Salam w.b.t
Jika mahu lebih mengenali manusia,usah susah-susah cari orang lain yang jauh atau mereka yang tiada punya apa-apa ikatan dengan kita. Senang saja,pergi bergaul dengan adik-beradik kita. Sebab lain orang lain sifatnya.
Kakak dengan adik perempuan lain lemah lembut nya. Abang-abang dengan adik-adik lelaki lain juga tegas atau keras nya. Walaupun punya pertalian darah serta persamaan DNA nya,tapi mesti ada yang lain dan keunikannya tersendiri. Mesti punya lah.
Abang Nuar
Bercakap dengan orang yang lebih matang ni lain sikit. Kita kena ikut flow nya. Maksudnya,tak mungkin dia akan ikut cara kita yang kebudak-budak kan ni. Maka,kita lah yang perlu belajar dari sekarang untuk menjadi lebih matang dan dewasa.
Lagi-lagi bila kita terpaksa berhadapan dengan abang yang biasa berdebat dalam mahkamah,maka ini akan mengajar kita untuk tidak mudah menurut dengan apa yang dia kata. Sebab lain orang,lain pendapatnya.
Aiseh,adik abang Nuar ini pantang dicabar ok. Bila satu isu hangat mula timbul dalam rumah ini,maka kami berdua akan bersuara dengan lantang nya. (kadang-kadang bergenang air mata ni tak tentu pasal bila berdebat dengan abang Nuar) Semestinya masing-masing punya pendirian tersendiri dan masing-masing tidak mahu mengalah.
Dan abang nuar selalu kata ,
'Abang mungkin handal berdebat,tapi tak semestinya abang betul'
'Tahu takpe'
:)
Beginilah cara kami bergaul sesama kami.Bukan dengan bertepuk tampar,bergurau senda atau lari berkejaran. Tetapi cara kami adalah menimbulkan sesuatu isu hangat(politik,ekonomi atau sosial keluarga),keluarkan pendapat dan tidak lupa menyertakan hujah masing-masing.
Itu Abang Nuar dan Zaim.Sorang dah tua.umur 26 thn dah,sorang lagi yang bongsu,baru 10 thn. Mereka main PS2.Lebih spesifik lagi,main lawan Wrestling. Macam biasa,Zaim mesti menang(dia rajin berlatih) Dan Kak Uda pun macam biasa,akan jadi penyokong utama Zaim. Abang Nuar bila sudah kalah,masih tetap dengan gayanya yang suka berlagak'Abang kasi can la kat Zaim'
ecece..




2 comments:
Slm fathiyyah,
Selamat bercuti dan menikmati hari2 di bumi malaysia ye,hehe..:) mesti rindu kat semua yang ada kat sini.
A'ah rinduuu..
tp rindu nak balik mesir pon adaa..
:D
Post a Comment