Assalamualaikum w.b.t
===========================
Bangun pagi,emak suruh bangun. Suruh pergi sekolah. Malas la mak,tak pergi sekolah pagi ni boleh tak? Tapi tak perlu tanya pun. Pergi sekolah itu sudah jadi tanggungjawab. Ayah emak penat bekerja 5 hari seminggu,cari duit untuk makan,sediakan tempat tinggal dan pakaian,sediakan duit untuk pendidikan.
Aish,apa malas-malas ni. Maka,aku bermonolog seorang diri lagi. Di atas katil,di dalam 'comforter' biru kesayangan. Emak ketuk-ketuk pintu lagi. Suruh bersiap semua,mandi ,solat, subuh,bersarapan sebagainya.
Sebab kejap lagi,emak akan menghantarku ke sekolah. Dengan Abang Nuar sekali la.
UIA tempat emak bekerja dengan Al-Amin sekolah kami tu tempatnya dekat-dekat aja.
Dalam perjalanan ke sana,emak memang hantar kami dulu terus.
Senang kata emak. Adik bersekolah juga,tapi sesi petang.
Aku yang darjah empat ni aja bersekolah sesi pagi.
Buangkan rasa malas! Sebab aku kan budak baik(iya?) Abang Nuar pun tengah bersiap tu. Macam biasa lah,dengan serius,diam membisu. Ish,tak paham betul dengan abangku seorang tu.Orang buat lawak masa breakfast tapi tak bagi respon pulak.Macam cakap dengan dinding. Secalit senyuman pun tarak. Macam memalukan diri sendiri pun ada.Aiyaaa. Tak kisah la abang Nuar. Janji abang nuar bahagia :)
Dalam kereta, tengok jam 'power rangers' ku. Dah nak dekat pukul 7.30 pagi! Habis laah, kata aku. Aku merengek-rengek dalam kereta dekat emak.
'emaaaak,laju sikiiit.. thia dah lambat.Nanti pengawas amik nama thia' kataku tanpa mempedulikan Abang Nuar(yang macam tunggul kat sebelah emak) Janji sampai sekolah awal.
'sabar la thia,nak sampai dah ni' emak memujukku yang kelihatan macam nak menangis
Bila sudah sampai,tunggu kejap dalam kereta,bagi laluan kepada Abang Nuar dulu. Bersalam,cium tangan dan pipi emak semua. Dan aku terus laju ke pintu pagar besar Al-Amin. Tinggal abang Nuar berjalan lemah gemalai di belakangku. tata Abang Nuar,kataku.
Padan muka aku,datang lambat lagi. Kena ambil nama oleh pengawas. Habis lah reputasiku..Macam mana nak jadi pengawas tahun depan ni.Asyik lewat datang sekolah je.
Sempat menjeling ke arah Abang Nuar. relaks lagi 'Pak cik' tu. Abang Nuqaba'(nuqaba'=pengawas) dah tersenyum simpul bersiap sedia dengan pen dan kertas untuk catat nama abang Nuar sebagai 'VIP' pada hari itu. Abang Nuar ku memang macho. Abang Nuar tak macam aku,relaks je datang sekolah lambat. Aku ni siap gelabah nak menangis-nangis lagi.
Oh ya, Abang Nuar masa tu tingkatan empat dan aku di darjah empat. Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak letaknya di dalam satu kawasan.Bangunan sebelah-sebelah aja. Sebab tu rasa macam secure sikit. Kalau ada kawan aku nak buli atau kena kan aku ke apa,aku terus aja lari ke bangunan sebelah. Cari Abang Nuar. Iya lah,kita ada abang kaan :D
Eh,jeling jam lagi. Maka,aku terus keluarkan Al-Qur'an dan sebuah buku tulis dari beg biruku, letakkan ia di pondok berhampiran, dan berlari ke Dewan Serbaguna. Masa tu jam 7.45 pagi. Menurut jadual pelajaranku,masa itu adalah untuk sesi Tahfiz.
Aku lari dan mencari Muallimah ku. Haaa,jumpa. Mereka belum mula lagi pun. Ok lega. Duduk dalam Halaqah(bulatan). Muallimah bertanya jika sesiapa volunteer mahu tasmik hafazan Surah Al-Insyiqaq hari ni dengannya. Aku jeling kawan-kawan sebelah ku. Semuanya diam. Aku pun sama. Bila tiada yang memberi respon, Muallimah terus mengambil buku prestasi hafazan kami. Dan akan panggil seorang-seorang untuk tasmik gara-gara tiada yang mahu suka rela
'Haaa,kan senang macam tu muallimah' kata aku diam-diam :D
Bila sampai giliran aku,aku terus pergi laju. Tasmik dengan Muallimah sungguh-sungguh. Tak mahu tersangkut mana-mana.Sebab nak cepat-cepat habiskan surah Al-Insyiqaq ni dan mula menghafal sural Al-Muthoffifin yang panjang itu pula.
Bila selesai semua,muallimah senyum,
'enti pass. Boleh sambung surah berikutnya'
'Jazakillah Muallimah' kata aku
haaaa,kali ni memang tersenyum lebar sampai ke telinga. Bukan telinga dah kot. Udah sampai ke kepala. :)
Lepas hampir sejam di kelas tahfiz, kami ambil beg di pondok mula-mula tadi dan terus bergerak ke kelas masing-masing. Biasanya aku dengan sahabat baikku,Athirah,Sakinah Hatta akan duduk kelas sekali. tapi tahun ni aku berpisah dari mereka. Mereka ditempatkan di kelas 4 Bilal.Khairiyah dan Aliah masa tu pelajar baru yang ditukarkan dari Al-Amin Kemaman,Terengganu.Khairiyah di 4 Bilal juga manakala Aliah dan aku di kelas 4 Khalid. Ada ramai budak-budak top dalam kelas tu.
Ada Basyirah,Atiqah K,Safwa dan lain-lain.
Dalam kelas,belajar subjek akademik pula. Tahun ni darjah empat,amik subjek lebih mencabar berbanding tahun lepas. 5 subjek UPSR(BM,BI,Maths,Sains) dan 9 subjek UPSRI(Seerah,Fiqh,Aqidah,Akhlak,Tajwid,Bahasa Arab Penulisan,Bahasa Arab Pemahaman,Hafazan dan Tilawah). Maka,secara rasminya bila naik darjah empat,aku ambil 14 subjek. Persediaan untuk periksa masa darjah enam nanti iaitu periksa UPSR dan UPSRI.Dan subjek tambahan lain seperti Kajian tempatan dan Kemahiran Hidup.
Kalau tahun lepas nak skor 100% dalam Matematik tu agak mudah bagi aku,tapi tahun ni nampak gaya macam susoh la pulok. Kena kerja keras sikit. Subjek Sains tu tak usah cakap la. Nak belajar mula-mula memang terkedek-kedek.Tapi tak apa pun, nanti biasa la tu.
Target tahun ni sama macam tahun lepas. Mahu dapat kesemua A dalam setiap subjek macam tahun lepas dan ada lagi target. Mahu dapat semua A juga dalam prestasi akhlak yang dinilai oleh guru kelas. Kalau tahun lepas,aku banyak suka cari pasal dengan guru disiplin dan guru kelas sehingga menyebabkan buku prestasi akhlak ku 'berwarna-warni' dengan bermacam-macam gred dan membuat emak menggeleng-geleng kepala sahaja bila Muallimah Suriani(guru kelas aku masa darjah 3) menceritakan perihal kenakalan aku sepanjang darjah tiga semasa hari mengambil kad laporan.
"Kepimpinan=C
Kawalan Diri=C
Kebersihan = B
Sahsiah Diri =B"
Bla bla dan bla
tapi tahun ni,mahu berkelakuan baik la. Dan mahu fokus pada pelajaran juga.
Mana tahu,kot2 boleh dicalonkan jadi Pengawas ke apa kan.(Aiyaaa,nampak sangat aku memang gila kuasa dan pangkat masa dulu :) )
==================
Tengah rindu Al-Amin ni.
Selamat Jalan
3 days ago




2 comments:
errr giler kuasa huhuhu...
pakcik tak pernah jadi pengawas masa sekolah dulu maklumlah budak nakal hehehee
pnjang nye post...banyak masa dier...rindu alamin gak...fatiyyah cite tu rasa sama je cite kite..lol...
Post a Comment