Friday, May 29, 2009

Calcium

Salam

Di rumah Kak Ell,beberapa bulan yang lalu.

Tengah menulis.Buat latihan Histo. Tiba-tiba berhenti(voluntarily).

"Fathy,what's wrong?" kak ell tanya
"Kak,tengok ni..."

empat pasang mata melihat jari jemari tangan kanan Fathiyyah yang masih lekat dengan sebatang pen

"Eh,tak ada daa" kecewa Fathiyyah
"Whaat? tak nampak apa pun"
"Tadi,my fingers contract. Involuntarily. 'Tetany' eh kak?
"Ermmm,selalu ke?"

"Yup,especially masa nak study la."
"Badan awak kurang Calcium . Bahaya la Fathy kalau macam ni selalu. Nanti ikut akak,pegi beli susu"

=================================


Di Anonymous Suite,semalam

tetingkap Mozilla Firefox pada Gong Chan >> wikipedia,encyclopedia

"Cari apa fathy?" tanya kak KD ( tahun 4 medical Student)

"tetany"

"kenapa?"

"tingling fingers. Lack of Calcium eh kak?"

"hurmm,most probably.Awak belum tahap 'tetany' kot,cuma kurang Calcium je ni. Awak memang kena start amal minum susu. Nanti tua-tua esok takut melarat."

"oh,kenapa?"

"Awak tahu tak,dalam tempoh umur kita macam sekarang sampai umur 35 thn nanti,tulang kita boleh serap kalsium. untuk kuatkan tulang.Lepas umur 35, tulang dah tak ada keupayaan untuk serap kalsium dah boleh menyebabkan Osteoporosis.then,masa muda ni memang la kena amik Calcium banyak-banyak. Kalau sejak muda lagi dah kurang calcium,boleh bayangkan apa jadi nanti bila dah tua?" terang kak KD jelas-jelas.

"orait. Faham! dan perempuan pun hilang banyak Calsium kan kak? i mean bleeding loss every month rite?"

"yep. Sekarang ni pun, perempuan yang bersalin akan mudah dapat Osteomalacia due to deficiency of vitamin D and lack of Calcium in adults"

"oooooo"

==================================

Tetany: A combination of signs and symptoms, due usually to low calcium, that can include:

  • Hyperreflexia (overactive neurological reflexes),
  • Carpopedal spasm (spasms of the hands and feet),
  • Cramps, and
  • Laryngospasm (spasm of the larynx, the voice box).
Tetany characteristically is considered to result from a severe degree of hypocalcemia (literally, very low calcium levels in the blood).

Osteoporosis is a condition characterized by the loss of the normal density of bone, resulting in fragile bone. Osteoporosis leads to literally abnormally porous bone that is more compressible like a sponge, than dense like a brick. This disorder of the skeleton weakens the bone causing an increase in the risk for breaking bones (bone fracture).

Osteomalacia: Softening of bone, particularly in the sense of bone weakened by demineralization (the loss of mineral) and most notably by the depletion of calcium from bone.

Osteomalacia may be caused by poor dietary intake or poor absorption of calcium and other minerals needed to harden bones. Osteomalacia is a characteristic feature of vitamin D deficiency in adults.

source : http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=13312

============================

* Biasanya bila budak medik sakit atau terkena penyakit,mesti ada perbualan begini . Buat diagnosis masing-masing. Cari alternatif sendiri untuk selesaikan masalah tanpa perlu jumpa doktor(takyah makan ubat :D)

*Terus terang, penulis lebih selesa jumpa senior bila sakit berbanding jumpa doktor. Senior yang biasa jumpa>> Kak Ell! ngeh ngeh

*Kak Ell baru sudah 'end round' O&G kelmarin. Eh,rindu kak ell la ni.

*Sekarang demam Biochem dan terbaca tajuk Osteomalacia. Lusa Exam!


Last but not least >> Happy 31st Birthday Abang Long!


Salam
Tuesday, May 26, 2009

Kebetulan Muslim?

Kawan-kawan aku
Ramai sudah berjaya
Belajar merata-rata
ada yang sudah sampai ke ceruk sebelah sana,
hidup dan berjuang di bumi hujung sebelah sini
atau setia dengan tanah air kami di sana

Mereka tidak kira la pelajar Farmasi ke,Medik ke,Akaun ke,pendidikan ke,kejuruteraan ke
Mereka Muslim yang kebetulan juga memegang amanah sebagai pelajar
Bukan pelajar yang kebetulan Muslim

Aku pula
Seorang pelajar juga
Pelajar Medik
Aku budak medik la kan
dan aku juga Muslim
Seorang Muslim yang kebetulan seorang pelajar Medik
Bukan pelajar Medik yang kebetulan seorang Muslim

Nanti,aku bakal bergraduasi
Bakal menjadi seorang doktor
Dan aku juga Muslim
Muslim yang kebetulan menjadi seorang doktor
Bukan doktor yang kebetulan seorang Muslim

Pegang amanah sebagai seorang Muslim
Jauh lebih berat bebanannya berbanding pegang amanah sebagai budak medik
Itu la,aku senang terlupa benda ni

Dahulu,kini dan selamanya,
Aku seorang Muslim
Muslim yang kebetulan menjadi itu dan ini.
dan tak mahu menjadi seorang itu dan ini yang kebetulan seorang Muslim


dan aku berserah diri



p.s: and again,terima kasih wahai Ar Rumaisa' :)

The Perfect Planner

Assalamualaikum w.b.t

Orang Mukmin tidak akan mudah bersedih hati
Tidak mudah berduka bila diuji,ditimpa pelbagai dugaan dan cabaran

kerana orang Mukmin dihadiahkan sifat sabar
Sabar dan Redha dengan Qadha' dan Qadar Allah itu sudah tertulis,sejak di Luh Mahfuz lagi.


Sabar itu indah.
Dan belum semua dapat rasa betapa indah dan rahmatnya bila bersabar itu.


Sudah tentu kita masih belum setanding dengan kesabaran Nabi Yaakub bila mana baginda kehilangan putera kesayangannya Nabi Yusuf


Apatah lagi mahu menandingi tahap kesabaran Saidatina Aisyah bila mana beliau difitnah.


Kerana dua insan ini bukan setakat bersabar dan noktah,tapi mereka bersabar dengan kesabaran yang baik.

Bagaimana dikatakan kesabaran yang baik atau 'Sobrul Jamil' itu?


Di antara cirinya ialah menjadikan Allah sebagai tempat mengadu nombor satu dalam hidup.Terus cari Allah untuk merintih dan bermunajat.

Seseorang yang dikatakan sebagai 'Sobrul Jamil' tidak terus mencari manusia dahulu untuk menceritakan atau berkongsi segala masalah.


Maknanya ialah.. Allah nombor satu. Kerana yang memberi ujian adalah Dia. Yang menjadi sumber kekuatan pun Dia.

Bukannya tidak boleh untuk berkongsi dengan orang lain. dan biasanya,kita akan mencari orang yang betul-betul kita percaya dahulu untuk meluahkan semuanya. Hikmahnya ialah kita dapat meminjam sedikit kekuatan dari si pendengar agar kita berani dan terus kuat melangkah ke hadapan tanpa rasa lemah walau sedikit.


Sudah tentu semua ini datang dari Allah. Tengok-tengok balik,memang semua dari Allah
:)
Susah untuk kita peroleh kesabaran yang baik sebegini jika kita tak percaya betul-betul kepada Allah.


Andai kita diberi rahmat kegembiraan dan kebahagiaan, kita bersyukur.
Dan kita berterima kasih kepada Allah


Andai kita ditimpa kemudaratan,ujian atau masalah, bersyukur lah juga.
Kerana dengan ini kita dapat kembali kepada Pencipta kita.

Takkan kita nak salahkan Allah,sedangkan Dia lah yang Maha Mengetahui segala isi langit dan bumi. sedangkan Dia yang Maha Mengetahui segala ceruk dan sudut hati setiap manusia.

" (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya Aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan Aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa Yang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Yusuf,Ayat ke 86

"maka Bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap ejekan golongan Yang kafir itu), Dengan cara kesabaran Yang sebaik-baiknya."

Surah Al Maarij,ayat 5


Fathiyyah,
Everything is from Allah. So,don't be sad. If it is from Allah, it is the best for you
Because He is the Perfect Planner

=============================

Hari ni tiba-tiba rasa diri keseorangan.
Sudah mengadu kepada Dia

Dan sudah pinjam sedikit kekuatan dari teman-teman


Buat kamu yang sudi mendengar,terima kasih.


Buat kamu kamu yang sudi memahami,juga terima kasih

Kalian sememangnya peneman-peneman yang telah ditakdirkan dalam 'cerita Fathiyyah'

Terima Kasih! :)


p/s: entri ini langsung tiada kaitan dengan exam *peace*

Saturday, May 23, 2009

Sarah,Aisyah dan Grace

Assalamualaikum w.b.t

===================

Sarah


Sarah yang merupakan teman baik Fathiyyah,sekelas masa form 2 dan satu dorm masa form 3. juga teman sepasukan kawad kakai KRS. Iyalah.Semuanya di Naim.

Dan bila Fathiyyah dapat tawaran untuk ke Kisas, Fathiyyah beritahu dia dahulu,sedangkan kepada yang lain Fathiyyah masih sembunyikan tentang berita tu.
Masa tu lewat malam,kami duduk di tangga asrama. Menghadap bangunan Billion,mengerjakan projek sambil melihat bintang-bintang di langit :D

Bila Sarah tahu saja tentang Fathiyyah akan kembali belajar di Kuala Lumpur,dia menangis. Bila dia menangis,Fathiyyah pun menangis la.Menangis sambil menyanyikan lagu jepung untuk dia. Sayu pulak hati. Mata menangis,tapi tangan masing-masing ligat menyiapkan 'projek'

Keesokan paginya, kami ke kelas macam biasa. Dan dapat tahu Sarah macam Fathiyyah.Dapat tawaran ke Kisas juga.

A'haa,tergelak besar kami berdua

'Penat oghe nangih utk Fathy semale.Tengok-tengok kita berdua belajar sama-sama la '

Sama-sama di Kisas.Kelas lain-lain la tapi. Dorm lain..Blok pun lain-lain.Sarah rumah Ali dan Fathiyyah rumah Thoriq.Tapi setiap 3 bulan sekali,Fathiyyah wajib ke dorm Sarah. Mengerjakan 'projek' kami macam biasa. Sebab kebolehan Sarah dalam buat projek ni tak boleh dicari ganti.
Hanya dia sajalah :D

Lepas SPM,masing-masing dapat keputusan cemerlang. Sarah tak minat untuk amik Medik. Jadi dia berkeputusan untuk pilih bidang Sains Aktuari dan membuat persediaan selama dua tahun di Negeri Sembilan.


Bila Fathiyyah balik kampung di Kelantan dan berhajat untuk ke sekolah lama dan berjalan-jalan di sekitar KB,orang yang wajibFathiyyah panggil adalah Sarah. Dia muda setahun dari Fathiyyah,tapi langsung tak pernah rasa kekok la kalau mahu berkongsi apa-apa.(Sebab dia matang kot :) )

Dengar khabar, Sarah akan ke US atau lebih spesifik, dia bakal ditempatkan di Illinois.

Hey LadySara,

Lately,i've been missing you.

Lamo sungguh dio menghilangkan diri eh




====================================

Aisyah

Hari tu exam Physio.Isnin ni exam bertulis Histo pulak. Demam Physio sudah habis. Tinggal Histo la pulak. Biasanya semua akan jadi tak lena tidur sebab Physio. Dan masing-masing akan relaks sikit-sikit untuk baca buku Histo


Tipu la kalau kata tak malas sepanjang nak menghadapi exam Histo.Akibat tak larat dah berjuang dengan buku Histo seorang-seorang,Fathiyyah pergi bilik Aisyah.
Study dengan dia pula la.Fathiyyah tanya dia bila mahu berlatih melukis. Dan dia kata sekejap-sekejap lagi.

Setelah beberapa lama,kami duduk bersila bersama-sama dengan meja jepun di hadapan masing-masing dan mula berlatih untuk melukis 18 buah lukisan Histo yang bakal diuji masa exam nanti


Bila saja Fathiyyah kata dia dah malas dan mahu berhenti,dia kata


"Fathy,baik ko teruskan.Sikit je lagi tu"


Dan Fathiyyah menurut la. Betulkan niat untuk apa belajar,dan terus melukis.
Dan bila Aisyah nampak je gaya Fathiyyah macam nak mula malas-malas balik,Aisyah mula menjeling balik.Tajam pulak tu.Kalah mata pisau :D

Serta merta ,tidak jadi la mahu relaks-relaks sangat.Teruskan saja.
Dan akhirnyaa


"Siaaaaap!!"

Aisyah tersenyum.
Fathiyyah tersenyum juga la.

Maka dan oleh itu, terima kasih Aisyah!
Fathy sayang Aisyah :D <<--Malu nak cakap depan-depan la ni :D


p.s: Kalau rasa mcm lemah semangat atau malas-malas study seorang2,cari kawan cepat! Sebab kekuatan dan semangat kita akan datang balik bila bersama dengan rakan-rakan yang turut berjuang menghadapi benda yang sama :D



================================

Grace

Kenal dia dalam penpal world. Grace atau nama Korea nya Jung Da Eun.
Grace muda lagi.Baru 16 tahun. Kami berkenalan sejak awal tahun yang lalu dan boleh la nak kata setiap seminggu sekali,pasti akan terima khabar berita dari Korea sana

Tapi sejak kebelakangan ini,sudah jarang dah dapat email dari Grace. Ingatkan merajuk ke apa kan sebab Fathiyyah selalu lewat balas emailnya juga

Tapi semalam, peti surat gmail kata ada berita dari Korea.
ooo patut la busy semacam adik ni.Sibuk nak exam rupanya.
No big deal! Akak Malaysia ni pun tengah busy nak final exam juga :D

===============================

Bila habis saja exam physio,penulis merasakan yang masa berlalu sangat lah pantas. Lepas peperiksaan bertulis,akan menghadapi ujian lisan bersama para Professor.

Lepas tu
........

Balik Kampung!!!

:D


Salam


p.s: Allahummasasollia'lasayyidinaMuhammadwa'alaAalihiWasohbihiwasallim
Friday, May 22, 2009

Aman Sekejap :D

Salam

Suatu pagi , semua bersiap untuk bersolat subuh.


Ada yang sedang bersolat sunat,baca Al-Qur'an.
Ada yang hampir-hampir terlelap sementara menunggu yang lain bersiap bertelekung dan sebagainya


Aimi lain pula cerita. Sudah siap bertelekung dah. Tapi arah tuju dia bukan ke arah tikar sejadah yang Fathiyyah sudah bentangkan di ruang tamu. Tapi Aimi menuju ke dapur.
Ke arah tong sampah

"Oh,giliran Aimi buang sampah pagi ni.Aimi nak buang sampah sebelum solat kot" aku bermonolog dalam hati


Aimi pegang 'supik' putih,keluar dari dapur. Dan menuju je pintu.


"haaa kan betul"

Dan kami berempat di atas,setia menunggu Aimi naik.


Tiba-tiba


"Ya Robbiii " dengar suara Aimi ..Ada benda la tu. Sama terserempak dengan binatang,makhluk atau manusia.


Aimi tak naik-naik lagi. Haaa,risau dah ni. Tunggu dalam 5 minit,wajah Aimi muncul di pintu rumah. Termengah-mengah.
tachycardia. Dah la terkejut, naik tangga sampai tingkat empat pula tu.

Mahunya nafas naik turun.


"Awat?" tanya Fathiyyah

"Apa jadi?" Syila pun tanya,tak sabar tunggu jawapan Aimi

"ish, Bukak pintu imarah je,muncul muka anak laki tuan rumah. Mana la aku tak terkejut."

"Anak laki yang mana ni?"

" si Unsi tu. Gaya dia macam baru balik dari mana entah" jelas Aimi

"oooooooooooooo"

"Dah dah. Jom solat. Dah lewat ni " ajak Radin

=======================================

Dua minggu tanpa tuan rumah.Tuan rumah ke Alexandria,bercuti bersama keluarga barangkali.

Maka,selama dua minggu ni

Tiada la bunyi pagi-pagi dengar pintu besar imarah kat bawah terbuka dan tertutup.
(sebelum azan Subuh,tuan rumah sudah bergerak ke Masjid Bustan,selang beberapa imarah dari rumah kami)

Tiada lagi dengar suara tuan rumah menjerit nama'Rahmah'(Radin), mahupun jeritan memanggil nama Asyila bila plastik sampah di bawah tidak diletakkan di tempat yang elok untuk dipungut oleh tukang pungut sampah,pada waktu pagi,3 kali seminggu atau suara tuan rumah marah-marah bila kami lupa untuk tutup pam air bila mahu tinggalkan rumah untuk ke kuliah.

Tiada lagi dengar suara manja Maya(anak bongsu tuan rumah) yang merengek-rengek dengan isteri tuan rumah sebelum dia ke sekolah.

Tak ada lagi nak bertemu dengan isteri tuan rumah,bertanya khabar Dan maknanya Dalam masa dua minggu ni juga, tak ada dah dengar bunyi pintu anak tuan rumah terhempas tanda mereka sudah berada di rumah.

Aman sekejap. 2 minggu.

:D

=========================================

ini entry yang ke 406 :))

kalahkan Radin yang dah mula berkecimpung dengan blog sejak form 5 lagi
Ada can nak suh Radin belanja eskrem patah

Ngeh ngeh ngeh
Sunday, May 17, 2009

11.30 malam

11.30 malam

"Aimi,nanti kejut aku setengah jam lagi.Tak solat Isyak lagi ni"
"Ko nak tido kat mana?" sebab biasanya tempat tidur fathy ni merata.
"Kat katil kita tu la"
"ooooo,ok "

=====================

1.01 pagi

"Fathy,banguuuunn..Solat Isyaaak!" Aimi masa tu baru sudah solat Isyak.

Fathy tak gerak walau sikit.

"Fathy,banguuun laaa..solat,pastu study"

Tak gerak jugak!

"Fathy,banguun laaa..Aku nak tido!"

Fathy terus bangun. Pergi bilik air,amik air solat. Lepas tu dia ke bilik Syila.Teringat yang Syila pesan utk kejutkan dia pada jam 12 lebih..

====================

1 lebih

"Syila,bangun."
Syila tak gerak

"Syilaa,bangun..kata nak bangun study" kejut sambil gerak-gerak badan Syila
"Hurrmmmmm" Hurmmm je?

"Syila,bangun laa,solat isyak sekali jom" pujuk syila lagi
"Lapaaaaar laa"
Aik? kenapa Syila ni? bangun-bangun terus cakap lapar. Bukan tadi dah makan malam ke?
ok,tinggalkan Syila dulu

Fathy terus ke ruang tamu.Aisyah tunggu,utk bersolat isyak sekali.
lepas solat,kejut Syila lagi.

"Syilaaa,banguuun"
"hurmmm,ok ok..Thank you fathy"
"Jangan lupa kejut Radin sekali.Dia penat sampai tertido atas sofa depan tu.Syila solat dengan Radin eh"
"Hurmmm"

Lepas Syila solat,Fathy yang masih lengkap bertelekung berehat di atas katil Syila.Nak tido balik senanya(dalam keadaan pakai telekung).
Pastu, marah-marah Syila sebab Fathy baru lepas kena marah dengan Aimi :)
Syila blurr.Apasal la fathy marah-marah tengah2 malam buta ni
Lepas adegan 'luahan perasaan'(mamai daaa),Fathy terus 'pengsan' dan hanya tersedar bila Syila kejut untuk solat Subuh sama-sama


Aimi penat study,nak tido.Punya lah payah nak kejut Fathy.
Fathy bangun, kejut Syila yang tidur awal sejak lepas maghrib lagi.
Radin,syahid dulu di sofa. Memang penat study di siang hari
Aisyah? Peneman setia Fathy belajar sekarang. Kalau senyap sunyi takde dengar bunyi kertas dibelek-belek,faham-faham je lah.

Masing-masing mamai.
Kalau tak mamai pun,semuanya penat
Tenaga habis gara-gara 'Uncle Physio' dan Prof Dr Ibrahim

dan tadi bila makan malam berlima,semua bukak cerita pagi tadi.dan semua gelak tak habis-habis

Apa pun
Macam-macam gelagat budak-budak anonymous. Fathy pasti,orang 'sana' mesti rindu kami.
Kan kan kan?

p.s: tadi Syila masak Gulai daging(diorg kata sambal daging,tapi sambal bukan warna cokelat laa.sambal warna merah!)
.Sedap maa

Daaa~ mahu study

Salam

Saturday, May 16, 2009

Ada hati


Assalamualaikum w.b.t

Ada hati.
Tapi ada satu.
Dan bahagiannya banyaak. Errrk hati yang dimaksudkan di sini bukan 'liver' mahupun 'heart' yang sudah sedia maklum oleh pelajar medik terutamanya.
Hati tu..Hati la. bukan hati-hati(careful) tu

Eh bukan bukan

Pecahan atau bahagian hati ada banyak
Sayang emak bahagiannya di sini
Sayang ayah letaknya di sini
Sayang kakak,abang dan adik-adik pula di sudut yang belah sana
Sayang guru bahagiannya di sini
Sayang kawan baik pun ada ruang istimewanya
Sayang kawan-kawan ruangnya ada di sana
Sayang Gong Chan pun lagi la ada tempat 'special' nya

Sayang semua,dan semuanya sama rata. tapi masing-masing sayangnya berbeza. Rasa sayang emak dan ayah. Tapi rasanya dua-duanya sayangnya rasa lain.Sayang yang lain la.Tapi tahu,sayang ayah dan emak teramat la sangat

Sayang adik beradik dan kawan-kawan. Dua-dua rasa sayang banget. Tapi rasa sayang dua-dua tu pun lain-lain.
Sayang adik beradik,rasanya begini.Sayang kawan-kawan rasanya macam ini pulak.
Eh,berbelit juga la nak terangkan
Berbelit sebab benda ni subjektif.Masing-masing punya tafsiran dan maknanya sendiri

==============

"Tiqah,kita sayang awak."
"eleh,tipu.."
"eh,betul laa..."
"dah tu,sayang awak kat Gong Chan nak letak mana?"
"Alaaaa,hati kite ni memang la ada satu, tapi banyak 'compartment' tau.Awak punya dekat sini,mak ayah kite kat sini,Gong Chan punya kat sini.Dan semua compartment tu sama besar tau.Adil la kaan"
"haha,ok,ok"

===========

Selamat Hari Guru buat para pendidik anak bangsa.
Selamat Hari Lahir buat Mr Wong(Cikgu Fizik di Kisas)
Juga Selamat Hari Lahir buat sepasang kembar yang Fathiyyah pernah kenal.


Wednesday, May 13, 2009

Mak Cik Datang Bawa Hajat

Assalamualaikum w.b.t

"Salam nak.Mak cik datang,membawa hajat dan amanat
Jauh mak cik datang ni. Apa kata pekena kopi sedikit?"

"Nak nama apa ya? Oh Ayu Amiza kan?
Ni ada sedikit 'buah tangan' dari tuan fti. Kawan anak la,namanya Fathiyyah :)"

"Anakanda Fathiyyah mengatakan yang hari ni hari bermakna.13 Mei--Tarikh Penting.
Dia kata lagi,dia lupa bangat hari ni hari penting.Anak faham sahajalah,musim exam ni kan.Maafkan lah Fathiyyah itu ya. Kasihan mak cik tengok dia dilanda perasaan serba salah tak sudah-sudah.

"Jadi,dia 'kirim'mak cik datang untuk tunjukkan anak benda alah ni "

Mak cik hulurkan sepucuk surat kuning. Di luar surat tersebut, ada tulisan

'Buka buka,jangan tak buka '

Sayang,
Selamat Hari Lahir yang ke 20
Walaupun sudah meningkat ke angka puluh,
namun jangan bimbang,
kerana jiwa kita masih muda.
Moga diberkati
Moga dirahmati
p.s: Jangan lupa birthday aku!
:))
-thia-

"Ok lah nak yaa.Mak Cik rasa mak cik kena pulang dahulu la. Rasa 'suam-suam' duduk sini.Tak macam dekat Eire.(memang la Mak cik!) "

Ayu yang tak terkata mengangguk-angguk kepala.

'Terima Kasih Mak Cik..Susah-susah je'

'Sama-sama nak'


====================================


Taraaaaaa, ni mak cik snow man.Pengutus 'surat cinta' untu Ayu. Mak Cik Snow Man ni datang dari jauh. Dari Bumi Eire sanaa :)











Ayu sempat bergambar dengan Mak Cik Snow Man sebelum beliau berangkat pulang ke Bumi Eire






Sama-sama Ayu

*Siapa masih ingat warkah Fathiyyah buat Ayu tahun lepas? *
*Hadiah hari lahir untuk Ayu tahun ni,
"Meh datang umah aku,naik atas sutuh tengok bintang-bintang"


Tuesday, May 12, 2009

Cuba-cuba

Empat perkara yang boleh cuba lakukan bila rasa mahu menangis

Perkara satu
pergi dapur,amik beberapa biji bawang merah dan mula hiris. Kalau nak menangis banyak-banyak,jadi hirisla la bawang merah banyak-banyak. Menangis di situ. Jadi orang akan ingat anda menangis sebab menghiris bawang merah. Bukan bawang putih

Perkara dua
Masuk bilik air. Tadah air dalam baldi. kemudian,'rendam'kan muka anda dalam air tersebut. Jangan lama-lama,nanti lemas. Kalau rasa nak menangis lagi,ulang tindakan di atas. Bila sudah nak dekat pulih,dinasihatkan untuk berhenti.Sekali lagi,bimbang anda akan lemas.

Perkara tiga
Yang ni ada pernah tengok dalam drama Taiwan. Bila dia nak menangis, dia akan 'terbalikkan' dan menggantungkan diri seperti kelawar. Tujuan adalah supaya air mata tidak boleh jatuh.
Jangan cuba,bimbang nanti berlaku kemalangan

Perkara empat (yang ni penulis biasa buat)
Bukak 'paip hujan' atau 'shower' dalam 'bathtub'. Hadapkan muka anda pada air hujan tersebut. Dan menangis la sepuas-puasnya. Pasti anda tidak perasan yang anda sedang menangis. Ataupun, air mata tu dia masuk balik dalam mata,akibat perlu tak larat nak menentang arus paip hujan tersebut. Boleh cuba sekarang dan tak semestinya kena tunggu masa mandi.

p.s: bila nak buat perkara dua dan empat,anda dinasihatkan agar tidak menghebahkan kepada rakan serumah. Hal ini dikhuatiri akan membimbangkan mereka. Buat senyap-senyap sudah :)

Cadangan seperti memeluk emak atau teddy bear tidak begitu disarankan oleh penulis.Hal ini kerana emaknya jauh di tanah air sana dan dia tiada patung 'teddy bear' untuk dipeluk. Yang ada hanyalah bantal berbentuk empat segi bercadarkan gambar daun hijau hijau.

* Tadi baru buat 'perkara empat'. Teruk juga,tapi tiada yang perasan. Air hujan dalam rumah ini sangat nikmat.Terima kasih kepada paip hujan


info dari uncle Physio


"Blinking movements favour drainage of tears as it moves the tears from lateral side to the medial side.Spontaneous blinking occurs at a rate of 10-12 times per minute. It is more in females than males,and increases with emotions,air currents and irritation"

Apa pun,menangis dalam sujud terakhir dalam solat itu juga yang paling melegakan dan menenangkan. Sebab,kita mengadu pada Dia yang sememangnya dan sepatutnya menjadi tempat kita mengadu.Bukan pada bawang dan landas cincang,bukan pada paip hujan dan bukan juga kepada manusia.

Tapi kepada Dia
 

Template by Web Hosting Reviews