Assalamualaikum w.b.t
Kita rajin berjalan,rajin melihat dan memerhati. Tapi kadang-kadang,kita terlupa untuk mentafsir dan ambil pelajaran dari apa yang kita lihat.
Kita tinggal di bumi tempat kita bermukim sekarang. tapi kita banyak mengeluh dan jarang sekali mahu bersyukur.
Nah, saya letakkan di sini cerita dan dan sebuah perkongsian.Dari dia. Dia yang dahulu belajar di negara barat dan datang ke Cairo bukan untuk saja-saja.
Dia Ar Rumaisa' :D
====================================
January 2nd, 2008
Aku turun dari kapal terbang itu dengan hati yang sangat berdebar. Hampir tidak percaya tanah yang sedang kupijak ketika itu adalah Misr El-Qadimah. Sungguhkah? Inikah bumi yang dulunya Nabi Musa & Nabi Harun pernah berjalan di atasnya? Negeri yang Nabi Allah Yusuf pernah memerintah? Juga tempat As-Syahid Hassan Al-Banna memulakan dakwahnya? SubhanAllah…subhanAllah..
.Terlihat di sana sini lelaki-lelaki berambut perang kerinting dan wanita-wanitanya kebanyakan berhijab lilit dan memakai skirt panjang. Cantik. Sesampai di airport Cairo, aku menukar duit. 1 euro bersamaan 8 genih. Telingaku menangkap suara “Kak Hanim! Kak Hanim!”. Di celah-celah orang-orang arab yang dua kali ganda saizku, aku melihat kelibat insan-insan shahibud-
dakwahku yang amat dirindui.
Itulah nawaitu aku terbang hampir separuh globe, untuk ziarah bertemu pewaris-pewaris Nabi Musa & Nabi Harun ini. Aku tidak hairan kepada piramid buatan Firaun, mahupun sphinx. Aku lebih hairan dengan sahabat-sahabatku ini… manusia-manusia luar biasa yang beriman dengan risalah rasul-rasul yang tidak pernah ditemuinya dan mewarisi tugas menyeru islam itu tanpa banyak komplen, melaksanakannya walau di bumi manapun Allah mencampakkan dirinya. InshaAllah, aku juga mahu seperti mereka.
.Mesir sedang winter. Namun suhunya cumalah seperti summer di Ireland, 20 darjah celcius. Tidak seperti para pelajar di Ireland, para pelajar Al-Azhar dan Cairo University tiada cuti Christmas yang panjang. Lain benar segala-galanya di Mesir ini. Udaranya kering dan berdebu. Sahabatku dari Ireland sudah hilang langsung suaranya sebaik sampai di Mesir. Aku juga seakan terasa ada pasir yang tersekat di kerongkong. Huhu.. boleh dapat bronchitis.
.The people… The life… Kereta tidak pernah berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki seperti di ireland & di sini tidak ada siapa peduli kepada lampu isyarat atau lintasan Zebra. Hasilnya, siapa mahu melintas, perlu redah saja dan inshaAllah kereta akan hon dan mengelak pejalan kaki dengan belok sikit. Semua orang melintas dengan cara itu. Aku bersyahadah setiap kali sebelum melintas jalan di Mesir!
.Oleh sebab tiada siapa yang kisahkan lampu isyarat, di simpang 4, siapa yang hon dulu, maka dialah yang akan jalan dulu. Itu agaknya kawasan paling hiruk-pikuk sekali di bandar Cairo. Tak usahlah buat rumah dekat-dekat simpang. Tak aman. Malangnya kukira Mesir negara umat islam ini tidak termasuk dalam senarai negara paling bersih.
.Namun ada keajaiban di sebalik semua itu. Jika kita naik bas di Mesir, keadaannya tentu sekali sesak seperti ikan sardin dalam tin. Konduktor bas akan duduk di belakang bas dan tambang dibayar dengan cara kita beri saja duit pada orang sebelah kita dan duit itu akan passing dari tangan ke tangan hinggalah ke konduktor di belakang sana. Baki juga dipulangkan begitu hingga sampai ke tangan kita tidak berkurang walau 1 sen. Tak ada orang akan curi duit itu masuk poket sendiri. Sistem pungutan tambang paling mantap! Nyah semua mesin-mesin tiket canggih.
.Dan bagi peminat-peminat novel Ayat-ayat Cinta, ya.. aku sudah saksikan jual-beli dengan bakul itu. Orang-orang di mesir ramai yang tinggal di rumah pangsa. Untuk suri rumah membeli ikan dan sayur, mereka tidak perlulah turun ke bawah, tapi turunkan saja tali dan bakul dari atas, beserta duit. Ikan & sayur akan dimasukkan ke dalam bakul oleh penjual beserta duit baki. Alangkah mudahnya jual beli itu. Tak cerewet, jujur, jauh dari fitnah, himpit-himpit pasar dan sesuai untuk orang yang malas turun tangga.
.Suatu hari yang sejuk di Mesir, aku menunggu komuter (kat sana panggil Metro) untuk pulang dari pasar. Walau tidak secantik KTMB, namun aku menyanjung Metro Mesir, kerana gerabaknya diasingkan untuk lelaki dan perempuan. Walau macam mana sesak sardin pun gerabak itu, semuanya adalah perempuan. Alhamdulillah! Aku terlalu membenci himpitan-himpitan lelaki perempuan dalam LRT dan Komuter Malaysia.
.
Dalam hiruk-pikuk orang-orang yang hampir penyek dalam gerabak Metro itu, tiba-tiba aku terdengar satu suara nyaring memekik,
“SALLALLAAHU ‘ALAN-NABI !!!!”
Serta-merta gerabak itu senyap! Kerana semua penumpang terkumat-kamit mulut, masing-masing berselawat kepada Rasulullah saw. Rupanya orang-orang arab terlalu menghormati baginda Rasulullah saw. Kata sahabat-sahabatku, kalau hendak menenangkan orang arab, itulah caranya. Kalau sedang baran, bacakan saja selawat pada orang itu, pasti dia akan beristighfar.
Yang memekik itu tadi rupanya cumalah seorang budak perempuan belasan tahun yang naik Metro itu bersama adik-adiknya. Mungkin dia rimas dengan riuh-rendah Metro itu tadi. Dan budak perempuan itu menyambung selawatnya dengan melaungkan sekuat-kuat hatinya doa naik kenderaan, diikuti oleh semua penumpang dan satu gerabak meng’ameen’kan. Satu kehebatan!
.
Betul, Mesir ramai penduduk miskin. Tak sekolah. Tak tahu cakap omputih. Rakyatnya tidak berdisiplin. Negaranya banyak sampah. Bangunan tak cantik. Udaranya berpasir. Airnya rasa kelat. Namun kejujuran mereka telah menambat hatiku. Betapa mereka mengagungkan Rasulullah tidak tertanding. Betapa mereka mendahulukan dan menghormati wanita… ah… usahlah negara barat mahu berlagak. Ayuh ke Mesir dulu!
.Bila kita pergi tempat yang baru, janganlah kita cuma asyik melihat bangunan, keindahan
cuaca, kesejukan suhu, keenakan makanan, harga barang-barang… tetapi perhatikanlah orang-orangnya, masyarakatnya, umatnya. Bukan rupa dan kecantikan kulit, tetapi cara hidup dan adabnya, kebiasaan dan budayanya. Dari situ kita akan belajar, lebih banyak mutiara yang dapat dikutip, berbanding kalau kita cuma sibuk seronok mengambil gambar bangunan & pemandangan.
Kita akan lebih faham tentang dunia & manusia, tentang nilai & budi, tentang islam & umat. Dan semoga itu menambahkan keimanan. That’s all that matters! Kalau begitu barulah berbaloi setiap saat, setiap sen dan tenaga sepanjang kembara.
Dan bagiku, EGYPT WORTH IT. =)
taken from >> www.halwahati.wordpress.com
=======================
entah lah.. Rasa best pun ada :)





10 comments:
wah. sungguh, ana rindu bumi Mesir itu! Teringat kenangan2 di sana. Aduh, sampai tidak tercatat di blog. Ana sendiri kagum dan rasa di hormati pabila seorang arab lelaki menawarkan ana duduk di dalam bus dari hayyu rabe' ke asyir. Huhu. Memula takut naik sorang2 time tu, tapi lepas dia bg duduk , rasa tak takut sangat dah. Suka sangat pergi sana. Dulu rindu nak balik mesia, sekarang rindu tak terkata! Sob Sob.. Segala pengalaman yg dilalui di sana merupakan satu pengalaman yg sangat2 berharga. Dari naik rangka bergerak (tremco) hingga naik kereta api ayam. Huhu.
Nak pergi lagi! Doakan yea kalau ada rezeki, inshaAllah nak g lagi :) .
nanti kita pakat pergi ramai2 heheeee
Terbuka mata hati untuk melihat keindahan di sebalik hiruk pikuk itu satu ni'mat.
Satu hari nanti, kalau ada rezeki mak akan sampai juga..insha'Allah.
lama ak xjenguk blog nih..
anywy,suke post nih..
kdg2 peradaban arabian melangkaui logik pemikiran kotak minda kita.. (both positive or negative~)
ermm..rsa terpanggil lak nk merasai sndirik kehidupan di bumi anbiya'..
moga2 diberi kesempatan~
rindu kak hanim!
setiap yang dimuka bumi allah tiada yang tidak baik melainkan yang terlindung oleh sesuatu yang nampak buruk. Dan kadang-kadang susah sangat untuk nampak kebaikan bila asyik terpandang yang buruk-buruk sahaja.
bty, nice entry. Tetiba makin semangat nak ke sana. Mesir dan jordan masih jauh beza. Nak rasa macam mana nikmat di sana pulak. ^_^ insyallah winter next year! see you there~
Kak Syaz:
Kak Syaz datang sini sekejap tu pun dh mula rindu,apatah lagi ana ni yang akan bermukim lg 4 thn,bila balik Malaysia berkhidmat utk negara,entah bagaimana pula tahap kerinduan ana pada negara waris para Nabi ni kan kak Syaz?
Anyway,masih terkilan sbb tk dpt jumpa kak syaz masa dtg sini hari tu..patutnya tk boleh biar kak syaz sorg2 naik bas tuu..bahayaa bg pendatang baru :)
Rdhanz:
Rasa mcm duduk sini juga kan? sudah terbuka mata hati sudah?
emak:
ok la mak..thia izinkan mak datang sini. dapat harap mak ok la.. huhu
Megat:
Haah,betul. dan sini masih banyak seribu kisah para Nabi yang masih belum diterokai
Emhoho:
aku pun sama em..Rindu dan dahaga
Ainul:
Ainul nak datang? Sila la Ainul. Tapi pastikan Ainul mendapat nasihat yang secukupnya dari orang2 yang pernah datang sini dulu..
hihi..
ala,tak la teruk pun. Kami ni masih hidup apa..huhu..
memang bes duk mesir..
kaya dengan kelebihan sendiri..
suci dalam debu..
Osh, takdela kata duduk mesir konfirm mati, itu bohong besar la tu.. Kalau konfirm nangis, mungkin boleh dipertimbangkan sbb ada orang dah terkena.. haha~ Baik mem. Nanti saya tanya mereka yang berkenaan.. ^_^
Post a Comment