Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

February 25, 2009

10 Kuntum Bunga

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya saya mahu tulis sesuatu yang lebih serius dari yang ini.Tapi tadi,sewaktu mengurus diri tiba-tiba fikiran melayang pada Kisas. Secara khususnya,saya merindui teman-teman sekelas saya sewaktu di tingkatan lima.

5 Sains 2. Ada 25 orang pelajar semuanya.Kami,pelajar perempuan dalam kelas 502 itu hanya ada sepuluh orang. Ditempatkan di dalam kelas tersebut mengikut 'ranking' tingkatan. Jadi setelah ditolak 10,maka pelajar lelaki ada 15 orang. Maknanya golongan 'muslimin' mendominasi kelas tersebut. Kami yang 10 orang ini pandai-pandai jaga diri, tidak banyak buat masalah disiplin,siapkan kerja sekolah dalam waktu sepatutnya dan tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. Disebabkan kami hanya 10 orang juga,maka boleh la kata kami juga rapat.

Apa-apa masalah perlu dibincang bersama,ketawa bila ada yang berjenaka di kala menghadapi tekanan peperiksaan serta menangis bersama bila kertas-kertas kerja dan fail-fail nota dicampakkan ke bawah bangunan akibat salah kami sendiri .Tak mahu buka la cerita yang ini.Kang tergelak besar saya nanti :)




Dari kiri berdiri---Aimi,Fathiyyah,Amirah Yaakob,Shikin,Amirah Hanan,Qistina,Ezmi
Dari kiri duduk---Aisyah,Tasha,Afiqah

Sengaja letak gambar skema begini, semua pakai baju sekolah. Masa itu kami semua sedang mengulangkaji pelajaran dalam kelas,menghitung hari yang hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi menjelangnya SPM. Sunyi satu kelas masa tu. Baik pelajar lelaki mahupun perempuan,semuanya tunduk di meja masing-masing,khusyuk membuat latih tubi soalan SPM.

Atas idea siapa entah, kami bersetuju untuk 'memukul' gambar bersama. Erk, aktiviti ini melibatkan pelajar perempuan sahaja iya. Jadi apa lagi,semua bangun dari tempat masing-masing, pergi padang sekolah.

ini dia kisah 10 orang--10 kuntum bunga :)
berikut merupakan susunan meja dalam kelas 3-4-3 (mcm dalam bola pulak..hihi)

[Depan sekali ]

Qistina--Penolong Ketua Kelas 502. Sepatutnya Qistina dapat tawaran biasiswa JPA. Tapi dia tolak atas alasan mahu belajar di Malaysia. Dekat dengan keluarga.Seronok dengar Qis bercerita tentang keluarga kecilnya tu.Sekarang Qistina di USIM sambung pelajaran dalam bidang Perubatan

Shikin-- Orang Kelate.Merupakan seorang KP(Pengawas).Masuk UTP sebelum keluar result SPM lagi atas tiket keputusan peperiksaan percubaan SPM yang cemerlang. Shikin ditaja oleh biasiswa Petronas dalam bidang kejuruteraan.Nampaknya Shikin la orang pertama yang akan bergraduasi nanti.

Ezmi--A'haaa..orang Melaka.Dia ini sangat pendiam. Tapi bila mula bercerita,ramai mesti tak sangka yang Emi ni tak ada la pendiam mana.Emi sekarang di UTM


[Tengah]

Afiqah-- orang KL.Fiqi yang punya lesung pipit yang sangat dalam.Dia ini sangat 'terer' daam fizik dan pernah menduduki tempat pertama dalam kuiz Fizik yang dianjurkan oleh Mr Wong yang dibuat dalam kalangan kami. Budak laki pun pernah tewas dengan Fiqi dalam kuiz fizik.
Fiqi sekarang di UIA--Engineering

Aisyah-- Ecah! Kecil,comel molek orangnya.Berasal dari Melaka dan sekarang menetap di Gombak.Hari tu baru keluar main ice skating dengan dia.Aisyah sekarang UIA,ambil jurusan Bahasa Arab.

Tasha--Teganu kite. Tasha dan Aisyah duduk sebelah-sebelah.Kami yang di belakang sekali suka tengok gelagat mereka berdua.Comel aje. Tasha pun di UIA--melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan

Amirah Hanan- Yang ini dari utara. Orang Kedah. Pelat Kedahnya yang pekat sampai kita sendiri perlu mempelajari Bahasa Kedah. Mira di Kolej Mara Banting sekarang. Persediaan ke Ireland dalam bidang perubatan. Aish,dah lama tak berhubung dengan Mira ni.Sibuk memanjang agaknya


[Belakang sekali]

Aimi-- Aimi si orang Klang. Seorang anak yang sangat taat. Dan lagi,sangat rapat dengan keluarga. Saya dan Aimi tak pernah berpisah sejak d tingkatan lima lagi. Duduk sebaris dalam kelas(berselang dengan Mira),temuduga JPA sama-sama di Putrajaya dan sekarang,satu bilik pula di Cairo! Aimi tak bosan lagi kot tengok muka kawan dia seorang ni

Amirah Yaakob--Orang Serdang dan anak orang ternama. hihi. Mira pun KP.Penyayang orangnya.A'haa,ada bakat jadi seorang ibu sejak dulu lag.Mira anak sulung,jadi dia menjadi harapan keluarga dan memikul tanggungjawab sebagai Along. Mira di UCSI sekarang.Persediaan ke UK tajaan JPA dalam bidang Farmasi..

Fathiyyah---- si tukang bercerita :)

*Kami bertiga langsung tak kisah duduk belakang sekali pun.Seronok pun ada juga.Kadang2 gelak sama-sama bila tengok rakan-rakan tersengguk atau terangguk tanda mengantuk dalam kelas .Budak tiga orang berkawan baik :)


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

*ok,rindu sudah dilepaskan. Wahai 'sepuluh kuntum bunga',jika kalian terbaca ini,sila tinggalkan komen di sini iya.Saya rindu banget sama kalian bagai pungguk merindukan bulan.dan sila jaga diri masing-masing.Macam kita menjaga diri sesama kita dulu-dulu :)
Yang lain nak berikan komentar pun dipersilakan.

*Terima laporan terkini rakan-rakan 502.Ridhwan sudah selamat terbang ke Australia(Engine),Qayyum akan ke Jepun(engine) dan Izzuddin rasanya akan ke India(Medic).

Orang Lain : Ammar-US(engine),Nazmi-UTP(engine),Sulaim-UiTM(engine),Hakim(UM),Ihsan-Cairo,Mesir(Medic),Haziq-Cairo(Medic),Hafiz-UIA(Engine),Fais-Cairo,Mesir(Medic),Saiful Hadi-Jordan(Dentistry),Safuan--erk,tak pasti.Hakimi- Azhar Uni, Azreen--pun tk tahu ke mana.. Semoga berjaya semua.

*Oh ya,Fathiyyah dan Atiqah tidak pernah satu kelas atau satu dorm baik waktu tingkatan empat mahupun tingkatan lima.Tapi tiap-tiap hari kami wajib berjumpa di Al Muqorrobin :)


*Fathiyyah tetiba terasa yang dia sudah lama tak tengok perlawanan bola.Entah Chelsea nombor berapa entah dalam liga. Ok,dia mula rindu nak gaduh-gaduh dengan Angah dan Abg Nuar nya pasal bola.

*cerita tentang Bom di Hussein,Cairo..Klik sini

Salam..

15 comments:

nurhidayah said...

salam. akk ade tag awk,blh amik soalan kt blog akk

nurhidayah said...

o yke mcbr. takpe bila2 je free,gudlauk,ops hehe gudluck ye, moge bjaya.

estudiante said...

kalau 502 ada 10 kuntum bunga yg tk buat banyak masalah..lain pula dgn 15 kuntum bunga di 501.asyik nak menang je~!!ketegaq..haha

mmg ikut adat kot.kelas fathy laki dominan,laki la byk conquer.klw kelas ktorg,perempuan yg ramai.hee~tataw la apa yg jadi.

seronok ingat kisah2 di sekolah dulu.pengalaman di kelas masa form 5 sangat besh!!rindu semua~

chi am said...

ler.. kisas kah? emmm

ikrami said...

wah!!! semua nampak muda2 lagi. sekarang, dah tua!!! hikhikhik.... rindunya kat kawan2.... imah pun... hehehe

Fathiyyah said...

Kak Dayah:
dh tgk dah tag tu.Rasa cm nak buat..hihi

Syila:
haah la.kelas syila lagi hebat la. bilangan muslimat mengatasi muslimin tuuu.

Bro Am:
haah.Kisas dulu. mengapakah? erkk...

Adik:
elo,beza kite setahun saja ok. kalau i dh tua,u pun tua samaa..hihi

nurunnuha said...

fathiyyah..
awak 5 Sains 2 jugak ek?
sama macam sy la.. cuma sekolah lain. hehe :)

*tetibe je rasa rindu mula menyinggah* T_T

princess said...

ooh ni ke classmate die..ttbe t'igt classmate gopeng! huahuahua..

Pustaka Hanif said...

salam,
mesej utk...
Shikin:jgn terlalu berharap dapat post di Petronas. dah ramai yg merungut, walaupun tajaan Petronas, tapi kalau parent bukan staf Petronas, susah banget nak dapat post.

saya pernah cermah di KM Banting bulan lepas....suraunya selesa amat..

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said...

haha....senior KI rpenye...
huhu....nice blog...

aimi jamaludin said...

alahai,ingatkan dah de kuntum2 bunga yg bg cmmnt.girls 502 rajen belajar lah tu..heheh.
tu lah kan fathy,memang windu kat diorg semua.ecah, fiqi n miera terutamanye.huuu~ by summer ni,kite bleh buat gathering kot kan.miera n miera hanan tak fly lg rasenye. dgn ini, aimi meLANTIK fathy sbg mas'ulah gathering kita i.A pd summer 2009 ini.muahahaha.
bleh la fathy,bley laaaa..
hehe.ko buat je ape2,ak akan ikut.nak g kisas pon lagik2 laa ak sokong.heheh.

aisyah said...

waaaa....bestnye sgt2 post kali ni....sedih2..gmbira pon ade..rndu lg la...SGT2 RNDU...
ble nth nk jupe lg kn..
rndu kt sume2 yg kt kls kite 2..
btoi2 stuju ngn aimi..blh la fathy mngetuai reunion kite..tp blh ja kalo nk tlng skali ti..ok?

jap2 fathy..sy berasal dr mlaka?
berasal 2 kire tmpt lahir ke?kalo mksd tmpt lahir nmpknye terslhla plak..huhu

korg ble lg nk blik ni...???jgn lupe gtau awl2..blhla kite wat plan ti..

fiqi said...

fathy..
rindunye dgn ko n aimi..
rindu sgt2..
terharu2...
aku x de la gempaq mane fizik tuh..
ble nk wt gathering???
hrp2..aku x bz time 2... =)
miss u.. big hugs... take care

anisahshamilah said...

salam!!

huhu~
for da trio,
ksian mira yg korg tggalkn kat m'sia..
sila2 la jgn lupakn dia ek...

u guyz do resemble each others...
n i, eventough one of her bestfren, seems so different..huhu~

ape2 pun,
moga syurga Allah be da best palce for ur reunion + others too!!

azrita said...

assalamualaikum...

akak dah lama nak cari adik angkat akak bernama amirah yaakob. sampai sekarang masih belum berjumpa.

kalau amirah kenal kak AZRITA ROSLEY atau kat sharodz lebih dikenali dengan panggilan kak ITAROS silalah hubungi akak kat no ni ye....06-3121730 @ 016-7723566 @ 017-6012061

wassalam....

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena