Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

March 26, 2008

Sebuah perkongsian ::. INTERVIEW.::

Assalamualaikum w.b.t

Ok,sudah smpai masanya utk sy menulis tentang ini..bagi calon-calon tajaan MARA,sila ke blog ammar
utk mengetahui tentang tips-tips sebelum dan semasa menghadiri interview MaRA..blog sy hanya ada untuk calon-calon JPA(sbb sy ni tajaan JPA..tak tahu secara detail tentang temuduga MARA..)klik sini utk ke blog ammar..moga beri manfaat buat kalian

Utk calon-calon tajaan JPA,sila teruskan pembacaan anda..mungkin ada yang dah tahu tips2 yang bakal sy kongsi,mana tahu ada juga yang kalian baru tahu..apa pun,sebarang penambahan dan pembetulan amat2 dialu-alukan..

********************************************************************************* **
Malam sebelum menghadiri interview..



1. Pastikan anda mengetahui segala informasi terkini..dpatkan segala maklumat dr pelbagai sumber seperti akhbar dan internet..bagi mereka yang jarang baca akhbar atau malas-malas utk cari maklumat di internet,maka ini la masanya..gunakan segala kemudahan yang ada utkmembantu anda dlm mencari maklumat..apa yang perlu anda tahu? Hmm isu-isu semasa,lagi-lagi tentang institusi pendidikan di Malaysia..cara lain,bincang dgn rakan-rakan sama ada melalui ym atau email..boleh juga tanya kepada mana-mana senior..


hmm ok,sy kongsi kat sini beberapa tajuk perbincangan ketika zaman kami dahulu ...sy interview housemates saya

Radin: isu wanita berkerjaya


Aimi: program realiti tv..wajar atau tidak?

Chep: ada dua..modal insan dan isu memakai uniform ke sekolah,wajar atau tidak

Aisyah: hukuman sebat utk ‘Mat Rempit’..wajar atau tidak?

Asyila: keruntuhan akhlak dlm kalangan remaja dan ‘outdoor activities’

Saya: wang dan cinta

Kesimpulannya kalian perlu peka dgn isu semasa bagi memastikan kalian dapat menjawab soalan para penemu duga dgn baik nnt..

Tempoh masa utk mencari maklumat: sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari interview


2. Pilih pakaian anda yang terbaik..utk lelaki macam biasa,kemeja dan bertali leher,berkasut
Utk perempuan,sy sarankan berbaju kurung,berkasut dan nampak kemas..sehari sebelum hari temuduga,pastikan semua sudah siap digosok,jangan masa pagi 'interview' baru nak kelam kabut gosok baju,baru nak cari kasut..senang cerita,jgn suka buat kerja 'last minute'..nampak tak bagus dlm pengurusan masa..biar kita siap semua awal,pagi sebelum interview biar dpt tenangkan diri banyak-banyak..kan begini lebih baik?

3. Pastikan semua dokumen-dokumen yang diperlukan telah siap dikemas..sediakan 2 fail..satu utk dokumen yg sgt penting seperti IC,surat beranak,maklumat ibubapa,surat tawaran temuduga etc..satu lagi utk dokumen berupa sijil-sijil kokurikulum berserta salinannya sekali..pastikan anda letak semua dokumen ini di sebelah katil..

oh ya,sediakan juga alat tulis..mcm tahun lepas,kami ada ujian minat kerjaya..ada alat tulis sendiri senang,tak payah sibuk-sibuk pinjam org lain punya kan?

4. Malam sebelum interview,tidur awal..paling awal pukul 10 malam ,paling lambat pun pukul 11..

Jangan berjaga sehingga lewat mlm..Tidur awal utk merehatkan otak supaya segar bila bangun keesokan pagi..sebelum tidur digalakkan utk memohon maaf kepada semua ahli keluarga,guru,sahabat-sahabat, dan kenalan.

Minta mereka doakan kita moga dipermudahkan urusan temuduga nnt....jangan lupa utk berdoa banyak-banyak sebelum tidur,tenangkan hati kemudian pejamkan mata..tidurlah..

Pagi pada hari interview


Hari interview,mmg mendebarkan..

di rumah

1. Bangun awal..tunaikan kewajipan harian seperti biasa..solat subuh,Al-Qur’an dan mathurat..moga hati menjadi tenang

pengalaman: terus terang,sy tak dapat tidur dgn nyenyak mlm sebelum interview,,terjaga pon di awal pagi..buka mata-mata je terus mandi,solat,bersiap dan terus bertolak dr rumah..

2.Pastikan masa temuduga anda bermula jam berapa..Jika ia mula pada jam 8 pagi maka perlu bertolak dr rumah selewat-lewatnya sejam sebelum tu..tapi jika rumah agak jauh dr pusat temuduga,sy sarankan lepas subuh terus bertolak dr rumah..maklumlah,hari kerja,tak mahu tersangkut di mana-mana pula nnt..

pengalaman: mcm saya tahun lepas,temuduga mula jam 9 pagi,tapi oleh kerana Putrajaya yang agak jauh dr Gombak,jadi sy keluar rumah lepas subuh.. Mujur ada mak dan ayah yang sanggup mengambil cuti semata-mata utk menemani sy ke interview..mereka pon berdebar agaknya..mcm saya..

3. Sebelum keluar rumah,minta restu ayah ibu..

4. Pastikan anda bersarapan pada pagi tu..jangan biarkan perut kosong..nnt takde tenaga nk jawab soalan-soalan yang mencabar..kalau tak sempat nk breakfast di rumah,bawalah bekal,sekurang-kurangnya 4 keping roti serta susu..kalau tak sempat nk bawa bekal juga,singgahlah di mana-mana nnt..Pasti ada kedai makan di pusat temuduga tu..

pengalaman: sy tak sempat utk bersarapan di rumah...sampai di Putrajaya sejam sebelum masa temuduga,jadi kami bersarapan dulu di situ..memang tak ada selera nak makann..hanya beberapa suap mee yang mampu ditelan..terus minum air..tak mkn banyak-banyak,takut muntah pula,berdebar punya pasal :)

Di pusat temuduga


1. Sampai-sampai saja di tempat interview,bersegeralah mencari papan kenyataan yang memaparkan nama-nama calon temuduga..ada tulis di disitu nama,no IC serta no bilik temuduga..

pastikan tak salah tgk..takut salah bilik..kang cemas tak tentu hala..tak perlu cari nama kawan-kawan,nama sendiri pun dah cukup.. pastikan anda dlm kumpulan yang ke berapa.. bila dah tgk nama,terus ke bilik temuduga yang telah dinyatakan..

pengalaman: sesampainya saya di sana,terus nampak Aimi dan Radin..rupa-rupanya kami temuduga pada hari yang sama..terus periksa nama dan no bilik kami..oleh sbb nama saya ada ‘Wan’ di depan,jadi teman-teman dlm kumpulan sy pun semuanya ‘Wan’..

mcm tu jugak mcm Aimi..semua ahli kumpulannya semua Siti..Maknanya kemungkinan besar,kumpulan temuduga ditetapkan mengikut urutan nama..bukan mengikut bidang..

Tapi tak tahu la pula sistem tahun n mcm mana..Lepas tengok nama,sy terus ke bilik ujian..ada ujian kerjaya..usah khuatir,ujian ini hanya ingin betul memastikan adakah kita bersesuaian dgn bidang yang kita pilih..kemungkinan besar tidak mempengaruhi interview kita..terpulang mahu buat bila ujian ni..kalau interview mula lambat lagi,maka disarankan utk buat ujian tu dulu..kalau nak buat kemudian pun tak mengapa rasanya..hmm tanyalah pada petugas-petugas di sana nnt..

2. Bila sudah selesai semuanya,dipersilakan utk ke bilik temuduga..selesakan diri anda dgn berbual bersama rakan-rakan lama mahupun temanteman baru..dapat tenangkan diri..

Boleh beramah mesra dgn ahli-ahli kumpulan..Iya la,kalian bakal bersaing utk mendapatkan biasiswa dlm temuduga nnt..apa salahnya dapat kenal serba sikit antara satu sama lain sebelum ‘bertanding’ kan..pastikan juga bahawa semua dokumen-dokumen penting ada bersama anda berserta sebatang pen..

pengalaman: dlm kumpulan saya ada lima org semuanya..tiga lelaki dan dua perempuan..masa tu,sy tak kenal lagi 3 lelaki tu..jadi sy sempat berkenalan teman perempuan ni sorg je..Itupun sy dah tak ingat namanya..kecil molek orgnya..

Agak gementar kami masa tu sebab kami je perempuan dan bakal bersaing dgn lelaki-lelaki yang hebat-hebat ..teman sy ni agak fasih 'speaking'..Tapi sy relakskan diri..Yakin dgn kemampuan diri..Yakin akan buat yang terbaik dlm temuduga nnt..ketika kumpulan kami dipanggil untuk masuk,kami mengucapkan selamat berjaya di antara satu sama lain...Berdebar sgt masa tu..hanya ucapan selawat melekat di bibir..

Dlm bilik temuduga.. ;)

1. Beri salam dan ucapan selamat pagi/tengahari kepada para penemuduga..senyum senyum


2. Mengambil tempat duduk mengikut urutan nama yang telah ditentukan..Duduk dengan tenang,seperti biasa,selesakan diri..senyum dengan para penemuduga..senyum seikhlas hati,jgn mcm kerang busuk ya..

Oh lagi satu,duduk dan buat diri sendiri dalam keadaan selesa.Saya nasihatkan duduk elok-elok,tegak-tegak. dan jangan menyilangkan kaki. Nampak kurang sopan. Berkali-kali emak nasihat benda ni sebelum masuk bilik temu duga. Adab namanya kata emak.


3. Jika ada tertinggal apa-apa barang di luar,minta izin dgn penemu duga bahawa anda ingin keluar..Mereka mesti benarkan punya..penemu duga bukan lah harimau yang mkn org..nampak je mereka n serius,sebenarnya ok aja.

Apa pun,tenangkan diri..jgn cepat gelabah ya..

pengalaman: masa tu rakan-rakan sy terlupa nk bawa alat tulis..hanya sy saja yang bersedia dgn pen di tangan..bersedia utk diuji..jadi teman-teman sy yang lain smua dibenarkan utk keluar utk ambil apa yg patut..setelah semuanya sudahl,akhirnya interview dimulakan..


4. Pertamanya ,perkenalkan diri,,jika penemuduga tanya dlm bahasa Melayu,jadi perkenalkan diri dlm bahasa..jika mereka tanya dlm English,then introduce urself in English..jangan ditanya dlm bahasa,kita sibuk-sibuk nak jawab dlm English..takut yang lain pula jadi..

pengalaman: sy disuruh utk perkenalkan diri dlm English..hanya ceritakan apa yg mereka mahu saja..nama penuh,sekolah,bidang yang mahu sambung,tarikh lahir,hobi,idola,pencapaian tertinggi dlm
kokurikulum etc..

kalau mereka mahu mengetahui dgn lebih lanjut,jawab secara spontan.dgn senang hati..seolah-olah anda pun mahu berkongsi dgn mereka tapi tak usah la sampai meleret-leret.. Jgn lupa utk senyum sentiasa..jangan serius pula sepanjang temuduga tu..

pengalaman: masa tu interviewers betul-betul berminat dgn pencapaian sy yang berjaya mendaki Gunung Kinabalu..Dan ada juga mereka tanya pasal idola..

5. Bila selesai sesi perkenalkan diri,sesi yang ditunggu bermula iaitu sesi perbincangan dlm kumpulan.. sama ada berbincang dlm bahasa atau English,terpulang mengikut penemuduga masing-masing

Sesi ini bakal menguji kita sebenarnya...Dan sy rasa,penilaian terhadap diri kita sebenar bergantung kepada sesi ini..masa ni la karakter diri kita akan terserlah..akan mula nampak perwatakan seseorg yg sebenar..

Bila kena berbincang,kita kena libatkan diri 100%..Tak bermaksud,hanya kita yang bagi idea atau bercakap..Kena dgr juga pendapat org lain,minta izin dgn penemuduga kalau tak setuju dgn pendapat rakan-rakan atau ingin suarakan pendapat sendiri..

Dan bila diberi peluang utk mengutarakan pendapat,kemukakan pandangan dgn yakin.. Tak usah la nak menyampuk bila org lain sedang berikan pandangannya..

Bukan bergaduh ya,,Jangan salah faham..anggapla kalian sudah lama kenal antara satu sama lain dan sedang berbincang satu isu yang sgt menarik..

oh ya,jangan pula diam membisu tanpa beri sebarang pandangan..kalau anda ni seorg pendiam,sekurang-kurangnya,jadilah seorg yang aktif masa temuduga ni..anda hanya jadi ‘bising’ masa ni aje..hehehe..suarakan pendapat anda,jgn malu atau takut diketawakan..jgn lupa..SENYUM..bila senyum,mesti rasa lagi tenang,lagi selesa,lagi sronok utk berbincang

Pengalaman: tajuk yang diberi pada kami masa tu..”wang dan cinta,mana yang lagi penting”..adoii,tak sangka sungguh kami diuji dgn tajuk ini..sy dah tetapkan dlm hati tentang dlm pilihan sy..teruk juga sy diketawakan oleh rakan-rakan sekumpulan masa tu..mereka fikir sy kolot kot...Walaupun hanya sy seorang je berpendapat mcm tu dan kelihatan agak degil, namun sy tetap dgn pendirian saya..setelah dikemukakan pendapat dan lain-lain,akhir sekali semua akur dgn jawapan sy..

”ye la cik fathiyyah,nnt kamu kahwin la dgn lelaki yang tak perlu bekerja ya..cinta lagi penting kan..”kata salah seorg penemu duga sambil tersenyum melihat saya..beliau senyum,sy pun senyum balik..senyum tanda puas hati..

p/s: aih,sy tengah senyum-senyum bila tulis tentang ni..seronok bila kenang balik masa tu..pengalaman yang tak dpt dilupakan..


6. Bila dah habis semuanya,lega...boleh la keluar..jgn lupa ucapkan terima kasih kepada penemu duga..keluarkanlah diri anda dgn perasaan puas hati...ucapkan dgn Alhamdulillah..huhu..legaa~


Ok,tugas sy hampir selesai..pakatan sy juga hampir tamat..huhu..idea utk berkongsi pengalaman dan tips-tips temuduga ni timbul sejak juniors sy dapat result SPM lagi..bersemangat betul sy ni kan?

sementara belum sibuk2 utk final exam ni,sy lapangkan hati utk menulis semua ni..moga memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya..maaf andai terlalu panjang entry ini..n jika ada sesiapa sahaja yang mahu membuat pembetulan atau penambahan,ia amatlah dialu-alukan..sebarang komen yang membina diri juga sy tunggu..


*selamat berjaya adikku hazimah..


**mahu menjenguk ke blog ammar pula..ntah apa pula yang dia tulis utk interview MARA..


***sudah 3 mlm sy tidur dgn nyenyak..risau dgn diri sendiri bila tidur nyenyaj sgt..tidur awal,bgn pun tak la awal sgt..exm final nk dekat..risau sungguh sy..


****sy ada dua pilihan,sama ada mahu menyahut seruan katil kesayangan atau meneruskan perjuangan utk bersama buku-buku physio dan anat..kemungkinan besar sy bersama katil terus..bukan tidak larat,Cuma khuatir esok tak dpt tumpukan perhatian..mujur hari ni hanya ada kelas praktikal..


Berakhir disini..


mlm di Cairo yang panas..musim bunga yang panas,tidak seperti yang diharapkan..mahu pulang!
-fathiyyah-
2 pagi
26/3/2008

edited 24/3/2009


41 comments:

Ammar bin Ahmad Faris said...

Salamz,

kak, terima kasih di atas post akak..saya memang dah lama nak cari info psl interview JPA nih...

hehehe...

sori la..post aku dtg lambat sket dari urs..

okay la tajuk tuh... so, aku pun cilok jer tajuk ko tuh....izinkan ker x???

gud luck!!!

kalu ko rasa dah penat..sampai tgh pagi blogging nih..aku sarankan ko berehat lah yer...

anyway, satu tepukan yg gemuruh tuk kak fathiyyah sebab telah bertungkus lumus siapkan post nih sampai tido lewat...hehehe..CONGRATZ!!!

EmcEE_SubZeRo said...

salam.

pe kabo cik fathiyyah. ehehe. nk tnya. adakah cik aimi masih ada/ingat point2 yg digunakan utk 'program reality tv..wajar atau tidak?'??

esok ada pertandingan debat piala naib chancelor ump. tapi sy masih kekurangan fakta. dan kebetulan ada 1 usul yg bertajuk 'sudah tiba masanya rancangan realiti di malaysia dihapuskan'

hehe.

Ibnu Asad said...

Salam ziarah,

Saya pernah ke temuduga untuk biasiswa MARA.

Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Mungkin saya pun patut berkongsi pengalaman itu :)

zimawa said...

salam,kak uda...
alhamdulillah.. kak uda, Allah mmg maha pemurah dn penyayang.. DIA sgt baik..
kak uda..
imah dpt tawaran biasiswa jpa..
imah dipanggil utk temuduga kat putrajaya, pd 4 april, kol 2 ptg... takutnya...
mcm xcaya je.. semcm tersilap org ...hehe...
terima kasih di ats doa2 kak uda utk imah... dn kalau kak aimi n kak chep ada doa utk imah jgk, tlg sampaikan ucpn terima kasih imah yg x terhingga utk dorang jgk ea..imah syg dorang.. tp tlg doakan imah utk interview plak ea...imah tkt.. yelah imah ni kan x tau isu sms.. pastu x reti nk bincangn dlm kumpulan, lbh2 lg ngan laki...imah takut...
plzz..pray for me..
ok..
sayang kak uda..
wassalam..

Al-Faqiir Ila Rabbihi said...

salam alaik...
haha antara cinta dan duit mana dlu ??
hahaha

paperpon ak tinggalkan jejak gak kat sni sbb pemilik suruh,

hurm camner ngn interview PETRONAS yer ?? saper nak wat ?? pasal educamp aper sumer tuh ???
adess

paperpon kepada yg gi inerview diucapkan selamat maju jaya.

wan hazimah : kalau tak beser ckp ngn laki, wat bodo jer, anggap laki tuh cam tunggul kejap, tp jgn monopoli discussion tuh. tgk pandangan org lain. satu lg, kalau dier tny pasal isu-isu semasa, jawab yg kita tahu dlu, pastuh baru auta. jgn auta terus. kalau tak tahu sgt, manipulate keadaan, cam kiter tny pendapat org tuk balik, tp ayat kne pandai wat la yer..
paperpon good luck~!!!

fathiyyah said...

salam ammar..thnks jugak kerana sudi menjadi teman pakatan..hahaha

aku rasa wrong timing la ajak ko berpakat ni..masing2 busy ngn exam,dats why aku bersengkang mata satu mlm..hihi..
mmg lepas ni aku nk berehat..mahu rehat..

fathiyyah said...

mr syah: oo ok,,nnt sy tanya pada aimi ye..wah,kamu berdebat?mcm tak caya je..apapon,semoga berjaya laaa..

fathiyyah said...

din paiman: aku tahu kamu bz..tapi bila dah menjenghk tu sila la biasakan diri utk tinggalkan jejak..hahaha
pengalaman petronas?idea menarik...ada jugak budak2 ni tanya pasal petronas..terkedu aku nk jawab..huhu

fathiyyah said...

adik: i will call u..dun worry k

Bazilah said...

Thank you bebyk 4 the info kak fathiyyah.
Nak tnye cket....mse group interview2, dlm malay or english?
pas2 lame the individual interview?
bykx sbb yg nterviewrs nak?

Fawwazitivity said...

posting nie bnyk membantu :)
saspen gler coz my jpa interview is tomorrow.. btw, thank you.

aHmAd fArHan said...

assalamualaikum..2nd posting by me-i guess..erm pe lg nk tnye ek?!hehehe..lupe r nk tnye pe..sy nyer interview hari rabu ni kt putrajaya gak..haa da ingt blk..bout documents management..ble kite nk hulur kite pnye document file kat interviewer..izzit when grup discussion or personal interview..n one more thing..how l0ng does it take in each of the interview session..erm i guess itu jer nk tnye stakat nih..

i really3 find this blog come in hand in last minute preparation nih..hehehe..h0pefully sy xmumble-gugup or glabah dis wednesday..tenkiu n tenkiu to the seniors yg da kasi adevices-tips to us-jr.s!!

"innamal 'amalu binniyat"-ntah btol ntah x pe yg sy tulis ni..sori sy bkn skola agame,so kalo slh sori ek..semua effort yg d seni0rs da buat to help us in here-hopefully tuhan balas dgn kurniaan nikmat yg blipatkali ganda to u all seniors..this kinda efforts were truely n0ble..

i'll keep in viewing the updates in here.. =_=" hehehe..timekacih again tu all..

wslm..

fathiyyah said...

bazilah:bergantung pada interviewer..ada gruyp yang introduce diri dlm bm,bincang topik dlm english..ada jugak yg perkenal dlm english,bincang dlm malay..ada y7g dua2 malay..ada lagi yang dua english..so kesimpulannya ikut nasib laaa..hehhee..awak doa banyak2..moga2 dipermudahkan urusan..
interview sorg2 tu bergantung kpd org..kalau interviewer tanya banyak,maknanya banyak la awak kena cakap..tapi takyah meleret plak yaa
k
harap membantu..

fathiyyah said...

ahmad farhan: salam farhan..sorry,akak baru bukak blog hari ni..been busy lately..

hmm pasal dokumen tu yee..hmm seingat akak tahun lepas,sblm kitorg masuk bilik tu,kitorg kena bagi semua dokumen kat petugas kat situ..then petugas tu akan bagi kat interviewer kat dlm bilik tuu..diorg susun file ikut turutan nama..nnt korg akan duduk di kerusi yang ditetapkan..pon ikut turutan nama..yg penting,korg kena alert ngn apa yg die suruh,,jgn ikut kepala sendiri yaa..hehehe

hmmm membantu tak ni??
akak just bley tolong apa yg akak ingat jee...ada jgk yang akka lupa nk tulis kat blog..mana yg terlintas,baru tulis..hehehhehe
nnt next year,kalau ada junior tanya tips,jgn kedekot nak kongsi yaa..hehehe

yg hadith tu betul laa..gud for u..

anyway farhan,gud luck yaa!n thnks 4 visitting..

p/s:awak apply jpa course apa ya?

Tinta Penaku said...

salam. fathiyyah :) saje saye nak ucapkan well done for ur efforts in helping our youngsters, sorting out their dilemma of scholarship matters.

May Allah grant u with barakah.

aHmAd fArHan said...

assalamualaikum..erm thx 4 d info kak fathy..btw,sy apply jpa for medic..coz sy actually ngh c0mpete ngn abg sy-2nd year medic kt UNPAD indonesia..hehehe..ni kre 1 of d reason y i choose medic..

wahh takotnye esok interview..dis blog posting by d seniors really3 come in handy for me n those jr.s..thx again..tata

Bazilah said...

Thank you byk2 kak fathiyyah.....
esok interview saye
post n comment kak fathiyyah mmg mbantu saye to be more cnfdent and wish to to d best.
xtau daa nak ucap mcm mne time ksh byk2 kat kak fathiyyah.
May Allah bless you and care of you..
Wish you good luck to be a real professional doctor :)

fathiyyah said...

salam farhan..akak baru perasan entry awak yang first tu,tak pernah cek pon sblm ni...huhuhu
anyhow,gud luck esok yaaa..

jgn nervous sgt,buat biasa2 je..hehehe

budak saser rupanya..meh l kawan2 ngn budak kisas..hehe..takde beza pon laa..

fathiyyah said...

tinta penaku: i'm just doing my best.
hehe

fathiyyah said...

bazilah:moga dipermudahlan segala urusan..hmm gud luck

aHmAd fArHan said...

assalamualaikum..farhan in d house!!

yay2..interview is ovEr..thx kak fathy..dpt-xpt blkng cte..d importnt thng is ikthiar dah-usaha dah-n0w tawakal..hehehe..

tp sy kne plek cket r..
1st perkenalan in BM

2nd-discussion in BM
topic: pelajar yg dihantar keluar negara ibarat duta muda negara..mcm mne kita nk as student nk promosikan m'sia..hurmm..

3rd-discussion in ENGLISH
topic: games/sports which m'sia excel in it-n y izzit so..hahaha
[ nseb sy xjwb yg m'sia mne de excel in any other sports-hampeh ]
bla..bla..bla..wrap up discussin-settle..

ha lg 1..tyme kak fathy-jpa susun name list ikut alphabetical order..tp sy ikut num ic-bufday..hahaha..so bufday yg dkt2 di arrange kn jadi gruping..

last but n0t least-pe yg sy nk ckp-ok gak la interview..atleast we try kn-ade gak yg smpai lari,xdtg interview..huhuhu..

p/s:yg interview esk n lusa-n0tink 2 b worried of..xde pape pn..evn sy xbrapa puas hati ngn perfomance sy td pg..tp itu je la yg mampu sy wat..ikhtiar en..hehehe

gud luck!!n thx again 2 kak fathy dan kr0ni2 nyer...hehehe..may allah bless u all..amin!!

fathiyyah said...

farhan: salam...hahahaaa.dahsat jugak bila akak dgr cerita2 junior pasal2 interview..tajuk2 yang diorg kena agak mencabar..huhu..mmg korg tahun ni kena bersaing ngn sengit..hihi..apa pon,jgn lupa maklumkan kalau2 awak dpt scholar nnt yaa..

aHmAd fArHan said...

assalamualaikum..farhan in d house!!

antara topic2 yg dah disoal semasa interview:[fr0m my frenz]


1)which is more important...country or
nation...

2)handphone is a nessacaties or luxury

3)wawasan 2020

3)how to educate student study abroad

4)about health conscious..

5)be a good malaysian when abr0ad

sy pnye topic sy da p0st kt entry sblom nih..tp yg hot nyer dorg sume kene 1topic-1discussion session..huhuhu..tp sy kne smpai 2topic-2discussion-BM n ENG.. =_="

tp mende da lps..bkn nk merungut-tp just sharin jer en..hehehe..

Bazilah said...

salam kak fathiyyah
thank you for your wish
skang ni bley tawakal n doa byk2 je
lege dah lps interview

interview saye len cket dr farhan
sye kne intro dlm eng, pas2 kne topic first dlm eng gak. topic bdk hlg2. agak mncbrlaa tajuk2 sbb dlm eng.

tjk ke dua dlm BM. Alhamdulillah ade gak dlm bm. Tjk handset.

tp agak risolaa sbb interviewrs x brape menyenagkan mse die interview kiteorg.

tp nak wat camne kan. dah lps. doa n doa n tawakal. InsyaAllah kot.

By d way, post kak fathiyyah mmg byk mmbntu. tq banyak2.
May Allah bless u

ainazirah said...

salam ziarah,
sy br tgk2 blog nih,
direkemen oleh sorg kawan kat fs group...
sgt2 mmbantu...

keciq_palee said...

salam..sy ni jpa scholar gak
n pglmn sy mse intvw xsme la ngn awk
nsht sy yg laki pkai baju ngn sluar
pmpn pkai bju kurg
psl soklan dy xyah pk sgt
spontan je
sy g intvw xpkai tie pn..

*ni pglmn sy r..wlupn sy dpt gak schlrshp..tp jgn tiru cm sy
xkeruan korg nnt
hahaaa

nurul_sabrina said...

salam kak..

post yg sgt2 mmbntu..

utk makluman akak,

sy apply frmasi..

dan st dishortlistkan utk g interviewnya 31 mac ni..

adeh..

cuak la pulak..

hehe..

egt nak escape jek..

tp peluang dtg sekali jek..

xkan nak sia2kan peluang cmtu jek..

huhu..

so,sy tga terkial2 nak berlatih utk interviewnye..(padan muke sy sbb dr dulu xnk berlatih..haha..)

hehe..

doakanla sy ea..

Khairunnisa Taufik said...

salam kak,
u may not noe me...
anyway i'm one of the fifth fivers of integomb.... and thanx a lot for sharing ur experience...i learned a lot n thanx for the tips... my interview is on the 2/4....wish me luck!

thank you again :)

PiNkLaDy said...

Salam..
Akak nie satu batch atas Thia.. Hmm.. Korang punya interview xde ujian esei ye.. Huii.. beruntung..
Masa akak ada ujian esei..
Pastu inteview..
same gaklaa topik2 nye..
Last skali dpt soalan cepumas..
Bila diorang kata nak campak2 kita kt tempat lain dr kite mintak..
Masa tu, kalo sape yang nak sgt2 p oversea, patutnye terima jerr die bg mane coz pas persediaan dia susun balik nnt g mane..
Mcm akak, akak tolak dan2 tu jugak..
Hahaha.. Padan muka...
Well.. all da best buat semua...

**bintanghati** said...

akak, sy ex naimian n ex kisasian..
result sy x cmerlang pun..
tp alhamdulillah...dpt interview jpa
1/4 ni..
stu peluang yg sgt bhrga..
dpt ke x, lain crita..tp pnglman tmuduga JPA..stu yg mnarik..kan
tkontg kanting la sy..dahla x prepare pun...
sbb dgn rsult sy ni, x rse pun bakap dpt JPA..ke ape ke..
doakn sy....
gmntar.....

msar said...

kak,kudos r kak!!
thanx share2 ni
sharing is loving,chewahh

nazihah syazwani said...

salam..
saya lepasan spm 2008..
next week intrvw jpa...
tp saya minta program sains...
di universiti penyelidikan dalam malaysia ja...
saya tak pasti ttg program nie...
dan apa soalan yg bakal diorg tnya..
harap dpt beri sedikit nasihat...
ini kali pertma saya akan mnghadiri intervw...

harap boleh email saya

nazz_ieah@yahoo.com

shak said...

thanks 4 da sharing...
saje melawat page nieh..
sy pon dpt interview jpa next week
doakan sy...

cik marina encik norman said...

assalamualaikum
thanx kak sbab kongsi pengalaman dan tips :)
erm, nak tanye, kalo kena jawab lam english kan, boley ke ek kalo cam cakap sebijik sebijik?
saya tak fasih sangat cakap bi ni
tulis boley laaa
huhu!

Razuwa Hanim said...

salam

fathiyyah, thanks a lot. entry ni berguna utk adik akak yg akan interview next week. Insyaallah kalau ada rezeki dia pun akan ke sana nanti

Razuwa Hanim said...

salam thia,

maaf,akak nak tanya sikit.
sebelum thia ke sana, ada buat foundation dulu tak? dan berapa lama?

maybe next time kita boleh borak :D

razuwa_hanim@yahoo.com

ain said...

salam
hai akak
thx 4 da sharing
sy ade interview jpa on 31 mar
so nervous sgt
biasanya yg dlm groupin' disscussion 2 isu semasa ye??

Razuwa Hanim said...

salam...

thia, thanks sebab menjawab semua persoalan akak tu. akak cergas mencari semua yg berkaitan dengan JPA sebab nak puaskan hati emak. maklumlah ini 1st time pengalaman anaknya dapat tawaran ke luar negara. yg bongsu pulak tu :D

insyaAllah kalau dia ada rezeki ke sana, akak bg tau thia :D

Yours truly said...

First, really thank you for sharing your experience with us. I really appreciate it.
But I have a small suggestion for you, hope you don't mind.
Can you edit the colour of your font? Cause I have difficulty on reading some coloured words. Felt uncomfortable when reading them.

Just merely my personal opinion. Thanks again by the way.


Regards.

atiqah mustoffa said...

wa~
dasyatnyer..
terangkan...
bgs2..
smpai ade org ltak kt forum lg..
salute~

Anonymous said...

Yes indeed, in some moments I can say that I approve of with you, but you may be considering other options.
to the article there is even now a question as you did in the fall efflux of this beg www.google.com/ie?as_q=hcg diet recipes free ?
I noticed the utter you procure not used. Or you partake of the dreary methods of development of the resource. I suffer with a week and do necheg

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena