Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

November 22, 2009

Demi waktu Dhuha




Demi waktu Dhuha

Dan demi malam apabila telah sunyi

Tuhanmu tidak meninggalkan engkau(Muhammad) dan tidak pula membencimu

Dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu dari permulaan

Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu,
sehingga kamu menjadi puas

Bukankah Dia mendapatimu seorang yatim, lalu Dia melindungimu

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang serba kekurangan, lalu Dia memberi kecukupan

Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya

Dan terhadap orang yang meminta-minta janganlah engkau mengherdiknya

Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan(dengan bersyukur)

Ad-Dhuha: 1-11

Ad Dhuha, bukti Allah sangat sayang pada Rasulullah

=============================

Demi waktu Dhuha,
Tuhan telah menghiburkan hati kekasihnya
Demi waktu waktu Dhuha,
Tuhan tidak meninggalkan dia kesepian, kesedihan bila yang lain menyisihkan
Demi waktu Dhuha,
Tuhan tidak pernah membenci dirinya

Cuba kita letakkan kita di tempat Rasulullah s.a.w
Sungguh, Tuhan tidak pernah membiarkan kita, bukan?


============================

Thank You Syahidah :)



5 comments:

Nadia Yuna said...

indah =)

nuruliman said...

kadang2 bila kita terlalu asyik dengan dunia.lemas dan tidak bermaya. semua benda jadi serba tak kena. mulalah nak salahkan semua yang ada disekeliling.

itu salah.ini salah.semuanya negative.

kadang-kadang sampai kita lupa nikmat yang sudah diberi. kesenangan yang telah dinikmati. Bila ujian datang menimpa, kita lupa Allah berhak untuk menguji. kita jadi lupa untuk bersyukur, yang Allah masih sayangkan kita, kalau tidak, masakan Allah menguji kita kan. Ujian tanda sayang. Ujian tanda kasih.

Sama-sama bermuhasabah dengan ad-Dhuha. Penyembuh kekusutan jiwa Rasulullah dikala kesempitan.

anisahshamilah said...

saya sgt suka surah ni!!!!!
cik fthy, tjukanla utk saya...
=)

surah pujukan,
bagaikn hembusan angin byu dikala kepanasan...
bagaikan air sejuk buat pghilang dahaga di tgh2 padang pasir kontang...

sharifah syahirah TSM [chep] said...

demi dhuha,
demi malam yg sepi....

Allah mention 2 waktu yg mana sgtlah menenangkan, yg mana pada waktu ini kita akan rasa dekat sangat dgn Allah.suasana yg sgt sesuai utk menyentuh hati di kala pilu.

betapa sedihnya baginda waktu tu,
kekasih dia dah lama x bg surat cinta. pilu bagai ditusuk sembilu.
sudahlah tidak berbapa dan beribu.
hanya Allah tempat mengadu.

syahidah said...

sama2 fathy:)
juz sharing serba sikit..sgt best kalau kite tahu sebab nuzul ayat quran kan..kite letakkan diri kite tempat nabi..
surah ni diturunkan selepas penghentian wahyu selama 40 hari..nabi rasa sepi sgt..then Allah pujuk nabi dgn penuh kasih sayang..

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena