Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

December 24, 2009

Aku tanya IMAN




" Inilah iman dalam Islam. Ia tidak tinggal begitu beku tanpa bergerak, tidak tinggal

tersembunyi tanpa menjelma dalam satu bentuk harakat yang hidup di luar

tubuh seseorang Mu'min. Andainya iman itu tidak bergerak seperti ini, maka

ia adalah suatu iman yang palsu atau suatu iman yang mati. Ia sama dengan bunga yang tidak berbau."

Surah Al Asr,

Tafsir Fi Zilal Al Qur'an

Karangan Al-Maqhfurulahu al-‘Arif billah as-Syahid Sayyid ibn Qutb Ibrahim

==============================


Aku tanya iman, apa ia sedang buat dalam hatiku.

Aku tanya padanya, apa yang sudah ia lakukan hari ini

Apakah ia sedang bersembunyi?
Apakah ia sedang tidur lama, dibuai enak.
Apakah ia sedang tidur sampaikan tidak mahu berjaga?

Aku tanya iman, apakah ia mahu kekal sebegitu?
apakah ia mahu statik, tidak bergerak macam selalu?

Aku tanya iman, apakah diriku sudah menunaikan hak kepadanya
apakah aku sudah memberinya makanan dan minuman selama ia tinggal di dalam jiwaku

Aku tanya iman
apakah aku sudah menjalankan amanah dari Tuhanku untuk menjaganya
apakah aku sudah layak untuk diberikan balasa syurga kerana memeliharanya
atau apakah aku bakal diberi azab neraka kenana mengabaikannya?

Aku merayu kepada imanku
agar segera bangkit menggerakkan tuan badannya
agar mengetuk, menghantuk , atau berbuat apa-apa sahaja supaya tuannya ini sedar diri
sedar diri bahawa tuannya ini hanyalah hamba kepada Tuhannya

Aku merayu kepada imanku,
agar bergerak, tidak membeku dalam hatiku
aku merayu, agar ia meronta-ronta
Agar ia memberontak bila tuannya tidak berbuat apa-apa

Wahai imanku,
aku tidak mahu engkau mati,
kerana aku menyedari bahawa iman yang mati
adalah yang tidak bergerak, iman yang statik,
iman yang bersembunyi dalam jiwa tuannya,
iman yang membeku, tidak cair-cair


Wahai imanku, silakan mendidik diriku
agar aku sentiasa kembali kepada Tuhanku
agar Tuhanku meredhai segalanya

Wahai imanku,
sila pandu aku ke syurgaNya
Syurga yang seluas langit dan bumi itu
Syurga yang di bawahnya ada sungai-sungai yang mengalir
Syurga yang menjadi tempat berkumpulnya para anbiya' dan para kekasihNya

Wahai imanku,
Sila bawakanku, ke tempat yang paling ku impikan
Silakan membimbing aku,

untuk bertemu dengan Tuhanku

p.s: indahnya nama iman :)



2 comments:

nuruliman said...

terima kasih. =)

kadang2 saya inferior dgn nama sendiri.T___T

Anonymous said...

haha..klakar giler kak iman...
ptut rase bngga nge nme tu taw!hehe

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena