Malam Jumaat,sy belum boleh tidur.Ini akibat minun nescafe berlebihan.Tadi mengantuk sangat.Tengok apa jadi,tak boleh tidur langsung.
Maka,diri berkeputusan untuk berkongsi tentang Al-Kahfi bersempena dengan hari Jumaat,penghulu segala hari.
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat." (H.R. al-Baihaqi)
Masa itu duduk ramai-ramai bersama teman.mendengarkan bicara pada hari itu.Hari Jumaat penuh Barakah. Menyegarkan mata,menadah telinga,mulut ditutup kemas,hati dibiarkan terbuka luas.
Fokus pada hari itu ialah >> Surah Al-Kahfi (Surah ke 18)
Saya pernah dengar riwayat yang mengatakan bahawa barangsiapa yang menghafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terkahir dari surah Al-Kahfi,maka dia akan terselamat dari Dajjal di hari Kiamat kelak.
Mari kita selami kebenarannya bersama.Oh ya pastikan anda bersama dengan Al-Qur'an beserta terjemahannya.Agar nanti boleh lihat dan faham dengan lebih jelas.

Sebelum itu,kita teliti dahulu intipati surah Al-Kahfi ini.Kita bahagikan ia kepada empat bahagian.Kiranya,ia punya empat cerita.
- Kisah Pemuda Ashabul Kahfi(ayat 1-31)
- Kisah Jannatain(ayat 32-49)
- Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir(ayat 60-82)
- Kisah Zulkarnain(ayat 83-110)
Di tengah-tengah surah tersebut,ada terselit kisah iblis yang sentiasa mengada-adakan fitnah iaitu dari ayat 50-59
ok sekarang kita ambil isi-isi penting dari setiap cerita di atas
Kisah Ashabul Kahfi
- Mengisahkan 7 orang pemuda bersama anjing mereka yang melarikan diri dari pemerintahan seorang raja yang sangat zalim dan hidup di dalam negara kafir. Demi menyelamatkan iman dan mereka pula tidak mampu melawan,mereka pergi menyembunyikan diri di dalam sebuah gua.
- Allah pelihara mereka dengan menidurkan semuanya selama 309 tahun
Kisah Sahabul Jannatain
- Mengisahkan dua orang lelaki.Seorang beriman manakala seorang lagi kafir.Allah telah mengurniakan berbagai nikmat buat lelaki kafir itu iaitu nikmat berbentuk harta,anak dan pengikut
- Akan tetapi dia telah mencabar hari kebangkitan yang dijanjikan Allah
- Allah tarik balik nikmat
- Lelaki tersebut menyesal,namun tidak berguna
Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir
Mengisahkan tentang insan yang paling alim ketika itu iaitu Nabi Musa A.S yang telah membuang perasaan egonya,demi mahu menuntut ilmu dari orang yang lebih mengetahui lebih banyak ilmu daripadanya iaitu Nabi Khaidir.
Kisah Zulkarnain
- Ada ilmu,kekuatan dan kuasa namun semuanya digunakan untuk menyuruh dan menyebarkan pekara kebaikan
- Membina tembok untuk melindungi kaumnya pada waktu itu dari ancaman Yakjuj dan Makjuj
Ok,sudah selesai mengeluarkan isi penting dari setiap cerita.Mari teliti pula apa yang ada di sebaliknya
Empat ujian disebalik empat buah kisah tersebut ialah
- Ujian menegakkan dan menghayati agama(Kisah Ashabul Kahfi)
- Ujian diberi harta dan anak namun tewas(Kisah Sahibul Jannatain)
- Ujian Ilmu(Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir)
- Ujian Kuasa (Kisah Zulkarnain)
Nampak? ia bukan kebetulan bukan? ok,rasanya semua boleh kaitkan dengan realiti kehidupan zaman sekarang. Jelas lagi tersuluh bahawa kita,orang-orang Islam yang masing-masing mengejar 'Takwa' itu sering diuji dengan 4 bentuk ujian ini. Jelas bukan?
empat ujian ini merupakan sebahagian daripada ujian-ujian yang Allah sediakan untuk kita.
"Kurniaan Tuhan untuk menguji aku sama ada syukur atau kufur" pernah dengar ayat ini?
Disebalik kisah Ashabul Kahfi,kita diuji untuk menghayati agama. Jika kita tidak diuji dengan ujian sebegitu,maka keimanan kita terhadap Allah tidak akan terserlah sama sekali.
Mari teliti petikan dari Al-Qur'an 27:40 dan 29:2-3 yang jelas menyimpulkan adakah kita ini cukup dikatakan beriman dengan Allah,beriman dengan rasulNya,beriman dengan kitab-kitabNya sedangkan kita tidak diuji sebarang bentuk ujian? Boleh kah kita digelar hamba Allah apatah lagi hamba Allah yang bertakwa di mana bakal dijanjikan dengan ganjaran Syurga sedangkan kita tidak berbuat apa-apa untuk memartabatkan kembali agamanya.
Pengajaran Kisah Sahibul Jannatain pula yang memaparkan tentang hakikat dunia yang sementara seperti nikmat harta dan anak(18:45). Nikmat harta dan anak ini punya dua kemungkinan yang kita tentukan.Sama ada ia mendahului kita atau kita yang mendahului mereka.
Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir yang membawa pelajaran tentang Ujian Ilmu. Di antara kunci untuk menguasai sesuatu ilmu ialah sifat Tawadhuk atau merendah diri(18:69). Sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Musa A.S.Baginda tidak pernah sombong atau bongkak dalam menuntut ilmu dari orang lain walaupun baginda pernah berinteraksi secara langsung dengan Allah.
Makin tawadhuk,makin mulia dia disisi Allah.Dan di sebalik kisah Zulkarnain,sifat yang penting dalam menguruskan kuasa ialah sifat Ikhlas sebagaimana yang telah ditekankan oleh Allah dalam akhir surah Al-Kahfi.
Betapa perlunya kita untuk menjaga niat agar tidak lari dari landasanNya.dan kita seharusnya sedar,atas sebab apakah kita diberikan kuasa. Contohnya,jika kita punya kuasa,hukum Islam boleh ditegakkan di muka bumi ini seterusnya,melaksanakan tanggunggjawab sebagai Khalifah Allah.Makin banyak kuasa,makin berat tanggungjawab kita sebenarnya.Kuasa itu bukan lah sesuatu untk dibangga-banggakan malah ia bakal disoal oleh Raja Segala Hakim di hari Pembalasan kelak.
Kenapa kita disarankan untuk mengamalkan amalan membaca Surah Al-kahfi? Dan bagaimana dengan membaca Surah Al-Kahfi ini boleh menyelamatkan kita dari fitnah Dajjal di hari kiamat nanti?
Hal ini kerana pada hari kiamat,Dajjal akan membawa empat ujian ini untuk menguji manusia. Empat ujian ini merupakan medan-medan jihad dajjal dalam menyesatkan manusia.
Ujian agama--- Dajjal akan memerintah manusia aga menyembah dia selain Allah.
Ujian Harta--- Perintahkan langit turunkan hujan untuk manusia di kala manusia dahagakan air
Ujian Ilmu--- Dajjal menyebarkan berita-berita kepada manusia melalui ilmu-ilmu yang dikuasainya
Ujian Kuasa--Dajjal telah menguasai serta menakluki sebahagian tempat di muka bumi.
A'haaa,sy simpulkan sedikit sahaja. Kita semua mungkin ada yang sedar,mungkin ada yang tidak sedar bahawa empat ujian ini sedang menguji kita sekarang.Lihat sahaja di sekeliling kalian.Perhati dan kaji dengan teliti keadaan sekarang. Sudah nampak sikit-sikit ujian atau fitnah yang dibawa oleh dajjal ini semakin menguasai kita
Sama ada dajjal itu sudah wujud atau tidak pada waktu sekarang,wallahua'lam.Saya pun tidak tahu. Sama ada dajjal itu merupakan seorang manusia atau satu idealogi,pun wallahua'lam.
Apa yang saya tahu, kita sedang berdepan dengan empat ujian ini .Cuma sedar atau tidak sahaja. Dan lagi, ujian ini datang dari Allah,dan Dia jugalah yang tunjukkan jalan buat kita.Semua terpulang kepada kita.Mahu ikut dan berpegang kepada agamaNya,Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah S.A.W atau mahu hanyut di dalam fitnah-fitnah dajjal yang kian menular dalam hati sanubari masing-masing.
Sekarang sudah jelas rahsia Surah Al-Kahfi yang menjadi pelindung dari ancaman Dajjal?
Jadi,bersempena dengan Hari Jumaat yang mulia ini,sy ingin mengajak semua untuk bersama mengamalkan surah ini.Sebaiknya pada hari Jumaat.jika tidak sempat habiskan satu surah sekalipun,10 ayat pertama pun sudah cukup.Alhamdulillah
Saya berhenti dulu.
Andai ada yang tersilap info atau lain-lain ,maafkan dan betulkan saya.
Semoga sedikit perkongsian ini membawa manfaat buat semua
Sumber: Al-Qur'an,Buku nota Fathiyyah,buku nota Aimi.



1 comments:
Waah, seronok baca yang ni. Terima kasih, Fathiyyah.
Terima kasih daun keladi, lain masa berkongsi lagi ;)
P/s: Saya prefer baca Al-Kahfi setiap malam Jumaat.
Post a Comment