Tuesday, March 31, 2009

Belajar Dari Abang

Assalamualaikum w.b.t




Yang kiri itu angah yang kanan itu Abang Nuar.Angah kecik orangnya,Abang Nuar tinggi lampai

Angah

Dia agak pendiam di rumah,tapi saya tahu dia 'bising' di luar. Tahu yang dia banyak buat kerja di luar,'meeting' sana sini. Rajin buat program.

Jadi rapat sikit dengan angah bila masing-masing sama meminati siri Korea dan Bola sepak.

Kalau naik kereta angah, sy suka buat kereta tu macam saya punya. Pilih salah satu CD nasyid dekat situ. Mirwana jadi pilihan. A'haa,angah la yang mengajar sy mendengar nasyid Mirwana ni.katanya,tak ditelan zaman pun semua nasyidnya. Terutamanya nasyid berjudul 'Khalifah Pertama'. Saya nyanyi perlahan-lahan dalam kereta masa tu.tak mahu angah dengar,tp angah perasan jugak.Dia pun turut sama mengalunkan nasyid tu. Senyum aja :)

Hari tu,balik Malaysia angah ada tanya

'Mesir ok?'
'ok je,Not bad'
'Tarbiyah sana macam mana?'
'pun ok'
'pandai-pandai la jaga diri dekat negara orang tu.'

haa, macam tu aje kami berinteraksi. Sepatah-patah juga menjawab.(sebab kekok). Tapi itu la,rupa-rupanya angah selalu juga berpesan pada rakan-rakannya yang akan ke mesir kerana kerja atau apa-apa lah.

'tengok-tengokkan adik ana tu ya'

hurmm.itu angah..

========================================
Abang Nuar,

kaki 'penghasut' nombor satu. Dia selalu menggunakan bakatnya yang suka berdebat untuk mengubah sesuatu keputusan orang lain. Hari tu,hampir-hampir tak nak pilih belajar di Timur Tengah disebabkan lawan cakap dengan dia. Fuhh,mujur :)

Abang Nuar yang ajar saya minat politik ni. Dia suka politik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri .

Dan lagi,bila saya dah besar ni,dia suka bercerita ttg politik dengan saya. Itupun kalau saya bertanya dia macam-macam la. Kami bincang macam la kami ni wakil rakyat. Kalah kot wakil rakyat :)

Chat dengan abang Nuar hari tu. Dia tegur

'Yo bro!'
'Ape bro-bro..Thia la niii..Apa daaa'
'hahahaha, apsal thia tak pegi Palestin?'
'Ok,next week thia lari ke Palastin. Kirim salam pada mak dan ayah eh bro?'(macam la betul,saja nk tgk respon dia :)
'Erk,main-main je la..'

Perbualan tak berhenti setakat tu je. Kami berdua masing-masing melepaskan emo mengenai nasib di Palestin dalam tetingkap YM tersebut. A'haaa,darah orang muda kata emak.

==========================================

Semalam,buka blog dan jalan-jalan. Jumpa lagu ni. Tak dengar betul-betul lirik dia,cuma tertarik pada rentaknya sahaja. Serta merta teringatkan dua orang ni.

Saya fikir banyak,fikir dalam-dalam.

Saya tahu mereka sedang bekerja kuat kerana saya tahu apa matlamat mereka, dan lagi kami berkongsi cita-cita. Berkhidmat untuk orang lain,sama-sama buat kerja dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sebab kami pernah duduk di bawah satu bumbung,menerima pendidikan di rumah dan sekolah yang sama. Diajar sejak kecil tentang peranan kami bila sudah besar.

Matlamat itu semakin jelas sekarang.

Mereka pendiam orangnya,kurang bercakap,kurang 'berceramah' beri nasihat kepada adik-adik mereka. Mungkin sebab mereka percayakan pada kami( saya dan adik terutamanya) untuk fikir mana yang baik,yang mana yang tidak baik. Yang mana perlu diutamakan,yang mana perlu diketepikan dulu.

'Bersederhana sahajalah thia.'
'Come on thia. Jangan cepat melatah dalam benda-benda macam ni. Tenang aje ok.'
'Kata-kata tu melambangkan peribadi kita. Ucaplah benda-benda yang baik je. Kalau mereka mengata,jangan menjawab ok'
'Pandai-pandai la jaga diri kat sana nanti sebab thia bawa imej mak ayah di sana'

A'haaa,saya tipu. Mereka tak ucap pun ayat-ayat atas tu pada saya. Cumanya,sy cedok dari hasil pemerhatian saya pada mereka. Sama ada melalui tindakan,perbuatan mahupun penulisan blog.

Saya banyak belajar tentang perjuangan dalam hidup melalui abang-abang saya. Saya peroleh banyak manfaat mereka walaupun secara tidak langsung.

Mereka sudah menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain,sekurang-kurangnya pada adik-adik mereka.
Sudahkah sy memberi manfaat kepada orang lain?
Boleh kah sy memberi manfaat sebegitu sekurang-kurangnya untuk tiga orang adik saya tu?

===============================================

Yup,'mood' Fathiyyah sekarang ialah,dia sangat rindukan Angahnya yang pendiam tu dan Abang Nuar yang kadang-kadang serius,kadang-kadang sengal.

Dia rindu untuk belajar lagi tentang hidup dari abang-abangnya

"Jangan risau la Angah,Abang Nuar.Thia sangat terjaga di sini"

Monday, March 30, 2009

5 Minit


5 minit duduk diam

========================================

Tarikh Terpenting dalam hidupnya ialah


>> Hari di mana kerajaan Abbasiyah telah dijatuhkan oleh tentera Mongol

>>Hari di mana orang Islam mula diserang dari segi pemikiran

>>Jatuhnya Khilafah Islamiyah di muka bumi---1924


tiga tarikh ini sudah disemat dan mahu diingat sampai bila-bila

bukan lagi tarikh hari lahir,bukan lagi tarikh nak balik Malaysia,Bukan juga tarikh nak beraya



-off-

Sunday, March 29, 2009

Man Ana?

Ana in saaltal-qouma 'anni man ana
Andai kau tanya manusia siapa aku
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
Aku adalah Mu'min yang selamanya hidup sebagai seorang MU'MIN
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
BIar semua yang ada di sini tahu bahawa AKU
Lan anhani lan antani lan arkana
selama-lamanya takkan berlembut,takkan goyah,takkan bertolak ansur(demi ISLAMku)

Inni ra`aitullaha fi akwanihi
Sungguh aku melihat (kebesaran) Allah dalam alamNya
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
Dan aku mendengar suara kebenaran dari Qur'anNya
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
Dan aku merasai hikmahNya serta belas ihsanNya
Fi siratil-mukhtari fi imanihi
Dari Sirah insan terpilih(Muhammad S.A.W) dan dari imannya

Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
AKU adalah umpama mushaf Qur'an yang berjalan dan ISLAM yang diperlihatkan
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
Aku bagai hembusan angin meniupkan ISLAM di muka bumi
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
ALAM ini diciptakan untukku dan telah berkhidmat untukku
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara
DAN DIRIKU UNTK SIAPA? Diriku hanya untuk ALLAH,Pencipta segala-galanya

Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Aku akan menjadi BINTANG membimbing mereka yang mengembara dalam kegelapan
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat
Dan aku menjadi cahaya yang menyala saat aku melihat KEMUNGKARAN
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
Aku TIADA apa-apa,melainkan HANYA SATU JIWA untuk ku perdagangkan
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara
ku JUALKAN kepada ALLAH, dan ALLAH telah membeli


-Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi-

Sudahkah kita menjadi seperti itu?

Rehat

Penat.. Tapi memang dunia ini tempat untuk berpenat
Berpenat agar semua kerja yang Dia suruh kita buat
Rehat..Itu nanti kita dapat di akhirat..

Dae'i itu tidak boleh berhenti berehat
Kerana ia bakal merugikan umat
Dan lagi, Syaitan tidak pernah berehat
untuk membawa manusia ke jalan sesat

Aku mahu berehat di dunia dan berasa golongan yang untung di 'sana',
Maka Engkau jadikanlah solat sebagai ruang masa aku untuk berehat dan berasa nikmat
Jika aku mati,maka matikanlah aku ketika aku mengingati dan menyebut namaMu
Ambillah nyawaku disaat aku dalam keadaan sudah bertaubat




Saturday, March 28, 2009

Aku Bukan Robot


Bismillahirrahmaanirrahiim

Aku tidak mahu menjadi seperti robot
robot yang pergi sekolah belajar,balik sekolah hanya belajar
Aku tidak mahu menjadi seperti robot
yang diciptakan hanya untuk mencapai misi dan cita-cita aku

Aku tidak mahu menjadi seperti robot
yang waktu rehat disangkanya puas andai diisi dengan hiburan serta layanan dunia

Aku tidak mahu menjadi seperti robot
yang tidak tahu untuk apa aku diciptakan

Aku tidak mahu menjadi seperti robot
yang bila dicabut nyawa oleh TUAN nya
aku hanya mati dengan sia-sia tanpa menyumbang apa-apa

Aku bukan robot
iya,aku bukan robot


Kerana aku manusia
manusia yang hidupnya tidak lain hanya untuk dua itu
sebagai hamba yang menghambakan diri hanya untuk Tuhan yang menciptakannya
sebagai khalifah yang sudah berjanji untuk menjadiwakilNya serta mengamankan dunia

Kerana aku manusia
yang sentiasa kembali kepada fitrahku sebagai seorang manusia
fitrah yang sentiasa mahu kembali kepada Penciptanya

Kerana aku manusia,
Manusia yang mulia kerana ia dimuliakan oleh Penciptanya
Manusia yang diberikan seisi dunia untuk membantunya menjalankan kerja-kerjanya

Kerana aku manusia
Manusia yag sentiasa dahagakan usrah yang sentiasa membina diriku
Usrah yang sentiasa membuatkan aku memuhasabah kembali diriku tentang apa yang telah aku kerjakan selama ini
Usrah yang sentiasa membuatkan hatinya basah dengan mengingati Allah


Aku manusia
dan aku diciptakan untuk melunaskan janji dan amanahku
aku mahu menjadi sebahagian dari 'titik-titik' yang menaikkan dan meletakkan agamaku kembali ke tempatnya
aku ingin menjadi seperti sebahagian yang lain
yang sentiasa bergantung kepada Tuhanku
yang sering merindui kekasihNya,Ya Rasulullah

Ya Allah,andai hanya dengan jalan ini,keredhaanMu dapat kugenggam
Janganlah pesongkan aku dari jalan ini
Kerana kurasakan hanya dengan mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh Engkau ini
jiwaku sangat-sangat tenang dan tenteram

Engkau tetapkan saja jalan ini hanya untukku serta sahabat-sahabat yang sentiasa bersamaku
Engkau tetapkanlah hati-hati kami
Engkau satukanlah hati-hati kami

Ya Allah
Andai aku lalai,
Kembalikanlah aku kepada Engkau
Andai aku terlupa dengan tanggungjawabku
Ingatkanlah aku kepada Engkau
Andai aku seakan-akan mahu meninggalkan jalan ini
Maka,kembalikanlah aku kepada Engkau

Innasolati wanusuki Wamahyaya Wamamati LiLLAHiRobbilAalamin
====================================================

Saya rindukan insan yang saya dan kawan-kawan panggil 'Ar Rumaisa'
Cepatkanlah masa,untuk berjumpa denganmu wahai Ar Rumaisa

:)

=========================================================

Selamat Pagi Cairo
Dan Selamat Hari Sabtu semua
Thursday, March 26, 2009

Sekali

Salam




Kami bertemu dan bersatu




Dua tahun sekali---Safwa




Kami bersua dan bergembira



Setahun sekali---Atas Khairiyah
bawah Tiqah

Kami bermanja dan bergelak ketawa



wajib seminggu sekali


Kami berkongsi cerita dan masalah

Sehari sekali---Huda

Yang pastinya,mereka lah sumber kekuatannya sepanjang berada di sini

yang berada jauh,sesungguhnya hati kita sentiasa dekat

yang dekat,sesungguhnya hubungan kita semakin erat dan rapat

Saya sayang kamu

p.s: boleh hayati nasyid 'Dunia yang Indah' ini betul-betul? Hari tu Tiqah beriya-iya mahu 'bluetooth' lagu ni pada saya. sekarang baru terasa memang bermaknya setiap bait liriknya

click play to Imeem Player



pergi dulu dan jangan rindu(pesanan utk emak dan adik terutama)

Wednesday, March 25, 2009

Bawa Diri





Jangan Geram-geram
Sabar boleh?

Sabar sabar.
Kang ada orang nak bawak diri lagi,
mengikut kemana langkah kakinya pergi

Macam hari tu,
merajuk sebab kena marah dengan emak
'curi' sekejap MYVI emak,
pandu kereta sampai ke mana entah.
Sudah la sorang-sorang
Mujur masa tu siang hari
bukan malam

Macam hari tu ,
ada kawan berjanji mahu jalan-jalan bersama setelah lama sangat tak bersua
tapi kecewa,
kawannya mungkiri pula
lalu apa lagi
dia bawa diri lagi
berjalan seorang diri
di tengah-tengah kota Kuala Lumpur
mujur dia tahu dia berada di mana masa tu
mujur juga selamat sampai rumah lewat petang hari itu juga

Macam hari tu,
geram-geram
sebab ditinggalkan
janji mahu ke suatu tempat.
tp ada sikit salah faham lalu dia ditinggalkan
dia rasa mahu bawa diri lagi,
naik tren sampai ke tengah ibu kota Cairo
tapi tak jadi
sebab hari macam nak hujan
dan tambah lagi kepenatan baru sudah kelas
dalam perjalanan balik ke rumah
fikirannya melayang
sampai masa nak melintas jalan pun,dia tidak sedar ada kereta meluru laju kearahnya
mujur sempat mengelak
mujur juga pemandu kereta itu membunyikan hon sekuat-kuatnya


Semuanya disebabkan ikutkan hati sangat
dia senang tunduk pada emosi
tapi tak boleh begini lama-lama
nanti akan memakan diri
lalu apa lagi
simpan sajalah dalam hati.


Fathiyyah
Think like a man, act like a woman

hurmm
Tuesday, March 24, 2009

Sekejap(ii)

Salam

Saya macam perasan kat ruangan 'Feed Jit' sebelah kanan tu. Ramai datang sini untuk melihat entry tentang 'interview' yang sy pernah tulis pada Mac tahun lepas.

Jadi,sy ke 'sana' sekejap tadi. Baiki mana yang patut. (Kelakar sungguh bila baca balik tulisan lama.Kebudak-budakkan sungguh)

ianya sudah siap,itupun sy macam kurang puas hati.Mungkin nanti sy akan kongsi lagi. Mungkin malam ni,mungkin lusa,mungkin juga esok.

Harapnya ia membantu

klik sini untuk ke sana

Jumpa lagi !

Salam
Monday, March 23, 2009

Hari Antarabangsa

Salam Alayk :)

Memperihalkan tentang Hari Antarabangsa yang berlangsung semalam.

Lintas siaran tertunda

22 Mac 2009

Perkarangan Kasr El Ainy Medical School,

Cairo University

Jordan-Eritria-Bahrain-Saudi Arabia-Syria-Libya-Palestin-Sudan-India-Yemen-MALAYSIA-Iraq-Chad






INDIA




BAHRAIN



ARAB SAUDI




SYRIA



PALESTIN-JORDAN


SYRIA-PALESTIN





presenting---ZAPIN from MALAYSIA

(kira ok la budak-budak medic menari zapin semalam.Tahniah!)




eh,Mesir pun ada? :)

* Tak tahu kenapa budak-budak ini,bila nampak 'booth' India saja,terus naik semangat jadinya..(pelikk..hurmm) :)

* 'Booth' Malaysia kelihatan menerima sambutan yang menggalakkan dari para pelajar Medic Cairo Uni

*Ketandusan ayat,jadi letak gambar . dan sy berhenti dulu :)


Salam

Sunday, March 22, 2009

Wedding Plan

Kak Syaz punya tag.

1. How old are you?
Nineteen
2. Are you single?
Yep,lonely ranger

3. At what age do you think you'll get married?
erk, tanya emak
4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
ha? Siapa? sekarang sy dengan aimi dalam bilik. Takkan nak kahwin dengan aimi kot?
5. If not, who do you want to marry?
hurmm,jap ada orang panggil :) yaaaa Syila!
6.Who will be your bridesmaid & bestman?
a'haa ramai yang tengah beratur ni nak jadi 'bridesmaid'..ecece perasan je


7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Kat tepi rumah Gombak sana,ada satu kawasan tanah lapang. Buat kat situ sudah.Macam kaklong,angah dan abang Nuar dulu-dulu
8. Where do you plan to go on honeymoon?
Honeymoon? Macam tak sempat je. By that time,sure busy with housemanship kan?
9. How many guests do you think you'll invite?
a'haaa,rasanya ramaaaaai..


10. Will that include your exes?
Erk,i dun have even one
11.How many layers of cake do you want?
Tak minat kek.
12. When do you want to get married, morning or evening?
Tengahari,lepas Zohor
13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
Selawat :)
15. Champagne or red wine?
Ya Rabb, Air Sirap Limau sudah :)


16. Honeymoon right after the wedding or days after wedding?
Baca jawapan di atas..Soalan kelapan
14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
Makan dengan tangan :)
17. Money or household items?
ni hadiah dari tetamu eh? Sy mahu housemates kasi DVD Player, Beit Cis Kek kasi 'Microwave', Safwa kasi baju baby! Tiba-tba jadi mata duitan sekejap .haha ..kiddin kiddin
18. How many kids would you like to have?
akan dibincangkan :)


19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Nope
20. Whose wedding plan would you like to know ?

Jeng jeng jeng
-Princess
-Safwa
-Milah
-Em
-Ainul
-Bonda
-Zawani
Muahaaahahaa..tahniah!
Pergi sekolah dahulu. Hari ni bakal menjadi hari yang menarik sebab ada 'International Day' di universiti. Nak jumpa orang Syria,orang Palestin..waah..best best
Friday, March 20, 2009

Kekuatan

Assalamualaikum w.b.t

Sumber kekuatan Fathiyyah kini boleh didapati melalui alam maya. Klik saja pada pautan carian. Dan dia akan taip sahaja apa yang dia mahu. Biasanya bila sudah study atau sedang tidak berbuat apa-apa,dia akan segera ke FTI dan wajib ke blog ini



"Bagi sy melalui saat-saat perpisahan dengan anak-anak semasa mereka belum cukup dewasa adalah sangat menyedihkan. Dulu terpaksa berpisah dgn Fathiyyah apabila dia masuk Sekolah Naim Lil Banat di Kota Bharu, Kelantan. Sy rasa sy telah berlaku kejam terhadapnya kerana menghantarnya bersekolah jauh-jauh. Fathiyyah pula slalu telefon dan tulis surat kata kami dah xsayangkannya kerana hantar dia sekolah jauh-jauh. Dekat setengah tahun juga dia terpaksa dipujuk untuk meneruskan persekolahannya di situ. Mujur lah pada waktu itu, ayahnya masih berkhidmat dengan MAS, bolehlah dia balik tiap-tiap bulan guna privilege family travel."

petikan dari blog nannychomel.blogspot.com

======================================================

Blog ini sepenuhnya milik emak. Emak tanya,apa lah yang thia 'gilakan' sangat dengan blog ini.Saya sengih je dengan mengatakan blog sudah menjadi rumah kedua saya. Dan lepas tu,sy terus memujuk dan 'menghasut' emak. Dan akhirnya terus buatkan blog untuk emak pada bulan puasa yang lalu.


Mulanya emak agak kurang yakin,lagi-lagi bila bab-bab menulis ni. Tapi,bila sy ungkitkan pada emak yang dahulu emak rajin menulis diari, emak terus bulatkan mata. Emak terkejut kot sy boleh tahu tentangg diari emak.

"Haha,masa thia kecik-kecik dulu kan mak, thia takde keje,Rajin menyelongkar almari emak dan ayah dan banyak juga tahu rahsia emak dan ayah masa zaman muda-muda dulu.
Tu la,biarkan thia sorang-sorang duduk rumah lagi.
hihi
Nakal punya thia"

Sekarang,sy tak selalu mesej dengan emak sangat. Akan tetapi kami ada dua cara untuk berhubung setiap hari.Sama ada melalui YM atau blog.Sama ada emak tinggalkan komen di FTI ini atau sy tinggalkan pesan di DI sana. Emak tak perlu risaukan Fathiyyah melainkan kalau emak mendapati gaya penulisan saya di FTI ni lain macam. Masa tu baru emak akan mesej untuk menyatakan
'Kenapa ni thia?'

Emak selalu sibuk.Jadi,faham sahaja kenapa emak jarang kemaskini blog.Emak kan 'superwoman'. Sesibuk mana pun emak,emak masih sempat masak sarapan sebelum pergi kerja dan masak makan malam selepas pulang dari kerja. Dan lagi,emak dah berjaya pun membesarkan tujuh orang anaknya. Dari yang paling tua dah berumur 30 tahun dan yang paling muda yang baru 10 tahun.Nak tambah lagi,emak dah ada 4 orang cucu!

Diari Ibu--Blog kegemaran Fathiyyah dulu,kini dan selamanya.
Kerana dari sana ,dia peroleh kekuatan. Bila dia rasa macam nak lemah dan putus asa, dia akan segera ke sana. Lepaskan rindu membaca tulisan emak seolah-olah emak sedang bercakap dengan dia.

Sama ada dia pulang dari sana dalam gelak ketawa atau senyuman melebar,atau dalam keadaan air mata mengalir deras di pipi kerana terharu mendengar luahan hati seorang insan bernama emak dan sebagai tanda bahawa anak tengahnya ni begitu merindui dirinya


Emak,esok thia ada exam. Nak peluk emak sekarang boleh?


Di'kena'kan oleh Kak Wani

Salam

Kena=Tag :)

Fathiyyah tengah rajin sebab dua tiga hari ni dia kelihatan tepu 'mengunyah' Histo :)

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

1. Wan - oleh kawan-kawan sekola Al-Amin
2. Fath- Pun dipanggil oleh budak-budak Al-Amin
3. Fatty/Fathy- nama diberikan oleh budak Naim/Kisas/Cairo
4.Thia- oleh emak,ayah dan insan-insan yang tersayang :)

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:

1June
16 June
8 October
15 Disember

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1- Tidur
2-Mandi
3-Makan Sarapan
4-Surfing internet

FOUR WAYS TO BE HAPPY:
1.Selawat
2.Tengok gambar doktor-doktor
3.Baca blog emak
4. baca sini ---www.blog.faisalrahim.com

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1.DSLR- Canon Camera!!
2.
3.
4.A ring?

Erk :)


FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. Blogging! (Of Course!)
2.Reading
3.Driving
4.Surfing Internet

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1.Paris
2.NZ
3.Vienna,Austria
4.Redang Island :)

FAVORITE DRINKS:
1. 'Karkadih'
2. Nescafe
3.Punch Juice from Secret Recipe
4.Sirap Limau satu!


FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG:

1. My Ryo(Sony Ericsson)
2.Al-Furqaan
3.A Novel
4. A pen

FOUR FAVORITE COLORS:
1.Light Blue
2.Hijau Pucuk Pisang
3.Black
2.Light Brown

TOP FOUR HANGOUTS:
1. UIA? haha
2.OU
3.Ikea(tak pernah pegi pong)

TOP FOUR U LOVE SO MUCH:

Ayah Emak dan mereka serta keluarga mereka

TOP FOUR THINGS SPECIAL TO YOU:
1.The Zikr
2.Gong Chan
3.Kimi
4.Ryo

TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
1.Em
2.Paan
3.Princess
4.Musegalo

tambah lagi sorang
5.Husna Zainy ..hihi
dan lagi sorang
6.Asyila! hua hua

TOP REASON WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:

Rindu sama kak wani.
Sedang takdak keje


Mari Sambung Study :)


Thursday, March 19, 2009

SMS


SMS--SATUKAN MUSLIM SEDUNIA

Tashiru):

Aku tertunduk malu
Terdiam daya upaya
Aku terhentak lesu
Kala derita melandaDi hati negeri sana
Deru, peluru dan darah
Menjadi saksi segala
Kerap perjuangan…

Jauh dari lubuk hati, inginnya ku serukan
Senandung perdamaian, mengumandangkan keadilan

Bukalah pintu hati
Peduli pada sesama
Membantai kezaliman, hancurkan kemunafikan

Reef:
Satukan Muslim Sedunia
Kuatkan ikatan ukhuwah
Hilangkan duka lara yang melanda saudara seiman
Satukan Mukmin Sedunia
Rapatkan barisan ummah
Bebaskan negeri islam, dari segala keangkuhan

(Ebith Bith E):
Scommencez avec… Bismillah
Kita sebut asma Allah
Satukan niat, semangat ukhuwah Islamiyah
Muslim di dunia kan terasa indah
Kesampingkan perbedaan berjuang fissabilillah

Muslim bersaudara, muslim bersama-sama
Muslim bagaikan tubuh dan anggotanya
Satu bagi yang terluka
Maka bagian yang lain ikut merasakannya

Satu kata, satu makna, satu wacana
Berteduh dalam satu bendera
Islam sebagai cahaya
Nabi Muhammad panutan kita
Allah tujuan akhir semua…

Hidup ini memang perjuangan
Saling bantu ringankan beban muslim seiman
Saling mendoakan
Jabatkan tangan silaturrahim
Berjuang kita ulurkan tangan

Lailahailallah… Lailahailallah… Lailahailallah… Lailahailallah…


p.s: Pasang imeem player baru tahu

Wednesday, March 18, 2009

Budak Kecik



"Mak,ari tu kenapa emak menangis masa atuk 'mati'?"
"Mak nangis sebab mak sedih la,tak dapat jumpa atuk lagi.."
"Mak kan boleh jumpa atuk lagi.."
"Macam mana pulak mak nak jumpa atuk?"
"Nanti mak 'mati' mak jumpa la atuk.."
"Pastu kalau mak dah takde nanti,Zaim tak boleh dah jumpa mak.."
"Takpe,nanti Zaim 'mati',Zaim jumpa la mak.."

Mak gelak :)

Keciknya punya budak. Lawak pun ada bila teringat balik
Tulus,mulus,halus,kudus.

Itu Zaim si anak bongsu,
Manja,perasan comel,
teman 'main wrestling' kat rumah

Diceritakan oleh emak kepada Fathiyyah 3 tahun sudah.Waktu tu Zaim umur 7 tahun

p.s: Tengok Dragon Ball the Movie tak ajak orang.Cett.
:)

*Kadang-kadang, orang yang berjaya 'mengetuk hati' Fathiyyah bukanlah orang yang matang atau dewasa,tetapi dia telah diketuk oleh kanak-kanak kecil kesayangan di sekitarnya.
Zaim,Kamil dan Itqan lebih-lebih lagi.*


Sekian,
sambung baca buku
Salam
Monday, March 16, 2009

Bila Semangat Nak Mula Turun


Salam..

Dia mahu bagi amaran awal-awal.Kerana entry ini banyak gambar.Boleh jadi panjang.Sekian :)

=====================================

Dulu-dulu masa sekolah rendah di Al Amin,dia aktif dan tak pernah duduk diam.Selain suka cari pasal dengan 'Pen Ketua Pengawas' itu dan menjadi nakal tak ingat,dia sangat suka bermain. Main kejar-kejar,lompat getah, 'Ting Ting' dan 'Cop-cop Tiang'.

Dia agak handal dalam 'Netball' .Selalunya dia jadi 'Centre' si budak tengah dalam padang. Kadang-kadang jadi Kapten Pasukan.

Oleh itu,masa sekolah rendah,jarang benar nak tengok dia mudah lemah semangat.Mana ada masa untuk itu semua.Dah asek main memanjang. Dalam main pulak,mesti la nak menang.Nak menang kena la bersemangat. Yeay!



Gambar Hiasan--ni masa main lompat getah hari tu kat Arma,Abbasiyah. Budak 20 an main lompat getah.Teringat zaman sekolah Rendah. ngeh

=================================================

Masa menengah rendah di Naim Libanat,Kota Bharu Kelantan,dia jadi lain sikit.Sudah tidak nakal mcm dulu-dulu.Jadi 'budok jughuh' skit dan skema banyak :)

Naik tingkatan dua, dia mula intai-intai KRS(Kadet Remaja Sekolah). Dia sangat teruja tengok senior-senior dia berlatih kawad tengah-tengah padang demi menyertai sesebuah pertandingan.

Jadi,dia sertai pemilihan skuad kawad baru. Dan tiba-tiba saja,kakak F5(komander Kawad KRS) panggil dia untuk mewakili Naim dalam pertandingan kawad peringkat daerah masa tu.

Gembira bukan kepalang. Tup tup menang peringkat daerah. menang peringkat negeri dan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan di Pulau Pinang.

Naik tingkatan tiga pun sama. Bila ramai kawan-kawan lain tinggalkan kawad untuk menumpukan pelajaran dalam PMR,dia memilih untuk 'stay' dengan KRS. Tup tup,alhamdulillah. Berjaya mewakili Kelantan lagi untuk pertandingan Kawad KRS kebangsaan di Johor pula tahun itu

Dan lagi,dia tak pernah tinggalkan Netball.Tetap jadi orang tengah :)




Dia dan kakak-kakak sewaktu mewakili Kelantan dalam pertandingan Kawad KRS peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang
tahun 2003(Tingkatan Dua)

Dia dan pasukannya sewaktu Perbarisan sempena Keputeraan Sultan Kelantan

tahun 2004(tingkatan tiga)

Dia tahu dia banyak ketinggalan dalam kelas.Mengantuk dalam kelas akibat keletihan asyik dengan latihan kawad itu sudah biasa. Bila orang lain duduk dalam kelas dan belajar,dia pula bersama pasukannya berlatih di atas padang. Muka hitam,licin berkilat.Tapi mujur sempat kembali macam biasa.Berkilat tidak lama. Ngeh

dan bila orang lain duk tidur atas katil masing-masing dengan lena,dia berjaga sampai ke pagi.Menelaah pelajaran dan menyiapkan kerja kursus.Mujur kerja kursus dapat A semuanya.

Masa di Naim pun,dia tak sempat nak rasa 'Homesick' sebab tinggal jauh dari keluarga nun di Gombak. Apatah lagi nk rasa lemah semangat sebab dia tahu dia punya misi yang besar sepanjang 3 tahun bermukim di Kelantan.Jadi,dia tak ada masa untuk semua-semua tu.

Dapat saja 9A dalam PMR dan dia teus cabut lari ke KL :)

======================================================

Masa menengah atas di Kisas,dia mula menyibukkan diri. Netball,Gamelan,Pantun,Kuiz Kerjaya,panjat Gunung Kinabalu dan Taekwondo.. erk.KRS kurang aktif di Kisas,jadi dia masuk Taekwondo


Taekwondo

Jangan tanya dia dah tali pinggang warna apa. Sebab dia rasa dia mcm dh 'tua' jadi pangkatnya dalam Taekwondo takde la tinggi mana. Tak macam dua orang budak kelas dia tu.Seorang di US dah tali pinggang hitam.Seorang lagi di Australia dah tali pinggang Merah Hitam.Padahal kami bertiga masuk Taekwondo pada tahun yang sama.Tak apa la,mereka hebat-hebat.Kita ni biasa-biasa aja.

Kalau setakat nak lawan 'back kick' ngn Hafiz n Zaim kat rumah,boleh la.Pasti mereka lari bertempiaran bila kakak mereka ni mula membuka langkah.
:)

Tapi kan,waktu lepas 'Trial SPM', dia ada sertai Kejohanan Taekwondo Terbuka Shah Alam.Ntah macam mana ntah,dia boleh dapat tempat ketiga dalam kategori bawah 50 kg.Dapat naik podium dan pingat lagi.Pelik tapi benar :)




Kuiz Kerjaya

Entah macam mana boleh terpilih jadi wakil Kisas untuk kuiz ni.Mungkin sebab masa tu jadi PRS dan pernah menang pertandingan kuiz antara rumah sukan,maka dipilih oleh cikgu .Dua tahun dia menjadi wakil Kisas. Waktu tingkatan empat,hanya mendapat tempat kedua dalam daerah Klang.Kami kalah dengan sekolah Cina masa tu.

Naik tingkatan lima,tebus kekalahan. Dapat johan daerah,menewaskan pasukan-pasukan dari Klang. Maka,mewakili Klang ke peringkat negeri. Kami dapat naib Johan negeri je ,tapi boleh ke peringkat kebangsaan. Rezeki orang kata. hurmm



ini dia pasukan kami
Dari kiri: Shamirul (junior satu universiti sekarang), Qayyum yang akan terbang ke Jepun,Sir Zamri yang juga guru Gamelan,Puan Haslina,Puan Emi,Fathiyyah dan Liyana yang merupakan junior,bakal terbang ke UK dalam bidang senibina. Liyana ni sepupu KS moscow :)

[Saya pernah cerita tentang mereka ni kan dulu?]
[[Gambar dia yang atas tu sangat skema kan? ulang sekali lagi,dia budak skema masa sekolah dahulu]]


Pantun

Sepatutnya dia menjadi wakil Kisas untuk pertandingan Pantun peringkat Daerah. Tapi di saat-saat terkahir,dia menarik diri atas alasan mahu tumpukan pada Kuiz masa tu. Sehingga sekarang,dia belum pernah merasa bertanding berbalas pantun.

Tapi pernah sekali lawan pantun tahun lepas waktu Karnival Perubatan. Berdepan dengan pasukan senior yang diketuai oleh Kak Ellya(Kak EL!) yang merupakan pemantun Kisas dan Pemantun Klang.
Mestilah kalah kalau lawan dengan Kak El :)




Di Kisas pun sama, belum sempat semangat nak turun akibat stress belajar,dia segera menyibukkan diri dengan menyertai semua benda-benda ni.

Jadi,dia kurang layan perasaan lemah-lemah ni. Lagi-lagi bila ada cik Tiqah di sisi. Di kala lemah,Tiqah datang menghiburkan. Bukan dengan lawak jenaka atau gurau senda,tapi dengan sebuah pertemuan mengecas iman sebaik sudah solat maghrib berjemaah di Muqorrobin.

Di sekolah jarang berborak,sebab lain kelas. Jadi jumpa di Muqorrobin saja :)


================================================

Cairo,2007-2009

Boja (Bola Jaring ) Boke (Bola Keranjang)

Dia merupakan di antara pemain utama untuk boja. Boke itu hanya suka-suki saja. Kadang-kadang menjadi peneman setia Radin melepaskan stress nya dengan bermain bola keranjang.

Dia tak suka 'bam bam' bola. Lebih selesa dengan sistem Boja barangkali



Dia yang bertudung kelabu dan berspek itu. Tengah rancang strategi untuk Cairo. Nampak bersemangat :)


=============================================

Sebelum menulis entry ini,Fathiyyah nak mula turun semangat.Entah kenapa entah. Itu la jadinya bila Syaitan datang mahu dekat.

Tapi bila dah tulis sampai sini,imbau kembali zaman muda-muda, dia rasa dia sudah rasa ok.

Oh ya, dia baru tersedar dari 'tidur' bahawasanya dia datang sini bukan untuk main-main,bukan sekadar belajar untuk 'exam' . Malah ia lebih dari itu.



==============================================

Senang mahu memulihkan diri sendiri. Bukan dengan makan ubat atau tidur cukup tetapi dengan datang jenguk FTI dan kawan-kawan bloggers.

Bro Am(blogger) nak kawen bulan empat ni ! Orang Perak rupanya Bro Am itu

Saya rindukan Ks la.

Tiqah mesti risau kalau tahu saya sedang lemah-lemah ni. Jangan risau,janji mesti ditepati.

'Menjadi diriku' lagi berkumandang di FTI

=======================================================

Dah agak dah.entri ini memang panjang. Tapi banyak gambar juga kan .ngeh ngeh

Berhenti dulu

Salam

4.5.6


Salam

Updet sikit aja :)


Birthday Girls April-May-June


Sejak semalam lagi,Fathiyyah asek tengok video 'Chantek' yang dia buat untuk kakak-kakak yang lahir bulan 4,5 dan 6 ..ngeh3

ok,ok..nak pegi study la niiii..hujung minggu ini ada exam! yeay!

(manyak la 'yeay'..4 bab kena selamat dihadamkan dalam minda)

erk,rasa nk demam.. hihi

p.s: Letak lagu Chantek sekejap kat sini


Salam :D


Saturday, March 14, 2009

Imam Qalun Dan Kami

Assalamualaikum w.b.t

Hari itu hari Rabu.Awal pagi lagi,Syila,Huda,Em dan saya sudah mula meninggalkan rumah masing-masing ke Rab'ah. Ke ru mah ustazah Iffat untuk menuntut ilmu.Oleh kerana kelas pada hari Rabu hanya bermula pada jam 12 tengahari,jadi kami ambil peluang untuk belajar ilmu lain..Ilmu Qiraat :)

Kami tidak hanya berempat.Malah turut bersama kami ada dalam 15 orang kawan-kawan kami,satu bidang,satu universiti.Duduk bersila dan bersimpuh,menantikan ustazah memulakan syarahannya pagi itu,sepenuhnya dalam Bahasa Arab Ammi. Biasanya ustazah akan melantik sesiapa dalam kami untuk menjadi penterjemah. :)

Ilmu Qiraat tidak terhitung luasnya.Ilmu tentang pembacaan ayat-ayat Al-Qur'an.Sebelum memulakan pengajaran tentang teknik membaca Al-Qur'an mengikut kaedah yang berlainan,ustazah terlebih dahulu bercerita panjang tentang perawi-perawi yang bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu Qiraat ini sehingga kekalnya ia sampai sekarang

Diantaranya ialah Imam Qalun yang merupakan di antara rawi terkenal bagi Imam Nafi'


"Abu Muhammad al-Bagdadi berkata;
Imam Qalun adalah seorang yang sangat pekak kerana beliau sepanjang hayatnya tidak pernah mendengar perkara yang lagha walau sekali. Ini kerana setiap kali dibacakan al-Quran padanya beliau boleh mendengar dengan baik sehinggakan dia boleh memahami bacaan mereka bahkan mengetahui kesalahan bacaan al-Quran tersebut sekaligus memperbetulkan bacaan yang dibacakan padanya hanya berdasarkan dengan perhatiannya kepada gerakan mulut sahaja."

Maknanya,beliau hanya mendengarkan ayat-ayat Al-Qur'an sahaja.Jika ada anak-anak murid beliau bertanyakan tentang perkara-perkara lain selain dari Al-Qur'an,beliau tidak memberi respon.

Subhanallah.


Apa kaitan Imam Qalun dengan kami?

Sewaktu 'tasmik' Qiraat dengan ustazah semalam, Ustazah menegur bacaan kami yang kadang-kadang ada silap. Dan bila ustazah mula menghuraikan dan menceritakan segala macam benda,ada yang kami faham,ada yang tidak.Ada yang buat-buat faham,angguk.Ada jugak yang langsung tak beri respon dengan mata yang terkebil-kebil tanda tak dapat tangkap langsung dengan apa yang ustazah terangkan.

Bila seorang ustazah dari Mesir mula bersyarah kepada anak-anak muridnya yang masing-masing hebat berbahasa Melayu,maka wujud lah di situ pertemuan di antara dua bahasa yang tidak dapat dielakkan....Ibarat mcm Itik cakap dengan ayam ke?
Wallauha'lam.. hihi

Ustazah hebat,beliau boleh baca mimik muka kami. Tahu kami tengah 'blurr'.

"Selama ni saya bersyarah tentang pelajaran Qiraat,kamu bertiga faham ? "
"Aiwaaah ( yaa,kami faham)
"Kalau saya bercerita tentang benda lain,kamu susah pulak nak faham.Kalau ajar tentang Qiraat,mudah aja kamu nk faham.."

Sengih je..

"Kamu bertiga macam Imam Qalun. Alhamdulillah" Ustazah berseloroh

Tergelak besar kami dengan ustazah. Imam Qalun seorang yang 'pekak' kerana beliau tidak pernah mendengar tentang benda yang Lagha.Siapa lah kami untuk disamakan dengan Imam Qalun. :)

Lagi tentang Imam Qalun di website di bawah>>

http://jiilun-quraanun-fariid.blogspot.com/2008/04/cerita-tentang-kawan-kawan-saya.html

===============================================



Pinjam meja aimi sebagai latar belakang :)


Gambar atas merupakan novel-novel yang sedang 'beratur' untuk dibaca oleh Fathiyyah. Sekarang tengah baca novel 'The Kite Runner'

Bila masanya sy baca?

Masa nk tunggu lecturer masuk dalam kelas,tunggu pak cik roti siapkan 'Sandwich' di kafe,10 minit sebelum tidur,duduk dalam tren dan sebagainya.

'From Beirut to Jerusalem' sudah habis baca.Terima kasih buat tuan punya buku (siapa pun sy tak tahu menahu).Cuma ada orang tengah yang sudi meminjamkan sy buku tersebut beberapa hari selepas Ceramah Aman Palestin,bulan Disember yang lalu.

Saya macam Radin.Kami berdua gilakan novel.Lagi-lagi novel yang berbentuk 'thriller' yang kadang-kadang mencabar minda. Tengok tu,ntah bila ntah nak habiskan semuanya entah.

Ngeeee..nk lawan baca novel dengan Radin pada waktu masa lapang.


===================================================

Malam ni ada sambutan hari lahir satu 'Batch' di Sayyida Zainab. Sambut ramai-ramai bg orang yang lahir bulan Januari sehingga Jun.Saya dipertanggungjawabkan buat Video untuk mereka yang lahir bulan 4,5 dan 6.

Tajuk video tersebut adalah 'Chantek' :)

Salam
Friday, March 13, 2009

Bab Meluahkan Perasaan

Salam

Sebenarnya bab-bab meluahkan ketidak puasan hati dalam blog bukan lah menjadi kegemaran.Lagi-lagi bila ia menyentuh isu yang sensitif.
Sungguh,sy cukup tidak suka membuka cerita tentang perihal laku orang lain. Kalau sy tak suka,sy hanya membenci dalam hati,andai tak dapat bendung melalui tindakan. Iman saya masih lemah,dan sy masih belum cukup kuat untuk halang dengan tangan.

Terbang menziarah 'bloggers' yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang masih bersekolah,ada yang sudah masuk universiti,ada yang sudah bekerja,ada yang jadi cikgu,ada yang mak orang,isteri orang dan lain-lain.

Hati saya cukup terkilan hari ni. Ziarah satu blog ini. Penulisnya kecil lagi,masih bersekolah dan dia bakal menghadapi peperiksaan terbesar dalam hidupnya sebelum menjejak ke alam baru,alam luar sekolah.

Suaranya cukup lantang dalam blog,pandangannya cukup terbuka. Baik sekecik-kecik benda,dia mampu memperbesar-besarkan. Baginya mungkin tak sensitif,benar itu blog dia. Jadi sy tak rasa ada sesiapa pun boleh menghalang dia dari menulis apa yang terbuku dan terpendam dalam hatinya.

Tapi itu isu sensitif.Walaupun entry nya yang satu itu bukan ditujukan untuk saya atau golongan seperti saya,tapi saya tetap rasa sangat-sangat terkilan. Sy cuba bayangkan andai saya berada di tempat orang yang dikatakannya itu.Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati hambaNya.

Kalau bercerita tentang ketidak puasan hati terhadap rakan-rakan sy boleh terima lagi.Ini tidak.Orang yang dikatakannya itu adalah bagi saya adalah seorang insan yang cukup berjasa.Kerjanya hanya satu,menabur bakti,mencurah ilmu kepada anak bangsa.

Entah la,sy tak tahu mahu kata apa lagi.Jiwa sedang berkecamuk mungkin.Geleng-geleng kepala bila baca setiap bibit ayatnya.Waaah,lantang sungguh ayat kamu iya.

hurmmm

Sy selalu berfikir,apa yang adik-adik sy di luar sana sedang fikir ya. Mereka ingat hidup ini hanya untuk suka-suka ke? Mereka fikir hidup ini mereka punya ke? Hidup ni setakat pergi sekolah,balik sekolah,buat kerja sekolah,tengok cerita korea,belajar dan tidur sahaja?

Saya baca tulisan adik-adik saya.Adik-adik yang bakal menggantikan kami,yang bakal menjadi pelapis untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang. Saya kesal,perlukah mereka menulis macam tu.Perlu ke?
Alhamdulillah,kebanyakan adik-adik yang sy kenal,ramai dalam kalangan mereka yang punya latar belakang pendidikan agama cukup mantap.

Tapi,kalau sekadar belajar ilmu agama hanya untuk peperiksaan semata,ia sama sekali tidak mencukupi.Hidup ini lebih dari itu.Tidak semua tentang hidup terdapat dalam mana-mana buku pun.Cari la di perpustakaan terbesar di dunia sekali pun,anda tidak akan temui apa yang anda perlukan untuk menghadapi hidup yang saban hari kian mencabar.

Tidak guna ada banyak ilmu baik dari segi ilmu agama,ilmu Al-Qur'an hafal semua,ilmu akademik penuh di dada tapi langsung tidak di praktis dalam kehidupan seharian.Alangkah sia-sianya hidup seseorang itu andai dia sering lupa untuk apakah dia diciptakan.

Sayang seribu kali sayang. Perasaan kesal tak sudah selalu bersarang.Bila belajar di alam persekolahan dulu,sy sering dikelilingi dengan bermacam-macam kemudahan dan hiburan,dan hanya dibebankan dengan tanggungjwab dalam pelajaran sehinggan ia semuanya tidak banyak membuat saya fikir tentang apa yang sy patut fikir.

Bila duduk di luar,lihat negara tercinta dari jauh,memerhati masyarakat saya,insan-insan yang punya satu agama dengan saya.Saya suka membuat perbandingan serta tafsiran,dan cukup menyedarkan diri sendiri betapa jahilnya Fathiyyah yang dulu. How ignorant i was!

Masyarakat saya sedang berhadapan dengan satu masalah yang besar.Cuma mereka tidak menyedarinya. Mereka rasa mereka sudah gembira,mampu miliki semua dan boleh melangkah ke hadapan setapak demi setapak tanpa perlu risau akan apa-apa. Mereka rasa mereka sedang hidup dalam keadaan aman,tiada sebarang gangguan.Tetapi mereka tidak sedar bahawa terlalu banyak 'mata-mata' yang sedang memerhatikan,menunggu masa yang paling baik untuk menyerang dan menghapuskan satu demi satu.

Sikit-sikit mereka mula mencucuk-cucuk kita. Tapi tiada siapa pun yang sedar.Mungkin semua ni salah orang macam saya yang tahu banyak benda tetapi tidak bersungguh-sungguh dalam menyebarkan.Saya mengaku saya bersalah.

Entah la.Sy sudah ketandusan perkataan walaupun jiwa dalaman masih bergelora.Sepatutnya banyak lagi benda yang perlu dibebelkan tapi rasa macam sudah tidak larat. Saya tidak pernah mahu berlagak jadi alim atau apa.Sebab sy tahu tahap kehambaan sy terhadap Yang Maha Esa setakat mana.Sy lemah dan hina.Mungkin paling lemah dalam kalangan hamba-hamba yang masih mengingatiNya. cumanya,andai dengan begini segala kekesalan saya boleh dilepaskan, sy tetap bersyukur dan berterima kasih kerana diberi kekuatan untuk menulis tentang ini.

Saya berdoa setiap bagi,menyebut nama Dia,bersama kicauan burung setiap pagi,menuruti desiran angin,mengikut rentak aliran sungai agar digolongkan bersama para pejuang yang bakal menaikkan agamaNya di muka bumi.Berdoa agar sy tidak keseorangan dan mahu membawa semua saudara-saudara saya melangkah ke jalan yang sama.

Saya rs entry kali ini serius. Entah la.saya jarang mahu meluahkan macam ni.Saya minta maaf andai sy tersalah kata. Fathiyyah hanya manusia.Dia belum cukup ilmu dan sedang memperbaiki dirinya.

Saya rasa sy perlukan rehat.Berperang dengan buku sejak semalam. Ilmu medic makin mencurah-curah datang. Apa pun,alhamdulillah kerana sy masih dikurniakan kesihatan untuk menghirup nikmat yang tidak terhingga ini, serta masihh dihidupkan lagi pada hari Jumaat,penghulu segala hari..

Subhanallah,Walhamdulillah,Allahuakbar.

Salam

=====================================================
Thursday, March 12, 2009

Kisah dan Dialog

Assalamualaikum w.b.t


Dulu,emak pernah kata emak teringin sangat melihat salah seorang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara. Impian emak barangkali. Andai emak tidak dapat sambung belajar tinggi-tinggi pun,sekurang-kurangnya adalah seorang yang boleh untuk tunaikan hajat emak.

Bila sudah dapat peluang untuk terbang ke negara orang,emak seakan-akan tidak mahu percaya. Agaknya emak tidak sangka dengan kebolehan anak tengah nya ni

'tak sangka thia anak emak ni boleh dapat belajar jauh-jauh'
itu ayat emak
'percayalah mak'
:)

Di saat mahu berpisah dengan emak dan ayah buat pertama kali mahu ke luar negara pada tanggal 31 Ogos 2007,wajah emak berubah,macam mahu menangis.Muka ayah pun lain,menahan sebak. Menangis gembira kerana melihat hasil 'kain yang mereka corakkan ini' atau menangis menahan sedih kerana terpaksa melepaskan anak pergi merantau.Perempuan pulak itu.

A'haa,itu kenangan dua tahun sudah,Sudah dititipkan di sini.
===================================================

Cikgu Harlina,cikgu yang mengajar Kimia di Kisas pernah mengatakan

"Kalau kamu dapat peluang belajar di negara orang,tak kisah la ke mana-mana pun,ambillah peluang tu.Lihat negara orang,belajar ilmu orang,ambil iktibar dari mereka. Nanti pulang,boleh sumbangkan untuk agama kita.Jadi pemimpin untuk orang-orang kita"

A'haa,masa itu dalam makmal Kimia. Kalau tak salah saya,masa itu kami baru selesai pengiraan markah untuk Trial SPM bagi subjek Kimia dan sambil-sambil tu,kami berbincang dengan cikgu tentang perancangan masa hadapan.Terus sahaja masing-masing pasang niat dalam diri untuk merangka pelan hidup masing-masing selepas mendengarkan kata-kata cikgu.

*Cikgu Harlina merupakan lulusan dari UK. Lemah lembut orangnya. Namun,tak pernah sesekalipun salah seorang dari kami untuk terlentok mahupun terhantuk akibat mengantuk dalam kelas Kimia

==============================================

"Kenapa thia pilih Middle East?"
"Awat tanya macam tu?"
"Kenapa tak pilih UK ke,Ireland ke, Russia ke?"
"Hurmmm...senang je alasannya. Thia belajar Arab nak dekat lebih 10 tahun. Dan Thia sayang Arab. Abang Nuar nak Thia tinggalkan Arab Macam tu aje?"

Diaam
Tahu takpe. Amik tu jawapan Fathiyyah..hihi

Puas hati bila bersoal jawab dengan Abg Nuar dalam kereta.Misi Abg Nuar adalah mahu memujuk adiknya seorang ni agar mengubah fikiran dia dari memilih Middle East sebagai destinasi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.Oh Abg Nuar,jangan harap la eh. Tahu je kan Thia ni degil orangnya.Ngee..

====================================================

"Akak,kenapa akak nak jadi doktor?"
"Sebab menjadi doktor ni adalah impian akak sejak kecik..Akak suka jumpa orang "
"Tapi jadi doktor tu kan penat.Belajar pun penat,kerja nanti lagi la penat.Kejap-kejap 'On call' "

Senyum

"Dalam bidang apa-apa pun,semuanya penat.Dan lagi,dunia ni bukan tempat untuk berehat kan? Syurga baru betul tempat untuk kita bersenang-lenang.."

"hurmm.ok..."

(Comel je budak yang bertanya tu)


====================================================

Esok keputusan SPM akan diumumkan. Selamat berjaya adik-adik!
Wednesday, March 11, 2009

Update

Salam


Erk,macam lama benor tidak update. Sy sudah tulis sesuatu dan ianya agak panjang.Tapi tidak boleh disiarkan sekarang.Malam-malam sikit baru boleh

Malam ini sy wajib jenguk edu i luv islam tu. tengok-tengok adik-adik SPM 2008 kat sana yang bakal mengambil keputusan SPM mereka pada hari esok. tolong mana yang patut


Sekarang sy sibuk.(mcm la kita ni perdana Menteri.hihi)

Jumpa malam nanti.

Salam
Tuesday, March 10, 2009

Pemergianmu



Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku.
Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca,
Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.
Usman menghela nafas panjang
dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba."Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yg ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikat maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledak tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii" ===============================================

Ya Rasulullah,sesungguhnya kami merinduimu..


 

Template by Web Hosting Reviews