**FroM the inSide**

[[Lontarkan..Kalau tidak ia meracun]] [[Kongsikan..Walau hanya pada awanan]] -HLOVATE-

Sasuke

Assalamualaikum w.b.t

Masa study tadi,bila fokus mula lari,
Bila semangat dah mula ada angin 'pasang surut'nya
Kejap naik,kejap turun

Teringat sama Si Nobita,rakan Doraemon.
Terbayang dalam kepala tentang gelagat nya semasa belajar
Tersenyum seorang bila teringat aksi Nobita bila banyak kerja sekolah yang tidak tersiap akibat suka bertangguh.

Tersenyum lebih sikit bila teringat sama Doraemon yang sentiasa di sisi,pemberi semangat serta pemudah cara.
Tapi kurang setuju juga dengan Doraemon ni. Memanjakan sangat Nobita,sampai dia malas-malas jadinya.

Ok lah,kita ambil yang positf sahaja lah ya.

Bila kepala mula tergambar muka Nobita,
Fathiyyah mula buka laci,ambil sehelai tudung.
Dilipat elok-elok,jadi memanjang.
Lalu diikat tudung tersebut di sekeliling kepala.

A'haaa,jadi bersemangat sikit. baru boleh sambung menulis macam mula-mula tadi dengan laju dan lancarnya.

Pernah berbincang dengan Radin hari tu.Tentang apa signifikan nya mengikat benda-alah-apa-entah di sekeliling kepala macam Nobita atau Sasuke dalam cerita Naruto.

"Mungkin sebab bila pakai benda alah tu,kita boleh jadi semangat sikit kot" kata Radin
"oooooo"

Betul la Din,Fathy dah cuba la tadi. Memang semangat.A'haa :)

Tadi masuk bilik Radin,dengan kepala diikat kain macam tu. Masuk bilik Radin sebab mahu mencari Mathurat.
Radin terkejut bukan main.

"Pendekar mana sesat dalam rumah ni? Dah la kain warna hitam.Wakil dari negeri mana ni cik kak? Pahang?" seloroh Radin
"Bukan Pahang la Radin. Dari Terengganu tu" Aisyah pula menambah.

Aiseh korang ni..

"Semangat sikit la study bila pakai macam ni,din." tersengih


Masa main bola jaring,wajib ikat kepala macam tu. Baru semangat sikit :)


p.s: Kacak pulak tengok Encik Sasuke kat atas tu. pelik sungguh. Macam mana sesuatu watak kartun tu kita boleh kata macho dan kacak? Padahal kartun je pun
Tapi encik Sasuke memang macho la :D ===========================

Bila lemah,
rasa nak dengar suara emak ayah setiap hari
Sebab tahu, mereka sentiasa setia di situ untuk menyokong dan memberi semangat
Biarpun yang lain menyisihkan dan meminggirkan
Biarpun yang lain sibuk dengan urusan dan perasaan mereka juga

Bila lemah,
Rasa nak cari teman yang sama-sama faham

Faham keadaan dan situasi kita
Luahkan semuanya dengan mereka,
Kongsi segala
Nak pinjam sedikit kekuatan dari mereka
Sebab rasanya kita tak pernah keseorangan pun kan


Bila lemah rasa nak kembali pada Sumber Kekuatan
Dia yang Maha Mendengar,

Dia yang sentiasa ada untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya.

Sepatutnya, perkara ni lah yang perlu dibuat dulu bila rasa lemah.

Bukan cari dunia

bukan juga diluahkan kepada manusia
Tetapi rujuk kepada Pencipta kita dulu


Kan?

5 comments:

salam..

hurm..maybe kain ikat kepala tuh cam placebo je k0t..significant?! memang takde..tapi at the end of the day mende-alah tuh gak kasi placebo effect kat kita supaya kita jadi semangat...

=P

pastu malamnya tanye plak..

"watak pe ye yang pakai ikat kepala dalam cerita naruto?"

google2 dalam otak, pastu jawab

"sasuke kot,"

lergh.. ingat nk watpe.. =P

Semalam Zaim tanya mak "Kalau masuk syurga bole x nak jumpa Doraemon?" Teringin betul dia nak jumpa binatang tu :-)

adik radin, sume watak dalam naruto pakai pengikat kepala atau lagi tepat, zirah besi tuh...
haih~

fathy kenapa anda begitu comel

About Me

My Photo
fathiyyah
Aku muslim. Aku sangat komited dengan tugas yang diberikan oleh Tuhanku. Sambil-sambil tu, aku belajar untuk menjadi seorang tabib. Muslim yang bakal menjadi tabib. Insya Allah
View my complete profile

Sekolah Aku


Tadika Amal Gombak (1995)
SRI Al-Amin Gombak(1996-2001)
SMKA Naim Lilbanat,Kota Bharu(2002-2004)
KISAS,Klang(2005-2006)
Intec,Shah Alam(2007)
Kasr El Ainy Medical School,Cairo University(2007-2013)

ShoutMix chat widget

Mereka Komen

Followers

Thank You