Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

December 26, 2009

Fillah Atau Lillah

Salam w.b.t

Beberapa minggu lepas, aku telah ditanya oleh seseorang satu soalan yang tidak pernah langsung langsung terlintas dalam benak fikiranku

soalannya begini

"Kak, kenapa kita cakap kat orang 'Uhibbuki Fillah eh? Bukan uhibbuki Lillah?' "

Soalan beliau telah membuatkan aku tidak selera makan, mandi pun tak basah sangat dan tidur tak berapa lena(tipu la tu :D)

Aku pernah abaikan soalannya ni selama beberapa hari, sampai tak teringat langsung dah. Tapi bila satu hari aku mendapati Ym aku diisi dengan offline message dari dia(kak dah tanya ustaz kak ke belum?), maka aku tidak boleh berbolak balik lagi. Aku perlu berbuat sesuatu, bertanyakan kepada orang Arab. Mesti!

Mahu tanya pada ustaz Arab, tapi waktu tu tengah break untuk exam. Maka berminggu jugalah tidak ketemuan dengan ustaz kami. Berminggu jugalah tidak pergi ke kelas arab.

maka pada suatu hari, sewaktu menanti lecturer sampai untuk Tuisyen Patho( budak medik mesir dahsyat, siap ada tuisyen private untuk subjek-subjek tertentu), aku, Ein dan Milah berbual-bual dengan pak cik-pak cik Arab yang menjadi kerani( kerani ke? ) di pusat tuisyen tersebut.

Aku ambil peluang untuk bertanyakan soalan tersebut, namun sedih. Sebab bahasa Ammi aku tak cukup cool untuk memahamkan mereka mengenai soalan aku( pelat ammi aku buruk benar. Balik-balik tercakap fushah. Memang ler tak paham).

Melihatkan wajah aku seperti bersungguh bertanyakan sesuatu, lalu salah seorang pak cik tersebut memanggil salah seorang pemuda arab yang juga pelajar di situ. Jangan risau, muda lagi budak tu aku tengok, dan betullah. Aku nampak dia pegang buku medic first year.

Dan dia mula speaking2 dengan aku, bertanya tentang soalan aku.
Lalu aku bercerita bla bla bla dengan beliau. Mula-mula beliau tergelak dan tersengih. kelakar agaknya. Dan dengan wajah yang tenang, beliau menerangkan satu persatu.

'If he tells you 'Uhibbuki Fillah', he means that you remain in his heart forever'

'but if he says to you 'Uhibbuki Lillah', he means that he wants to get married with you'

Ok, lepas tu dia tergelak lagi. dan aku baru faham apa yang dia faham. Aku baru faham kenapa dia tergelak besar!! Aiyoyo. elo pemuda, budak perempuan la yang tanya aku soalan tu. sepatutnya she, bukan he la

Aku senyum je seraya mengucapkan 'Thank you' kepada adik tersebut. Sekarang aku sudah faham apa beza keduanya.

Bila pulang ke rumah, aku emelkan jawapan tersebut kepada adik perempuan aku yang bertanyakan soalan tersebut. Namun dalam hati aku sendiri, aku masih ragu-ragu sama ada mahu mempercayai jawapan pemuda tu atau tidak. Sebab kadang-kadang diorang sukaaa sangat bergurau(menipu) budak-budak malaysia.

Aku pun satu,belum lagi berkesempatan nak tanya pada ustaz!

Kawan-kawan, ada idea? Apa beza uhibbuki fillah dengan uhibbuki lillah? :)


Terima kasih daun keladi buat dia yang bertanyakan soalan mencabar itu




p.s: to my hero, baby Zaim. Happy 10th birthday, budak kecik



4 comments:

Ruhul Jadid (روح الجديد) said...

haha....x terpikir plak dah..
nih kena revise bahasa arab blk nih..
hahaha...staon da tggl arab x igt byk bnd da..

seveneleven89 said...

hahaha!bg ana cam lwk jawapan budak tu..huhhu tp mmg soalan mencabar minda la.serius x pena terfikir jugak.

Faris said...

salam..wah2...jiwang jugak post ini.
Pada pendapat saya,kedua2nya mempunyai maksud yang lebih kurang sama.

Tetapi,saya bersetujulah dengan reasoning yang diberi oleh pemuda Arab itu,berdasarkan tahap keseriusan.
Bahasa Arab ini bahasa yang sangat kaya kosa kata dan hebat.

Cik Fathiyyah mesti tahukan kekayaan bahasa Arab ini.

Jadi saya rasa, "uhibbukafillah",lebih sesuai digunakan untuk memanifestasikan perasaan kecintaan berdasarkan jalinan ukhuwwah.

"uhibbukalillah" pula mempunyai degree keseriusan yang lebih tinggi berbanding fillah.
Hal ini boleh dirujuk berdasarkan penggunaannya dalam ibadat kita.
Cth: sumpah,niat dalam ibadat (sembahyang,puasa).

Jadi mungkin,kalau betul orang tu nk hikbah Fathy,dier sebut "uhibbukilillah".

tetapi, bagi saya in the end, sama saja,perkataan itu hanya perkataan.

Apa-apa sahaja perkataan boleh digunakan,asal jgn terseleweng sangat sudah.

Bahkan orang Arab pun, mempunyai isilah berbeza2 berdasarkan negara2.(di Mesir lain,di UAE lain)

Akhir kata,perkataan tanpa perbuatan adalah sia2.

Allah menempelak mereka yang berkata tetapi tidak melakukkanya didalam surah As-Soff (ayat 2-3).

Lebih better saudari menyerabutkan perkara saudari dengan benda yang lebih penting,which is pentingnya mempelajari fiqh al-alawiyat.

Wallahualam.

Kalau ada salah silap boleh betulkan.

Anonymous said...

salam

betul lah tu pemuda arab tu kata HE. sebabnya uhibbuKI adalah untuk perempuan..

uhibbuka (untuk lelaki)
uhibbuki (perempuan)
uhibbukum (untuk kamu semua)

dan setuju juga dengan penggunaan yang dijelaskan :-)

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena