Assalamualaikum w.b.t
Ini otak.iya,otak manusia. saya cilok gambar ini dari google images. itu pun gambar ini tidak berapa jelas sangat strukturnya.Mahu lebih jelas,boleh la dilihat pada Netter-Atlas of Human Anatomy.
Esok (28 Feb),saya ada exam.Spotting exam for anatomy. Kalau sebelum ini,kami perlu mengenalpasti struktur satu-satu pada mayat,kali ini tidak pula.Zaman moden,kita guna video da sekarang.Lihat gambar di skrin tv,dan boleh menulis jawapan untuk struktur yang akan ditanya oleh doktor-doktor nanti.
Banyaknya tak usah cakap.Ada 3 keping CD Anatomy yang perlu diulangkaji. Kawan sy kata,setiap satu CD memakan masa selama 2-3 jam.Wallahua'lam. saya baru nak buka Cd-cd tersebut sekejap lagi. Selama ni kita menghapal buku saja.
Cerita tentang leher dan muka. Ia penuh dengan salur darah dan saraf yang berselirat.Otot-otot muka yang banyak,struktur tekak,lidah,hidung,mata,telinga dan lain-lain lagi.Itu belum masuk otak. Otak yang merupakan pusat kawalan utama bagi seluruh anggota badan. Bahagian sini kawal penglihatan,bahagian sini kawal pendengaran,bahagian ini kawal pergerakan otot-otot bada,bahagian ini kawal deria rasa,bahagian ini kawal bab-bab perasaan dan lain-lain.Subhanallah
Erk,sebelum saya mengeluarkan perkataan-perkataan lain yang tidak mungkin difahami oleh orang yang tidak tahu sangat tentang medic,baik saja sy berhenti di sini dulu iya.
Apa pun,doakan kami. Semua tengah 'cuak-cuak' kot sekarang. huhu. Tapi jangan risau,kalau doktor kata 'tidak la sesusah mana' maka sy ramal,ia mungkin benar.(memandai-mandai saja)
Oh,1 haribulan Mac ialah Hari lahir orang itu. Mahu tulis 'Surat untuk Sayang' nanti .. *Wink
perang kecil = exam :)
rasa takut sampai nak telefon Gombak,bercakap dengan emak :(
daaaa~ salam :)



5 comments:
perang kecil=exam..huhu..takut tapi xnak bkak buku!!! cane ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
xmo bukak head n neck xmo xmo xmo xmo!!!
ala.. thiah ni scorer.. xpe.. hihi gud lak!
jom perang-perang...
counter strike~~hehe...
maybe...
bukak buku,jgn malas2...
ubat makan!!hahaha
lek2...
aku ade byk peluru m16,nnt aku bg ko utk perang kecil ko tu...
ko leh mnang nye laa perang tu,lek aa..aku nmpk kekuatan dlm diri ko...chaiyok3....
ooo,1 mac ke??krm slm kat org tu ea...hehe
hoho~ berwajah baru lah FTI.hehe.
fathiyah, anda di tag! sile lah ye jawab ;P
buh la cbox!huhu
Post a Comment