Penat
Tapi dunia ini memang diciptakan untuk kita berpenat
Jauh sekali untuk dijadikan sebagai rehat
Kalau mahu rehat
Rehatlah sepuas-puasnya di alam 'sana' nanti
dan
Jangan berangan untuk berehat di akhirat
Kalau diri liat mahu berpenat di dunia
Maka,
berpenatlah sekarang
Menuailah pahala bermula saat ini
Agar kita peroleh hasilnya di depan Tuhan
Bangga dengan kerja yang telah diamanahkan
di hadapan mahkamah agung nanti
Aku penat
Aku lemah
Tapi bila mengenang kembali
Aku memang diciptakan untuk berpenat
Aku telah berjanji dengan Tuhan yang aku akan berpenat
Maka
Biarlah aku penat melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah
Sebab
Nanti aku mahu rehat
Rehat selama-lamanya
*Geng-geng Mari Jadi Baik,saya rindukan kalian*



3 comments:
ouh..penattt
baru bace tajuk post pon ana dah jd penat..
penat.penatt.haishh
slm fathiyyah,
aah, memang penat sekarang ngan kerja2 ofis semua,hehe:) tapi sebenarnya kalau kita terlalu bersenang lenangpun hidup tak seronok. Bleh jadikan seseorang tu pemalas dan pemikiran tak berkembang..:)
Berpenat dan bersusah sekarang, kita akan dapat ganjaran lebih besar kelak sama ada di dunia ataupun di akhirat..:)
mendidik adik..bukan mudah.
tapi,selagi ada qudwah,xde masalah..
doa jgn lupa. Kuasa doa jgn dipertikai
huhu
Post a Comment