Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

March 28, 2009

Aku Bukan Robot


Bismillahirrahmaanirrahiim

Aku tidak mahu menjadi seperti robot
robot yang pergi sekolah belajar,balik sekolah hanya belajar
Aku tidak mahu menjadi seperti robot
yang diciptakan hanya untuk mencapai misi dan cita-cita aku

Aku tidak mahu menjadi seperti robot
yang waktu rehat disangkanya puas andai diisi dengan hiburan serta layanan dunia

Aku tidak mahu menjadi seperti robot
yang tidak tahu untuk apa aku diciptakan

Aku tidak mahu menjadi seperti robot
yang bila dicabut nyawa oleh TUAN nya
aku hanya mati dengan sia-sia tanpa menyumbang apa-apa

Aku bukan robot
iya,aku bukan robot


Kerana aku manusia
manusia yang hidupnya tidak lain hanya untuk dua itu
sebagai hamba yang menghambakan diri hanya untuk Tuhan yang menciptakannya
sebagai khalifah yang sudah berjanji untuk menjadiwakilNya serta mengamankan dunia

Kerana aku manusia
yang sentiasa kembali kepada fitrahku sebagai seorang manusia
fitrah yang sentiasa mahu kembali kepada Penciptanya

Kerana aku manusia,
Manusia yang mulia kerana ia dimuliakan oleh Penciptanya
Manusia yang diberikan seisi dunia untuk membantunya menjalankan kerja-kerjanya

Kerana aku manusia
Manusia yag sentiasa dahagakan usrah yang sentiasa membina diriku
Usrah yang sentiasa membuatkan aku memuhasabah kembali diriku tentang apa yang telah aku kerjakan selama ini
Usrah yang sentiasa membuatkan hatinya basah dengan mengingati Allah


Aku manusia
dan aku diciptakan untuk melunaskan janji dan amanahku
aku mahu menjadi sebahagian dari 'titik-titik' yang menaikkan dan meletakkan agamaku kembali ke tempatnya
aku ingin menjadi seperti sebahagian yang lain
yang sentiasa bergantung kepada Tuhanku
yang sering merindui kekasihNya,Ya Rasulullah

Ya Allah,andai hanya dengan jalan ini,keredhaanMu dapat kugenggam
Janganlah pesongkan aku dari jalan ini
Kerana kurasakan hanya dengan mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh Engkau ini
jiwaku sangat-sangat tenang dan tenteram

Engkau tetapkan saja jalan ini hanya untukku serta sahabat-sahabat yang sentiasa bersamaku
Engkau tetapkanlah hati-hati kami
Engkau satukanlah hati-hati kami

Ya Allah
Andai aku lalai,
Kembalikanlah aku kepada Engkau
Andai aku terlupa dengan tanggungjawabku
Ingatkanlah aku kepada Engkau
Andai aku seakan-akan mahu meninggalkan jalan ini
Maka,kembalikanlah aku kepada Engkau

Innasolati wanusuki Wamahyaya Wamamati LiLLAHiRobbilAalamin
====================================================

Saya rindukan insan yang saya dan kawan-kawan panggil 'Ar Rumaisa'
Cepatkanlah masa,untuk berjumpa denganmu wahai Ar Rumaisa

:)

=========================================================

Selamat Pagi Cairo
Dan Selamat Hari Sabtu semua

6 comments:

wan hazimah said...

wah! indahnya kata-kata ni. pandailah kak uda buat puisi. aikk? puisi ke? hehehe...

aliah said...

bila bace terigt video ISK(ini sejarah kita)yg ttg robot tu,kalau pernah tgkla.huhu.

smge kita tdk menjd sprti robot2 tersebut:)

lagu kt blog nt latar blkg video robot ISK.hehe...

slmt bermujahadah!

ihsan said...

hmm...
ingatkn lirik lagu adam AF..

nannychomel said...

Mmg kita xmau jd robot...tp kdg2 org buat kita macam robot...

Fathiyyah said...

adik:
tu namanya kata-kata spontan ye

Aliah:
a'haa,nnt kite berborak panjang ye aliah
takpun,ana call :)

Ihsan:
erkk,tk tahu pon lagu tu..

Emak:
dan kita pon benarkan diri kite untuk diperlakukan seperti robot.

~alhuda~ said...

i miss her too!
smg 'arrumaisa' yg kite sayangi sehat2 saje..dan smaken kuat be'kerja'!

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena