Saturday, February 28, 2009

Belum Lega

Salam

Baru sudah exam 'Spotting Anatomy'.Tak sampai setengah jam pun saya rasa.

Ok lega.Hilang satu lagi beban di kepala setakat ini.Lagi dua bulan,peperiksaan tersebut datang lagi.Nanti,makin banyak yang akan diuji.Ok,tak apa.sudah selesai semuanya. Alhamdulillah.

Hajat mahu berehat,'Qadha' tidur.Tapi tertangguh dulu bila teringat pagi tadi,sebelum keluar ke university,Chep memberitahu tentang tersiarnya sebuah siri kartun secara meluas di You Tube..Serta merta,buka internet terus dan mata tertarik pada salah satu isu di forum I Luv Islam. Pun tentang isu kartun ini.Sy petik kata-kata senior dalam status Ym nya "Kartunnya best memang best,lawak memang lawak.Cuma satu sahaja--Ia menghina Islam."

Astaghfirullah.Hilang segala nafsu tidur,dan tiada selera langsung mahu makan.Dengar-dengar cerita,siri ini ada diterbitkan di Malaysia.Saluran TV3.Betulkah?

Bila baca-baca dalam forum tu,ia turut mendapat komen dari pengunjung.Ada yang mengutuk,ada yang berhajat mahu membalas balik dengan menerbitkan kartun sedemikian rupa dengan tujuan untuk menghina mereka yang menghina Islam. Tidak kurang juga ada yang menenangkan keadaan dengan mengatakan ini bukanlah cara Islam.

Saya sangat bersetuju pemberi komen yang terakhir itu.Agama Islam ini terlalu tinggi maruahnya,terlalu mulia nilainya.Bukan sahaja tidak layak dihina,Islam juga tidak pernah mengajar kita untuk membalas dendam apatah lagi menghina agama-agama lain.

Akan tetapi, ia tidak pernah bererti Islam itu lembik dan senang-senang dipermainkan,mudah diperkotak-katikkan.Saya kira,tinggi nya Islam itu ditentukan oleh setiap individu yang memegang gelaran Muslim.Walaupun ada segelintir yang malu mengaku Muslim, malu untuk mengiyakan yang namanya Muhammad namun Saya tetap berbangga menjadi seorang Muslim dan sedang berusaha untuk meng'izzah'kan Islam itu. Dan lagi,sy tak putus-putus mengucapkan 'Hamdallah' kerana meletakkan dan menentukan saya dalam Islam walaupun sebenarnya,amanah ini terlalu berat.Tapi bila mengenang kembali bahawa ia merupakan rahmat dariNya,maka tiada ucapan yang paling baik melainkan pujian ke atas Dia.

Walaupun sekarang,Islam sering ditindas,diketawakan,dijadikan alat permainan,bahan senda gurauan . Namun rasa yakin bahawa Islam itu akan diletakkan di tempat yang sepatutnya nanti tetap tidak pernah pudar,malah terus tersemat dalam hati ini.

Tidak cukup dengan rasa yakin,tapi perlu ada 'praktis'.Sudah terjalankah tanggungjawab kita sebagai individu Muslim? Sudah layakkah kita untuk bergelar individu Mukmin?
Wallahuha'lam.Sama-sama muhasabah diri.

Cerita Kartun itu kita jadikan sebagai teguran dari Allah betapa lalainya kita dalam menjalankan amanahNya.
Insya Allah,ada seribu satu hikmah disebalik semua ini.Jangan mudah melatah,jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.Kita tidak tahu,tidak pernah dan tidak akan tahu,sebab bukan kita yang merancang dan menentukan.tetapi Dia.

Peringatan buat Fathiyyah.Dia masih belum lega sebenarnya.

* Siapa tahu yang sekarang ni,You Tube itu sudah dibeli sepenuhnya oleh Israel? Namun
begitu,jangan bimbang sebab kita ada Ikhwan Tube

*Siri kartun tersebut boleh didapati di sini

*Oh ya rakan-rakan. Tolong sensitif sikit tentang isu-isu begini. Sebarkan selagi mana yang boleh.

Lailahaillallah --Taqwa by Opick

MySpace

Friday, February 27, 2009

Perang Kecil


Assalamualaikum w.b.t

Ini otak.iya,otak manusia. saya cilok gambar ini dari google images. itu pun gambar ini tidak berapa jelas sangat strukturnya.Mahu lebih jelas,boleh la dilihat pada Netter-Atlas of Human Anatomy.

Esok (28 Feb),saya ada exam.Spotting exam for anatomy. Kalau sebelum ini,kami perlu mengenalpasti struktur satu-satu pada mayat,kali ini tidak pula.Zaman moden,kita guna video da sekarang.Lihat gambar di skrin tv,dan boleh menulis jawapan untuk struktur yang akan ditanya oleh doktor-doktor nanti.

Banyaknya tak usah cakap.Ada 3 keping CD Anatomy yang perlu diulangkaji. Kawan sy kata,setiap satu CD memakan masa selama 2-3 jam.Wallahua'lam. saya baru nak buka Cd-cd tersebut sekejap lagi. Selama ni kita menghapal buku saja.

Cerita tentang leher dan muka. Ia penuh dengan salur darah dan saraf yang berselirat.Otot-otot muka yang banyak,struktur tekak,lidah,hidung,mata,telinga dan lain-lain lagi.Itu belum masuk otak. Otak yang merupakan pusat kawalan utama bagi seluruh anggota badan. Bahagian sini kawal penglihatan,bahagian sini kawal pendengaran,bahagian ini kawal pergerakan otot-otot bada,bahagian ini kawal deria rasa,bahagian ini kawal bab-bab perasaan dan lain-lain.

Subhanallah

Erk,sebelum saya mengeluarkan perkataan-perkataan lain yang tidak mungkin difahami oleh orang yang tidak tahu sangat tentang medic,baik saja sy berhenti di sini dulu iya.

Apa pun,doakan kami. Semua tengah 'cuak-cuak' kot sekarang. huhu. Tapi jangan risau,kalau doktor kata 'tidak la sesusah mana' maka sy ramal,ia mungkin benar.(memandai-mandai saja)

Oh,1 haribulan Mac ialah Hari lahir orang itu. Mahu tulis 'Surat untuk Sayang' nanti .. *Wink

perang kecil = exam :)

rasa takut sampai nak telefon Gombak,bercakap dengan emak :(

daaaa~ salam :)

Kelebihan Al-Kahfi

Bismillahirrahmanirrahim

Malam Jumaat,sy belum boleh tidur.Ini akibat minun nescafe berlebihan.Tadi mengantuk sangat.Tengok apa jadi,tak boleh tidur langsung.

Maka,diri berkeputusan untuk berkongsi tentang Al-Kahfi bersempena dengan hari Jumaat,penghulu segala hari.

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat." (H.R. al-Baihaqi)

Masa itu duduk ramai-ramai bersama teman.mendengarkan bicara pada hari itu.Hari Jumaat penuh Barakah. Menyegarkan mata,menadah telinga,mulut ditutup kemas,hati dibiarkan terbuka luas.

Fokus pada hari itu ialah >> Surah Al-Kahfi (Surah ke 18)

Saya pernah dengar riwayat yang mengatakan bahawa barangsiapa yang menghafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terkahir dari surah Al-Kahfi,maka dia akan terselamat dari Dajjal di hari Kiamat kelak.
Mari kita selami kebenarannya bersama.Oh ya pastikan anda bersama dengan Al-Qur'an beserta terjemahannya.Agar nanti boleh lihat dan faham dengan lebih jelas.MySpace

Sebelum itu,kita teliti dahulu intipati surah Al-Kahfi ini.Kita bahagikan ia kepada empat bahagian.Kiranya,ia punya empat cerita.
  • Kisah Pemuda Ashabul Kahfi(ayat 1-31)
  • Kisah Jannatain(ayat 32-49)
  • Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir(ayat 60-82)
  • Kisah Zulkarnain(ayat 83-110)

Di tengah-tengah surah tersebut,ada terselit kisah iblis yang sentiasa mengada-adakan fitnah iaitu dari ayat 50-59

ok sekarang kita ambil isi-isi penting dari setiap cerita di atas

Kisah Ashabul Kahfi

  1. Mengisahkan 7 orang pemuda bersama anjing mereka yang melarikan diri dari pemerintahan seorang raja yang sangat zalim dan hidup di dalam negara kafir. Demi menyelamatkan iman dan mereka pula tidak mampu melawan,mereka pergi menyembunyikan diri di dalam sebuah gua.
  2. Allah pelihara mereka dengan menidurkan semuanya selama 309 tahun

Kisah Sahabul Jannatain

  1. Mengisahkan dua orang lelaki.Seorang beriman manakala seorang lagi kafir.Allah telah mengurniakan berbagai nikmat buat lelaki kafir itu iaitu nikmat berbentuk harta,anak dan pengikut
  2. Akan tetapi dia telah mencabar hari kebangkitan yang dijanjikan Allah
  3. Allah tarik balik nikmat
  4. Lelaki tersebut menyesal,namun tidak berguna

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir

Mengisahkan tentang insan yang paling alim ketika itu iaitu Nabi Musa A.S yang telah membuang perasaan egonya,demi mahu menuntut ilmu dari orang yang lebih mengetahui lebih banyak ilmu daripadanya iaitu Nabi Khaidir.

Kisah Zulkarnain

  1. Ada ilmu,kekuatan dan kuasa namun semuanya digunakan untuk menyuruh dan menyebarkan pekara kebaikan
  2. Membina tembok untuk melindungi kaumnya pada waktu itu dari ancaman Yakjuj dan Makjuj

Ok,sudah selesai mengeluarkan isi penting dari setiap cerita.Mari teliti pula apa yang ada di sebaliknya

Empat ujian disebalik empat buah kisah tersebut ialah

  1. Ujian menegakkan dan menghayati agama(Kisah Ashabul Kahfi)
  2. Ujian diberi harta dan anak namun tewas(Kisah Sahibul Jannatain)
  3. Ujian Ilmu(Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir)
  4. Ujian Kuasa (Kisah Zulkarnain)

Nampak? ia bukan kebetulan bukan? ok,rasanya semua boleh kaitkan dengan realiti kehidupan zaman sekarang. Jelas lagi tersuluh bahawa kita,orang-orang Islam yang masing-masing mengejar 'Takwa' itu sering diuji dengan 4 bentuk ujian ini. Jelas bukan?

empat ujian ini merupakan sebahagian daripada ujian-ujian yang Allah sediakan untuk kita.

"Kurniaan Tuhan untuk menguji aku sama ada syukur atau kufur" pernah dengar ayat ini?

Disebalik kisah Ashabul Kahfi,kita diuji untuk menghayati agama. Jika kita tidak diuji dengan ujian sebegitu,maka keimanan kita terhadap Allah tidak akan terserlah sama sekali.

Mari teliti petikan dari Al-Qur'an 27:40 dan 29:2-3 yang jelas menyimpulkan adakah kita ini cukup dikatakan beriman dengan Allah,beriman dengan rasulNya,beriman dengan kitab-kitabNya sedangkan kita tidak diuji sebarang bentuk ujian? Boleh kah kita digelar hamba Allah apatah lagi hamba Allah yang bertakwa di mana bakal dijanjikan dengan ganjaran Syurga sedangkan kita tidak berbuat apa-apa untuk memartabatkan kembali agamanya.

Pengajaran Kisah Sahibul Jannatain pula yang memaparkan tentang hakikat dunia yang sementara seperti nikmat harta dan anak(18:45). Nikmat harta dan anak ini punya dua kemungkinan yang kita tentukan.Sama ada ia mendahului kita atau kita yang mendahului mereka.

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir yang membawa pelajaran tentang Ujian Ilmu. Di antara kunci untuk menguasai sesuatu ilmu ialah sifat Tawadhuk atau merendah diri(18:69). Sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Musa A.S.Baginda tidak pernah sombong atau bongkak dalam menuntut ilmu dari orang lain walaupun baginda pernah berinteraksi secara langsung dengan Allah.

Makin tawadhuk,makin mulia dia disisi Allah.

Dan di sebalik kisah Zulkarnain,sifat yang penting dalam menguruskan kuasa ialah sifat Ikhlas sebagaimana yang telah ditekankan oleh Allah dalam akhir surah Al-Kahfi.
Betapa perlunya kita untuk menjaga niat agar tidak lari dari landasanNya.dan kita seharusnya sedar,atas sebab apakah kita diberikan kuasa. Contohnya,jika kita punya kuasa,hukum Islam boleh ditegakkan di muka bumi ini seterusnya,melaksanakan tanggunggjawab sebagai Khalifah Allah.Makin banyak kuasa,makin berat tanggungjawab kita sebenarnya.Kuasa itu bukan lah sesuatu untk dibangga-banggakan malah ia bakal disoal oleh Raja Segala Hakim di hari Pembalasan kelak.

Kenapa kita disarankan untuk mengamalkan amalan membaca Surah Al-kahfi? Dan bagaimana dengan membaca Surah Al-Kahfi ini boleh menyelamatkan kita dari fitnah Dajjal di hari kiamat nanti?

Hal ini kerana pada hari kiamat,Dajjal akan membawa empat ujian ini untuk menguji manusia. Empat ujian ini merupakan medan-medan jihad dajjal dalam menyesatkan manusia.

Ujian agama--- Dajjal akan memerintah manusia aga menyembah dia selain Allah.
Ujian Harta--- Perintahkan langit turunkan hujan untuk manusia di kala manusia dahagakan air
Ujian Ilmu--- Dajjal menyebarkan berita-berita kepada manusia melalui ilmu-ilmu yang dikuasainya
Ujian Kuasa--Dajjal telah menguasai serta menakluki sebahagian tempat di muka bumi.

A'haaa,sy simpulkan sedikit sahaja. Kita semua mungkin ada yang sedar,mungkin ada yang tidak sedar bahawa empat ujian ini sedang menguji kita sekarang.Lihat sahaja di sekeliling kalian.Perhati dan kaji dengan teliti keadaan sekarang. Sudah nampak sikit-sikit ujian atau fitnah yang dibawa oleh dajjal ini semakin menguasai kita
Sama ada dajjal itu sudah wujud atau tidak pada waktu sekarang,wallahua'lam.Saya pun tidak tahu. Sama ada dajjal itu merupakan seorang manusia atau satu idealogi,pun wallahua'lam.

Apa yang saya tahu, kita sedang berdepan dengan empat ujian ini .Cuma sedar atau tidak sahaja. Dan lagi, ujian ini datang dari Allah,dan Dia jugalah yang tunjukkan jalan buat kita.Semua terpulang kepada kita.Mahu ikut dan berpegang kepada agamaNya,Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah S.A.W atau mahu hanyut di dalam fitnah-fitnah dajjal yang kian menular dalam hati sanubari masing-masing.

Sekarang sudah jelas rahsia Surah Al-Kahfi yang menjadi pelindung dari ancaman Dajjal?

Jadi,bersempena dengan Hari Jumaat yang mulia ini,sy ingin mengajak semua untuk bersama mengamalkan surah ini.Sebaiknya pada hari Jumaat.jika tidak sempat habiskan satu surah sekalipun,10 ayat pertama pun sudah cukup.Alhamdulillah

Saya berhenti dulu.
Andai ada yang tersilap info atau lain-lain ,maafkan dan betulkan saya.
Semoga sedikit perkongsian ini membawa manfaat buat semua


Sumber: Al-Qur'an,Buku nota Fathiyyah,buku nota Aimi.

Wednesday, February 25, 2009

Sibuk

Salam

Sejak minggu lepas lagi,rasa mcm sibuk dan letih sikit.
contohnya semalam. Bangun seawal jam 4 dan masuk tidur pukul 1 pagi.

Hari ni pula,sepatutnya kuliah mula jam 12 tapi sy perlu bangun awal juga.Ada kelas tambahan dengan ustazah jam 9 pagi. Habis 2 jam,terus gerak ke university,menghadiri kuliah Physio dan Histo .Jam 4 petang baru balik rumah.

Ok,ini baru tahun dua.Belum masuk 'clinical year' lagi.Ini baru rutin pelajar perubatan,belum jadi doktor lagi.Jadi,perlu biasakan diri dan optimis dalam segala benda. Nanti,mudah menghadapi apa sahaja dengan mental dan emosi yang kuat sentiasa.

Wahai kepala,sila bertahan.Kamu berdenyut sejak semalam lagi kan? malam karang kita dapatkan tidur yang cukup iya.
Wahai mata,sabar aja iya. Tuan kamu akan mula makan ubat sikijap saja lagi(paksa rela) ..hihi

daaaa,gerak dahulu ke Rab'ah. Rasa Ustzh macam dah mula memanggil-manggil

**Permudahkanlah jalanku Ya Rabb**

Salam

10 Kuntum Bunga

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya saya mahu tulis sesuatu yang lebih serius dari yang ini.Tapi tadi,sewaktu mengurus diri tiba-tiba fikiran melayang pada Kisas. Secara khususnya,saya merindui teman-teman sekelas saya sewaktu di tingkatan lima.

5 Sains 2. Ada 25 orang pelajar semuanya.Kami,pelajar perempuan dalam kelas 502 itu hanya ada sepuluh orang. Ditempatkan di dalam kelas tersebut mengikut 'ranking' tingkatan. Jadi setelah ditolak 10,maka pelajar lelaki ada 15 orang. Maknanya golongan 'muslimin' mendominasi kelas tersebut. Kami yang 10 orang ini pandai-pandai jaga diri, tidak banyak buat masalah disiplin,siapkan kerja sekolah dalam waktu sepatutnya dan tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. Disebabkan kami hanya 10 orang juga,maka boleh la kata kami juga rapat.

Apa-apa masalah perlu dibincang bersama,ketawa bila ada yang berjenaka di kala menghadapi tekanan peperiksaan serta menangis bersama bila kertas-kertas kerja dan fail-fail nota dicampakkan ke bawah bangunan akibat salah kami sendiri .Tak mahu buka la cerita yang ini.Kang tergelak besar saya nanti :)




Dari kiri berdiri---Aimi,Fathiyyah,Amirah Yaakob,Shikin,Amirah Hanan,Qistina,Ezmi
Dari kiri duduk---Aisyah,Tasha,Afiqah

Sengaja letak gambar skema begini, semua pakai baju sekolah. Masa itu kami semua sedang mengulangkaji pelajaran dalam kelas,menghitung hari yang hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi menjelangnya SPM. Sunyi satu kelas masa tu. Baik pelajar lelaki mahupun perempuan,semuanya tunduk di meja masing-masing,khusyuk membuat latih tubi soalan SPM.

Atas idea siapa entah, kami bersetuju untuk 'memukul' gambar bersama. Erk, aktiviti ini melibatkan pelajar perempuan sahaja iya. Jadi apa lagi,semua bangun dari tempat masing-masing, pergi padang sekolah.

ini dia kisah 10 orang--10 kuntum bunga :)
berikut merupakan susunan meja dalam kelas 3-4-3 (mcm dalam bola pulak..hihi)

[Depan sekali ]

Qistina--Penolong Ketua Kelas 502. Sepatutnya Qistina dapat tawaran biasiswa JPA. Tapi dia tolak atas alasan mahu belajar di Malaysia. Dekat dengan keluarga.Seronok dengar Qis bercerita tentang keluarga kecilnya tu.Sekarang Qistina di USIM sambung pelajaran dalam bidang Perubatan

Shikin-- Orang Kelate.Merupakan seorang KP(Pengawas).Masuk UTP sebelum keluar result SPM lagi atas tiket keputusan peperiksaan percubaan SPM yang cemerlang. Shikin ditaja oleh biasiswa Petronas dalam bidang kejuruteraan.Nampaknya Shikin la orang pertama yang akan bergraduasi nanti.

Ezmi--A'haaa..orang Melaka.Dia ini sangat pendiam. Tapi bila mula bercerita,ramai mesti tak sangka yang Emi ni tak ada la pendiam mana.Emi sekarang di UTM


[Tengah]

Afiqah-- orang KL.Fiqi yang punya lesung pipit yang sangat dalam.Dia ini sangat 'terer' daam fizik dan pernah menduduki tempat pertama dalam kuiz Fizik yang dianjurkan oleh Mr Wong yang dibuat dalam kalangan kami. Budak laki pun pernah tewas dengan Fiqi dalam kuiz fizik.
Fiqi sekarang di UIA--Engineering

Aisyah-- Ecah! Kecil,comel molek orangnya.Berasal dari Melaka dan sekarang menetap di Gombak.Hari tu baru keluar main ice skating dengan dia.Aisyah sekarang UIA,ambil jurusan Bahasa Arab.

Tasha--Teganu kite. Tasha dan Aisyah duduk sebelah-sebelah.Kami yang di belakang sekali suka tengok gelagat mereka berdua.Comel aje. Tasha pun di UIA--melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan

Amirah Hanan- Yang ini dari utara. Orang Kedah. Pelat Kedahnya yang pekat sampai kita sendiri perlu mempelajari Bahasa Kedah. Mira di Kolej Mara Banting sekarang. Persediaan ke Ireland dalam bidang perubatan. Aish,dah lama tak berhubung dengan Mira ni.Sibuk memanjang agaknya


[Belakang sekali]

Aimi-- Aimi si orang Klang. Seorang anak yang sangat taat. Dan lagi,sangat rapat dengan keluarga. Saya dan Aimi tak pernah berpisah sejak d tingkatan lima lagi. Duduk sebaris dalam kelas(berselang dengan Mira),temuduga JPA sama-sama di Putrajaya dan sekarang,satu bilik pula di Cairo! Aimi tak bosan lagi kot tengok muka kawan dia seorang ni

Amirah Yaakob--Orang Serdang dan anak orang ternama. hihi. Mira pun KP.Penyayang orangnya.A'haa,ada bakat jadi seorang ibu sejak dulu lag.Mira anak sulung,jadi dia menjadi harapan keluarga dan memikul tanggungjawab sebagai Along. Mira di UCSI sekarang.Persediaan ke UK tajaan JPA dalam bidang Farmasi..

Fathiyyah---- si tukang bercerita :)

*Kami bertiga langsung tak kisah duduk belakang sekali pun.Seronok pun ada juga.Kadang2 gelak sama-sama bila tengok rakan-rakan tersengguk atau terangguk tanda mengantuk dalam kelas .Budak tiga orang berkawan baik :)


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

*ok,rindu sudah dilepaskan. Wahai 'sepuluh kuntum bunga',jika kalian terbaca ini,sila tinggalkan komen di sini iya.Saya rindu banget sama kalian bagai pungguk merindukan bulan.dan sila jaga diri masing-masing.Macam kita menjaga diri sesama kita dulu-dulu :)
Yang lain nak berikan komentar pun dipersilakan.

*Terima laporan terkini rakan-rakan 502.Ridhwan sudah selamat terbang ke Australia(Engine),Qayyum akan ke Jepun(engine) dan Izzuddin rasanya akan ke India(Medic).

Orang Lain : Ammar-US(engine),Nazmi-UTP(engine),Sulaim-UiTM(engine),Hakim(UM),Ihsan-Cairo,Mesir(Medic),Haziq-Cairo(Medic),Hafiz-UIA(Engine),Fais-Cairo,Mesir(Medic),Saiful Hadi-Jordan(Dentistry),Safuan--erk,tak pasti.Hakimi- Azhar Uni, Azreen--pun tk tahu ke mana.. Semoga berjaya semua.

*Oh ya,Fathiyyah dan Atiqah tidak pernah satu kelas atau satu dorm baik waktu tingkatan empat mahupun tingkatan lima.Tapi tiap-tiap hari kami wajib berjumpa di Al Muqorrobin :)


*Fathiyyah tetiba terasa yang dia sudah lama tak tengok perlawanan bola.Entah Chelsea nombor berapa entah dalam liga. Ok,dia mula rindu nak gaduh-gaduh dengan Angah dan Abg Nuar nya pasal bola.

*cerita tentang Bom di Hussein,Cairo..Klik sini

Salam..

Tuesday, February 24, 2009

Baru

salam
Ada sesiapa perasan ada kelainan di sini? Terima Kasih buat mereka yang membantu :)
Monday, February 23, 2009

Menjadi Diriku


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki


~edCoustic~

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tiap-tiap hari,pergi 'sekolah' perubatan berjalan kaki,menikmati pemandangan sungai Nil dalam perjalanan dan mendengar lagu ini.

Naik semangat jadinya :)

**Isu bom di Hussein. tak ada la jauh sangat pun Hussein itu dr tempat kami ni. Hangat juga ya isu bom bom ni.

Badan Yang Sihat

Salam

Sakit
sakit itu ujian
sakit itu rahmat
sakit itu penghapus dosa-dosa kecil..
jika sakit,jangan mengeluh..
tapi katakan Alhamdulillah
kerana Allah masih memandang kita,
menguji dan menduga diri
Allah masih sayang,
kerana Dia masih baru beri ganjaran
beratkan neraca pahala,
bila lidah kita basah tidak henti-henti menyebut kalimahNya

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Terus terang,saya jarang sakit. Sepanjang hampir 4 bulan duduk Mesir,saya belum pernah jatuh sakit teruk.Kalau mendapat petanda mahu demam dan selesema,cepat-cepat kaki melangkah ke dapur.Capai air suam dan minum air sebanyak mungkin.Kalau badan mula rasa tidak sedap-sedap sampai tidak boleh fokus menghadap pelajaran, maka cepat-cepat ditutup buku,pakai baju berlapis-lapis,bentangkan selimut tebal-tebal.Biar badan berpeluh ketika tidur.
Keesokan harinya,Insya Allah badan akan pulih seperti biasa.

Saya mungkin jarang demam.Tapi serangan sakit kepala itu sudah biasa ditanggung. Puncanya ada dua.Sama ada saya tak cukup tidur pada waktu malam atau terlalu lama menghadap Gong Chan(haha). Dan ubatnya ada satu iaitu tidur! Semalam sakit kepala sy menjadi-jadi.Mahu kata 'padan muka' kepada diri sendiri sebab malas-malas nak merehatkan diri.

Kesihatan badan ni penting.Dengan badan yang sihat sahajalah,kita mampu miliki akal yang cerdas. Dengan nikmat sihat ini jualah,kita mampu melaksanakan hak-hak Dia dengan sebaiknya di samping menuntut ilmu yang tak terhitung luasnya.

Badan kita ini mahu pakai lama. Lagi-lagi untuk orang muda seperti saya. Kalau sekarang sy sudah tak ambil endah tentang kesihatan diri,agaknya la kan,nnt masa tua saya boleh berbuat bakti dan menyumbang banyak-banyak tak?

maka oleh itu,sy mahu nasihatkan diri sendiri dan orang di luar sana,sila jaga kesihatan anda.Jangan degil-degil.Kalau tidak sihat cepat-cepat jumpa doktor dan patuhi nasihat doktor agar makan ubat mengikut masa dan syarat-syarat lain..

Oh ya hampir-hampir lupa nak bagitahu, saya sedang sakit ni.Sakit mata saya yang hari tu datang balik.Sepatutnya sudah sembuh,tetapi hari ni jadi juga mcm hari tu. Saya rasa saya tahu kenapa. Sebab hari tu doktor kasi ubat pil antibiotik,ubat titik dan gel untuk mata.
masalahnya saya ni ha.
Letak ubat titik dan gel pada mata tak pernah tinggal. cuma satu itu aje masalah..Ubat pil !

Hari tu tak habis pun makan.Saya makan dua tiga bijik aja.itupun hancurkan kapsul tersebut lalu larutkan dalam air. Tutup hidung sambil makan ubat sebab rasanya yang sangat pahit! Uwekk..

Tak berterusan pun makan ubat tu.Dua tiga hari lepas tu,sy terus sorokkan ubat tersebut dan sehingga sekarang sy sudah lupa letak di mana..haha

itu la Fathiyyah,degil sangat makan ubat.Tengok dah datang balik sakit mata ni..Eii,apa nak jadi dengan saya ni tidak tahu la.
saya petik kata Cama 'Fathy makan ubat mcm nak mati' ..
haha
nak buat macam mana. dah Fathiyyah jarang sakit dan lagi bila sakit,dia sangat bencikan ubat.
Dalam soal pelajaran, sy boleh aja memaksa diri sendiri.Sampai tidak tidur satu malam pun pernah.Tapi kalau kalian mahu saya paksa diri makan ubat,erk sy rasa macam susah sikit.

Saya perlukan satu tekanan untuk makan ubat. Macam sekolah menengah dulu.Saya pernah dapat satu penyakit sampai kena jumpa doktor pakar dan doktor itu kata saya wajib habiskan makan ubat.Kalau tidak,sy mungkin mati disebabkan penyakit tersebut.Akibat takut yang teramat dan tak mahu emak risau-risau,sy berjaya habiskan ubat pil tanpa tangguh-tangguh. Hanya sekali itu saja seumur hidup makan ubat pil dengan penuh berdisiplin

Haha,tanya la emak tentang sejauh mana kedegilan anak tengahnya ni dlm soal makan ubat..


Doakan sy cepat sembuh! esok pergi kelas kena pakai spek hitam lagi la .Pinjam dari Radin la nampak gayanya..

"Ermm.Fathiyyah Fathiyyah..Orang macam kamu ni nak jadi doktor?"
"erk,sy gagal makan ubat aje.Soal jaga kebersihan,pemakanan dan kesihatan saya amat titik beratkan tau"
"dah tu,esok-esok dh jadi doktor kalau pesakit tanya kamu 'Doktor,ajar saya macam mana mahu makan ubat' kamu nak jawab apa?"
"erkkkkk"

ok..dialog di atas adalah rekaan semata-mata.Fathiyyah bercakap seorang2.

*Emak jangan risau.Thia akan terus pergi Hospital untuk periksa mata esok.Misi jumpa doktor pada esok hari ---mintak ubat 'air' antibiotik..Tak mahu makan pil daaaaaa..

salam


Saturday, February 21, 2009

Dan Pemenangnya...

Salam..

Mood 'winter break holiday' masih belum hilang. Hari tu saya kata nak buat pertandingan 'gambar tempat mana yang paling menarik kan'?

hihi..

saya suka ambil dan tengok gambar. Dan berikut adalah gambar-gambar terpilih untuk masuk pertandingan 'gambar tempat siapa paling cun'..

Gambar yang disiarkan adalah atas pemerhatian melalui blog Chep,Huda,Safwa, dan Fathiyyah sendiri.Radin turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi gambar sepanjang percutiannya bersama Huda dan juga rakan-rakan Jordan yang bercuti di Mesir
-----Bila teman-teman rapat Fathiyyah terbang merata pergi bercuti,maka inilah hasilnyaaa...



Percutian mereka di Ireland












Percutian kami di Jordan












Percutian Safwa,Cama dan Wani di UK dan Scotland








Percutian Radin dan Huda di Mesir





Siapa mahu jadi juri niii? hihi----gambar-gambar sini semua cantik ok! Pandai kalian amik gamba lawa-lawa.

Masing-masing terbang,mencari ilham dan mengagumi keagungan Ilahi.
Pemergian yang tidak sia-sia
Semua pulang bawa kenangan dan pengalaman yang tidak ternilai harganya
Erk,ramaaai bawak balik hadiah untuk Fathy..hihiiii..sukaaaa

perhatian untuk semua insan yang termasuk dalam gambar-gambar di atas,saya sangat sayang anda semua.Kalian lah sumber kekuatan Fathiyyah sepanjang dia bermukim di bumi Anbiya' ini

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kembali baca buku . Final exam sudah tidak lama.Beberapa bulan sahaja lagi.Saya sudah berjanji dengan orang itu,dalam bas di Jordan untuk berusaha bersungguh-sungguh dan masing-masing berjanji akan pulang dengan keputusan peperiksaan yang lebih baik dari sebelumnya.Dia dari sana dan sy dari sini :)

Salam
Friday, February 20, 2009

Jumaat,20 Haribulan

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni hari Jumaat.Hari Jumaat,penghulu segala hari. Hari penuh barakah,penuh rahmat.

Selamat Hari Jumaat semua.Dari semalam lagi,sy berniat untuk bangun awal pagi ini,mengisi hari Jumaat dengan amal sebanyak yang mungkin.Semalam tidur lewat,jam 2 pagi baru menuju ke katil.Buat mende ntah sampai berjaga ke awal pagi,setengah jam sebelum masuk tidur baru sempat belek-belek Physiology.Belajar tentang 'Hearing' :)

Pagi ni terbangun.Dengar jam loceng Ryo menyanyikan lafaz Lailahaillah.Hebat 'berperang' dengan diri sendiri,mengambil wudhuk,menggigil kesejukan.Berkata pada diri sendiri agar bersabar banyak-banyak sebab Sejuk ini berbaloi.Ameeen :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni 20 hb Februari.Hari Jumaat. Oh ya,hari ni genap umur dia 28. Beza kami 8 tahun. Dia abang sulung. Anak sulung yang disekolahkan oleh ayah di Al-Amin. Abang sulung yang tak berapa nak tinggi(haha),juga anak pertama yang melangsungkan perkahwinan(potong 'line' Kak Long!),Anak pertama yang menghadiahkan cucu dalam keluarga---Itqan!

Masa sekolah rendah di Al Amin dulu,sy selalu rasa selamat.Sebab abang-abang turut ada.
Angah masa tu tingkatan lima,Abg Nuar di tingkatan 3,Saya darjah 3 dan adik pula darjah 2.(Sekolah Rendah Islam Al Amin dan Sekola Menengah Islam Al Amin terletak di satu kawasan yang sama.).

Empat beradik duduk dibawah 'bumbung' yang sama. Jadi nak mengadu lari pada mereka bila-bila masa pun boleh.Tapi tak pernah buat pun :) Ayah dan emak pun tak perlu bimbangkan saya dan adik.Sebab ada Angah dan Abg Nuar boleh tengok-tengokkan kami.

Lagi, emak langsung tak bimbang.Sebab saya dan adik kan baik-baik aje..hihi


Dulu,sy selalu fikir sendiri.saya tak pernah rasa yang sy punya abang.Sebab abang-abang sibuk,jarak umur antara saya dengan abang-abang pun jauh. Macam ada 'gap' antara kami.Mereka dengan dunia mereka,saya dan adik dengan dunia kami sendiri.Masing-masing tahu jaga diri masing-masing.Jangan nakal sangat sampai buat malu nama baik keluarga 'Wan Ibrahim' sudah.
Angah jaga Abg Nuar dan Saya jaga adik. Sekarang ni,Hafiz pulak yang jaga Zaim kot :)

Dulu,saya tak faham kenapa Angah selalu sibuk-sibuk.ke sana ke mari.Meeting sana meeting sini.Tapi sekarang,bila nak naik dewasa ni,baru boleh faham sikit-sikit.Sekarang sudah rasa apa yang angah rasa. Kesibukan belajar dan kesibukan bersosial dengan masyarakat.

oleh sebab Fathiyyah tahu angahnya selalu juga datang baca sini,jadi kite tak boleh ulas panjang-panjang pasal dia.Kang takut kena 'saman' bila balik Mesia nnt. Atau takut juga kalau-kalau dia 'perah santan'. Jadi Fathiyyah berhenti dulu la yaa..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Mimpi ape thia tepon Angah sebelum pergi Syria hari tu?Selama ni tak pernah-pernah nak call"

Bior ler,sekali sekala nak tepon.Elo,thia call semua orang okeh.Termasuk Kak Long,Abg Nuar ngn Adik sekali masa tu.Rindu? erkkk...

:)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Angah a.k.a Abu Itqan,Selamat Ulangtahun yang ke 28!

Semoga Angah,Kak Arsyi dan sekeluarga sentiasa dirahmati serta diberkati.



Anak-Anak Abi dan Ummi masa TESPER Al Amin baru-baru ni. Bak kata Kak Long, dua-dua cun mengalahkan heroin Hindustan..hihi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

'Menjadi diriku'-edCoustic(budak-budak yang br balik dr Ireland hari tu ajar dengar lagu ni) hihi

Hari ni akan berjumpa dengan Ustazah setelah hampir sebulan lamanya 'bercuti'.Ustazah sudah rindu teramat pada Huda,Em dan Fathiyyah :)

Salam

Thursday, February 19, 2009

Atas permintaan..

Assalamualaikum w.b.t

Lokasi:
Meja Study

Jurugambar:
Lewis the Lumix

Pembantu Jurugambar:
Gong Chan!

p.s: Entry ini adalah atas permintaan Nannychomel :)



Jordan



Ireland


Italy

Madrid

Paris

Barcelona

Ding Dong

*Hobi emak sekarang ialah mengumpul sebanyak mungkin loceng-loceng dari setiap negara yang berlainan meliputi seluruh dunia.Emak letakkan semua loceng tersebut di sudut khas di pejabatnya. Ada yang dibeli oleh emak ketika melancong dulu-dulu,ada pemberian kawan-kawan emak yang bertugas di luar negara,ada yang dari anak dia yang belajar di negara orang(siapa ntah) dan ada juga yang dikirim melalui kawan-kawan anaknya :)

*Terima kasih daun keladi buat mereka yang mengembara jauh sampai ke Jordan,Ireland,Italy,Paris dan sebagainya yang tidak pernah lupa untuk membeli barang yang dikirim oleh Fathiyyah..Oleh sebab kita belum sampai sana lagi,kita kirim aje dulu :)

* Emak,thia mahu 'hantaran' ini berbalas melalui Dr Zuhairah nanti :))

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

tetiba 'homesick'..padahal tiket balik KL belum beli lagi :(

tengah pokai :)

Tuesday, February 17, 2009

Hadiah

Dapat hadiah.Orang itu suruh dengar dalam 'flight' dari Amman ke Cairo :)
sape ntah bagi :))
Imeem Player-->> PLAY!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kau Kawan,Sahabat,Teman

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama





Itu dia.Dua-dua nak jadi doktor :) Seorang di sini.Yang lagi seorang di 'sana'.

Monday, February 16, 2009

Gagak Hitam

Assalamualaikum w.b.t

Entah apa lagi yang tak kena kali ni. Jalan hari ni sesak. Mana tidak sesaknya, di tepi jalan berderet trak/'kereta kebal' yang berwarna hijau.Mujur tak ada ambulans di tengah jalan tadi.Kalau tak 'buat naya ' pada orang sakit je.

Gagak-gagak hitam pun ada. Ada yang berbaris patuh kepada si ketua.Ada juga yang duduk sahaja dalam trak,minum teh,hisap rokok.Menanti arahan agaknya.
Hari tu keadaan mcm ini juga.Masa tu,sy dan kawan-kawan dalam perjalanan ke kedutaan Russia. Tapi masa itu lagi teruk.Ada banyak rusuhan dalam kalangan Rakyat Mesir. Rusuhan tentang serangan ke atas Palestin. Bila ditanya pada Pak Cik Teksi, dia hanya gelengkan kepala dan seperti tidak mahu berceritakan dengan lebih lanjut kepada kami.

Suasana masa tu menakutkan.Mana tidaknya,sekeliling kita semua ada 'gagak-gagak hitam; berkawal,dengan senapang,pistol berbagai.
Kecut perut Fathiyyah jadinya..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tadi saya berjalan,meninggalkan perkarangan universiti,menuju ke kedai alat tulis.Tidak jauh mana pun.Ambil masa dalam 10 minit sahaja.

Berjalan,telinga 'disumbatkan' dengan 'My Playlist' agar tidak bosan dalam perjalanan.Apa lagi,saya memerhati sekeliling dan pandai-pandai buat tafsiran sendiri(perangai Fathiyyah)..

Berjalan dan memerhatikan gelagat mereka.Kadang-kadang takut juga lalu sebelah trak tu kan.Mana la tahu kan.Kena kacau tu boleh tahan lagi,sudah lali dengan semua semua tu.Kot-kot la kena tarik ke apa kan.
.
Jadi saya tawakkal banyak-banyak sajalah. saya berserah sepenuhnya kepada Dia.
Saya tiada sesiapa di sini melainkan kawan-kawan,Seniors dan Juniors.Yang lain semua di Gombak tu.
Oleh sebab itu,saya tak pernah 'Cari pasal'.
Kita dah tak nakal sangat duduk sini. Jadi budak baik :)

Kita mana tahu esok apa jadi kan,apa yang bakal kita tempuhi.Esok mungkin jatuh sakit tiba-tiba. Kena jangkit bakteria berbahaya atau virus misteri.
Esok mungkin kena langgar masa nak lintas jalan,esok kita mungkin mati tanpa diberi amaran.

Yang pasti,semua perkara yang dilakukan sejak keluar dari rumah pagi tadi,sy niatkan hanya untuk mencari keredhaan Dia dan moga ia diterima sebagai ibadat. Insya Allah.

Saya fikirkan semua ni,bila melihat aksi-aksi 'gagak-gagak hitam' tadi. Saya ni suka fikir macam-macam.Harapnya,ia bukanlah karutan :)

* Gagak-gagak Hitam= Gelaran saya untuk Polis Mesir.Kenapa Gagak hitam? sebab mereka pakai uniform berwarna hitam untuk musim sejuk ni. Nanti musim panas,mereka akan tukar uniform.Warna Putih.Jadi tukar nama juga---Gagak Putih.

Dan lagi,sy takut tengok polis-polis Mesir ni.Tapi sepatutnya tak ada apa yang perlu ditakutkan pun.Mereka pun hanya manusia kan.

* erk,emak,jangan risau-risau.. i'm doing fine here..hihi

*Hari ni ke kelas mengenakan baju kurung biru. Pelik,ia nampak singkat sikit.. Adakah saya makin meninggi atau baju itu mengecut?
Aish,Banyak dah baju mengecut ni.sudah la biru semuanya.(Fathiyyah suka biru)

Salam
Saturday, February 14, 2009

I Believe In Syria

Assalamualaikum w.b.t
5 hari menjelajah Jordan.Pulang ke rumah Tiqah untuk bermalam di sana.Keesokan paginya,terus bertolak ke Syria!

Kalau penjelajahan Jordan kami sertai HZ tours, kembara ke Syria pula kami 'join trip' di bawah Persatuan Anak-Anak Sarawak Jordan.

Kembara selama 4 hari.Itu pun tak semua tempat kami pergi.Mungkin akibat masa yang terlalu singkat.

Jadi hanya satu entry untuk Kembara di Syria :)
<Hari Pertama>


Makam Abu Darda' R.A


Beliau merupakan salah seorang perawi Hadith

It is said of Abu Darda that once a friend went to visit him at his home. On reaching there, the friend noticed, with grave concern, the appalling condition of Abu Darda's house. According to the friend, Abu Darda's house was shorter that the full height of a standing man. It was also as narrow as it was shot, and the household utilities were less than basic. When the friend inquired from Abu Darda why he lived in such dire conditions, Darda's response was: "Do not worry my friend, this is just my temporary shade. I am building a proper house some where, slowly putting good things deserving thereof."

When, on another occasion, the friend went back and found the same deprived shade, he demanded to know why Abu Darda had not moved to his better house. It was then that Abu Darda revealed to him that the house he referred to was the Kabr (the grave).

[Story adopted from Faza'il-E-A'amaal? (published by Altaf & Sons) or one of those other books by the "Ahl Jama". Please verify....citation necessary]

Wikipedia.org







Masjid Omawi



Tenang






Makam Nabi Yahya A.s (dalam Masjid Omawi)











Makam kepala Saidina Hussein(juga dalam Masjid Omawi)







Makam Sultan Salehuddin Al-Ayubi(Saladin)




Yang berwarna Hijau itu makam Sultan Salehuddin Al-Ayubi. Kawasan makam tersebut betul-betul berdekatan dengan Masjid Omawi.



Suk Hamidi
Tempat kami berlima 'berlagak' sebagai mak cik-mak cik.Sakan membeli belah untuk orang-orang rumah.Semua pakat beli alas meja untuk ibu masing-masing..hihi






Pemandangan Damascus atau Dimasq atau Damsyik(ibu negara Syria) pada waktu malam







Damascus pada waktu siang







Jabal Qassiyun(puncak tertinggi di Damascus)
saya pernah cerita tentang Jabal Qassiyun ini dalam kisah Ashabul Kahfi bukan?






To Arwad Island from Tartus--Makan Ikan :)

Tiqah dan Bendera Syria :)

<Hari Ketiga>



Qal'ah Sultan Salehuddin Al Ayubi

















Kami di puncak menara Qal'ah









Aktiviti Malam-- tepi pantai Latkia












Berjalan-jalan di Damascus(lagii!)





Dr. Bashar Al Assad,the President Of Syrian Arab Republic

Maaf,tak banyak berkongsi utk pengembaraan ke Syria ni.Sebab saya sendiri kekurangan info.Walaupun 4 hari 3 malam kami di Syria tetapi masih terlalu banyak tempat yang kami tak sempat pergi. InshaAllah, ada rezeki akan ke sana lagi. Mahu menjelajah Syria seperti Jordan.

Saya letak gambar dahulu ya.

*Esok sudah hari Sekolah.Selamat Kembali ke sekolah semua.Selamat menghadapi Sem baru. Penggal terakhir untuk tahun 2 fakulti perubatan di Cairo University.
Mari belajar sungguh-sungguh.Tahun depan boleh naik tahun 3! hihi

Salam
 

Template by Web Hosting Reviews