Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

October 28, 2009

I





Aku mahu basuh baju(balik-balik basuh baju :D) Aku intai mesin,ada isi. Oh,harini sepatutnya turn aku untuk 'membelasah' mesin. Tapi temanku ini masih belum selesai dengan pakaiannya. Maka aku letak bakul baju untuk di basuh di sebelah pintu bilik air. Agaknya petang-petang nanti selesai lah. Lalu aku keluar rumah,menyelesaikan segala urusanku. Tidak urgent sangat pun nak basuh sekarang. Balik nanti boleh :)

Sudah petang,aku melepaskan segala penat dengan berehat-rehat di dalam bilik. Oh! hampir lupa baju yang mahu ku basuh pagi tadi. Terus meluru ke luar bilik, menuju ke bilik air dan lihat bakul baju kotor ku sudah kosong! Waaah! ke mana mereka?

Aku lihat pula ke dalam mesin, KOSONG! ini kes pelik. Aku berfikir sejenak dan terus mendapat ilham :)
Aku ke ruang ampaian baju di luar .Baju-bajuku bersusun, berderet mengikut warna . Aku lihat bajuku ditiup angin dengan aman dan sentosanya.

Aku tahu ini kerja dia, lalu aku memandangnya dengan pandangan penuh makna. Namun dia pura-pura tidak tahu apa-apa


======================================

Mereka panggil aku untuk makan malam. Iya,makan malam bersama. Hanya waktu makan saja peluang untuk kami berborak dan meluahkan apa-apa. Tapi waktu itu, aku minta mereka makan dahulu,


"Korang makan dulu.tinggalkan ayam sikit untuk aku! Nak siapkan kerja sedikit"

Sudah selesai dengan urusan laptop,aku ke dapur untuk menunaikan hak perut dengan makan :D Aku intai lauk, dan aku terkejut. Ada ayam seketul. Besar! Aku tahu, mana mungkin setiap bahagian ayam itu dipotong sama besar nya. Mesti ada kecik, mesti ada yang besar.

Ini bermakna,mereka meninggalkan aku bahagian ayam yang paling besar. Hal ini membuatkan aku berasa bersalah dan malu. (lain kali makan sama-sama)

==============================================

Aku pinjam duit dia,untuk beli buku perubatan. Kang takut nanti dalam kelas,melopong mendengar prof mengajar aku yang tiada buku. Dia senang hati mengeluarkan sejumlah wang dari dompetnya.
Aku berjanji akan terus membayar di rumah nanti,dia memberi jawapan dengan senyum-senyum saja.

Hari itu juga,lepas kelas aku terus pengsan dan menjalani rutin biasa sebagai pelajar medik (belajar belajar dan belajar) sehingga aku terlupa tentang wang yang aku pinjam pada siang hari.
Beberapa hari selepas itu, macam biasa aku buka buku 'akaun' peribadiku. Memeriksa duit masuk dan duit keluar serta mengira berapa baki duit yang tinggal.

Pelik bin ajaib. Duit aku banyak lagi sedangkan aku perasan je yang aku banyak berbelanja sejak dua menjak ini.
Lantas fikiran aku teringat sesuatu. Aku berhutang! uwaaa! Dan terus ke bilik dia, dengan beberapa not ungu dan hijau dan terus dihulurkan kepada dia depan-depan.

Dia kelihatan terkejut badak,seraya bertanya wang itu untuk apa. Aku kata duit buku, dia menjawab balik dengan mengatakan dia tidak ingat apa-apa tentang hutang aku pada dia.
Aku bertegas, lalu letakkan juga wang tersebut di atas mejanya. Eh eh,gelak pulak budak ni.

============================================

Aku pernah baca dalam Sirah Nabi tentang pengorbanan sahabat-sahabat terhadap sahabat mereka yang lain dalam peristiwa perang besar dalam sejarah Islam.

Sudah tentu pengorbanan aku terhadap teman-temanku tidak mampu dibandingkan dengan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh orang-orang terdahulu. Sudah tentu seperti langit dan bumi bezanya. Namun,Allah jua yang menilai kita dengan melihat pada hati kita

I for Ithar :)

Ithar means preference to others – selflessness, and Athara means preference to one’s own self – selfishness. It goes without saying that Ithar is where we should be, and Athara is where we should stay away from.

p.s: sudah dua malam berturut-turut aku mandi tengah malam untuk tidak mengantuk masa study. Achooooo!~ Ooops, mak! Peace peace. Tubuh badan anak mak sorang ni kuat,jangan perkecilkan ia... Ngeeeee

6 comments:

dan said...

oh sgt susah utk bersifat ithar ni kan...kadang2 kalau kita lebihkan kawan masih ada rasa kurg ikhlas...berbisik dlm hati itu ini..

i untuk ikhlas..together with ithar..gabungan mantap!

*style jugak buat entri satu huruf ni* :D

Effy Saiful said...

waah..bersyukur la byk2 dpt sahabat mcm tu ek~ bkn senang =)

|makhlukDIA| said...

memang bes ithar.sangat2.hehe.akak, saya yang mintak mail akak hrtu..a'ah.nie mail ana

creaicez@yahoo.com

atiqahmohammadkhuzaini said...

share ape yg baru beljr last week psl ukhuwwah ni.presented by kak fiza.kenal tak?

http://izzatulislami.blogspot.com/2009/10/ukhuwwah-islamiyyah.html

sharifah syahirah TSM [chep] said...

letak je baju dlm besin, jap lagi tgk dah hilang.
tggu petang skit, ingat nak angkat kain, tgk2 dah ade org kutip dulu.
bila baju berlonggok kat depan, lepas solat ade org rebut2 nak lipat.
last2, dah siap pun tersusun dalam almari. :)

bila sakit penat2, nnt ade org dtg urut. ade org teman study.
ade org suap makan :)



syukran ukhti2 ku sayang!
jasa kalian tak terhitung.....

fathiyyah said...

chep ucap jazakillah pada fathy juga ke? alaa,kan best kalau fathy dpt buat mcm tu kat rumah chep pulak. huhu

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena