"Wahai orang yang berselimut, bangun serta berilah inzar(peringatan)!"
Seolah-olah seruan berkata
Sesungguhnya seruan berkata
"Sesungguhnya orang yang hidup untuk dirinya sahaja akan hidup penuh kerehatan,
engkau ini adalah orang yang memikul tanggungjawab yang besar.
Kedatanganmu bukan untuk tidur!
dan bukan untuk berehat.
bukan untuk berenak-enak dengan selimut yang mendakap!
bukan untuk hidup yang tenang
dan bukan untuk berhibur dengan barang yang menyeronokkan.
Ayuh,bangunlah segera untuk tugas yang besar,
yang sedang menunggu untuk engkau,
kewajipan yang berat sudahpun disediakan untuk kau laksanakan,
Ayuh,
bangunlah untuk berkecimpung dan menggarapnya,
kau harus hadapi kesusahan dan kepenatan.
Ayuh bangunlah segera,
kini masa berehat dan tidur sudah tidak ada lagi bagimu
yang ada hanyalah berjaga malam yang berterusan
dan perjuanganmu yang panjang lagi membebankan
Ayuh, persiapkanlah dirimu untuk kesemuanya itu "
===================================
Ianya adalah kata-kata yang besar maknanya, malah menggerunkan. Ianya merentap Rasulullah dari keselesaan selimut yang melalaikan, dan menolak Baginda ke hadapan menuju pertarungan yang berterusan dan mencabar, berhadapan dengan realiti dan kehidupan manusia.
Itu lah dia Rasulullah S.A.W. yang telah bangun di tengah-tengah masyarakat bangsanya dan TERUS bangun untuk selama 23 tahun, tanpa berehat atau berhenti kerana kepenatan.
Rasulullah s.a.w sekali-kali tidak hidup untuk diri sendiri atau keluarganya,
Baginda bangun untuk terus bangun demi dakwah Allah, memikul beban berat dan sekali-kali tidak pernah lesu atau lemah semangat.
Ianya beban terbesar di bumi ini,
ianya beban manusia sejagat,
beban seantero,
beban perjuangan dan jihad di segenap arenanya
Baginda hidup bersama dan dalam perjuangan
yang berterusam selama dua puluh tahun lebih
tidak ada sesuatu pun yang boleh melalaikan Baginda dari tugasnya ini
Walau seketika pun,
iaitu sejak Baginda diseru dan dilaung dari petala langit.
Ar Raheeq Al Makhtum
oleh
Al Mubarakfuri
===============================

Rasulullah s.a.w,
The Chosen One
Rasulullah s.a.w sudah lama pergi.
Tapi kenapa Al-Qur'an masih terus kekal sehingga sekarang?
Malah tidak pernah lenyap dan luput sehingga hari akhirat.
Kalau betul tanggungjawab untuk menyebarkan risalah yang didapati dalam Al Qur'an hanyalah untuk Rasulullah, para sahabat, para tabi' tabi'in sahaja yang telah lama pergi meninggalkan kita ,
kenapa ia tidak turut 'mati' bersama mereka?
Sebab 'baton' telah sampai kepada kita.
untuk kita terus 'berlari'
sebab kita Muslim.
Muslim yang dipilih oleh Allah untuk menyambung tugas para Anbiya'
Sebab kita sudah bersaksi bahawa
'Tiada Tuhan melainkan Allah,
dan Muhammad itu pesuruh Allah'
Kalau bukan kita, siapa lagi.
because we are The Chosen One
===========================================
" Wahai orang-orang yang beriman!
Barangsiapa di antara kamu yang murtad(keluar dari agamanya,
maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum,
Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya,
dan bersikap lemah lembut terhadap orang yang beriman,
tetapi bersikap keras terhadap orang kafir,
yang berjihad di jalan Allah
dan tidak takut dengan celaan orang yang suka mencela.
itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki
Dan Allah Maha Luas(pemberianNya), Maha Mengetahui "
(Al Maidah:54)




6 comments:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Barangsiapa di antara kamu yang murtad(keluar dari agamanya,
maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum,
Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya,
dan bersikap lemah lembut terhadap orang yang beriman,
tetapi bersikap keras terhadap orang kafir,
yang berjihad di jalan Allah
dan tidak takut dengan celaan orang yang suka mencela.
itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki
Dan Allah Maha Luas(pemberianNya), Maha Mengetahui "
(Al Maidah:54)
baru setengah tahun dalam dunia kampus..tapi dah merasai apa yg dah dicatatkan dalam ayat Allah s.w.t. nie. Fenomena yg pd awl2nya terasa kekok juga. Student2 yg ada basic agama (dtg dr skolah agama) x macam skolah agama tp pd masa sama muncul golongan2 yg sedang mencar kebenaran hakiki..alhamdulillah
kamu buat post tiap hari ke?
to Arif,
alhamdulillah.
be strong :)
to anony, salam kenal
tulis blog, bukan setiap hari pun.
kamu tiap2 hari dtg sini?
jzkk fathy!
besttt ssgt post ni. tersentap jiwa jap.
nak RM jgakkkk. huhuhuhu. nt punye tuh dlm arab ke?
tiqah, ana punya dlm bahasa indonesia.
mahu kah? nnt ana bawak pulang sebuah ke gombak untuk enti. :D
oh brp eh harge die?n berat tak?kalau berat mcm menyusahkan plak nk bwk balik.huhu.
Post a Comment