===================
Sarah
Sarah yang merupakan teman baik Fathiyyah,sekelas masa form 2 dan satu dorm masa form 3. juga teman sepasukan kawad kakai KRS. Iyalah.Semuanya di Naim.
Dan bila Fathiyyah dapat tawaran untuk ke Kisas, Fathiyyah beritahu dia dahulu,sedangkan kepada yang lain Fathiyyah masih sembunyikan tentang berita tu. Masa tu lewat malam,kami duduk di tangga asrama. Menghadap bangunan Billion,mengerjakan projek sambil melihat bintang-bintang di langit :D
Bila Sarah tahu saja tentang Fathiyyah akan kembali belajar di Kuala Lumpur,dia menangis. Bila dia menangis,Fathiyyah pun menangis la.Menangis sambil menyanyikan lagu jepung untuk dia. Sayu pulak hati. Mata menangis,tapi tangan masing-masing ligat menyiapkan 'projek'
Keesokan paginya, kami ke kelas macam biasa. Dan dapat tahu Sarah macam Fathiyyah.Dapat tawaran ke Kisas juga.
A'haa,tergelak besar kami berdua
'Penat oghe nangih utk Fathy semale.Tengok-tengok kita berdua belajar sama-sama la '
Sama-sama di Kisas.Kelas lain-lain la tapi. Dorm lain..Blok pun lain-lain.Sarah rumah Ali dan Fathiyyah rumah Thoriq.Tapi setiap 3 bulan sekali,Fathiyyah wajib ke dorm Sarah. Mengerjakan 'projek' kami macam biasa. Sebab kebolehan Sarah dalam buat projek ni tak boleh dicari ganti.
Hanya dia sajalah :D Lepas SPM,masing-masing dapat keputusan cemerlang. Sarah tak minat untuk amik Medik. Jadi dia berkeputusan untuk pilih bidang Sains Aktuari dan membuat persediaan selama dua tahun di Negeri Sembilan.
Bila Fathiyyah balik kampung di Kelantan dan berhajat untuk ke sekolah lama dan berjalan-jalan di sekitar KB,orang yang wajibFathiyyah panggil adalah Sarah. Dia muda setahun dari Fathiyyah,tapi langsung tak pernah rasa kekok la kalau mahu berkongsi apa-apa.(Sebab dia matang kot :) )
Dengar khabar, Sarah akan ke US atau lebih spesifik, dia bakal ditempatkan di Illinois.
Hey LadySara,
Lately,i've been missing you.
Lamo sungguh dio menghilangkan diri eh
====================================
Aisyah
Hari tu exam Physio.Isnin ni exam bertulis Histo pulak. Demam Physio sudah habis. Tinggal Histo la pulak. Biasanya semua akan jadi tak lena tidur sebab Physio. Dan masing-masing akan relaks sikit-sikit untuk baca buku Histo
Tipu la kalau kata tak malas sepanjang nak menghadapi exam Histo.Akibat tak larat dah berjuang dengan buku Histo seorang-seorang,Fathiyyah pergi bilik Aisyah. Study dengan dia pula la.Fathiyyah tanya dia bila mahu berlatih melukis. Dan dia kata sekejap-sekejap lagi.
Setelah beberapa lama,kami duduk bersila bersama-sama dengan meja jepun di hadapan masing-masing dan mula berlatih untuk melukis 18 buah lukisan Histo yang bakal diuji masa exam nanti
Bila saja Fathiyyah kata dia dah malas dan mahu berhenti,dia kata
"Fathy,baik ko teruskan.Sikit je lagi tu"
Dan Fathiyyah menurut la. Betulkan niat untuk apa belajar,dan terus melukis. Dan bila Aisyah nampak je gaya Fathiyyah macam nak mula malas-malas balik,Aisyah mula menjeling balik.Tajam pulak tu.Kalah mata pisau :D
Serta merta ,tidak jadi la mahu relaks-relaks sangat.Teruskan saja.
Dan akhirnyaa
"Siaaaaap!!"
Aisyah tersenyum.
Fathiyyah tersenyum juga la.
Maka dan oleh itu, terima kasih Aisyah!
Fathy sayang Aisyah :D <<--Malu nak cakap depan-depan la ni :D
p.s: Kalau rasa mcm lemah semangat atau malas-malas study seorang2,cari kawan cepat! Sebab kekuatan dan semangat kita akan datang balik bila bersama dengan rakan-rakan yang turut berjuang menghadapi benda yang sama :D
================================
Grace
Kenal dia dalam penpal world. Grace atau nama Korea nya Jung Da Eun.
Grace muda lagi.Baru 16 tahun. Kami berkenalan sejak awal tahun yang lalu dan boleh la nak kata setiap seminggu sekali,pasti akan terima khabar berita dari Korea sana
Tapi sejak kebelakangan ini,sudah jarang dah dapat email dari Grace. Ingatkan merajuk ke apa kan sebab Fathiyyah selalu lewat balas emailnya juga
Tapi semalam, peti surat gmail kata ada berita dari Korea.
ooo patut la busy semacam adik ni.Sibuk nak exam rupanya.
No big deal! Akak Malaysia ni pun tengah busy nak final exam juga :D
===============================
Bila habis saja exam physio,penulis merasakan yang masa berlalu sangat lah pantas. Lepas peperiksaan bertulis,akan menghadapi ujian lisan bersama para Professor.
Lepas tu........
Balik Kampung!!!
:D
Salam
p.s: Allahummasasollia'lasayyidinaMuhammadwa'alaAalihiWasohbihiwasallim



5 comments:
oOooo jauh tu dia gi belaja...
xperasan plak ad bg jelingan tajam..hehe *smile*
chaiyok2 fathy..iA usaha kite akn dibalas ngan kejayaan..amin
smangatnye nak balik...
bagos2..
tapi abehkan xam ni dulu..
ai:
jelingan manja gitu
:D
ihsan:
tiba2 rasa tk mo balik kampong
:(
(bukan sbb exam)
:D
fathy!!
thanks a lot for this post
i take it as a compliment :D:D
and i miss you too :D
really..
fathy..sampai x salam rindu ore thru aimi?heheh..
Post a Comment