**FroM the inSide**

[[Lontarkan..Kalau tidak ia meracun]] [[Kongsikan..Walau hanya pada awanan]] -HLOVATE-

Salam w.b.t


4 Julai 2009

Pagi
Ada program pecutan terakhir untuk pelajar Al amin tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PMR dan SPM. Siap ada penceramah jemputan lagi>> Ustaz Hasrizal. Aku join (menyibuk sama) walaupun aku dh umur 20 tahun dan sudah lama tinggalkan SPM. Saja datang,tengok juniors dari jauh.Oh,ada iman dan Makman juga :)


Malam
Teman emak memandu ke Putrajaya lepas maghrib. Kami ikut Duke yang baru siap tu.Akibatnya,kami sesat sampai pusing satu Putrajaya.'Jimat minyak' kata emak :D




Sudah sampai di perbadanan Putrajaya yang letaknya betul-betul di hadapan Istana Keadilan itu,aku terpaku dan terpana.Chantek sungguh bangunan Putrajaya. Aku apa lagi,terus capai Lewis the Lumix,pukul gambar banyak-banyak(gaya macam ada DSLR kononnya)


Masuk dewan yang gemilang itu. Ramai orang.Sana sini aku memerhati.Seorang demi seorang aku amati raut wajah dan pakaian mereka. Haha,majlis perkahwinan yang aku hadiri kali ni bukan calang-calang majlis. Malah,yang duduk satu meja bersama emak dan aku semua datuk dan datin. (Kami orang biasa):D Maka,ia merupakan majlis yang formal dan punya protokol tersendiri.

Emak tahu aku tidak boleh duduk diam dalam majlis formal sebegitu,siap menjeling handbag aku yang berisi sebuah novel Hlovate,sebuah kamera,wallet dan Ryo. Namun,aku mesti jadi budak baik sebab tujuan aku datang ke situ adalah untuk teman emak,jadi kawan emak dan jadi pasangan emak la.

Bosan,kata aku pada emak.

'thia nak pi jalan-jalan la mak,amik gambar' . Tapi tak jadi merayap sebab majlis dah nak mula.

Aku duduk di kerusi beralaskan hiasan kerusi yang cantik dan vogue. Dari situ pun ,aku tak boleh duduk diam lagi. Haha,tanganku aktif dengan kamera di sisi. Zoom sana zoom sini,boleh la dapat gambar yang tak seberapa ni.



Duk aku pukul-pukul gambar dan perhati orang,aku tergelak sendiri. Bukannya apa,hati aku macam kena 'geletek' tengok wanita zaman sekarang yang mengenakan tudung berfesyen terkini.
Aku pandang orang depan aku,gayanya sama.Pandang orang di sebelah,pun sama pesen nya,jengah ke belakang mak aih, sama jugak. Yang lainnya adalah warna dan manik-manik yang berwarna-warni.

Aku tanya emak dalam hati :)

' Pesen tudung apa ni mak? Tak sampai setahun thia tinggalkan Malaysia,dah wujud dah tudung macam ni eh mak? Di mana tudung bawal? di mana tudung Mawi dan Wardina semua mak?'


Lima minit kemudian,kedengaran pengacara majlis mengumumkan ketibaan pengantin perempuan. Beliau merupakan seorang doktor di Hospital Kajang dan merupakan bekas graduan bidang perubatan dari Ireland rupanya. Cantik bertudung litup. Manis

Ahaa,aku suka tengok pengantin.Berseri-seri.



Emak bisik pada aku sesuatu hingga membuat aku tergelak besar.
Emak tanya kenapa aku ketawa.

Aku jawab

'Kalau macam tu,emak je la kawen. Thia tak nak subahat ' :)

p.s: Bila aku iktu teman emak pergi majlis itu dan ini,baru lah aku boleh buka mata luas-luas sikit serta tengok orang sekeliling aku jelas-jelas.Iyalah,sudah hampir 9 bulan aku lihat mereka dari kacamata seorang pelajar yang belajar di negara orang dan kadang-kadang geleng kepala juga.

Kita rajin berjalan ke sana dan ke mari,habiskan duit yang tak seberapa banyak. Tapi jangan lupa memerhati.Bukan setakat perhati struktur bangunan yang cantik-cantik atau pemandangan indah-indah sambil memuji Tuhan. Tapi kita juga perhati telatah dan gelagat orang-orang kita agar kita tahu di mana atau apa-apa yang boleh dibetulkan.

Sebab mereka mungkin tidak tahu. Maka,kita lah berperanan untuk memberitahu mereka bukan?

==================================

'Thia,pakai la make up sikit. Pucat je kak long tengok muka kamu' kata kak long

owhooo,no thank you!!

20 comments:

salam.


yer. skrg dh bnyk fesyen tudung2 yg.. mcm pelik tu. ntah. xske tgk la. haha


anyways,

awk jgn pakai makeup. skali skala utk special event takpe kot. tapi slalu2 tu takyah.


remember this:

"Dont make your self a slave to make-ups"

fathy pakai make-up..jap2 nk imagine camne rupe fathy.. :)..tapi rasenya natural beuty fathy lagi cantek

syah, orait!! terima kasih nasehat itu.
ahaaa,nannychomel ckp tudung tu namanya tudung 'Ariyani'

Farieha,tak yah la bayangkan..
:D
eh,nanti farieha pegi reunion jugak kan?

besh je tgok org kawen cmtu.tgh nak tggu seseorg jugak.bila la nak makan nasik minyak.ngah3

pakai make up?hua3..

ila,ongkos nya kena super cukup kalau nak buat majlis cenggitu.

Ngaaaaa,syila mmg terer pakai makeup kan??

ngeeee

eh, sblm maghrib belum tukar template..tiba2 bukak balik lepas isyak..eh blog sape ni? haha. cantik juga yg ni. like it!

aku xgi reunion...ada pre departure hari sabtu tu. kat kl.

anyways kotak yg ada coklat tu nampak best je. nak2

rasydan,ko suka yang mana ni? aku main2 tuka template :D

haah, pergi 2-3 kali lagi...dah bertukar2...haha..yang kaler pink pastu ada cam bintang2 ni cam cantik gak...yg jepun2 tu dah biasa tgk...yg aku kata cantik tadi yg kaler coklat...lepas ni ape plak eh? :p

atiqah_irbed said... July 5, 2009 7:38 PM  

pegi intec ke thia?

yup, natural beauty. inner beauty bila dah kawen.

salam..

ohh thia dah balik malaysia yer.
adik akak Aimatnuddin Husairi.
kalau nampak dia macam nakal, piat ajer telinga dia tau :D
ok, thanks thia. selamat bercuti...

salam weh mke ko masuk blog ust hasrizal.

sape yang kawen ni weh?

ternampak muka kamu di blog saifulislam.com...
huhuhuhu..
lalu kusinggah sebentar di blog ini

ha'a..insyaallah kite pergi reunion tu skali ngan raudah.hu3.
fathy, dok kat msia ni still gne no yng fathy bagi kat kite dulu ke??kalau gne sng la nk contact nnt.fathy pon pergi reunion tu kan??

rasydan,ni pun rs tak pueh hati lg ngn template ni.. tgk la,tuka lagi kot..aku minat yang cokelat itu jugaa

tiqah,mungkin every week turun intec ni..lepas rindu pada mama la katakan :D

Che Ahmad,kata2 itu doa kan? Ameeen

Kak Hanim,nnt thia pegi intec,terus cari dia kak! huhu

Din Paiman,kalau lah aku boleh remove kan gambar tersebut.. Aiseh..

Safwa, ni majlis kawen sedara Jaaaauhh mak aku :D

Cik Na,kenal pula cik na akan muka saya ya. Salam kenal ya cik Na

Farieha,insyaAllah pergi reunion tu.Hopeto see you there. a'ah,fathy pakai lagi nombor tuuu
koling2 la yaa :D

Kenal..
awat tak kenal..
ku sekelas dengan kamu..

comelnyer wedding gift tue
cokelat & telur..
moden & traditional theme!!
hehhe
lme dah tak pegi kenduri kawen

jelesnya dapat jumpa abu saif...
cmna rupa fathy bila pakai makeup..hehe..

About Me

My Photo
fathiyyah
Aku muslim. Aku sangat komited dengan tugas yang diberikan oleh Tuhanku. Sambil-sambil tu, aku belajar untuk menjadi seorang tabib. Muslim yang bakal menjadi tabib. Insya Allah
View my complete profile

Sekolah Aku


Tadika Amal Gombak (1995)
SRI Al-Amin Gombak(1996-2001)
SMKA Naim Lilbanat,Kota Bharu(2002-2004)
KISAS,Klang(2005-2006)
Intec,Shah Alam(2007)
Kasr El Ainy Medical School,Cairo University(2007-2013)

ShoutMix chat widget

Mereka Komen

Followers

Thank You