Thursday, April 30, 2009

Kami Dikatakan Kembar



Gong Chan dan Asou

Masa tu umur baru setahun setengah,tiba-tiba je mak 'pregnant'. Lagi. Aik,tak puas bermanja dengan emak ayah,dah nak dapat adik baru? Beza aku dengan abang Nuar cukup jauh. 6 Tahun.

Maknanya kan,Abang Nuar memang puas la jadi 'adik' bongsu kepada Kak Long dan Angah. tapi aku ni?
hurm,tak kira. Ada adik baru itu soal kedua. Yang penting,aku dah jadi kakak. Ngeh. Biasanya kalau jadi adik kena mengalah kan? Ngeh lagi.

===============================================

"Masa sy mengandungkan dia...thia was jez 6 months old. Too small to have a little baby sister. Risau jugak hati takut2 xdpt beri perhatian pd thia bila dah ada baby baru. Bila adik lahir, thia was so excited. She was such a loving sister...slalu offer diri nak jaga adik.They grew up together...macam twins. Cuma yg membezakan thia 'tembam' tp adik kecil n comel...macam anak jepun..."-nannychomel-

Beza kami setahun lebih. Dan lagi,emak dan arwah atuk selalu memperlakukan kami seperti kembar. Beli 'gown' ala-ala corak yang sama, anak patung 'Barbie' yang sama cantik, kasut warna sama,baju kurung sama besar.Memang macam kembar la kan.

Owhoo, tapi memang sejak dulu lagi, si kakak memang suka buli si adik.

Dah nama si kakak ni ganas budaknya,manakala si adik memang menurut je kata kakak. A'haa,bila suatu hari di sekolah rendah.Si cikgu sedang mengejar si kakak,sebab degil tak mahu masuk kelas. Masa tu si kakak tengah hangat bermain tengah padang. Si adik pula baik sungguh,khusyuk belajar dalam kelas. Tapi itu la,si adik jarang bercerita tentang perihal kakaknya pada mak dan ayah. Adik memang budak baik :)

=========================================

Masa tu,emak beritahu yang ayah akan bawa kami bercuti ke London. Dan lagi,ayah tak boleh bawa semua. Yang 'confirm' ikut adalah angah dan abang Nuar. Kak Long kena tinggal sebab kak long tak boleh ponteng sekolah dan kena jaga adik-adik yang tinggal bersama arwah atuk dan pengasuh.

Emak kata lagi,hanya salah seorang dari saya dan adik akan dibawa bersama. Oleh sebab adik ni memang tidak kisah orangnya(padahal masa tu adik baru berumur 6 thn) dan sebab lain,kalau tak bawak Fathiyyah juga nanti dia akan muncung sebulan dan takut-takut dia akan merajuk bawa diri. Maka oleh itu, adik mengalah dan Fathiyyah pergi Londong,bergembira bersama Angah dan Abang Nuarnya :)

========================================

Kami berpisah. Sebab masa tu kena hantar sekolah jauh. Tiga tahun berpisah. Lepas PMR, balik sekolah KL. Tapi dapat tawaran masuk SBP. Sekolah berasrama penuh,maka kami terpisah lagi selama dua tahun. Maka,bilik tidur yang kami warisi dari Kak Long,diduduki oleh adik selama 5 tahun. Dia berani,tidur seorang walaupun kadang-kadang dia trauma juga. Sebab kejadian tu. Dia kata,kejadian tu tak boleh lupa sampai bila-bila pun. Soal keselamatan keluarga,mana boleh lupa.

Bila balik bercuti dari asrama, adik akan suruh saya berjaga malam. Biar dia tidur dahulu dan saya menjadi 'burung hantu'.Katanya,dia tak boleh tidur kalau saya tidur dahulu.Semuanya sebab trauma itu la. Dan lagi,bila saya duduk asrama, dia akan mula bicara tentang rindu. Dia selalu rindukan kakak 'kembar'nya ni. Rindu nak kena buli,rindu nak kena marah-marah.

Teruk punya kakak.

========================================

Masing-masing dah besar.Seorang nak dekat 20 tahun,seorang lagi baru masuk 19. Sedara kata,kami dua orang aje lah anak dara emak yang tinggal setelah kak long 'pergi'

Kalau dulu, kakak suka buli-buli,marah-marah adik dia,tapi sekarang dah tak rasa macam itu dah.
Dia rasa pelik,dia rasa lain.

Eh,rindu ke namanya ni?

Kami selalu dikatakan kembar.
Walaupun seorang tu tembam sikit.pendek sikit
Yang lagi seorang kurus tinggi.
Kami selalu dikatakan kembar.
Walaupun kami memang jarang sangat duduk bersama
Macam sekarang,seorang di Tenggara Asia,
Seorang lagi si Timur Tengah
Kami selalu dikatakan kembar
Walaupun yang seorang itu lemah lembut,pengemas
Dan yang seorang lagi tu ganas,suka menyepahkan barang yang dikemas :)





Sebelum masing-masing akan memulakan hidup baru,maka mari kita manfaatkan baki-baki umur muda kita ni.

Mari jadi rapat,mari kita kongsi segala benda yang kita terlepas dulu.

======================================

Ada orang tu baik hati. Nak belikan kita Rollerblade.Hadiah Birthday katanya(Birthday orang lambat lagi la).

Kami mahu 'berjalan' di sekitar Titiwangsa. Kalau emak malas nak pandu kereta ke sana nanti kan dik,tak apalah. Kak uda kan pemandu terhandal di Gombak.Bila-bila je 'On'. asalkan minyak kereta penuh. Ngeh ngeh.

Kalau betul-betul nak bagi hadiah,pastikan Rollerblade itu dibungkus dalam kotak hadiah berwarna biru dan wajib ada riben BIRU!




=========================================
Kenapa bila duduk sekali,
kita susah nak kata pada dia yang kita sayang dia?
Susah nak luahkan yang kita pun rindu dia.
Susah nak tunjuk yang kita sangat ambil berat tentang dia
Kalau nak peluk,cium pipi lagi la GELI.
Kenapa bila duduk jauh,
Selalu rasa nak berhubung selalu,
Selalu nak dengar dia bercerita
Selalu rasa nak beritahu dia 'alangkah baiknya kalau akak ada sekali kat situ'

Kenapa?
Kenapa manusia ni susah nak luahkan sesuatu benda yang bermain dalam hati dia?
Kenapa manusia ni ikutkan sangat ego dia?
Macho la konon.
Ini bukan soal Macho,
Ini soal cara nak tunjuk yang kita sayang dia
Ini soal sayang darah daging sendiri
:)

========================================

Allah itu Maha Penyayang kan,
Dia beri kita emak ayah untuk belai kita
Dia beri kakak,abang dan adik untuk kita rasa sayang dan disayangi
Allah itu Maha Pengasih kan,
Dia tidak biar kita seorang-seorang di bumi ni
Dia tak biar kita seorang-seorang pikul tanggungjawab yang memang sedia ada berat
Dia tak pernah tinggalkan kita
Sebab tu Allah kurniakan kita keluarga,
Jika ada ahli keluarga kita 'dipanggil' dulu pun,
Kita tak pernah keseorangan pun
Kita masih ada orang lain untuk jaga kita.
Macam saudara mara, kawan-kawan
Kalau semua dah tak ada pun,
Kita kan masih ada Dia.

Dia Yang Maha Pengasih
Dia Yang Maha Penyayang
Dan sepatutnya,
Memang Dia lah yang patut kita sayang dahulu kan
Tapi kan,
Kita sayang Dia banyak tak?
dan
Macam mana cara kita sayang Dia?
Wednesday, April 29, 2009

Budak Medik

Salam

Buku penuh satu rak
Kertas berkajang-kajang

Pen habis sampai berbelas batang

Highlighter penuh satu 'pencil box'

Lampu meja dah lama guna sampai cahayanya macam dah nak malap jadinya

Kopi dan Nescafe jangan tanya lah berapa banyak dah habis

Kalau tulis sini,mahu boleh buat orang Gombak 'tokojot'

:)

Rasa suka bila benda yang disasarkan untuk menghafal dalam sesuatu tempoh,berjaya dihafal berjaya dihadam dengan baik
Rasa suka
bila dapat result exam gempak,berbaloi,senyum sampai ke telinga,
Rasa suka
bila dapat buat hati mak ayah berbunga-bunga

Rasa duka
bila usaha penat-penat,tak tidur malam,tak cukup makan,berat turun,mata sembap,muka tak bermaya,
Kepala duk berdenyut,hati duk gementar menjelang hari periksa
Tapi akhirnya
keputusan peperiksaan macam tak padan dengan usaha
Rasa duka
bila benda yang doktor kata benda ni senang,benda tu mudah ,tapi dari tadi duk mengulang menghafal banyak kali,
tak faham-faham juga.
Lepas tu putus asa.Rasa malas mula berkuasa
Katil dicari,diri mula dizalimi
Hiburan dijadikan sebagai penghibur,kononnya kata mahu melepaskan stress,tension bagai

Bila berasa suka dan gembira
Sudahkah kita bersyukur?
Bila kita bersyukur,bagaimana kita menunjukkannya?
cukupkah sekadar ucap Alhamdulillah?
dan
Bila berasa duka,
Kembalikah kita kepada Dia?
Redha kah kita dengan ketentuan Dia?

Apa pun,
sebagai seorang Muslim
sebagai seorang budak yang mengambil Medic sebagai bidangnya

Redha Allah harus terus dicari
Bangga dengan Islam itu mesti
dan usaha jangan henti

I'm a Muslim
will be a Muslim doctor Insya Allah
and
I'm proud to be a Muslim

=========================================

Bila rasa diri ni pikul tanggungjawab sebagai budak medic,rasa benda ni berat.Selalu rasa macam ni.Selalu rasa mahu buat sungguh-sungguh dalam Medic.supaya nanti boleh jadi doktor yang baik .Boleh tolong orang,berkhidmat untuk masyarakat.Jadi kebanggaan mak ayah lagi

Tapi kan

Jarang sangat untuk rasa berat pikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Tanggungjawab yang LAGI BESAR.Jarang sangat nak sedar diri yang seorang Muslim itu bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Bertanggungjawab untuk mengajak orang lain supaya kembali kepada Dia.
Bila jarang sedar tentang siapa sebenarnya saya di muka bumi ini ,maka jarang juga mahu bersungguh-sungguh untuk jadi seorang yang betul-betul Muslim.

Maksud saya sebagai seorang yang Muslim
seorang yang boleh diibaratkan sebagai Mushaf Yang Berjalan
Seorang yang diibaratkan sebagai Islam yang diperlihatkan

Macam petikan lagu 'Man Ana' tu

kita selalu bangga jadi budak Medic.
sebab selalu dipandang tinggi,digelar budak pandai
Sebab kita selalu fikir apa pandangan orang lain terhadap kita

Tapi kita jarang berbangga jadi orang Islam
hurmm,tapi ada juga orang yang rasa malu dengan Islam
maksudnya
malu nak mengaku yang dia tu orang Islam
eh,apa pasal sudah terbalik?

Apa pun,
andai dengan jadi budak Medik,
andai dengan jadi seorang doktor
boleh bawa Islam itu kembali kepada tempatnya,
maka belajarlah bersungguh-sungguh
bermujahadah lah
Sebab Medic ni bukanlah segalanya pun
Melainkan sebagai 'alat'
untuk bawa yang 'Utama' itu
kembali di atas,
dan bukan seperti sekarang


Maksud saya di sini yang utama itu ialah
Agama

Dan agama itu akan tertegak di muka bumi sekiranya ia sudah tertegak kukuh dalam diri seseorang individu Muslim
Soalnya,sudah tertegakkan Islam dalam diri?
andai sudah tertegak,
soalan kedua
kukuhkan Islam dalam hati?

p.s: Muhasabah diri balik wahai Fathiyyah
Sunday, April 26, 2009

Gambar 3

Salam

======================================



Langit biru hari ni




amik gamba sat


================================


we were on training

Taraaaa
Imaan!


==============================================

"Kak Uda,kita nak pergi mana?"
"Rahsiaa"

10 minit kemudian


"Okeh,dah sampai..Uncle,kasi 'kerja' adik saya punya kepala.Kasi nampak smart skit. Nanti guru disiplin dia marah"

"No problem!"



Haaa,kan hensem adik akak.Serabai akak tengok rambut Zaim panjang sangat :)

p.s: Kembali rindu pada tugasan harian bila balik cuti musim panas--->> Penasihat peribadi Hafiz dan Zaim


=================================================





First Year---Physio Practical
Stethoscope





Second Year---Raya Celebration
Balloon! Erkk..

Third Year?
Coming next..
Insya Allah

==========================================

Okai,sambung study.
Kelas Physio mula jam 11.30 nanti

Salam
Saturday, April 25, 2009

Belajarlah dengan Ihsan

Assalamualaikum w.b.t


"Ihsan
( احسان), also ehsan or ahsan is an Arabic term meaning "perfection" or "excellence," which is related to the word "Goodness" ( husn). It is a matter of taking one's inner faith (iman) and showing it in both deed and action, a sense of social responsibility borne from religious convictions. In Islam, ihsan is the Muslim responsibility to obtain perfection, or excellence, in worship, such that Muslims try to worship Allah as if they see Him, and although they cannot see Him (due to the belief that Allah is not made of materials), they undoubtedly believe that He is constantly watching over them. That definition comes from the hadith in which Muhammad states, "[Ihsan is] to worship God as though you see Him, and if you cannot see Him, then indeed He sees you." (Al-Bukhari and Al Muslim)"

Makna dari petikan hadith kedua dalam himpunan hadith 40

'Ar-Rumaisa' pernah menjelaskan makna Ihsan kepada kami
katanya 'Ihsan entails ..
Completeness.........Sincerity........Tastefulness........Correctness'

Syarat-syarat untuk Ihsan ialah
Laksanakan dengan 'complete'
Buat dengan hati yang ikhlas,
dan lagi,
Biarlah perlaksanaan itu didatangkan dengan perasaan puas dan 'best'!
barulah ia dikatakan --sempurna
:)

Sebagai seorang pelajar(peringatan buat Fathiyyah),belajarlah dengan menghadirkan rasa Ihsan ini. Rasa yang Allah sedang melihat.Allah sedang menilai keikhlasan kita sewaktu menuntut ilmu. Dapat rasa yang Allah sedang 'memberi markah' di atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Bila kita dapat rasa dan sedar yang Allah sedang melihat dan menilai kita,kita akan membuat sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh. Sebab kita mahu nampak sentiasa terbaik pada pandangan Maha Pencipta. Sebab kita mahu mendapat 'hadiah' dan ganjaran tertinggi di sisiNya iaitu Syurga.


Dan lagi,kita mahu rasa puas dengan segala yang kita buat. Tak mendatangkan rugi apa-apa pun untuk sentiasa bersikap Ihsan.Bukan setakat berasa untung malah jiwa merasa juga bahawa betapa manisnya sesebuah iman itu.

'Allah tengah tengok apa yang aku sedang buat ni.Malu sungguh kalau tak buat betul-betul,sambil lewa dan banyak merungut pula tu'

*Saya teringat tentang Ihsan ni masa belajar sorang-sorang tadi. Masa itu jam 2.30 pagi.Aimi bersiap untuk masuk tidur sedangkan saya baru bersiap mahu ke meja study. Bila duduk belajar tengah-tengah pagi,ada juga timbul rasa malas dan mahu saja merebahkan diri di atas katil yang empuk dan membentangkan selimut tebal(malam sejuk). Mahu berputus asa la kononnya.


Tiba-tiba teringatkan pesan dari Ar Rumaisa tentang ini.Tersentak dari lamunan dan malu pada diri sendiri.Serta merta betulkan niat dan kembali berjuang dengan buku sehingga waktu subuh.
Sungguh,bila waktu macam ni,kita tidak berseorangan sebenarnya. Sebab ada Dia yang sentiasa mendengar setiap luahan,setiap keluhan,setiap rengekan dan sebagainya. Dan semuanya dihitung satu persatu.

==============================================

24 April 2009

Aimi ajak untuk tidak tidur untuk satu malam. Saya diam,bimbang andai tidak mampu.
Betul pulak tu sebab tepat jam 8,saya sudah 'syahid' di katil dan tersedar pada jam 10 malam. 2 jam tidur, lebih dari mencukupi.Kagum dengan Aimi bila dia mampu bertahan sejak dari petang sehingga jam 3 pagi.(Aimi mmg terer)


Fathiyyah pula hanya bermula bertemankan buku pada jam 10 malam sehingga waktu subuh. Lepas subuh,masing-masing pengsan sehingga jam 8 pagi. Sesudah sarapan,masing-masing bersiap sedia kembali menghadap buku.
Takdak benda lain nak buat dah waktu cuti ni.Buku dan buku..
(Kadang-kadang Laptop :) )

Hari Jumaat merupakan hari yang sibuk bagi Fathiyyah.Lepas zohor,dia perlu masak.Semalam nak masak sedapp sikit----Nasi Ayam! tetiba datang angin rajin nak masak nasi ayam..(bak kata Iman,mahu menggemukkan 'housemates').

Lepas siap masak,bersiap untuk keluar bersama Em dan Huda---ke kelas Al-Qur'an bersama Ustazah. Jam 9 malam baru ada di rumah.
Oh,ada adik kita Khadijah juga. Dijah mahu tidur sini teman Kak Radin nya memandangkan Syila 'lari dari rumah' ke rumah Huda.Melepas rindu agaknya Syila tu :)

Baru nak baring sebab penat,namun Aimi ajak berdiskusi tentang permasalahan dalam Physiology.Berbincang tentang kehebatan mata. Buntu dan pening-pening sebab belum boleh selesaikan segala kekusutan sementara mengenai mata,lalu Aimi berkeputusan untuk bertanyakan kepada jiran sebelah bilik(Aisyah).

Dan Fathiyyah terus bukak kipas,tarik selimut.Mahu tidur.tepat jam 9.30 malam. Berhajat mahu bangun 2 jam kemudian.Terlelap

Tiba-tiba,dia dengar ada orang berbincang dan terus menarik perhatian dia. Dia bangun bukak mata dan melihat orang-orang yang sedang berbincang tu.
Lantas dia menyampuk mahu berkongsi pendapat juga.Tapi pelik,mereka semua tergelak.
Lepas tu dia macam nak marah

'apsal korang gelak?Betul ape'
'Apa yang Kak Fathy cakap ni?' tanya Dijah sambil tersengih..Aimi pun sama,lucu lihat teman sebilik dia sorang ni..
'Betul la kan..bla bla bla...'

lepas cakap,dia lega.terus rebah.Tak sedar apa-apa dah.

Tepat jam 2 pagi.Dia terbangun.Lihat jam sambil mengeleng-gelengkan kepala.
'Lama nyaa aku tidur,mi.'
Aimi yang masih di meja tersenyum.
Dengan segera,dia bergerak ke meja.Buka buku Physio (lagi!)

Sebelum mula belajar,dia tanya sesuatu kepada Aimi,mahu hilangkan tanda tanya.Tetiba rasa lain macam. Ingat-ingat lupa tentang apa dah jadi.

Aimi tergelak.Seraya berkata
'Ko mengigau la tadi Fathy'

eh ye ke? Aduiii..malu..tergelak Fathiyyah dengan aimi tadi. Malu dengan Dijah dan Aimi. Entah apa-apa yang dia 'mengarutkan' tadi. Patut pun Dijah dan Aimi tersenyum semacam bila dia bangun tadi.Rupanya Kak Fathy tengah mengigau!

'Fathy penat sangat kot ni' Aimi kata lagi..

Betul,Memang Fathiyyah penat hari ni

Pengajaran: Kalau dah tidur tu dan dengar orang cakap-cakap,takyah la bangun nak menyibuk dan menyampuk.Kang tersasul keluar benda lain kang.Mujur la Aimi dan Dijah baik hati,tidak mengenakan Fathiyyah dengan lawak luar biasa :)

===============================================

* tangan Huda berjaya diselamatkan dari tersepit antara pintu tren dalam perjalanan pulang tadi.Legaa aku ngn Em..Laju-laju skit lari eh Hud kalau dh nampak tren tu dh smpai.Kalau Ummi Huda tanya apa dah jadi,apa kami nak jawab,Hud?

Tapi kesian jugak Hud tadi.Tapak kasutnya memang dah licin.Tambah lagi anak tangga yang perlu dituruni agak banyak. apa pun,alhamdulillah sebab semua selamat sampai di teratak masing-masing dengan selamatnya :)

** Fathiyyah sedang bertahan sejak jam dua pagi tadi lagi. Perlu teruskan hingga jam 9.
oh,hari ni kena jumpa ustazah lagi :)

***Emak,Kak Long,Kak Aishah,Adik-----best tengok teater semalam? Mentang-mentang thia sorang tercampak kat sini.(telan air liuq je la).Nak bergeng ngan Kak Arsyi je laaa lepas ni(nada macam nak merajuk) :))


****ENtry lain macam panjangnya.



Thursday, April 23, 2009

Gong Chan Printscreen--edited--


Salam

Ambil idea ni dari blog kak Nuha(KS datang komen kata idea benda ni senanya datang dr blog Bro Acai)

suka background ni dan sudah lama pakai. Dan Ks pernah kata yang background laptop nya juga berupa gambar ni (Ks sudah final year medical student di Russia)

Letak gambar ni juga di Blogger Profile,Friendster,Facebook dan Eduiluvislam. Tak dak gambar macho lain dah :)


Item 1 ->> Suhu sekarang awal pagi di Cairo ---- 24 darjah. Kalau pukul 1/2 petang nanti,kadang-kadang suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah! maklumlah nak masuk musim panas dah :)
p.s: Kipas belum beli. Balik rumah terus cari tuala.Panaaaas :)

Item 2 ->>tahap enjin Gong Chan. Gong Chan selalu demam-demam. :)

Item 3->> Ada nama tuan Gong Chan. juga ada ini -----MBBCh,Cairo University. Sekadar motivasi diri :)

MBBCh Degree
Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, or in Latin Medicinæ Baccalaureus et Baccalaureus Chirurgiæ (abbreviated MB BChir, MB BCh, MB ChB, BM BS, MB BS etc.)

item 4
sudah tiada
:)
==============================================

ada orang tanya
'kata ari tu nak berenti blog?'

saya kata
'mana ada nak berenti. sy tulis fti MUNGKIN sepi seketika. Mungkin maknanya belum pasti :)
tak berani nak kata sy akan berenti dari blogging. Sebab tahu kadang-kadang mesti gatal mahu menulis juga :)


Wednesday, April 22, 2009

22:78 ,, 29:41,, 31:22

Assalamualaikum w.b.t

" dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang sebenar-benarnya. Dia lah Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah.Dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di Dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah). oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan"
[22:78]

" misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal Sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan"
[29:41]




"Medan fikir lebih luas dari Medan Cakap
Medan Cakap lebih luas dari Medan Amal
Medan Amal lebih luas dari Medan Jihad
Medan Jihad lebih luas dari Medan Jihad yang Muntij(efisien)"


gambar atas ada bulatan.
punya lima ruang.
Sila isi berdasarkan penyataan di atas.
Medan apa yang letak paling luar dan Medan mana pula harus diletakkan paling tengah dalam bulatan tersebut.
Dan mengapa?

==============================================================
.
"dan sesiapa Yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan Segala urusan."
[Luqman:22]

Selamat Bermujahadah Semua.
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik Pelindung,Dia jualah sebaik-baik Penolong
Tuesday, April 21, 2009

Girls' Day Out

Salam Alayk.

Semalam merupakan hari cuti. Ramai bergerak ke 'taman bunga' menjayakan GIRLS' DAY OUT



Kak Rem,akak pengarah :)


Bergambar dan makan-makan



Main-main




Sebahagian dari pelajar 2nd Year yang datang





Dan Kami (Anonymous Suite)





Gerak ke kelas
Revision aje banyak hari ni :)
Mulakan hari ini dengan senyuman.Haa, kan manis tu :)
Monday, April 20, 2009

Hafiz dan Zaim

Assalamualaikum w.b.t

Biasanya,bila menghubungi emak di 'kampung',kami akan berbicara perihal anak-anak bongsu emak,Hafiz dan Zaim.Dua-dua 'hero' emak.



Hafiz yang semakin meningkat ke alam remaja semakin pandai pendam perasaan sorang-sorang,pemakaian jadi 'ntah ape-ape',bergaul dengan kawan-kawan 'ntah sape-sape'. Hari tu ada benda jadi kat rumah,sesuatu terjadi pada Hafiz.. Puas Abang Nuar memberi kaunseling. alhamdulillah,Hafiz nampak macam mahu berubah.Agaknya dia serik dengan peristiwa tersebut.

Tapi adik kata,tak sampai sebulan,dia seperti mahu kembali seperti dulu. Macam nak buat perangai balik. Mula la pakai baju kecik,jeans ketat-ketat,pakai tali kat leher,gelang. Ni lagi satu,pakai celak pulak eh Hafiz? (memang nak kena piat telinga dengan kak uda Hafiz ni.)

Zaim lagi seorang. Malas belajar bukan main. Bukannya tak pandai cuma penyakit M tu memang merajai dirinya. Dia bermalas tapi bukannya buat apa pun. Dia suka berangan(macam adik).Pastu cakap seorang-seorang berlakon semula dialog cerita yang dia baru tengok.Tapi Zaim kira tak perlu risau tentang dia sangat. Sebab Zaim sangat rapat dengan emak dan dia patuh dengan semua apa yang emak kata.jJadi,tak apa la kot. Cumanya itu la Malas banget.

Kalau bab-bab solat alhamdulillah,Zaim tak pernah tinggal solat hatta solat subuh sekalipun.Asalkan kita ketuk pintu bilik dia,membebel sekejap dan akan bangun la Zaim untuk bersolat subuh dengan berimamkan Hafiz :)

Emak mana tak risau kalau tengok anak-anak lelakinya nampak lain macam ditambah lagi dengan malas belajar. Hafiz tu pun,memang terbukti dahulu dia merupakan salah seorang pelajar terbaik di sekolah rendahnya. Tapi itu la,tidak lama pun.Setahun lepas tu,prestasi dalam pelajaran makin merosot. Mungkin sebab dia tersalah pilih kawan,dan kami pun kurang prihatin dengan perkembangan dirinya.
Hurmm,salah kami sebab kurang menyelami hati dan kurang meluangkan masa dengan dia.

Semalam mak bercerita lagi tentang budak dua orang tu. Hafiz yang selalu main PS2 dan markah ujiannya terutama dalam subjek Matematik yang sangat teruk.
Zaim pun sama,matematik pun teruk juga. Eh pelik la Kak Uda. Biasanya orang perempuan macam kak uda yang tak suka mengira-ngira ni. Dan sepanjang kak uda kamu ni menjadi pelajar dan pemerhati yang baik,kak uda mendapati bahawa orang lelaki sangat sangat la hebat dalam Matematik.
Kenapa adik-adik akak dua orang ni tak suka Matematik ni.

Mak kata Zaim lagi la. Siap kata pada emak bahawa dia mahu carik kerja yang tidak memerlukan penguasaan dalam bidang Matematik.
Tak kisah la pemain bola ke perompak ke kata emak.

"Ya Rabbi,nak jadi perompak si Zaim tu?"
"Tu la,tapi mak kata kat Zaim,Perompak pun kena hebat dalam Matematik untuk kira duit.hihi"

Apa lagi,Zaim pun mengeluh bila tahu perompak pun kena pandai mengira kata emak.
Dan saya pun tergelak la seorang-seorang depan laptop bila berborak dengan emak semalam

Haiyaa,ada hati Zaim nak jadi perompak? Adik kak uda seorang ni. Senangnya boleh fikir macam tu
hurmmm..pemikiran budak kecil.Semuanya dianggap mudah saja. Itu lah namanya kanak-kanak yang belum tahu membezakan yang baik dan buruk.Baginya,asalkan sudah menyelesaikan salah satu masalah dalam hidupnya pun dah cukup.

Sambil ber'chatting' dengan emak,Hafiz menegur. Saya ambil peluang untu bertanya apa sudah jadi.Dan macam biasa,dia mana mahu kongsi semua. Dia kan perahsia dan pendiam juga orangnya. Ish bahaya sungguh kamu simpan perasaan sorang-sorang ni tau Hafiz.

puas la juga saya 'basuh' dan 'ketuk' Hafiz semalam.Dan responnya hanyalah 'Urmmmm,ye la ye
la...'
(ish,kadang-kadang boleh 'naik angin' juga sampai tahap mengeluarkan bunga taekwondo ni karang bila ber'chatting' dengan Hafiz semalam. Sabar dan jangan marah ya Kak Uda :))

Emak selalu pesan minta saya tengok-tengokkan 'hero-hero' mak ni. Kena mula pantau mereka dari sekarang.
"Tolong la bimbing adik-adik kamu tu Thia. Nanti senang hidup kamu orang bila emak dah tak ada esok-esok"

Dan kata-kata emak ni selalu terngiang-ngiang di telinga sehingga kadang-kadang jadi sebak pun ada.Alhamdulillah lima orang anak emak sudah berada dalam 'zon selamat'.Tinggal dua yang ni aje yang masih di tahap 'zon merbahaya'.Jadi,mana mungkin emak tidak risau.Mungkin dari segi luaran,emak nampak 'cool' dan 'relax. Tapi hati dan kerisauan seorang ibu,kita tak mungkin mampu faham sepenuhnya.

Hafiz dan Zaim,kalau lah kalian faham apa dan mengapa kami selalu risaukan tentang kamu berdua ni


Tanggungjawab kakak-kakak yang bernama Fathiyyah dan Hazimah nampak semakin berat iaitu memastikan adik-adik kami 'menjadi' seperti angah dan abang Nuar.Nak harapkan emak dan ayah je tak boleh la kan. Lagipun emak dan ayah dah semakin meningkat usia.Jadi tak mengapalah mak ayah,thia dan adik kan ada.

Thia dan adik akan memastikan tiada siapa pun dari budak dua orang tu terlepas nak jadi pemain bola sepak atau pelakon ternama. Kak Uda akan memastikan bahawa Zaim akan lupa ingatan terus tentang hasratnya mahu jadi perompak tu.

Oleh itu,Kak uda dan Kak Chik(adik) akan memper'siap'kan segalanya untuk kamu orang.
Habis la korang.siapa yang perangai baik dan rajin belajar,akan dapat ganjaran(budak-budak ni kalau tak bagi ganjaran memang tak jalan la kerja.Tak apa la,sebagai motivasi pun ok ) dan kitorg akan selalu bawak korang jalan-jalan.

Tapi kalau siapa yang buat perangai dan degil,siap la kena 'karate' dengan kak uda dan kena dengar bebelan kak chik. Akak tahu korang memang takut kalau akak bukak 'taekwondo' akak kan :)
Jangan cari pasal ha.
nantikan Kak uda balik( memang garang ni )

Adik,jom! kita ada banyak 'Homework' kena buat ni
erkkkk,harapnya menjadi la rancangan kami :)

p.s: Semalam pergi City Stars. Bukan ber'shopping' untuk diri sendiri tapi mahu beli sesuatu untuk dua orang hero ni. Wallets from Adidas for them. (habis duit simpanan aku..hihi..)

macam kak uda cakap tadi,siapa yang perangai baik baru dapat. Kalau buat perangai yang kak uda kurang gemar,kirim salam saja lah pada wallet tu ya adik-adik :)

and to my dear Hafiz and Zaim,
I love both of you so much!


Sunday, April 19, 2009

Kenapa adik lelaki biasanya malas?

Salam

kenapa adik(nota:orang) lelaki biasanya liat dan malas-malas?

entry ini kosong lagi
sebab sekarang mahu ke Mall..Lepaskan 'ketegangan' sesudah exam

oh ya,esok cuti!


nanti sambung tulis...


Saturday, April 18, 2009

Jaga-jaga

Salam Alayk
Leen+Ayu= T E K U N
(sesi ulangkaji hari tu)



Cama lukis Cantik

Histology = mikroskop+melukis




Syila dan Husna tunjukkan sesuatu. Mereka memang banyak kali sudah khatam buku :)


* Exam Histo bermula hari esok(Ahad19 hb).
Exam Histo bawa 25 markah semuanya.

Kumpulan pertama sudah menamatkan exam mereka tadi.
Ada dalam kalangan mereka berkata
"Jaga-jaga. Soalan susah tak terkata"
(T_T)

Ada harapan untuk tidak tidur malam ni
faktor cuak+takut menguasai diri

Semoga segalanya dipermudahkan
Masih ada masa untuk melipat gandakan usaha
dan lagi
Tawakkal kepada Yang Maha Mengetahui segalanya


Friday, April 17, 2009

Soalan Maut

Semalam masa Anatomy, sepupu yang bernama Farhan telefon. Farhan belajar di Tanta sekarang dalam jurusan agama.

Saya pada waktu itu sedang duduk mahu baca buku sambil menantikan pensyarah Anatomy untuk memulakan pengajaran pada hari itu.

Farhan bertanyakan tentang Soalan Maut. Mautnya soalan tersebut sampaikan saya rasa mahu terjatuh dan terjelepuk dari kerusi masa tu juga.Oleh sebab saya masih boleh mengawal keseimbangan badan maka saya masih kekal 'macho' duduk di situ.
Farhan..Farhan..
Lagi saya menafikan,lagi la dia menekan. Dia mahu mendapat pengakuan ekslusif dari tuan punya badan namun tidak berjaya sebab memang sungguh tiada ada apa-apa.

Farhan kata lagi 'mok' dia beritahu. Saya tanya,mana 'mok' tahu? Dia jawab 'Mok Long la kot bagitahu'.. Nota : Mok Long= Emak/nannychomel

'Sudoh' kata saya. Habis heboh satu kampung.adui... Dan Farhan gelak tak habis-habis. Itu pun tak puas hati lagi tu. Sebab dia masih tak dapat jawapan yang dia nak.

Selesai 'bertelagah' main-main dengan Farhan, sy katakan padanya bahawa saya perlu pergi memandangkan kelibat pensyarah mula kelihatan.

Entah apa cerita yang telah sampai kepada mereka. Yang pasti,Tuan Punya Badan sekarang berada dalam keadaan 'cool' dan 'relax' aje. Sebab memang tiada apa-apa la

:)

Tunggu balik Mesia. Mahu tanya emak apa sudah jadi..
Balik cuti,wajib balik Kampung. Kita 'serang' sama sepupu-sepapat di Kelantan.

p.s: 'Vest' PO sudah siap! ngeee....rasa nak peluk-peluk Radin dan Kak Madihah :)

Gambar 2





Gambar





Tak Update,Tapi Letak Gambar :)
Thursday, April 16, 2009

Their Birthday :)


A sister is the one who makes life easier to live,
Whom you can share our likes and dislikes with,
She is the one who tells us her vast secrets and feelings
And asks us to do the same,
And has the rights to know all our friends' name.
She makes us feel comfortable when we are sad,
She guides us the right way when we are bad,
She is more than any word can tell,
She holds us when we tend to fall.
She comes to know our problems through our eyes,
She is of course naughty but wise,
She is my life's sunrise.
We should always make oneself full
of these qualities to be a sister.
And my Sister you are the most beloved to me
As you care so much for me!



Friends will come and friends will go,
The seasons change and it will show,
I will age and so will you,
But our friendship stays, strong and true.




Wednesday, April 15, 2009

Demam


Chelsea reached the Champions League semi-finals after thwarting an astonishing Liverpool fightback.

The quarter-final second leg finished 4-4 with Chelsea going through 7-5 on aggregate and the eight-goal thriller at Stamford Bridge must rank as one of the all-time European classics.

Liverpool trailed 3-1 from the first leg at Anfield and when Fabio Aurelio's clever free-kick then Xabi Alonso's penalty gave the Reds a 2-0 half-time lead to make it 3-3 on aggregate it raised hopes of an amazing comeback.

However, Didier Drogba's flick deceived Reds goalkeeper Jose Reina, who palmed the ball into his own goal early in the second period to initiate a Chelsea revival.

A brutal free-kick from Alex and a tap-in from Frank Lampard sent them ahead at 3-2, but courageous Liverpool dug deep with Lucas and then Dirk Kuyt putting them back in front at 4-3 on the night. But the crucial final goal needed to make it through eluded them, and instead Lampard fired in his second in a nail-biting finish.

http://www.premierleague.com/page/Headlines/0,,12306~1627687,00.html

==========================================


Demam nak exam.. Masa ni jugak demam nak tengok Chelsea :)

Tapi demam nak exam lebih dahsyat :(


Monday, April 13, 2009

Tidur

Kamil :)


Assalamualaikum w.b.t

Mari 'recall' apa yang kita belajar hari ini bersama Dr Hani

'Sleep Disorders' menurut pemerhatian Fathiyyah

Insomnia(biasa sangat dah kena)

It is insufficient sleep that occurs in adults due to psychological factors e.g. anxiety ir intake of analeptics e.g coffee

"hari ni kak uda tidur pukul berapa?"
"tengok la kejap-kejap lagi. tengah 'Jet lag' ni"( nota: Jet lag biasanya akan berlaku bila baru pulang dari Cairo)
"selalu tidur pukul berapa kat Cairo?"
"Tak tentu..."
"cukup 6 jam?"
"kalau kat Cairo tak pernah cukup kot.Kalau nak exam, tak tidur pun kadang-kadang"
"awat?"
"cuak nak exam la.."
"ooooo"
"macam mana tak nak bagi mengantuk?"
"minum kopi atau nescafe. Tapi jangan amalkan sebab ada 'side effects' lain. Kalau sekali sekala baru boleh "
"ooooo(lagi)"

>> Rasanya semua pernah mengalami insomnia kan? Budak kecik jarang kot terkena insomnia melainkan budak-budak yang berjaga setiap malam demi menyaksikan perlawanan EPL di saluran Astro..(sokong MU n Liverpool je keje nya. Kalau Chelsea tak apa la :) Tapi kan,patut ke stress utk Bola? hihi )

Nocturnal enuresis (Kencing Malam)
Involuntary urination that occurs at night. (Involuntary urination that happens during the day is known as diurnal enuresis.)
Some teens may sleep so deeply that they don't wake up when they need to pee.

>> a'haaa,ni tak perlu huraikan sangat. Sebab rasanya semua pernah alami. Kalau dalam keluarga,contoh paling dekat ialah tengok adik-adik(abang-abang?) masa kecil dulu :)


Narcolepsy
chronic sleep disorder characterized by overwhelming daytime drowsiness and sudden attacks of sleep. The condition is most characterized by excessive daytime sleepiness (EDS), in which a person experiences extreme tiredness and possibly falls asleep during the day at inappropriate times, such as at work or school.

>> Tidur lepas balik dari kelas. Atau tidur lepas asar. tidur dalam bas,tidur dalam tren.tidur dalam kelas? erkkk..
atau tidur masa berdiri tegak waktu perhimpunan pagi?sy pernah alami yang ni LOL


REM behavior disorder
the patients with this condition act out their dreams,they even JUMP out of bed to do battle with imagined aggressors

>> yang ni belum pernah tengok dengan mata kepala sendiri. Cuma saya pernah saksikan Hafiz dan Zaim jatuh dari katil waktu tidur. Tahan gelak la jawabnya :) Kata Dr Hani,mereka yang jatuh dari katil ini adalah mereka yang tidak dapat mengawal keseimbangan badan semasa tidur

Somnambulism (Sleep Walking)




"Kak uda.."
"Yaa..."
"Semalam kan zaim tengok tv. Pastu Zaim tertido. Pastu esok paginya,Zaim dah ada atas katil dah. Sape angkat Zaim? Mak ke?"
"Mana ada sape-sape. Zaim yang jalan sendiri naik atas masuk bilik Zaim"
"Zaim tak sedar pun..Mata Zaim bukak tak?"
"Entah,bukak la kot. Kalau tak macam mana Zaim boleh naik tangga,tak jatuh pulak tu" "Peliknya.Zaim tido tapi mata bukak. Boleh jalan tapi tido.."
(Sengih)

Somnambulism--More common in male children. The person walks with eyes opened.When awakened, he cannot remember what he did.

>> Dr Hani kata lagi,mereka yang mengalami Somnambulism ini biasanya stress atau terlampau letih(nota:banyak main) dekat sekolah. Kalau nak tengok adik-adik anda(terutama lelaki) stress atau tidak di sekolah,cuba perhatikan mereka malam-malam atau buatlah 'ujian' sket :)
-----------------------------------------------------------------------------




Ada la suatu hari, saya dan adik mahu berkelakuan nakal sikit. Misi mengacau Hafiz bila dia tengah 'syok' tidur. Kiranya,ini merupakan misi balas dendam la. Sebab Hafiz suka ejek kami dengan mana-mana lelaki entah. Kita mahu kenakan dia balik,tapi susah. Sebab Hafiz ni sangat pandai simpan rahsia

Masa tu tak ingat tingkatan berapa. Kami tersenyum(nakal) bila tengok Hafiz tidur dengan sangat nyenyak. Jom!

" Hafiz...bangun laa"
Hafiz separuh sedar.Mata dia terbukak sikit tapi sepet.Namun,kecenderungan Hafiz pada waktu itu ialah meneruskan tidur.Sengihan kami terus melebar.
"nak ape..." nada macam nak marah. Tapi dia tak sedar yang dia sedang mengigau tu,
"Siapa budak sekolah yang Hafiz minat tuu?" adik mula 'memancing' Hafiz sambil angkat-angkat kening.
"Maisarah la(bukan nama sebenar)"
"Orait,,,dah dah sambung tidur.."


yesss!!! Tahan gelak dengan adik. Hafiz pulak sambung dengan mimpinya

Kesian Hafiz..hihi (tu la , kenakan orang sangat)

p.s: Orang kata,kalau mahu korek rahsia dari orang yang pandai simpan rahsia,caranya mudah. Kejut mereka dari tidur,pastikan mereka dalam keadaan tidak sedar(mengigau) dan tanya lah apa-apa. Anda pasti peroleh jawapan yang sangat memuaskan hati. Tapi jangan dicuba pada kakak atau abang yang sudah dewasa,takut kena 'sekeh' masa tu jugak :)


"dan Kami menjadikan tidurmu sebagai istirahat.dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian,Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan"

AnNaba': 9-11

Jumlah masa untuk tidur yang optimum untuk golongan dewasa ialah 6 jam. Jangan lebih,jangan kurang(pandai nasihat orang lain ya Fathiyyah) :)

Jaga tidur dan jaga lah kesihatan anda. Sebab tubuh badan kita ni nak pakai lama kan?

Jangan biarkan ia mudah terkena penyakit selagi kita belum menyumbang apa-apa untuk alam.

==============================

chef di dapur(chep)sedang masak Nasi Tomato untuk birthday Girl,Zawani :)

okeh,sambung baca buku
jumpa lagi

Salam :)

Sunday, April 12, 2009

Pengisytiharan


Lokasi: Dalam Tren,Stesen Ghamra(dalam perjalanan pulang dari kelas Ustazah)
Tarikh: 10 April 2009
Masa: 8.35 malam
Pelakon: Em,Hud,Fathy
Pelakon Tambahan: Uncle dan Auntie Arab :)
Jurugambar: Henset Em


Hari ini,12 April 2009 diisythiharkan bermulanya final exam bagi pelajar tahun dua Perubatan,Cairo University. Final Exam bakal berlarutan sehingga 25 Jun 2009 yang bakal dimulakan dengan Practical Exam,Written Exam dan Oral Exam.

Oleh itu FTi mungkin akan diabaikan selama dua bulan.

Selamat Bermujahadah semua

Andai dengan menghadapi exam ini mendekatkan diri kita kepada Allah,maka sangat elok la ada exam selalu kan ?

Salam dari Fathiyyah
Saturday, April 11, 2009

KBM

Assalamualaikum w.b.t

Jika bertanya kepada tuan empunya diri atas faktor apakah dia kelihatan tidak sabar untuk pulang ke Malaysia, dia akan menjawab
Bold
"Balik ni wajib 'call' angah dan sertai prog KBM "

KBM- Keindahan bersamamu

Gambar di bawah bersama adik-adik 'Kasih' dan 'Sayang' sdalam program 3R(Remaja Raikan Ramadhan)serta kakak-kakak Fasi lain pada bulan September yang lalu










*Banyak benda nak dibuat balik cuti musim panas ni. Apa pun,mari kerja keras untuk 'final exam' dahulu agar boleh pulang dan 'join' banyak benda tanpa perlu risaukan apa-apa.

*Satu Tekad--Lagu Tema KBM

*Catatan memori 3R di sini

Blog rasmi KBM --www.krj-motivasi.blogspot.com
Friday, April 10, 2009

Potong Tangan Kerana Bersedekah


Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.

Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Pengajaran : Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

======================================

Selamat Hari Jumaat semua,Maka marilah berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan pada penghulu hari ini.


Thursday, April 9, 2009

Sama?



Entah siapa entah dia ini,sy pun tidak kenal.
tapi Ateng bersungguh-sungguh kata muka dia sama macam...
Ateng tadi tegur kat Ym dan beri gambar ni,disuruhnya tengok

(Ateng suka buat Fathiyyah rasa mcm ni.)

*edited* Nama dia Afgan. Penyanyi Indon. Sebaya iaitu lahir pada tahun 1989. Tarikh lahir pun nak dekat-dekat.Pertama kali lihat artis berkaca mata bingkai hitam tebal macam yang ini.


Haa,tengok gambar yang atas ni baik-baik..Lain kan? Kan kan..

*edited* tak buang entry ni walaupun emak dh tengok. Tetiba mahu biarkan dahulu
Encik Afgan,mujur kita saling tak kenal.

Moga Encik Afgan digolongkan dalam kalangan
orang-orang yang baik

Ameen
 

Template by Web Hosting Reviews