**FroM the inSide**

[[Lontarkan..Kalau tidak ia meracun]] [[Kongsikan..Walau hanya pada awanan]] -HLOVATE-


Innalillahiwainnalillahirajiuun

============================

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.


Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN

www.perubatan.org


=============================

Rasanya baru semalam bermesyuarat PO(Perubatan Online) dengan para ajk media perubatan .

Dan arwah Abang Ammar juga turut serta dalam mesyuarat tersebut. Macam tak percaya,arwah sudah tiada.

Dengar berita pagi tadi,bila bukak Ym,berpusu-pusu offline msg masuk. Mulanya tidak faham.tapi bila baca blog Ayu,baru tahu

Ya Rabb

Semua pelajar perubatan Cairo Universiti sedang berduka sekarang. Bukan sahaja menerima redha dengan pemergian senior abang Ammar kami yag cukup kami hormati,malah berita bahawa abang Akram atau lebih dikenali sebagai 'Eckem' yang masih dalam keadaan koma turut menambah duka setiap hati kami di sini.


Ya Rabb

Kuatkanlah hati-hati kami


Kejap lagi akan ke asrama kedutaan Malaysia. Menghadiri upacara sembahyang jenazah dan memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Abang Ammar sebelum jenazah arwah dihantar pulang ke Malaysia pada esok pagi.

lagi kisah

http://amanianz5.blogspot.com/2009/06/moga-kelapangan-di-kubur-buatmu-syurga.html

http://muhammadabdullah.blogspot.com/2009/06/tribute-for-ammar.html

========================

Dari Allah kita datang,kepada Allah juga tempat kita kembali

Al-Fatihah

3 comments:

Innalillah...
oh sedihnya... jauh jauh pulak tu...

tak tau nak cakap apa... ngeri terasa bila baca kisah kemalangan nih...

kak fathy,
kitorg kat sini pon terkezut..
dari Allah kita dtg,kpd Allah kita kembali...
al fatihah...
kak fathy jg dri bek22^^

i'm so sorry to hear, kak! pat pat..

About Me

My Photo
fathiyyah
Aku muslim. Aku sangat komited dengan tugas yang diberikan oleh Tuhanku. Sambil-sambil tu, aku belajar untuk menjadi seorang tabib. Muslim yang bakal menjadi tabib. Insya Allah
View my complete profile

Sekolah Aku


Tadika Amal Gombak (1995)
SRI Al-Amin Gombak(1996-2001)
SMKA Naim Lilbanat,Kota Bharu(2002-2004)
KISAS,Klang(2005-2006)
Intec,Shah Alam(2007)
Kasr El Ainy Medical School,Cairo University(2007-2013)

ShoutMix chat widget

Mereka Komen

Followers

Thank You