**FroM the inSide**

Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

March 17, 2012

Surgery




Alhamdulillah, selesai sudah pusingan Surgery atau 'Girahah' setelah habis menjalani peperiksaan pada hari Rabu yang lalu. Insya Allah, akan berjumpa lagi dengan Surgery (bersama dengan Internal Medicine) pada tahun akhir nanti.


Fell in love with Mr Bailey and Love





My humble hospital

Maris (March)




'Stress management'









March 13, 2012

Awak Yang Ada Masalah




Everytime ada masalah dengan orang atau masalah hati, saya akan mudah menjadi sensitif. Lebih sensitif berbanding biasa. Lebih-lebih lagi, kalau waktu sakit, waktu imuniti badan di tahap yang rendah  dan ketika mengalami stress yang agak luar biasa berbanding biasa.

Tetapi malangnya, saya tidak reti meluahkan kepada orang yang mempunyai masalah dengan saya. Saya juga tidak berani berterus terang, dan tidak pandai untuk ber emo di 'tengah-tengah orang ramai' seperti contoh seperti di fb. Paling teruk pun, saya akan menangis tak kira tempat dan tidak memilih keadaan. Seperti sewaktu berjalan ke universiti tiba-tiba boleh berhenti menangis atau tiba-tiba menangis ketika gosok gigi pagi-pagi atau menangis ketika mengunyah nasi.

Pernah sekali, kena marah dengan mak cik Arab di tengah-tengah orang ramai. Katanya saya tidak pandai membawa diri dan katanya lagi saya telah memalukan negara saya hanya kerana sehelai pembalut hadiah jatuh dari tempatnya. Oleh kerana saya tidak pandai menjawab apatah lagi nak bergaduh mulut dengan orang, maka  saya menangis senyap-senyap  di situ juga, membayar barang-barang saya dan terus berlalu pergi. 

Maka, yang selalu menjadi mangsa untuk menadah telinga. adalah orang-orang yang berkaitan dan juga teman-teman rapat. Baik yang jauh atau yang dekat, andai saya punya masalah, merekalah yang bakal dicari nanti. Nak menangis sepanjang hari pun boleh. Ya, hati saya memang agak rapuh dan mudah tersentuh walaupun orang mengatakan saya seorang yang kuat dalam menghadapi apa yang saya alami sekarang.

Namun masalah ini berjaya diubati sedikit demi sedikit. Saya amat terkesan dengan kata-kata Maryam, apabila suatu hari apabila saya hampir tidak dapat mengawal perasaan, saya meluahkan kepadanya bahawa saya tidak puas hati dengan sekian sekian orang dan terasa ingin 'rebel' kerana sekian sekian sebab dan alasan.

Maryam yang ketika itu banyak diam tiba-tiba sahaja berkata,

"Kalau saya cerita masalah saya dengan orang dekat mak saya, mak saya mesti akan cakap
 'awak yang ada masalah sebenarnya' "

Terpujuk sedikit. dan 'tertampar' diri sendiri.

Indeed
Sebenarnya bila kita ada masalah orang, tak perlu pun sebenarnya nak tunggu dia meminta maaf pada kita kan.
Tapi cek diri balik. Memang kita yang ada masalah sebenarnya.

Masalah hati.

Mungkin sebab hati kita tak cukup terikat dengan Allah, sebab tu boleh ada masalah dengan orang lain sampai macam tu sekali.

Allahu.




Of sakit.


Terima kasih kepada mereka yang berkaitan kerana telah menghadiahkan setandan pisang yang beserta sekali dengan mesej 'Syafakillah Fathy dan jangan lupa makan ubat!'

Mesej pertama, jawapan saya adalah terima kasih kerana mendoakan

Mesej kedua, erk ...

:)


Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena