Salam w.b.t
Apa Cerita Satu
Minggu lepas,kami berlima sign perjanjian dengan tuan rumah. Duduk rumah ni untuk setahun lagi. gara-gara semua bermalasan untuk mencari rumah baru,maka kami setuju dengan syarat yang satu itu. Harga Rumah naik Ten Percent. Aiyaa,lepas saja isi borang semua, tandatangan lawa-lawa, dan keluar dari tuan rumah dengan geleng kepala.
"Tahun Depan,konpem kita pindah" Ketua rumah mengatakan demikian kepada kami dan semua bersepakat. Tak larat dah nak bayar sewa rumah mahal-mahal.
*Hari tu,ibubapa Aimi singgah ziarah Cairo sebelum pergi mengerjakan umrah. Gembira hati emak Aimi bila melihat gelagat anak-anak ni yang bahagia memanjang. Macam budak kecik,tapi betul,pandai berdikari.
Apa Cerita Dua
Semalam baru sudah exam oral Histo. maknanya hanya berbaki satu saja lagi >> oral exam Physio. Mahu pulun sungguh-sungguh 3 hari ni,dan doa banyak-banyak semoga dapat doktor-doktor yang cantik,menawan atau murah hati dalam memberi markah secaa percuma kepada pelajar-pelajar Malaysia. Tapi kalau dapat Dr Ibrahim macam menarik juga. Erk, beliau merupakan Head Of Physiology Department tuu. :D
Apa Cerita Tiga
Ada orang tu, sudah siap kemas , zip dan kunci beg bagasi.
Si B,dah siap koling2 Ammu Saed untuk perkhidmatan tremco(van) ke lapangan terbang. Semangat bercakap arab dengan Ammu Saed,terkumat-kamit mulut,mencari vocabulary ammi yang mantap-mantap gitu
Si C pula dah siap gantung baju kat penyangkut baju di pintu bilik.Jangan main-main. itu merupakan baju yang dia berhajat nak pakai bila 'balik kampung' nanti.
Si D ni pelik sikit, beg bagasi masih kosong,belum sentuh lagi baju-baju atau barang yang akan dibawa pulang. Sibuk belajar untuk oral exam agaknya.
Apa pun,kami berSEMBILAN sedang menghitung hari untuk pulang. Secara jujurnya,saat itu sudah tidak lama. BEBERAPA hari saja lagi. Serius ni,tak lama dah :)
Tak kisah la mereka mahu kata kami semangat ke apa ke,
Apa yang penting,
'Kami balik dulu! ' :D
Apa Cerita Empat
Budak-budak Jordan sudah mula cuti. Ada yang pulang ke Malaysia(Arina,Shuk),ada yang pergi menunaikan umrah,Ada yang melancong ke Turki(Tiqah),Europe(Ainul) dan lain-lain. Padahal cuti mereka tak ada lah lama mana pun. Dalam 2-3 minggu aja rasanya
Tanya mereka,nanti balik Malaysia untuk beraya atau tidak?
Mereka kata balik.
Errkkk,bukti budak-budak Jordan memang 'orang kaya-kaya'.
maklumlah matawang Dinar itu tinggii.. maknanya duit Scholar mereka pun
'Mak Aih,banyaknyaa' :))
bukan-bukan. Mereka kata,mereka 'kaki jimat duit'
waaaaah!
Apa Cerita Lima
Ada orang tanya
"kenapa sudah jarang-jarang updet Fti?"
ada juga soalan lain
"Adakah anda terfikir untuk menjadikan blog ini sebagai tempat luahan yang lebih serius berbanding sebelum ini?"
Dan saya jawab
"Hmmm,mungkin..."
p.s: Oral Physio,hari Khamis 25 haribulan Enam Dua Ribu Sembilan. Satu aja lagi




3 comments:
Salam fathiyyah...
hmm mmg i have to admit dh lama x singgah blog nih..and begitu juga blog2 laen...
alhamdulillah skarang berkesempatan...
nways...ape cerita???
haha... ko rasa doktor2 cantik nk ke kasi markah2 free..haha... ke mmg slalu camtuh...??
hehe...so org jordan lagi kaya lah ni..nih yg nk kena suruh dorang belanje nih...
kay2..selamat pulang dgn selamat ke Malaysia...
kim slm kat org2 rumah...slm...
assalamualaikum.sabor je lah dik,hmm..pandainya tuan rumah ambik kesempatan.
salam alayk..
hoho..tinggal 1 exam jer lagi..pahtu da nak blk mesia..yeay..
(dlm computer lab kat intec-sudah pulang sini 2 hari lbey awal..haha)
cpt2 cket dtg intec...hoho
Post a Comment