
Salam w.b.t
Sudah dua tahun pengajian,maka aku akan berangkat ke bumi sana untuk meneruskan dalam pengajian tahun tiga. Aku telah meninggalkan seribu kenangan terindah dalam 'episod kedua' di Cairo.
Aku tidak tahu apa yang bakal aku tempuh dalam tahun ketiga. Yang aku pasti sekarang,perjalanan hidupku selepas ini akan lebih mencabar,lebih banyak ujian dan cubaan. Aku berdoa dan mengharapkan Dia telah merancang dan menentukan hanya terbaik buat diriku sama ada aku suka atau tidak.
Mari ke episod ketiga di Cairo :)
p.s: Syila,Aimi,Ayu,Huda dan Chep akan selamat sampai di Cairo
p.s lagi : Aku bersama teman-teman yang balik Malaysia hari tu akan berangkat ke Cairo pada hari Ahad,27 September 2009. Perjalanan yang panjang kerana kami akan transit di Bahrain selama 20 jam! orait,mari pusing-pusing di Airport dan tido-tido di hotel yang disediakan :)
Selamat tinggal incik Gombak, Selamat Menyambutku wahai incik Cairo
-fathiyyah-



5 comments:
selamat sampai ke Cairo..
selamat jalan. semoga selamat semuanya :)
semoge slmt perjalanan Fathy ye. =D
selamat sampai di cairo :-)
fathy dah balik cairo?
Post a Comment