**FroM the inSide**

[[Lontarkan..Kalau tidak ia meracun]] [[Kongsikan..Walau hanya pada awanan]] -HLOVATE-

Salam w.b.t

Sabtu lepas, awal pagi lagi emak sudah keluar rumah. Dalam perjalanan balik rumah,emak call,suruh bersiap.Ajak pergi Jalan Conlay,Kuala Lumpur. Tengok pameran kata emak.

'Pameran Kerja Kahwin. Suruh adik n Zaim bersiap sekali'

Errkk, thia menurut perintah!

Handbag wajib bawa,siap sedia dengan kamera sekali. Ngeh.
Sampai sana, terpegun dan terkesima sebentar bila melihat bangunan kraftangan Malaysia tu.

Singgah dari satu gerai ke satu gerai yang lain, amik semua risalah yang ditawarkan.
Paperbag emak penuh,semua risalah emak ambil

'Senang nanti nak plan kawen kamu orang esok-esok'

Erkk,thia menurut perintah lagi :D

Nah, Fathiyyah sudah habis bercerita. Mari layan gambar sahaja.
Jika ada yang peroleh ilham hasil dari tangkapan jurugambar tidak profesional ni,maka tahniah saya ucapkan :D







Apa tengok-tengok. Cepat lah masuk Kak Uda..



contoh Doorgift


Sarung Henfon

Platform pilihan emak dan adik(haha)





Contoh reka bentuk hantaran. Nampak klasik dan elegan


Hiasan kepala yang unik.(lawa!!)


Hiasan tangan. Terima kasih kepada cik Wan Hazimah kerana sudi jadikan tangan anda sebagai model sambilan


Kasut manik yang menarik perhatian emak. Rupa lawa. Harga pun lawa :D



Kek Kawen. Lawoooo.. Agak-agak,rasanya boleh lawan rasa kek Secret Recipe? :)


Hiasan dalam rumah.

=================================================

Dalam kereta, berbincang dengan emak tentang adat Melayu.

'Ala mak, takyah la pening-pening nak buat hantaran macam-macam,hiasan sana,hiasan sini. Simple sudeh'

'Tapi thia, kita ni orang Melayu. Bangsa Melayu kaya dengan adat dan budaya'

'Tapi mak yang penting walimah tu mak. Tak penting sangat adat-adat ni'

'Tapi adat itu melambangkan sesuatu bangsa'

'Bangsa tu tak penting mak. Apa yang penting dah ikut syariat agama'

Diam

Thia dan adik sengih-sengih.. hi hi

yes! Jimat kos nanti! (Macam ler ada plan apa-apa)

Selamat Malam Gombak!



p.s: nannychomel,jangan segan-segan nak komen eh ..weeeeee



10 comments:

dalam tv pon ade iklan nih!

besh3..

tp i nak buat kerja kahwin ni lambat lagi la.sekian~

haha..

wah fathiyah..
ko dh nak kawin ke??

syila,nannychomel dengar iklan ni kat sinar fm masa die tgh driving pg tu. tu yg ajak terus. hahaa..kita on je
ngeh

lalala,mana ada laaaa..niat teman mak aje

lawa keje kawin ni...

haha..ijud berkenan tuh!

ape ag ijud,pasni turn ko.ktorg tunggu nasik minyak ko nih.hua3

fatty, doakan sgalanya dipermudah
kompiussssss
doakan ye

(ceh ayat kontroversi)

ijud, rupa dalam gambo n sebenar mmg lawa

Syila,lepas ijud...syila!
yeay!
meh dtg tdo umah kite meh

Ayu,aku sentiasakan doakan.
Selamat kembali
bila nak gayut?

ape cite ko skg kat sana?rajen2 la on9.kalau nmpk aku on9 tu buzz lerr..huhu.aku pun jarang2 on skg.klu on pun invi.

menarik pameran ni. tp, kek2 kawen tu biasanye xdela sesedap mana...rupa je cantik...nnt isi dia lebih kurg je. pastu cepat muak. ye tak?

rasa aku, hantaran tu kena ada la. tapi bersanding tu xpayah la. still ikut adat, tp tak lari. hantaran tu pun sbnrnye hadiah je kan..

safwa,aku kalau on biasa bukak blog n fb je..huhu
ym tak betul skit la..
poem tu sampai skrg tak jumpa2 lagi..
nnt aku selongkar lagi eh

Rasydan,aku setuju ttg kek tu.
Biasanya luaran lawa,dalam dia isi kek buah aje kan?
(tak suka kek buah)
bab hantaran tu,kalau berlebihan mcm tak seronok la pula. seolah2,bila kita minta hantaran banyak2,macam kita ni menyukarkan sesuatu proses perkahwinan itu
(mati aku kalau nannychomel bc ni)
anyway,bila fly?

About Me

My Photo
fathiyyah
Aku muslim. Aku sangat komited dengan tugas yang diberikan oleh Tuhanku. Sambil-sambil tu, aku belajar untuk menjadi seorang tabib. Muslim yang bakal menjadi tabib. Insya Allah
View my complete profile

Sekolah Aku


Tadika Amal Gombak (1995)
SRI Al-Amin Gombak(1996-2001)
SMKA Naim Lilbanat,Kota Bharu(2002-2004)
KISAS,Klang(2005-2006)
Intec,Shah Alam(2007)
Kasr El Ainy Medical School,Cairo University(2007-2013)

ShoutMix chat widget

Mereka Komen

Followers

Thank You