Salam
Suatu pagi , semua bersiap untuk bersolat subuh.
Ada yang sedang bersolat sunat,baca Al-Qur'an.
Ada yang hampir-hampir terlelap sementara menunggu yang lain bersiap bertelekung dan sebagainya
Aimi lain pula cerita. Sudah siap bertelekung dah. Tapi arah tuju dia bukan ke arah tikar sejadah yang Fathiyyah sudah bentangkan di ruang tamu. Tapi Aimi menuju ke dapur. Ke arah tong sampah
"Oh,giliran Aimi buang sampah pagi ni.Aimi nak buang sampah sebelum solat kot" aku bermonolog dalam hati
Aimi pegang 'supik' putih,keluar dari dapur. Dan menuju je pintu.
"haaa kan betul"
Dan kami berempat di atas,setia menunggu Aimi naik.
Tiba-tiba
"Ya Robbiii " dengar suara Aimi ..Ada benda la tu. Sama terserempak dengan binatang,makhluk atau manusia.
Aimi tak naik-naik lagi. Haaa,risau dah ni. Tunggu dalam 5 minit,wajah Aimi muncul di pintu rumah. Termengah-mengah. tachycardia. Dah la terkejut, naik tangga sampai tingkat empat pula tu.
Mahunya nafas naik turun.
"Awat?" tanya Fathiyyah
"Apa jadi?" Syila pun tanya,tak sabar tunggu jawapan Aimi
"ish, Bukak pintu imarah je,muncul muka anak laki tuan rumah. Mana la aku tak terkejut."
"Anak laki yang mana ni?"
" si Unsi tu. Gaya dia macam baru balik dari mana entah" jelas Aimi
"oooooooooooooo"
"Dah dah. Jom solat. Dah lewat ni " ajak Radin
=======================================
Dua minggu tanpa tuan rumah.Tuan rumah ke Alexandria,bercuti bersama keluarga barangkali.
Maka,selama dua minggu ni
Tiada la bunyi pagi-pagi dengar pintu besar imarah kat bawah terbuka dan tertutup. (sebelum azan Subuh,tuan rumah sudah bergerak ke Masjid Bustan,selang beberapa imarah dari rumah kami)
Tiada lagi dengar suara tuan rumah menjerit nama'Rahmah'(Radin), mahupun jeritan memanggil nama Asyila bila plastik sampah di bawah tidak diletakkan di tempat yang elok untuk dipungut oleh tukang pungut sampah,pada waktu pagi,3 kali seminggu atau suara tuan rumah marah-marah bila kami lupa untuk tutup pam air bila mahu tinggalkan rumah untuk ke kuliah.
Tiada lagi dengar suara manja Maya(anak bongsu tuan rumah) yang merengek-rengek dengan isteri tuan rumah sebelum dia ke sekolah.
Tak ada lagi nak bertemu dengan isteri tuan rumah,bertanya khabar Dan maknanya Dalam masa dua minggu ni juga, tak ada dah dengar bunyi pintu anak tuan rumah terhempas tanda mereka sudah berada di rumah.
Aman sekejap. 2 minggu.
:D
=========================================
ini entry yang ke 406 :))
kalahkan Radin yang dah mula berkecimpung dengan blog sejak form 5 lagi
Ada can nak suh Radin belanja eskrem patah
Ngeh ngeh ngeh
Mavi Marmara selepas 2 tahun
22 hours ago



6 comments:
2 minggu jer aman heheh...
kaya weyh dorang pi melancong jauh2
rindu plak bila 'bapa' kami takde kat sni 2 minggu.
anak angkat dia ni da lama tk jenguk dia.asyik2 nama asyila jugak yg dipanggil.hoho
ptt ler lampu bwh gelap je..igt kn xde letrik..bru nk nyesal sbb dtg..wakakaka!!
nak lawan? hurmm..
eh.. bukan mmg u dah menang ke?
=P
rindu sama maya....comel sgt
xpe2 2 minggu bkn lama sgt
harap2 tuan rumah bwk balek souvenir tuk kami....(cam xde jek xpelah janji mereka slamat pulang ke imarah ni)
syila:
rindu kaya ke anak tuan rumah yg len
hik hik
princess:
tak paham la hud..huhu
Radin:
ooo yeay..lupa plak i memang dh menang
weeeee
Ai:
aku nak repot la kat tuan rumah.yg aisyah sgt rajin siram pokok bunga rumah tuan rumah..
ntah2 bley belanja dinner kat rumah tuan rumah kot syah?
peluang keemasan tuu
hihi
Post a Comment