalam setiap langkahku

aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu
denganMu... Ya Robbi


=================================


tiada jiwa untuk berjiwa-jiwa dengan manusia.

Sebab tahu,cinta kepada manusia tu tak kemana

bukan ke cinta Pencipta itu yang hakiki

Bukan ke kita ni memang diciptakan untuk mencintai Pencipta kita sahaja

============================






Precious

Sinai-Jordan-Syria-Eire


Salam w.b.t

Tagged by Izzati Masri(Syukron!)


1)Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
my fist

2)How did u feel when u woke up this morning?
unwell

3)Who was the last person / people you took photo with?
with Huda and Syila

4)would u consider urself spoiled?
sometimes

5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
once when i was 8

6. Do you want someone to be dead?
Nope,Not good la Fathiyyah

7. What does your last text message say ?
it was 'rasa nak ketuk kepala kat dinding'

8. What are you thinking right now ?
Hungry

9. Do you want someone to be with you right now ?
A'ah. emak

10. What was the time you went to bed last night ?
accurately,11.08 pm

11. Where did you buy the tee you are wearing now ?
what tee?


12. Is someone on your mind right now ?
yup. Huda

13. Who was the last person who text you ?
My Bro


TEN Lucky Person to do this quiz.


1.Kak Fizz
2.Ain
3.Kak Nad
4.Kak Saleha
5.Kak Nuha
6.Safwa
7.Husna Kadir
8.Sarah Farhana
9.Adik
10.Kak Long


14. Who is no.2 having a relationship with ?
Ain? No one.kot (kan?)

15. Is no.3 a male or a female?
Female. Nadiah namanya

16. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
erk,they don't know each other actually.

17. What is no.1 studying about?
Kak Fizz! she will further her studies in UK for pHd. Sounds cool kan? erk, tak tahu bidang apa. akak!

18. When was the last time you chatted with them?
while ago>> YM

19. Is no.4 single?
Nope :D

20. Say something about no. 2.
My junior. Got to know about her via blog. We're close,maybe because of our personalities.Quite similar :)

21. What do you think about no.3 & no.6 being together?
Kak Nad n Kak Nuha.. haha, diorg mmg close pun

22. Describe no.9.
Adik..hurmm Pengemas,hard working,speaking 'berhabuk'
great advisor.
ari tu baru kena tazkirah ngn dia :D


23. What will you do if no.6 and no.7 fight ?
erk,do nothing. Sebab masing-masing cool orangnya

24. Do you like 8?
yes. she was a great friend when i was in Naim. such a lovely girl

25. how about 10?
Kak Long. the Iron lady~ ngeh3




Salam. Lagi terkini dari Cairo. Saya petik dari blog Hafiz Adam. Kredit untuk beliau.


=============================

The untold story (from abgBobby):


- Acetabulum kiri Aman patah menyebabkan berlaku simptom seperti ingin kencing tapi keluarnya sedikit. Ini disebabkan ureter(salur dari buah pinggang ke pundi kencing) telah ditekan oleh darah. Setelah masuk ke bilik pembedahan, kira-kira pada jam 1000, beliau kehilangan darah yang banyak menyebabkan hypovolumic shock dan terpaksa diresuscitate semula.

- Lengan kanan Aman patah zigzag atau seperti tebu (multiple fracture).

- Pergerakan Akram menunjukkan tanda-tanda seizure, salah satu simptom terdapat brain laceration. Sewaktu ingin dijalankan pembedahan itu juga berlaku seizure yang lebih kuat, dan neurosurgeon berpendapat adanya lebih banyak brain laceration yang tersembunyi dari CT Scan yang asal.

- Keduanya dimasukkan kembali ke wad ICU untuk distabilkan dan diagnos lebih lanjut. Akram akan menjalani pembedahan kerana mengalami laceration of the brain MALAM INI(11 Jun), manakala Aman akan menjalani pembedahan pada ESOK hari.

Jenazah Ammar akan dihantar pulang ke Malaysia pada hari Sabtu dengan EgyptAir kerana keengganan SIA menempatkan jenazah di ruang kargo lantaran tidak cukup ruang.
Semoga ketiganya berjalan lancar. Doa dan harapan buat mereka. Keadaan mereka berdua sangat pantas berubah sehinggakan terdapat banyak versi cerita. Doakan perjuangan mereka mencapai kemenangan.

lagi kisah baca sini


Kamus Perubatan :

Acetabulum, the cup-shaped hollow in the hipbone into which the head of the femur fits to form a ball-and-socket joint

Hypovolemic shock is an emergency condition in which severe blood and fluid loss makes the heart unable to pump enough blood to the body. This type of shock can cause many organs to stop working.

Resuscitate/Resuscitation
:
The procedure of restoring to life, as in cardiopulmonary resuscitation (CPR).

Brain/cerebral laceration
is a type of traumatic brain injury that occurs when the tissue of the brain is mechanically cut or torn.

===========================

Siang tadi,sesudah oral exam anatomy,kami ke Arma(Asrama kedutaan Malaysia).
Menghadiri upacara solat jenazah dan memberikan penghormatan terakhir buat arwah abang Ammar Zulkifli.


Pilu. Noktah

Berikut link
blog arwah abang Ammar
blog abang Akram (Eckm)
blog abang Rahman

===============================

Salam takziah buat keluarga arwah abang Ammar Zulkifli dan juga keluarga mangsa kemalangan.

Sesungguhnya ini merupakan ujian
Ujian itu tarbiyah dari Allah
Peringatan dan pengajaran

Buat aku dan mereka yang masih bernafas
Yang Berjalan di atas muka bumi,
Yang Meminjam segala nikmatNya
Dia Maha Kuasa atas segalanya
Dialah Perancang

Ya Rabb



"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... melihat dunia dari jendela akhirat."
[Ammar Zul, kalam_puncak]

================

hari tu ada orang suruh dengar lagu 'Andaiku Pergi' oleh Mirwana ni. Sedap katanya. Tapi masa tu buat endah tak endah saja.
Tapi hari ni, lagu ni jugalah yang sentiasa aku putarkan sejak pagi tadi.


Innalillahiwainnalillahirajiuun

============================

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.


Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN

www.perubatan.org


=============================

Rasanya baru semalam bermesyuarat PO(Perubatan Online) dengan para ajk media perubatan .

Dan arwah Abang Ammar juga turut serta dalam mesyuarat tersebut. Macam tak percaya,arwah sudah tiada.

Dengar berita pagi tadi,bila bukak Ym,berpusu-pusu offline msg masuk. Mulanya tidak faham.tapi bila baca blog Ayu,baru tahu

Ya Rabb

Semua pelajar perubatan Cairo Universiti sedang berduka sekarang. Bukan sahaja menerima redha dengan pemergian senior abang Ammar kami yag cukup kami hormati,malah berita bahawa abang Akram atau lebih dikenali sebagai 'Eckem' yang masih dalam keadaan koma turut menambah duka setiap hati kami di sini.


Ya Rabb

Kuatkanlah hati-hati kami


Kejap lagi akan ke asrama kedutaan Malaysia. Menghadiri upacara sembahyang jenazah dan memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Abang Ammar sebelum jenazah arwah dihantar pulang ke Malaysia pada esok pagi.

lagi kisah

http://amanianz5.blogspot.com/2009/06/moga-kelapangan-di-kubur-buatmu-syurga.html

http://muhammadabdullah.blogspot.com/2009/06/tribute-for-ammar.html

========================

Dari Allah kita datang,kepada Allah juga tempat kita kembali

Al-Fatihah



Assalamualaikum W.b.t

Dah sampai sini. Yang pasti ini bukan entry yang terakhir. Sebab akan gunakan ia juga suatu hari nanti.

Buat teman-teman rapat,kalian tahu mahu menjejaki Fathiyyah di mana

Buat yang lain,terima kasih sudi menyinggah.
Harapnya,kalian beroleh manfaat dari tulisan sebelum-sebelum ini.

P.s: Umur 20 thn,boleh mula berhenti sedikit demi sedikit.

Sekali lagi

Ini bukan yang terakhir

Nak mulakan yang baru,tapi belum tahu lagi

Jumpa lagi

Wassalam w.b.t

Assalamualaikum w.b.t

===========================

Bangun pagi,emak suruh bangun. Suruh pergi sekolah. Malas la mak,tak pergi sekolah pagi ni boleh tak? Tapi tak perlu tanya pun. Pergi sekolah itu sudah jadi tanggungjawab. Ayah emak penat bekerja 5 hari seminggu,cari duit untuk makan,sediakan tempat tinggal dan pakaian,sediakan duit untuk pendidikan.

Aish,apa malas-malas ni. Maka,aku bermonolog seorang diri lagi. Di atas katil,di dalam 'comforter' biru kesayangan. Emak ketuk-ketuk pintu lagi. Suruh bersiap semua,mandi ,solat, subuh,bersarapan sebagainya.

Sebab kejap lagi,emak akan menghantarku ke sekolah. Dengan Abang Nuar sekali la.
UIA tempat emak bekerja dengan Al-Amin sekolah kami tu tempatnya dekat-dekat aja.
Dalam perjalanan ke sana,emak memang hantar kami dulu terus.
Senang kata emak.
Adik bersekolah juga,tapi sesi petang.
Aku yang darjah empat ni aja bersekolah sesi pagi.

Buangkan rasa malas! Sebab aku kan budak baik(iya?)
Abang Nuar pun tengah bersiap tu. Macam biasa lah,dengan serius,diam membisu. Ish,tak paham betul dengan abangku seorang tu.Orang buat lawak masa breakfast tapi tak bagi respon pulak.Macam cakap dengan dinding. Secalit senyuman pun tarak. Macam memalukan diri sendiri pun ada.Aiyaaa. Tak kisah la abang Nuar. Janji abang nuar bahagia :)

Dalam kereta, tengok jam
'power rangers' ku. Dah nak dekat pukul 7.30 pagi! Habis laah, kata aku. Aku merengek-rengek dalam kereta dekat emak.

'emaaaak,laju sikiiit.. thia dah lambat.Nanti pengawas amik nama thia' kataku tanpa mempedulikan Abang Nuar(yang macam tunggul kat sebelah emak) Janji sampai sekolah awal.

'sabar la thia,nak sampai dah ni' emak memujukku yang kelihatan macam nak menangis

Bila sudah sampai,tunggu kejap dalam kereta,bagi laluan kepada Abang Nuar dulu. Bersalam,cium tangan dan pipi emak semua. Dan aku terus laju ke pintu pagar besar Al-Amin. Tinggal abang Nuar berjalan lemah gemalai di belakangku. tata Abang Nuar,kataku.

Padan muka aku,datang lambat lagi. Kena ambil nama oleh pengawas. Habis lah reputasiku..Macam mana nak jadi pengawas tahun depan ni.Asyik lewat datang sekolah je.

Sempat menjeling ke arah Abang Nuar. relaks lagi 'Pak cik' tu. Abang Nuqaba'(nuqaba'=pengawas) dah tersenyum simpul bersiap sedia dengan pen dan kertas untuk catat nama abang Nuar sebagai 'VIP' pada hari itu. Abang Nuar ku memang macho. Abang Nuar tak macam aku,relaks je datang sekolah lambat. Aku ni siap gelabah nak menangis-nangis lagi.

Oh ya, Abang Nuar masa tu tingkatan empat dan aku di darjah empat. Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak letaknya di dalam satu kawasan.Bangunan sebelah-sebelah aja. Sebab tu rasa macam secure sikit. Kalau ada kawan aku nak buli atau kena kan aku ke apa,aku terus aja lari ke bangunan sebelah. Cari Abang Nuar. Iya lah,kita ada abang kaan :D

Eh,jeling jam lagi. Maka,aku terus keluarkan Al-Qur'an dan sebuah buku tulis dari beg biruku, letakkan ia di pondok berhampiran, dan berlari ke Dewan Serbaguna. Masa tu jam 7.45 pagi. Menurut jadual pelajaranku,masa itu adalah untuk sesi Tahfiz.

Aku lari dan mencari Muallimah ku. Haaa,jumpa. Mereka belum mula lagi pun. Ok lega.
Duduk dalam Halaqah(bulatan). Muallimah bertanya jika sesiapa volunteer mahu tasmik hafazan Surah Al-Insyiqaq hari ni dengannya. Aku jeling kawan-kawan sebelah ku. Semuanya diam. Aku pun sama. Bila tiada yang memberi respon, Muallimah terus mengambil buku prestasi hafazan kami. Dan akan panggil seorang-seorang untuk tasmik gara-gara tiada yang mahu suka rela

'Haaa,kan senang macam tu muallimah' kata aku diam-diam :D

Bila sampai giliran aku,aku terus pergi laju. Tasmik dengan Muallimah sungguh-sungguh. Tak mahu tersangkut mana-mana.Sebab nak cepat-cepat habiskan surah Al-Insyiqaq ni dan mula menghafal sural Al-Muthoffifin yang panjang itu pula.

Bila selesai semua,muallimah senyum,


'enti
pass. Boleh sambung surah berikutnya'
'Jazakillah Muallimah' kata aku

haaaa,kali ni memang tersenyum lebar sampai ke telinga. Bukan telinga dah kot. Udah sampai ke kepala. :)


Lepas hampir sejam di kelas tahfiz, kami ambil beg di pondok mula-mula tadi dan terus bergerak ke kelas masing-masing. Biasanya aku dengan sahabat baikku,Athirah,Sakinah Hatta akan duduk kelas sekali. tapi tahun ni aku berpisah dari mereka. Mereka ditempatkan di kelas 4 Bilal.Khairiyah dan Aliah masa tu pelajar baru yang ditukarkan dari Al-Amin Kemaman,Terengganu.Khairiyah di 4 Bilal juga manakala Aliah dan aku di kelas 4 Khalid. Ada ramai budak-budak top dalam kelas tu.

Ada Basyirah,Atiqah K,Safwa dan lain-lain.


Dalam kelas,belajar subjek akademik pula. Tahun ni darjah empat,amik subjek lebih mencabar berbanding tahun lepas. 5 subjek UPSR(BM,BI,Maths,Sains) dan 9 subjek UPSRI(Seerah,Fiqh,Aqidah,Akhlak,Tajwid,Bahasa Arab Penulisan,Bahasa Arab Pemahaman,Hafazan dan Tilawah). Maka,secara rasminya bila naik darjah empat,aku ambil 14 subjek. Persediaan untuk periksa masa darjah enam nanti iaitu periksa UPSR dan UPSRI.Dan subjek tambahan lain seperti Kajian tempatan dan Kemahiran Hidup.

Kalau tahun lepas nak skor 100% dalam Matematik tu agak mudah bagi aku,tapi tahun ni nampak gaya macam susoh la pulok. Kena kerja keras sikit. Subjek Sains tu tak usah cakap la. Nak belajar mula-mula memang terkedek-kedek.Tapi tak apa pun, nanti biasa la tu.

Target tahun ni sama macam tahun lepas. Mahu dapat kesemua A dalam setiap subjek macam tahun lepas dan ada lagi target. Mahu dapat semua A juga dalam prestasi akhlak yang dinilai oleh guru kelas. Kalau tahun lepas,aku banyak suka cari pasal dengan guru disiplin dan guru kelas sehingga menyebabkan buku prestasi akhlak ku 'berwarna-warni' dengan bermacam-macam gred dan membuat emak menggeleng-geleng kepala sahaja bila Muallimah Suriani(guru kelas aku masa darjah 3) menceritakan perihal kenakalan aku sepanjang darjah tiga semasa hari mengambil kad laporan.


"Kepimpinan=C

Kawalan Diri=C

Kebersihan = B

Sahsiah Diri =B"
Bla bla dan bla


tapi tahun ni,mahu berkelakuan baik la. Dan mahu fokus pada pelajaran juga.
Mana tahu,kot2 boleh dicalonkan jadi Pengawas ke apa kan.(Aiyaaa,nampak sangat aku memang gila kuasa dan pangkat masa dulu :) )



==================

Tengah rindu Al-Amin ni.

Assalamualaikum w.b.t

Kita rajin berjalan,rajin melihat dan memerhati. Tapi kadang-kadang,kita terlupa untuk mentafsir dan ambil pelajaran dari apa yang kita lihat.

Kita tinggal di bumi tempat kita bermukim sekarang. tapi kita banyak mengeluh dan jarang sekali mahu bersyukur.

Nah, saya letakkan di sini cerita dan dan sebuah perkongsian.Dari dia. Dia yang dahulu belajar di negara barat dan datang ke Cairo bukan untuk saja-saja.

Dia Ar Rumaisa' :D

====================================

January 2nd, 2008

Aku turun dari kapal terbang itu dengan hati yang sangat berdebar. Hampir tidak percaya tanah yang sedang kupijak ketika itu adalah Misr El-Qadimah. Sungguhkah? Inikah bumi yang dulunya Nabi Musa & Nabi Harun pernah berjalan di atasnya? Negeri yang Nabi Allah Yusuf pernah memerintah? Juga tempat As-Syahid Hassan Al-Banna memulakan dakwahnya? SubhanAllah…subhanAllah..

.Terlihat di sana sini lelaki-lelaki berambut perang kerinting dan wanita-wanitanya kebanyakan berhijab lilit dan memakai skirt panjang. Cantik. Sesampai di airport Cairo, aku menukar duit. 1 euro bersamaan 8 genih. Telingaku menangkap suara “Kak Hanim! Kak Hanim!”. Di celah-celah orang-orang arab yang dua kali ganda saizku, aku melihat kelibat insan-insan shahibud-dakwahku yang amat dirindui.

Itulah nawaitu aku terbang hampir separuh globe, untuk ziarah bertemu pewaris-pewaris Nabi Musa & Nabi Harun ini. Aku tidak hairan kepada piramid buatan Firaun, mahupun sphinx. Aku lebih hairan dengan sahabat-sahabatku ini… manusia-manusia luar biasa yang beriman dengan risalah rasul-rasul yang tidak pernah ditemuinya dan mewarisi tugas menyeru islam itu tanpa banyak komplen, melaksanakannya walau di bumi manapun Allah mencampakkan dirinya. InshaAllah, aku juga mahu seperti mereka.

.Mesir sedang winter. Namun suhunya cumalah seperti summer di Ireland, 20 darjah celcius. Tidak seperti para pelajar di Ireland, para pelajar Al-Azhar dan Cairo University tiada cuti Christmas yang panjang. Lain benar segala-galanya di Mesir ini. Udaranya kering dan berdebu. Sahabatku dari Ireland sudah hilang langsung suaranya sebaik sampai di Mesir. Aku juga seakan terasa ada pasir yang tersekat di kerongkong. Huhu.. boleh dapat bronchitis.

.The people… The life… Kereta tidak pernah berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki seperti di ireland & di sini tidak ada siapa peduli kepada lampu isyarat atau lintasan Zebra. Hasilnya, siapa mahu melintas, perlu redah saja dan inshaAllah kereta akan hon dan mengelak pejalan kaki dengan belok sikit. Semua orang melintas dengan cara itu. Aku bersyahadah setiap kali sebelum melintas jalan di Mesir!

.Oleh sebab tiada siapa yang kisahkan lampu isyarat, di simpang 4, siapa yang hon dulu, maka dialah yang akan jalan dulu. Itu agaknya kawasan paling hiruk-pikuk sekali di bandar Cairo. Tak usahlah buat rumah dekat-dekat simpang. Tak aman. Malangnya kukira Mesir negara umat islam ini tidak termasuk dalam senarai negara paling bersih.

.Namun ada keajaiban di sebalik semua itu. Jika kita naik bas di Mesir, keadaannya tentu sekali sesak seperti ikan sardin dalam tin. Konduktor bas akan duduk di belakang bas dan tambang dibayar dengan cara kita beri saja duit pada orang sebelah kita dan duit itu akan passing dari tangan ke tangan hinggalah ke konduktor di belakang sana. Baki juga dipulangkan begitu hingga sampai ke tangan kita tidak berkurang walau 1 sen. Tak ada orang akan curi duit itu masuk poket sendiri. Sistem pungutan tambang paling mantap! Nyah semua mesin-mesin tiket canggih.


.Dan bagi peminat-peminat novel Ayat-ayat Cinta, ya.. aku sudah saksikan jual-beli dengan bakul itu. Orang-orang di mesir ramai yang tinggal di rumah pangsa. Untuk suri rumah membeli ikan dan sayur, mereka tidak perlulah turun ke bawah, tapi turunkan saja tali dan bakul dari atas, beserta duit. Ikan & sayur akan dimasukkan ke dalam bakul oleh penjual beserta duit baki. Alangkah mudahnya jual beli itu. Tak cerewet, jujur, jauh dari fitnah, himpit-himpit pasar dan sesuai untuk orang yang malas turun tangga.

.Suatu hari yang sejuk di Mesir, aku menunggu komuter (kat sana panggil Metro) untuk pulang dari pasar. Walau tidak secantik KTMB, namun aku menyanjung Metro Mesir, kerana gerabaknya diasingkan untuk lelaki dan perempuan. Walau macam mana sesak sardin pun gerabak itu, semuanya adalah perempuan. Alhamdulillah! Aku terlalu membenci himpitan-himpitan lelaki perempuan dalam LRT dan Komuter Malaysia.

.

Dalam hiruk-pikuk orang-orang yang hampir penyek dalam gerabak Metro itu, tiba-tiba aku terdengar satu suara nyaring memekik,

“SALLALLAAHU ‘ALAN-NABI !!!!”

Serta-merta gerabak itu senyap! Kerana semua penumpang terkumat-kamit mulut, masing-masing berselawat kepada Rasulullah saw. Rupanya orang-orang arab terlalu menghormati baginda Rasulullah saw. Kata sahabat-sahabatku, kalau hendak menenangkan orang arab, itulah caranya. Kalau sedang baran, bacakan saja selawat pada orang itu, pasti dia akan beristighfar.

Yang memekik itu tadi rupanya cumalah seorang budak perempuan belasan tahun yang naik Metro itu bersama adik-adiknya. Mungkin dia rimas dengan riuh-rendah Metro itu tadi. Dan budak perempuan itu menyambung selawatnya dengan melaungkan sekuat-kuat hatinya doa naik kenderaan, diikuti oleh semua penumpang dan satu gerabak meng’ameen’kan. Satu kehebatan!

.

Betul, Mesir ramai penduduk miskin. Tak sekolah. Tak tahu cakap omputih. Rakyatnya tidak berdisiplin. Negaranya banyak sampah. Bangunan tak cantik. Udaranya berpasir. Airnya rasa kelat. Namun kejujuran mereka telah menambat hatiku. Betapa mereka mengagungkan Rasulullah tidak tertanding. Betapa mereka mendahulukan dan menghormati wanita… ah… usahlah negara barat mahu berlagak. Ayuh ke Mesir dulu!

.Bila kita pergi tempat yang baru, janganlah kita cuma asyik melihat bangunan, keindahan cuaca, kesejukan suhu, keenakan makanan, harga barang-barang… tetapi perhatikanlah orang-orangnya, masyarakatnya, umatnya. Bukan rupa dan kecantikan kulit, tetapi cara hidup dan adabnya, kebiasaan dan budayanya. Dari situ kita akan belajar, lebih banyak mutiara yang dapat dikutip, berbanding kalau kita cuma sibuk seronok mengambil gambar bangunan & pemandangan.

Kita akan lebih faham tentang dunia & manusia, tentang nilai & budi, tentang islam & umat. Dan semoga itu menambahkan keimanan. That’s all that matters! Kalau begitu barulah berbaloi setiap saat, setiap sen dan tenaga sepanjang kembara.

Dan bagiku, EGYPT WORTH IT. =)

taken from >> www.halwahati.wordpress.com

=======================


entah lah.. Rasa best pun ada :)

Sasuke

Assalamualaikum w.b.t

Masa study tadi,bila fokus mula lari,
Bila semangat dah mula ada angin 'pasang surut'nya
Kejap naik,kejap turun

Teringat sama Si Nobita,rakan Doraemon.
Terbayang dalam kepala tentang gelagat nya semasa belajar
Tersenyum seorang bila teringat aksi Nobita bila banyak kerja sekolah yang tidak tersiap akibat suka bertangguh.

Tersenyum lebih sikit bila teringat sama Doraemon yang sentiasa di sisi,pemberi semangat serta pemudah cara.
Tapi kurang setuju juga dengan Doraemon ni. Memanjakan sangat Nobita,sampai dia malas-malas jadinya.

Ok lah,kita ambil yang positf sahaja lah ya.

Bila kepala mula tergambar muka Nobita,
Fathiyyah mula buka laci,ambil sehelai tudung.
Dilipat elok-elok,jadi memanjang.
Lalu diikat tudung tersebut di sekeliling kepala.

A'haaa,jadi bersemangat sikit. baru boleh sambung menulis macam mula-mula tadi dengan laju dan lancarnya.

Pernah berbincang dengan Radin hari tu.Tentang apa signifikan nya mengikat benda-alah-apa-entah di sekeliling kepala macam Nobita atau Sasuke dalam cerita Naruto.

"Mungkin sebab bila pakai benda alah tu,kita boleh jadi semangat sikit kot" kata Radin
"oooooo"

Betul la Din,Fathy dah cuba la tadi. Memang semangat.A'haa :)

Tadi masuk bilik Radin,dengan kepala diikat kain macam tu. Masuk bilik Radin sebab mahu mencari Mathurat.
Radin terkejut bukan main.

"Pendekar mana sesat dalam rumah ni? Dah la kain warna hitam.Wakil dari negeri mana ni cik kak? Pahang?" seloroh Radin
"Bukan Pahang la Radin. Dari Terengganu tu" Aisyah pula menambah.

Aiseh korang ni..

"Semangat sikit la study bila pakai macam ni,din." tersengih


Masa main bola jaring,wajib ikat kepala macam tu. Baru semangat sikit :)


p.s: Kacak pulak tengok Encik Sasuke kat atas tu. pelik sungguh. Macam mana sesuatu watak kartun tu kita boleh kata macho dan kacak? Padahal kartun je pun
Tapi encik Sasuke memang macho la :D ===========================

Bila lemah,
rasa nak dengar suara emak ayah setiap hari
Sebab tahu, mereka sentiasa setia di situ untuk menyokong dan memberi semangat
Biarpun yang lain menyisihkan dan meminggirkan
Biarpun yang lain sibuk dengan urusan dan perasaan mereka juga

Bila lemah,
Rasa nak cari teman yang sama-sama faham

Faham keadaan dan situasi kita
Luahkan semuanya dengan mereka,
Kongsi segala
Nak pinjam sedikit kekuatan dari mereka
Sebab rasanya kita tak pernah keseorangan pun kan


Bila lemah rasa nak kembali pada Sumber Kekuatan
Dia yang Maha Mendengar,

Dia yang sentiasa ada untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya.

Sepatutnya, perkara ni lah yang perlu dibuat dulu bila rasa lemah.

Bukan cari dunia

bukan juga diluahkan kepada manusia
Tetapi rujuk kepada Pencipta kita dulu


Kan?

Assalamualaikum w.b.t





1 -- Lampu Meja.Macam keanak-anakan sikit lampu ni. Tapi dah 2 thn pakai.

2--'Planner' sepanjang bulan Mei dan Jun. Ada tercatat beberapa strategi belajar di situ. Ada yang berjaya dilaksanakan,ada yang tidak(haiyaa)

3--Stick Note --- bertulis>> 'Stay Away From Gong Chan!' (Kesian Gong Chan) Yang ni kadang-kadang boleh buat

4--Stick Note(lagi)---Amanat dari Kak Ell >>'Say No to Internet!' (Erk, yang ni pun kadang-kadang patuh) juga ada beberapa kata-kata hikmah dalam tulisan Arab :D Terima Kasih Kak Ell

5--Diagram Biochem.Tajuk:Lipid .. Suka Biochem dan Anate :D

6-- Kimi ! The Casio Watch

7-- Ryo the Macho -- Sony Ericsson

8--Alas Meja-- Made In Syria.. Manyak butiran bintang-bintang

9-- Stabilo Highlighters The Second--

10--Kotak Kegemaran-- Banyak gambar. Belakang kotak tersebut,terselit di situ >> tiket balik Kampong! :D

11-- Pencil Box 'Besar Bas'(kata Abang Long) :D ni hadiah dari Kak Long,sebelum berlepas pulang ke Cairo hari tu

12--Kotak Spek

13--Bekas Pensel-- Ada gunting,sebatang pen biru dan sebatang highlighter

===========================

Lepas tengah malam semalam, dalam pukul 12.30 mlm mcm tu,dapat panggilan dari Husna Afifah. Beliau berebut dengan entah siapa entah untuk menjadi orang terakhir mengucap kata-kata selamat.

Yang lagi best nya, Husna sempat berkongsi 2 potong hadith dan menghurai sikit-sikit intipati kedua-dua hadith tersebut. Kiranya sebagai hadiah hari lahir.
Daripada keadaan mamai baru bangun tidur,bergelap seorang dalam bilik,
terus terbeliak biji mata bila dengar penjelasan Husna :D Seronok!

Thank You Husna :D


===========================

Dah dua malam tidur seorang-seorang dalam bilik. Biasanya ada Aimi. Tapi Aimi keluar bergembira bersama mama dan baba nya yang singgah ke Cairo sebelum berlepas mengerjakan umrah nanti

Kak Aimi,bila nak balik rumaah nii.Lamanya berjalan-jalaan..



Assalamualaikum w.b.t

Semalam, kami berenam (Aimi,Huda Princess,Syila,Radin,Aisyah dan Fathy) main teka teki..

Siapa yang boleh jawab teka teki,akan diberikan banyaak hadiah. Janji mereka setiap orang

Teka teki bunyinya begini

"apa bnda pakai baju putih macam doktor dan pakai topi kuning macam engineer"

Dan yang angkat tangan mula-mula untuk menjawab teka-teki tersebut
>> Fathy! yeay!!
dan jawapannya Betulll!!!

Maka,seperti yang telah dijanjikan ,
mereka yang ternganga dan tidak dapat menjawab teka teki tersebut mempersembahkan hadiah masing-masing.


Aisyah buat kek coklat
Huda masak Nasi Tomato dan bagi hadiah Aroma Therapy nya
Syila bagi buku 'Eclipse'

Radin bagi kasih sayang

Aimi bagi bilik untuk di'conquer'!


waaah...memang menarik-menarik belaka hadiah mereka


Alhamdulillah kata Fathy :D




Aranella,anak Princess turut 'menyibuk' sama untuk potong kek
:D


Cama,Husna,Em,Huda,RJs dan Housemates kesayanganku,
Terima Kasih atas segalanya
Terima Kasih di atas jagaan kalian

Juga Terima Kasih kerana sudi berkongsi kasih sayang bersama Fathiyyah


p.s: cerita ini adalah rekaan semata-mata.Terima kasih kepada Princess di atas sumbangan teka tekinya serta jawapan sekali :)

====================

for my little 'akak' Huda,
Andai dirimu lemah, ingatlah bahawa engkau tidak keseorangan
Mari berlumba menjadi 'Syahidah'
Mari mencontohi ketegasan Zinnirah

Mari menghayati pengorbanan Sumayyah
Mari menjadi setabah Aisyah
Serta menyelami rasa cinta Khadijah kepada kekasihNya

Huda,
Happy 20th Birthday.
apa pun Huda tetap kakak Fathiyyah :D

Siapa suruh lahir beberapa jam awal :)






Nota kaki : Terima kasih buat orang-orang Malaysia,UK,Jordan,Aussie,Jepung dan Mesir di atas ingatan kalian

Nota kaki lagi : Selamat Hari Dayak !

Lagi-lagi nota kaki: Tidur pakai baju lawa.. Tak ada kerja :))

About Me

My Photo
fathiyyah
Aku muslim. Aku sangat komited dengan tugas yang diberikan oleh Tuhanku. Sambil-sambil tu, aku belajar untuk menjadi seorang tabib. Muslim yang bakal menjadi tabib. Insya Allah
View my complete profile

Sekolah Aku


Tadika Amal Gombak (1995)
SRI Al-Amin Gombak(1996-2001)
SMKA Naim Lilbanat,Kota Bharu(2002-2004)
KISAS,Klang(2005-2006)
Intec,Shah Alam(2007)
Kasr El Ainy Medical School,Cairo University(2007-2013)

ShoutMix chat widget

Mereka Komen

Followers

Thank You