Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

August 25, 2009

Ammi

Housemates aku,Maya(anak tuan rumah aku di Cairo) dan parents Aimi


Salam w.b.t

Malam 2 Ramadhan

Malam ini bersolat Tarawih di Masjid UIA lagi! Bagi aku,disana lah tempat terbaik untuk aku bagi melepas rindu dengan suasana Cairo. Maksud aku,jumpa dengan mak cik-mak cik,kakak2 dan adik-adik Arab dari pelbagai negara di seluruh dunia.Dan bacaan imam Masjid Uia dalam solat seakan-akan imam di masjid Cairo sana.

Kami tiba di masjid agak lewat. Sebab bersolat Isyak dahulu di rumah(Tok Imam Wawi lambat bersiap!). Sampai saja di sana, kami duduk-duduk dahulu sementara menantikan imam dan makmum waktu itu menyudahkan solat mereka.Mereka habis saja nanti,kami boleh terus ikut dalam rakaat-rakaat seterusnya.

Aku lupa bawa Al-Qur'an untuk bertadarus. Lalu berkeputusan untuk memerhati keadaan sekitar(dengan mata yang rabun). Anak-anak kecil berlari2 di belakang masjid ruang perempuan merupakan salah satu pemandangan yang biasa. Tapi pandangan aku tertangkap pada sekumpulan anak kecil. Hidung mancung,kulit putih gebu,lirikan mata yang cantik serta suara yang sangat comel. Lalu aku mengecam mereka sebagai kanak-kanak berbangsa Arab.

Aku bergerak mendekati mereka
(Mari test Power Ammi)

===========================================

Ada seorang kakak dan dua adik kecil.Sibuk bermain apa entah.

'Enti Minnin?(Kamu dari mana?)' tanya aku. Aku main hentam berbahasa Arab Ammi Mesir walhal aku tahu budak2 itu tidak semestinya berasal dari Mesir.

Dia kelihatan tersipu-sipu malu

' Iraq ' jawab si kakak dengan suara yang halus dan perlahan.

Aku terkejut sekejap. Faham pulak budak ni aku tanya apa. Padahal aku tidak berbahasa Arab Fushah pun. Aku terduduk dan diam sekejap. Tapi tangan aku aktif mencubit pipi-pipi gebu :) Tangan aktif,kepala juga ligat berfikir.

Kemudian,emak panggil aku bila jemaah solat tarawih itu bersiap untuk menyambung dua rakaat seterusnya. Aku meninggalkan mereka bertiga dengan satu kesimpulan.
Nanti datang solat situ lain kali,aku akan bertanya lagi. Sudah tentu dalam Ammi!

:)

==============================================

Malam 4 Ramadhan

Kami ke UIA lagi.Selepas bersolat Tarawih, emak menarik aku dan tunjuk kepada sekumpulan kanak-kanak.

'tu dia. Budak Iraq hari tu' kata emak,senyum-senyum

tanpa buang masa,aku bergerak laju dan duduk-duduk dengan mereka
Kami berbual-bual(Sudah tentu aku tanya sepatah,mereka akan jawab sepatah juga) beberapa minit. Aku berbahasa Ammi dan mereka menjawab dalam Fushah.

Dan waktu aku nak balik meninggalkan mereka,aku semakin yakin dengan kesimpulan aku itu

=========================================

Rancangan orang Barat

Bahasa Arab Ammi hanya terdapat di Mesir. Ia merupakan bahasa pasar dan juga bahasa rojak. Manakala bahasa Arab yang betul,tepat, paling Indahdan berbunga-bunga adalah bahasa Arab Fushah(macam yang kita belajar masa kat sekolah dahulu-dahulu,Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi) manakala seburuk-buruk bahasa Arab adalah Arab Ammi Mesir.

Ada orang pernah menceritakan kepada aku,bahawa pengenalan dan pengamalan bahasa Arab Ammi Mesir adalah salah satu rancangan orang-orang Barat untuk sedikit-sedikit merosakkan bahasa Arab supaya orang-orang Islam tidak lagi kenal dan tahu berbahasa Arab

Bila tidak tahu berbahasa Arab,maka orang Islam akan tidak dapat faham Al-Qur'an. Bila tak faham Al-Qur'an,maka sedikit-sedikit akan kurang faham juga lah dengan Islam.
Kurang faham Islam,maka kuranglah rasa nak mengamalkan Islam .

hurmmm

Mari aku tunjuk beberapa ayat yang menunjukkan betapa jauh berbezanya bahasa Arab Fushah yang betul dengan Bahasa Arab Ammi Mesir

Ma Ismuki?(fushah) ->>>>> Ismu Eh?(Ammi)
Limaza?(Fushah)->>>>>> Leh?(Ammi)
Maza taf'aliina?(Fushah)->>>> Ammalti Eh?(Ammi)

Sudah nampak perbezaannya? Sangat ketara bukan?
Maka,aku rasa orang-orang barat sudah boleh duduk bersenang lenang atau bertepuk tangan bila mana rancangan mereka untuk merosakkan Bahasa Arab seperti telah berjaya

Universal

a
da juga yang beritahu aku bahawa bahasa arab ammi merupakan bahasa arab universal. Maksud aku,kalau aku berbahasa arab ammi dengan mana-mana orang arab dari negara mana-mana pun,mereka mesti boleh faham apa yg aku cakap. Macam aku berborak dengan budak2 Iraq tu. Sungguh,tak ada sepatah habuk pun perkataan Fushah yang keluar dari mulut aku bila duduk dengan mereka.

Maka,kesimpulan aku >> kenyataan bahawa bahasa Arab Ammi adalah bersifat universal dan boleh diperaktikkan di mana-mana negara Arab mungkin ada benarnya. Dan mungkin ianya ada kelebihan sendiri,lebih-lebih lagi jika seseorang itu yang tahu berbahasa Arab Ammi mahu melancong di mana-mana negara Arab selain Mesir.

Aku tak berbangga sangat lah dengan Ammi ni(sbb ia bahasa pasar). Lain la macam Tiqah di Jordan sana. Arab Fushah Tiqah 'berhabuk'! Boleh je Tiqah nak faham ayat-ayat Al-Qur'an sebijik sebijik.

Tapi kan,di Mesir,banyak sangat madrasah(sekolah) yang ajar Bahasa Arab Fushah. Siap ajar Nahu,Balaghoh dan lain-lain. Pelajar-pelajar dari luar Mesir(Indonesia,Korea,Jepung) pun berduyun-duyun mendaftarkan nama untuk ke kelas-kelas tersebut.

(Aku pernah ada pengalaman pergi ke satu kedai runcit ni. Ada orang seorang kakak Korea turut membeli belah macam aku. Yang buat aku tercengang adalah,bahasa Arab Fushah dia sangat mantap bila dalam urusan berjual beli dengan Pak Arab. Maka,aku rasa sangat segan dengan beliau)

Sekarang aku rasa mahu pergi balik masa zaman sekolah dahulu. Belajar Arab sungguh-sungguh bukan semata-mata nak dapat A1 dalam periksa.



================================================

Malam ni mungkin ke UIA lagi. Macam ada temu janji dengan Mahenn(budak Iraq semalam)

:)


p.s: oh ya Cik Tiqah,saya sedang menghitung hari untuk kamu pulang ke tanah Air. Cepatlah pulang!


16 comments:

Nadia Yuna said...

Selamat berpuasa thia. jaga diri. jaga kesihatan. moga baik-baik semuanya.

thia,
maaf sangat tau. akak mcm dah lama tak ke sini, sejak kerja ni macam sibuk sikit. maaf ya thia.

tak menjenguk tak bermakna akak tak ingat tau =)

Acai said...

Salam thia,
Waaa sangat best bleh berbahasa arab. Tak kisahlah ammi ke fushah,hehe. Sebenarnya sy sangat seronok bila dengar member2 sy dari sana berbahasa ammi. Bukan apa sebab sy tak faham sangat diaorg cakap pe,hehe. Kalau dalam fushah mybe sy faham skit2lah..Dulu sekolahpun amik BA tinggi dan komunikasi. Tingkatan 4 amik SMA dapat jayyid jiddan lagi tau,hehe..

Tapi bila masuk jurusan komputer kat U memang dah tak jumpa dah bahasa arab sepanjang belajar. sangat sayang bila dikenang,huhu.

jejakalkindi said...

salam..

sangat bagus perkongsian ini...thanks for sharing, dapat la juga bro info tentang bahasa Arab ni..

anak2 bro suka dengar CD Nancy Ajram, kena pula ada auntie mereka kat Dubai yang selalu belikan bila ada album baru...sekarang ni dah lancar baca tulisan arab tanpa baris tu..yelah selalu baca lirik lagu..

Asyila said...

salam thia

hmm..betol,tkyah berbangga dgn Ammi.kt siap kena kutuk2 n marah bila bercakap ammi.kena cakap fushah ngan sorg tu..mmg kena ckp fushah je la..

hehehe...

jom tingkatkan fushah kita!

signisafwa said...

aku sebenarnya rs rugi je blaja arab dr kecik tp smpi skg xreti2 ckp.buat penulisan je tahu.pstu da lme tingglkan mase masuk high school kat sni,banyak gile da lupe.what a waste la..sedih je

nuruliman said...

iman solat kt bhgn bwh..
tp mlm ni x pegi kot.. tukar arah skit..pegi masjid dkt rumah.
smlm jumpa atikah khuzaini

Ainul Arina Madhiah said...

betul.betul.betul

tapi kat sini pun, time klinikal nnti kena tahu ammi jugak. Orang-orang tua kat sini semua cakap ammi yang terlampau ammi. Kalah ammi biasa-biasa yg campur fushah. Haritu pun time sembang nagn sorang macik kat masjid, dia hentam ckap ammi dia sepatah habuk pun tak paham padahal maksud dia " ko belajar sini ke?" je sedih.sedih...

Fathy, kat mesir semua ammi sama eh? Sebab kat jordan ni ammi dia macam campur2. Kejap macam mesir, kejap macam bukan mesir. Kadang2 nak grab slang diaorg pun mcm amik masa sket.

mohd hazwan mohd salleh: said...

ismu eh??
idop ammi..heh~

wan hazimah said...

satu je? lehh.... org punyalah igt byk. xpelah
ni pon jdlah!!! hahaha....

fathiyyah said...

Kakak! Faham je akak bz..tkpa2
Me pun kurang jenguk blog akak juga.
Maaf juga ya kak

Bro Acai,uish..terer tuuu dpt jayyid jiddan dlm SMA.
Saya setakat A1 dlm BAT tu boleh laa
So,sila speaking arab skit2 :D

Bro Fisol,usaha untuk melatih anak-anak bc tulisan Arab tu sgt best tu bro.
Budak2 kecik senang nk pick up :)
Untung mereka punya ayah cm bro
:D

Syila,fathy tahu siapa org tuuut tuuut.
nampak gaya,syila kena amik extra class Arab Fushah la ni,
ngeeee

fathiyyah said...

Safwa, aku rs ramai je kan pak arab or mak cik2 kat sana
belajar ngn org arab sendiri mmg lagi bext dan sgt lain berbanding belajar masa skolah
huhu
saf,mahu hadiah!! ngaaaa

Iman,fathy plak selalu solat kat bhg atas masjid tu.setakat ni belum terserempak dengan sesiapa lagi
Selamat Pulang Ke Kampung,Iman :)

Ainul,Fathy tak sure pulak Ammi kat Mesir ni lain2 ke tak.
Tapi kalau kitorg speaking Ammi,mmg hentam dan tibai je lah.
Setakat ni mereka faham je ammi kitorg. So Fathy assume,sama je kot.
hehe
oooo,br tahu yg org arab sana pun ada yg ckp Ammi.First time dengar ni
:D

Hazwan,silaap tuu..
Hidup Fushah!

Adik:
cik kak! u silap hantar komeng laa.haha
tp i tanak u rs malu
so takpe la..kasi can
ngeh

fizz said...

Salam Thia,

Bagus sangat perkongsian nie, akk mmg tak tahu Bahasa Arab **sedih...jadi lagila tak tahu yang ada Bahasa Arab Ammi dan Fushah nie, bc blog awak ni akak dh tau sket, nnt kongsikan lagi perkara mcm ni eks.. :D

Oh! Oh! akak nak sembang lagi dengan kamu, tapi kebizian mencemburui, akak ada ms nnt akak buzz kamu lagi eks ..hehe :D

atiqah khuzaini said...

fath, haritu nampak je nt bertiga otw kuar masjid. tapi dr jauh, tak sempat nak tegur.

sgt ramai je budak alamin kat masjid uia. mcm reunion pon ade.heh.

Jackster said...

salam alayk..

berkenaan arab slaen mesir taw arab ammi,

1. my physics teacher (mr sudad intec) told my class that he personally knew how to speak egyptian arabic because egyptian film industry is the biggest in this region, that's y.

2. ana penah dgr pasal org barat (perancis secara khusus) punya agenda utk rosakkan bhs arab dengan reka arab ammi, tp a. ana x pena dgr sape2 bg sumber cite tu, b. mesir ni bkn asalnya sebuah negara arab, maka tidak mustahil jika masyarakat pribumi punya bhs sndiri yg di'blend' dengan bhs arab menjadi arab ammi.

3. hanya memberi beberapa kemungkinan sebelum fathy membuat kesimpulan =)

hamada hamdi said...

ajarkan anak-anakmu bahasa Al-quran iaitulah bahasa arab yang semestinya fushah.

hamada hamdi said...
This comment has been removed by the author.

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena